mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh

maulana saad
nizamuddin - 29/11/2019

Ada 2 cara utk dpt faedah drp kudrat Allah s.w.t. Pertama, dgn asbab. Kedua, dgn amal. Asbab hanya diberi kpd org bukan islam. Mereka memahami kejayaan bila usaha atas asbab. Mereka gunakan asbab samada halal atau haram utk dpt faedah dari kudrat Allah.

Utk dpt faedah langsung dari kudrat Allah, kena keluarkan yakin asbab drp hati. Ini syarat. Punca utama amal kita jadi sia2 dan putus hubungan dgn Allah ialah asbab. Org yg usaha atas asbab, akan bentangkan asbab depan Allah utk dptkan sesuatu dari Allah. Ini cara yg salah. Cara yg betul ialah kita harap dari Allah dgn perantaraan amal.

Kita adalah hamba. Kita bukan pekerja. Hamba tak dpt gaji. Pekerja dpt gaji. Kita beribadat bukan utk dpt syurga. Masuk syurga atas rahmat Allah. Ibadat adalah hak Allah yg perlu disempurnakan. Kita rasa harta, kekayaan, kesihatan, kerehatan yg kita dpt di dunia sebab amal. Org mcm ni akan tinggalkan amal. Amal adalah makhluk. Syurga adalah makhluk. makhluk utk makhluk? Tak mungkin. Amalan bukan utk syurga. Dan kita pula rasa hebat bila buat amal dpt dunia.

Solat hajat utk dptkan keduniaan? Hajat adalah makhluk. Solat semata-mata utk Allah. Maksud solat hajat ialah hampirkan diri kpd Allah. Amal utk hampirkan diri kpd Allah. Allah akan dengar permintaan kita bila kita hampir dgn Allah. Org kafir putus asa dgn Allah sebab mereka jauh dari rahmat Allah. Org islam sentiasa berharap dgn Allah.

Allah hubungkan doa dgn ibadat. Hari ni org islam hubungkan doa dgn asbab. Nabi ajar sahabat utk dpt faedah langsung dari Allah. Bentangkan amal di hadapan Allah. Asbab bukan utk ambil sesuatu dari Allah. Asbab ialah utk tunjukkan bahawa kita tak berhajat pd makhluk. Perasaan istighna. Tak berharap pd makhluk. Supaya kita tak minta dari sesiapa. Sebanyak mana kerja keperluan dunia yg kita buat hari ni, adalah utk menutup dari org lain, yg kita tak berhajat dgn sesiapa.

Utk tutup hajat kita, kita buat asbab. Bahkan utk mengekalkan tawakkul, kita buat asbab. Asbab yg kita buat adalah tawakkal pd Allah. Apa itu tawakkul? Tawakkul ialah kita tak zahirkan hajat kita selain Allah. Siapa yg zahirkan hajat depan makhluk, maka tawakkul hilang dari dirinya. Tawakkul wujud bila hajat dia dgn Allah sahaja tahu.

Kita cari asbab utk tutup/sembunyikan hajat dari makhluk, maka Allah akan bagi rezeki dari sumber2 yg dia tak dpt ingkari. Kisah sahabat, di rumah tiada apa2 utk dimasak. Suami keluar dari rumah utk cari sesuatu. Isteri di rumah mula pusingkan pengisar gandum supaya jiran dengar. Nyalakan api supaya keluar asap dan jiran dpt tahu mereka sedang masak. Si suami, bila lihat asap keluar dari rumah, dia balik. Si isteri buat demikian utk tutup hajat drp jiran. Kudrat Allah, dari tempat bakar, keluar daging kambing. Dari pengisar keluar tepung gandum. Bagi laporan pd nabi s.a.w. Nabi kata kalau tak angkat pengisar, sampai kiamat ia akan keluarkan gandum.

Asbab adalah imtihan. Adakah ia nisbatkan kejayaan kpd Allah atau nisbatkan kpd selain dari Allah? Nabi kedepankan amal drp asbab pd sahabat. Seorang sahabat kata pd nabi dia nak pergi Bahrain utk berniaga. Nabi suruh dia solat 2 rakaat dulu. Kedepankan amal ialah yakin. Harap hanya pd Allah. Hari ni kita telah gabungkan hajat dgn asbab. Ini umpama org tidak bertuhan.

Nabi ibrahim a.s menginkari segala bentuk asbab. Malaikat bukan perantaraan utk minta bantuan dari Allah. Kalau malaikat dtg utk bantu, itu bukan bantuan tapi ujian. Sangkaan kita pd Allah bergantung pd iman. Kekuatan paling kuat ialah kekuatan iman. Sangka baik dgn Allah. Allah yg buat segala-galanya. Malaikat adalah hamba kpd org beriman. Kita minta langsung drp Allah. Allah akan bagi takazah pd malaikat. Malaikat dtg bantu.

Kisah 3 org yg safar yg berteduh dlm gua. Sebiji batu besar telah bergerak dan tutup pintu gua. Mereka bertawassul dgn amal. Amal yg dibuat kerana Allah. muamalat, muasyarat dan akhlak. Sorang pun tak kedepankan ibadat, tidak kedepankan solat, puasa, zakat, haji. Ibadat ialah antara kita dgn Allah. Hari ini umat terperangkap dlm musibah dan dlm masa yg sama telah rosakkan muamalat, muasyarat dan akhlak, maka sampai bila2 umat tak dpt keluar dari masalah. Masalah tak selesai dgn ibadat.

Taqwa ialah meninggalkan maksiat, takut kpd Allah ketika bersendirian. Azab dan hisab dari Allah, bukan dari makhluk. Org taqwa ialah org yg mana bila nak buat dosa, dia ingat Allah. dia tinggalkan dosa tersebut.
  
Org yg ada tumpuan dan tawajjuh dlm solat, ini bukan satu kehebatan. Org yg duduk dlm keadaan wuduk, mengadap kiblat, zikir dgn penuh tumpuan, ini bukan satu kehebatan. Duduk depan baitullah, ibadat dgn kusyuk, rahmat yg mencurah2, ini bukan satu kehebatan. Ketika hampir melakukan dosa, kita ingat pd Allah, inilah taqwa yg sempurna. Inilah asal zikir. Inilah zikir yg sebenar. Ada org masa ibadat ingat pd Allah tapi masa buat dosa tak ingat pd Allah. Solat sudah semestinya kita kena ingat pd Allah sebab solat adalah mikraj org mukmin, berjumpa dgn Allah. Kalau masa mikraj pun tak ingat pd Allah, ini bukan solat. Adakah tempat yg lagi hampir dari mikraj? Kedudukan nabi s.a.w paling hampir dgn Allah ialah ketika nabi sedang mikraj. Utk zahirkan ingatan pd Allah dlm solat ke luar solat, adakah kita benar2 ingat pd Allah, kita boleh lihat ketika lakukan dosa. Bila dtg keinginan utk buat dosa, masa tu teringat pd Allah, inilah kehebatan yg sebenar.

Sahabat duduk bersama nabi dlm masjid, ingat pd Allah. Bila balik rumah, bersama keluarga, lupa suasana tersebut, mereka kata mereka munafik. Sekejap sahaja sahabat lupa, sepanjang masa ingat pd Allah, mereka kata munafik. Kita hari ni, sedikit ingat pd Allah, sepanjang masa lupa Allah, kita kata kita dah benar2 beriman. Kita rasa kita org yg bertaqwa.

Zaman saidina umar r.hu, satu org pemuda yg kerap dtg ke masjid. Tiba2 tak datang. Umar tanya, mana pemuda tersebut? sahabat lain kata, dia telah meninggal. Kenapa tak bagitahu saya. Dia pergi tanya keluarga, apa dah berlaku. Laluan antara masjid dan rumah, ada rumah seorang perempuan cantik, perempuan tersebut ajak masuk rumah. Sampai di depan pintu, dia teringat firman Allah. Taqwa ialah bila syaitan dtg dan bisikkan dosa, dia ingat pd Allah. Dia pengsan kerana takut pd Allah. Org ramai angkat dan bawa dia balik ke rumah. Bila sedar, ayah tanya, apa dah berlaku. dia cerita dan baca ayat tadi sekali lagi, terus meninggal. Saidina umar tanya kubur dimana. Dikubur, saidina umar bayan. Allah sediakan 2 syurga utk org yg takut pd Allah ketika lakukan dosa bersendirian. Selepas bayan, keluar suara dari kubur, wahai amirul mukminin, saya telah dpt kedua-dua syurga tersebut.

Malu ialah ketika bersendirian takut pd Allah. Hari ni kita memahami malu depan org ramai. Malu yg sebenar ialah ketika bersendirian, kita malu dgn Allah. Saidina usman r.hu, sangat malu, ketika mandi tak buka baju. Buat dosa depan khalayak, ini sifat kehaiwanan. Menceritakan kisah hubungan intim antara suami isteri kpd org lain pun bersifat kehaiwanan.

Selesaikan masalah dgn amal, bukan dgn asbab. Kudrat Allah tak terikat dgn sesiapa. Kita buat hubungan terus dgn Allah. Hubungkan doa dgn amal. Minta pertolongan dgn doa. Selesaikan masalah dgn doa masnun. Semua doa ada dlm quran. Syair wujudkan ghaflat/lalai. Doa dlm keadaan lalai tak diterima oleh Allah. Doa adalah alamat tidak tenang seseorang. Tidak tenang ialah bila hajat tak selesai. Harapan hanya pd Allah. Pd ketika itu barulah bermula doa. Hari ni kita bila putus harapan, putus doa. Doa hanya bila ada asbab. Hari ni bila hajat tak tertunai, kita kata doa tak diterima.

2 perkara Allah lambat terima doa:
1. Allah suka kita meminta
2. Allah nak tengok samada kita yakin atau tidak pd doa yg kita pohon

Di arafah, semua doa nabi diterima kecuali satu doa iaitu doa maafkan penzalim. Di muzdalifah, nabi doa perkara yg sama. Doa yg tak diterima di arafah, Allah terima doa tersebut di muzdalifah.

Sebanyak mana kita menyakini dgn perantaraan amal Allah akan sempurnakan hajat kita, sebanyak itulah kekuatan akan dtg dlm doa kita. Doa bersama dgn janji Allah. Janji Allah bersama dgn amal. Bersama asbab tiada janji, tiada doa. Doa tidak dihubungakan dgn asbab.

2 sebab doa tertolak:
1. rezeki yg haram
2. meninggalkan dakwah

Org yg tak yakin dgn doa, dia akan pilih jln yg haram. Menghalalkan cara. Rezeki haram, ibadat tak diterima, doa tak diterima. Bila umat tinggalkan amal makruf nahi mungkar, doa tak diterima.

3 golongan manusia salah cara dpt faedah dari Allah
1. perantaraan berhala
2. perantaraan asbab
3. perantaraan wali2

Allah bagi kekuatan doa kpd kita spt kekuatan doa nabi2 kerana Allah bagi t/jawab kerja agama pd kita. sebab itu, bila umat tinggalkan kerja dakwah, tiada kekuatan dlm doa, doa tak diterima. Allah hubungkan penerimaan doa dgn usaha dakwah illallah. Utk doa diterima, kena yakin dgn doa. Yakin yg betul dgn Allah. Utk bina yakin, syarat ialah dakwah. Doa diterima dgn rezeki yg halal dan usaha dakwah. Dgn pergerakan khuruj, hubungkan org islam dgn suasana amal. 

Comments

  1. Assalamualaikum tuan yang mulia. Saya ingin keluar 40hari. Namun tidak pernah keluar 40hari lagi. Boleh tolong minta pendapat mana ingin bermula?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir