mesyuarat m'sia 2019 - surat
maulana yusuf rah.
nizamuddin - 03/12/2019
Majlis pagi ini sangat penting. Ini adalah majlis terakhir
bagi mesyuarat m’sia. Akan dibacakan bayan2 maulana Yusuf rah. Maksud dibacakan
bayan2 maulana Yusuf ialah supaya dtg dlm diri kita sifat utk buat usaha dgn
melihat quran dan hadith. Istinbat drp quran dan hadith. Memahami apa kehendak
usaha agama. Bagaimana dtg dlm percakapan dan bayan kita, percakapan tentang
tauhid/keesaan Allah. yg mana makin lama makin hilang drp bayan dan percakapan
kita. kita belajar utk cakap kebesaran, kehebatan, keagongan Allah, inilah
perkara asas yg sebenar yg perlu dicakapkan. Bila cakap, ia akan dtg dlm diri
kita, barulah ia akan mendorong kita mentaati segala perintah2 Allah.
Maulana inamul hasan rah. kata, dlm masa 500 thn terakhir
ini, tidak ada satu org pun dikalangan ulamak dlm umat ini yg bercakap tentang
tauhid spt maulana Yusuf rah. Kita kena ihtimam tentang perkara ini, sebahagian
besar dlm bayan kita ialah berkaitan tauhid.
Satu lagi perkara yg penting, kita kena faham dan ingat, dlm
taklim ijtimai, kita hanya baca kitab2:
- muntakhab
hadith
- fadhail
amal/fadhilat sedekah
- riyadus solihin (negara2 tertentu)
kita baca kitab2 ini sahaja semasa taklim di masjid dan
semasa keluar di jln Allah.
Bayan2 maulana Yusuf hanya dibaca di masjid banglawali ini
sahaja, utk tuan2 yg dtg mesyuarat. tidak dibaca secara ijtimai di luar drp
masjid ini. baca secara infradi dibenarkan. Sebelum apa2 muzakarah, elok dibaca
bayan2 maulana Yusuf rah., kita akan dpt bantuan dan memahami dlm menjalankan
kerja ini. Mufti zainal abidin rah. kata, baca bayan2 maulana Yusuf rah.
merupakan amalan harian kami.
Bayan semasa Safar haji di masjid nabawi
Zulkaedah/zulhijjah 1383H & Muharram/safar 1384H
Apr/may/jun 1964. thn akhir sebelum meninggal dunia
- ambil
faedah drp makhluk/ciptaan Allah
- ambil faedah secara langsung drp Allah
Faedah yg kita dpt drp makhluk, faedah ini pun dtg drp
Allah, tapi ia dtg mengikut apa yg kita usahakan. Faedah yg kita dpt drp
khaliq, faedah itu dtg secara langsung mengikut kehendak Allah. sebagaimana
satu org buat usaha, mcm itulah dia akan dpt faedah, samada drp ciptaan atau
pencipta.
- usaha
para solihin
- usaha
para anbiya a.s
- usaha sayyidul anbiya s.a.w
Usaha yg sama tapi medan
usaha yg berbeza. usaha para solihin atas individu. Usaha para anbiya a.s atas
satu kawasan. Usaha sayyidul anbiya s.a.w atas seluruh alam. Dgn perantaraan
mujahadah, akan terbuka hasil dihadapan. Bila manusia usaha atas tanah, dpt
faedah spt tanaman, emas, perak, petrol. Sebanyak mana usaha dibuat, sebanyak
itulah hasil akan terbuka. Musyahadah itulah yg akan menggerakkan usaha
tersebut. Perniagaan, pertanian, sains, ia bermula dgn musyahadah iaitu melihat
faedah drp usaha tersebut.
Usaha yg tidak bergantung pd musyahadah, ia berasaskan
keyakinan pd perkara yg ghaib. Bila buat usaha, akan dpt satu arah/jalan.
Akhirnya akan dpt lihat semua perkara. Musyahadah ialah perkara yg tak sempurna
dan tak betul. Dgn usaha cara musyahadah, kita tak dpt lihat Allah, malaikat, syurga,
neraka dan kesan alam. Dgn musyahadah kita hanya dpt lihat benda2 spt ubat,
senjata. Kita tak dpt lihat pelaku yg sebenar. Kita hanya dpt lihat alat2 yg
digunakan. Oleh itu, kita kena buat usaha sehingga yakin kita dpt diubah, drp
keyakinan drp benda2 kpd keyakinan kpd amal. Bila amalan betul, tanpa
asbab/benda pun Allah boleh bagi kejayaan. Tapi bila amal tak betul, walau ada
asbab bersama kita, Allah tak bagi kejayaan.
Lailahaillah muhammadurrasulullah, selain drp Allah, tak
boleh buat apa2. Bila Allah berkehendak, Allah boleh dtgkan kegelapan dari
matahari. Dlm memberi cahaya, matahari tak mempunyai ikhtiarnya sendiri.
Nabi2 tak boleh bagi hidayat. Nabi s.a.w inginkan hidayat
utk abu talib, tapi Allah tak bagi. Nabi tak inginkan hidayat utk wahsyi, tapi
Allah bagi hidayat pd wahsyi.
Malaikat maut, jibrail, mikhail, israfil sehingga semut yg
kecil, semua dikuasai oleh Allah. Apa yg Allah hendak, itu sahaja yg akan
berlaku drp mereka.
Firaun nak bunuh nabi musa a.s. Allah punya kehendak nak
besarkan nabi musa dlm jagaan firaun. Firaun telah bunuh ribuan bayi tapi tak
dpt bunuh nabi musa. Musa a.s dibesarkan dlm istana firaun.
Allah telah besarkan samiri, seorang musyrik dlm jagaan
jibrail a.s seorang yg mentauhidkan Allah.
Bila perbuatan nabi atau fungsi benda2 bersesuaian dgn
kehendak Allah, maka barulah akan terjadi. Apa sahaja bentuk asbab tak akan
berlaku tanpa izin Allah. Allah boleh buat apa sahaja yg Dia hendak tanpa apa2
benda.
Allah boleh bagi hidayat tanpa nabi sekalipun. Allah bagi
hidayat secara langsung kpd ibrahim a.s, muhammad s.a.w dan musa a.s.
Kerajaan tak boleh buat apa2. Mana2 individu tak boleh buat
apa2. Apa2 bentuk asbab tak boleh buat apa2. Semua berlaku dgn kehendak Allah.
Utk ambil faedah drp Allah, benda2 bukan asbab. Asbab yg
sebenarnya dlm amal nabi s.a.w. Dalaman dan luaran kita kena ikut amal nabi
s.a.w, barulah Allah akan bagi kejayaan. Bila kita menjalani kehidupan kita
ikut cara kehidupan nabi s.a.w, barulah kita akan dpt faedah/menafaat dari
kudrat Allah. semua jln nabi2 terdahulu telah dimansuhkan oleh Allah, yg
tinggal hanya cara hidup nabi s.a.w. Hanya dgn perantaraan amal nabi s.a.w
sahaja akan dpt kejayaan.
Allah kurniakan kalimah dan solat kpd kita. Kita kena usaha
utk dtgkan keyakinan kalimah dan keyakinan solat dlm hati kita. Sebagaimana
pekerjaan2 dunia, politik, pertanian, kedoktoran, kejuruteraan, apa sahaja, ia
satu bentuk penggunaan diri. Menggunakan diri ikut kehendak Allah dan ambil
faedah dari Allah, itu dinamakan solat. Dgn cara ini, Allah akan bagi kekuatan
yg lebih hebat drp kekuatan yg ada pd jentera, senjata, bom atom.
Bila2 masa Allah hendak, Allah boleh hapuskan kehebatan
sains dan teknologi. Allah zahirkan kudratNya melalui amal yg kita buat. Dari
tongkat, Allah jadikan ular. Dari ular, Allah tukar kpd tongkat. Dari biji yg
kecil, Allah tumbuhkan pokok yg besar. Allah boleh buat apa sahaja.
Keluarkan keyakinan benda2 drp hati kita ialah syarat utk
ambil faedah drp Allah.
Allah telah dtgkan 2 keadaan pd nabi2 dan rasul2. Satu
keadaan tetekan, tertindas, dipukul, dlm ketakutan. Mereka minta pertolongan
dari Allah, maka Allah zahirkan bahawa Allah yg berkuasa yg melakukan
segala-galanya. Nabi Yusuf a.s, buat usaha utk bebaskan diri dari penjara. Dia
pesan pd satu org yg dibebaskan supaya cerita mengenai dirinya pd raja tapi
Allah lupakan org tersebut. Allah keluarkan nabi Yusuf melalui perantaraan
mimpi.
Lailahaillah muhammadurrasulullah, semuanya berlaku dari
Allah. mengambil menafaat dari Allah melalui benda2 adalah tipudaya. Kita hanya
dpt ambil faedah drp Allah dgn perantaraan amal nabi s.a.w.
Bawa solat mengikut cara nabi s.a.w. 5 perkara adalah
syarat;
- yakin
- ikhlas
- tumpuan
- ilmu
fadhail
- ilmu
masail
Keluarkan keyakinan selain dari Allah drp hati. Solat
semata2 utk dpt redho Allah. nafikan segala niat2 yg lain. tumpuan hanya pd
Allah dari mula sampai akhir solat. Solat mengikut ilmu batin. Dari dalam
dibawa keluar. Jibrail a.s peluk nabi dgn kuat. Iqra’. Bukan maksud baca.
Seluruh quran dimasukkan ke dlm nabi bukan melalui tulisan. Nabi seorang ummi.
Perintah iqra’ adalah perintah pertama. Selama 13 thn di mekah dan selepas
hijrah, 6 thn lagi, sebelum hudaibiyah, 19 thn berterusan utk menyempurnakan
perintah tersebut, pd masa hudaibiyah masih nabi s.a.w belum boleh tullis dan
baca nama sendiri. Di mahsyar nanti, akan dilaungkan, nabi yg ummi, dtg ke
makam Mahmud, makam yg terpuji, nabi ummi dari bani Hashim. Apa sahaja yg
dilafaz oleh nabi dtg dari dalam diri. Quran adalah akhlak nabi s.a.w. quran
dan nabi telah bersatu.
Kejayaan dlm solat. Jadikan kebiasaan utk selesaikan masalah
dgn solat. Dlm perang khandaq, keadaan umat islam lebih teruk dari di badar. Sejuk,
lapar, takut, seorang demi seorang munafik minta kebenaran utk balik. Hanya
tinggal 100 org sahaja bersama nabi s.a.w. Nabi s.a.w tanya, siapa yg sedia utk
pergi tengok keadaan musuh. Siapa yg sedia, akan bersama aku dlm syurga. Tiada
siapa yg sedia. Nama Huzaifah disebut. Dia langsung tak ada kesediaan. Nabi
perintah, tengok keadaan sahaja, jgn buat apa2. Bila mula berjalan, segala
kesejukan, ketakutan hilang. Ribut yg kuat telah dtg dan khemah org kafir
tercabut. Dgn mentaati perintah Allah, lemah akan jadi kuat dan kuat akan jadi
lemah. Huzaifah tak bunuh Abu sufiyan walaupun ada peluang utk bunuh. Dlm
perjalanan balik dia dpt lihat 30 malaikat yg menunggang kuda. Huzaifah telah
sempurnakan kerja dan t/jawab, buat sebagaimana disuruh. Bila balik, nabi s.a.w
sedang solat. Masa perang badar pun, nabi s.a.w sibuk solat. Di khandaq tiada
qittal, di badar ada qittal. Selepas solat, minta nur drp Allah. nur atas nur.
Allah s.w.t bagi nur pd siapa yg kehendakiNya.
Comments
Post a Comment