mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh

maulana saad
nizamuddin - 27/11/2019

Hari ini amal kita semua dlm kelalaian. Sebab? Amal tidak dipindahkan kpd amal yg seterusnya. Dari zikir pindah kpd zikir yg lain. Hari ini, kita berpindah dari satu kelalaian ke satu kelalaian yg lain sehingga semua masa dihabiskan dgn kelalaian. Kita pindah dari dosa ke dosa. Org yg hidup dgn kelalaian, mati penuh dgn azab. Kita rasa bila dah buat amal tertentu, kita rasa cukup, sedangkan 24 jam kehidupan org mukmin sepatutnya dipenuhi dgn zikir. Berpindah dari zikir ke zikir. Kehidupan org kafir dipenuhi dgn kelalaian. Org mukmin tidak akan berhenti drp zikir.

Bersama dgn isteri juga adalah zikir. Walaupun ketika sedang memenuhi nafsu, tapi ia dipenuhi dgn perintah Allah. ini dipanggil zikir. Kalau tidak, syaitan akan masuk dlm amalan tersebut. Syaitan bukan hanya timbulkan was2 dlm solat sahaja, syaitan akan masuk dlm semua ibadat dan amal org mukmin. Ketika bersama isteri tak baca doa, maka syaitan akan masukkan benihnya ke dlm perut isteri kita.

Hari ini kehidupan kita penuh dgn kelalaian sehingga dengar kata2 agama pun tak jadi zikir. Sebanyak mana teknologi bertambah, sebanyak itulah kelalaian bertambah. Maksud zikir ialah 24 jam kehidupan taat dan sempurnakan perintah Allah. Zaman sahabat, ilmu dtg drp langit dan terus masuk dlm kehidupan mereka. Perintah Allah yg turun dari langit ialah zikir. Setiap hukum dari langit ialah zikir, bukan ilmu. Ulamak adalah ahli zikir. Sahabat menunggu perintah Allah spt satu org yg tidur malam menanti terbitnya matahari. Ilmu adalah zikir. Ilmu bukan maklumat. Maklumat hanya berhubung kait dgn dunia.

Dlm satu safar, sahabat dlm keadaan sangat lapar, mereka buat keputusan utk sembelih binatang tunggangan. Pada masa tersebut, keldai masih halal. Mereka sembelih keldai dan masak. Dah hampir nak masak, semua sahabat dah duduk. Allah nak uji, ketika lapar, cari makanan atau cari perintah Allah. Dlm syariat, kalau dah lapar sangat dan boleh bawa maut, benda haram pun boleh makan tapi dgn kadar yg boleh selamatkan nyawa sahaja, bukan makan sampai kenyang. Jaga nyawa adalah satu kefarduan. Tiba2 turun perintah Allah, nabi suruh iklan pd semua sahabat, daging keldai telah diharamkan. Allah tahu keadaan lapar mereka. Allah nak uji org mukmin. Dgn segala pengorbanan yg dibuat, Allah nak uji ketaatan dlm diri da’i.

Syarat taubat ialah tinggalkan dosa dlm keadaan tak sempurna. Jgn sempurnakan dosa yg sedang dibuat. Dah sempurnakan dosa, kemudian nak taubat, taubat mcm ni Allah tak terima.

Agama bukan maklumat. Zaman sahabat tiada tulis menulis. Zaman sahabat ialah ketaatan (etaat). Sekadar dengar dan tulis bukan amal. Imam bukhari hebat dgn hafalan. Imam bukhari tak tulis. Dia tunaikan hak mendengar. Dia terus hafal.  Cara dengar kita dgn cara dengar sahabat sangat berbeza. Maklumat tiada kesan. Yakin yg akan memberi kesan. Hari ini ilmu tersebar dgn jln maklumat, sebab itu jadi asbab kelalaian. Ilmu yg dtg melalui jln zikir, maka ia akan timbulkan khauf/takut pd Allah. Org yg tak jaga zikir tak boleh ambil faedah drp ilmu. Ilmu setakat otak sahaja, tak sampai ke hati, tak dpt bagi menafaat utk dia. Ilmu ada 2, satu di lidah, satu di hati. Ilmu di lidah jadi musibah utk manusia. Ilmu di hati akan bagi menafaat. Ilmu tanpa zikir ialah kegelapan.

Hari ini org hasilkan maklumat agama dan harapkan taufiq dari Allah utk beramal. Ada azab dari Allah kalau tak amalkan ilmu. Org buta, Allah tak bagi taufiq utk baca quran dgn melihat. Org miskin, Allah tak bagi taufiq utk bayar zakat. Allah tak akan tanya kenapa tak bayar zakat. Allah tak akan tanya org miskin kenapa tak buat haji. Org tak ada kaki, Allah tak akan tanya kenapa tak berdiri dlm solat. Zaman kita hari ini, org islam yg sihat dan ada harta kata, Allah tak bagi taufiq pd saya utk beramal. Org macam ni ingkar dgn amal. Asbab dah ada tapi tak buat amal. Asbab yg dah ada itulah taufiq drp Allah. Ramai org yg kita jumpa kata, doalah utk saya supaya Allah bagi taufiq pd saya utk solat sedangkan dia sihat dan ada semua anggota. Sihat itulah taufiq. Buat amal tidak dipanggil dpt taufiq. Terimanya asbab utk buat amal itulah taufiq. Tersedianya sesuatu asbab utk beramal, itulah taufiq. Memperolehi asbab utk buat amal itulah taufiq. 

Satu org mati dgn kejahilan, tetap akan di azab. Allah tak terima keuzuran jahil. Kejahilan bukan uzur disisi Allah. Tunaikan hak mendengar. Kesan dtg drp yakin. Nabi s.a.w bersabda, manusia dan batu akan jadi bahan bakar api neraka. Satu org sahabat tanya, batu neraka spt batu dunia? Tidak. Sahabat tadi pengsan. Nabi letak tangan di dadanya. Dia ucap kalimah. Lepas tu meninggal. Dengar besarnya batu dlm neraka terus meninggal. Ketakutan pd neraka telah pecahkan hati dia. Dia telah dimasukkan dlm syurga. Adakah org lain juga boleh masuk syurga spt ini? iklan ini adalah utk setiap org mukmin. Janji Allah pd org yg takut pd azab Allah.

Satu org yg dengar dgn tawajjuh akan dpt taufiq utk amalkan dgn sempurna. Perkara asal ialah kesan ilmu wujud dlm hati kita. Dlm kubur, lidah akan bergerak ikut yakin dlm hati bukan ikut maklumat di akalnya. Maklumat hanya di dunia. Ilmu bermula selepas mati. 3 soalan dlm kubur merangkumi keseluruhan agama. Ilmu rububiyah, ilmu sunnah, ilmu syariat. Ilmu bukan maklumat. Pahala bergantung pd amal. Di akhirat, ukuran bukan ikut ilmu. Ilmu utk diamalkan. Darjah kedudukan seseorang bergantung pd amal. Tak akan ditanya berapa banyak ilmu kamu. Yg akan ditanya, berapa banyak yg telah diamalkan berdasarkan ilmu yg kamu ada. Tak ada org akan masuk syurga dgn amal. Masuk syurga dgn rahmat dan kerahiman Allah. Kedudukan dlm syurga bergantung pd amal. Kurang amal, syurga bawah. Banyak amal, syurga atas.

Kejahilan adalah musibah. Dah tahu tapi tak amal, ini musibah lagi besar. Tahu tak amal, lebih berat azab. Hasilkan ilmu dgn niat utk amal. Hari ini setiap amal kita dlm kelalaian. Kita hanya lalu dgn amal. Sepatutnya kita kena fikir apa yg Allah tuntut dari saya dlm masa 24 jam. Apa yg Allah nak dari saya dlm keadaan sekarang. Kaifiat ini akan wujud dgn iman. 2 perkara kefarduan yg asas, ilmu dan iman. Umat lalai drp 2 perkara ini. Belajar iman adalah fardu ain. Tahap iman yg boleh halang drp perkara2 yg haram. Hari ni org kata belajar dakwah fardu kifayah. Ini salah faham. Utk wujudkan kesempurnaan iman, syaratnya ialah dakwah. Apa sahabat buat utk sempurnakan iman? Wahai org2 beriman, berimanlah kamu. Org yg sibuk islah diri sahaja, iman tak akan sempurna. Dakwah adalah jln utk sempurnakan iman, sempurnakan syariat, utk ambil menafaat dari wahyu Allah, ini sahaja satu jln. Amal  makruf nahi mungkar, adalah satu kefarduan. Hari ini dakwah telah terkeluar drp umat.

Kita kena sediakan umat utk taat perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah, bukan tulis dlm buku dan suruh umat baca. Menggerakkan anggota dgn cara tertentu dipanggil solat. Tuntutan dakwah akan sempurna bila kita bergerak jumpa umat. Menghalang dari kemungkaran bukan halang dari dosa waktu itu sahaja, bahkan terus menerus dia tinggalkan dosa dari kehidupan dia. Taubat dari dosa. Ini dinamakan halang dari kemungkaran. Jln yg paling baik utk halang mungkar ialah bawa kpd ketaatan. Allah letak kekuatan dlm makruf. Dgn sendiri dia akan berhenti dari mungkar. Gunakan anggota utk makruf, maka dia tak akan buat mungkar. Hari ini kita bagi fatwa pd org yg buat dosa. Kita kutuk, kita hina. Ia jadi mudarat utk kita. Dia akan jadi lebih tegar dgn dosa yg dia buat. Dia tak akan tinggalkan kemungkaran. Perkara asal, keluarkan dari mahul mungkar, inilah asbab utk tinggalkan dosa. Ini tertib sahabat.

Bawa org ke mahul masjid. Satu org sahabat mencuri dan solat. Nabi kata, tak lama lagi solat dia akan cegah dia drp kemungkarannya. Kita kena ikut tertib nabi. solat cara nabi. ibadat lain pun ikut cara nabi. Dakwah pun ikut cara nabi. Nabi adalah imam dlm solat, begitulah nabi adalah imam dlm setiap aspek kehidupan kita. Apa cara nabi utk cegah kemungkaran? Satu org sahabat minta izin utk buat zina. Nabi timbulkan kebencian pd kemungkaran dlm hati dia, inilah dakwah. Nabi kata, kamu suka org berzina dgn mak kamu, adik kamu, isteri kamu? tak suka. begitu juga org lain tak suka. Dakwah nabi tersebut telah keluarkan keinginan zina dari hati dia buat selama-lamanya.

Cerita tentang kemungkaran ada kegelapan. Cerita tentang makruf ada nur. Dlm suratkhabar, berita tentang zina, rompakan, dll, ada kegelapan. Akan tersebar kegelapan. Suratkhabar nak perzinaan ini disebarkan lagi. Satu, dosa buat zina. Dua, hina dia dlm suratkhabar. Sebarkan berita mungkar akan wujudkan suasana mungkar. Zaman saidina umar, pihak perempuan dtg nak mesyuarat. nak bagitahu anak perempuan dah berzina. Ada org dtg meminang. mereka tak tahu. Umar kata, jgn cakap apa2 pun. Kalau cakap, saya akan siksa kamu. kahwinkan dia, tak perlu cakap apa2.

Adakah batil yg rosakkan org islam? Sebenarnya Org islam sendiri yg rosakkan org islam. Semua kebatilan tak boleh lawan satu sunnah nabi. Satu sunnah miswak boleh kalahkan musuh. Org islam terkesan dgn kehidupan batil. Allah letak kegerunan dlm sunnah nabi. Org islam tak akan terkesan dgn sesiapa. Bila org islam rosakkan mana2 perintah Allah, maka kerajaan akan buat undang2 bertentangan dgn perintah tadi. Umat kena secara ijtimai amalkan agama, maka kerajaan kena meraikan adat tersebut.
Undang2 akan ikut da’i. Bantuan Allah bersama org beriman.

Bila umat tinggalkan kerja amal makruf nahi mungkar, maka akan dijauhkan dari keberkatan wahyu. Ummu aiman menangis selepas nabi wafat. Menangis bukan sebab nabi wafat, menangis sebab wahyu terputus. Wahyu terhenti tapi keberkatan wahyu tak terhenti sampai hari kiamat. Bersama nabi ada wahyu. Bersama kerja nabi ada keberkatan wahyu.

Perkara asas yg utama ialah ittibaq sunnah. Sahabat begitu sekali jaga sunnah sehingga org kata gila.  Abdullah ibnu umar. sampai di satu tempat dia tunduk. Di sini dulu ada pohon. Nabi tundukkan kepala. Walaupun pokok dah tak ada, masih dia tundukkan kepala.

Org islam akan terkeluar drp islam bila mula menyoal mengenai sunnah. Sunnah dakwah, sunnah ibadat, sunnah adat. Kena ikut/ittibaq dlm ketiga2 sunnah. Utk kenal seseorang dlm kubur ialah sunnah nabi. Org islam tertipu. Ikut cara batil. Dgn harapan org batil terima kita. Saidina umar, masuk baitulmaqdis, ada 18 tampalan pd baju. Suruh tukar baju lain, dia tak nak. Jgn tengok mahul. Bila hati terkesan dgn batil, maka kita mula malu dgn sunnah. Ini adalah kemurtadan pemikiran. Org munafik malu utk amalkan sunnah. talam dua muka, mereka ikut suasana.

Sunnah pahala syahid Allah akan bagi bila kita amal sunnah dlm suasana yg bertentangan. Tanpa ittibaq sunnah tiada islah. Ini fahaman sahabat. Org bijak pandai kata, sunnah bukan fardu. Ini adalah kemurtadan dlm muasyarah, ia telah jadi am. Tanpa sunnah, kefarduan tak sempurna. Kemudian kemurtadan pemikiran iaitu menganggap ringan perkara2 fardu. Dlm majlis kahwin, azan berkumandang, dtg perintah solat, tak pergi masjid bila diseur, makan dulu, solat kemudian, lambatkan perintah Allah, utk sempurnakan tuntutan nafsu, lama kelamaan Allah tarik taufiq drpnya, sikit2 akan tinggalkan agama dlm kehidupan. Akhir sekali, hati murtad dari agama.

Muasyarat ialah kulit kpd taqwa. Selagi kulit ada, buah di dlm akan selamat. Bila kulit koyak, mulalah kerosakan. Bila murtad muasyarat, maka akan mula tinggalkan sunnah. Org batil tak suruh tinggalkan fardu. Org batil nak ubah tarekah kita supaya kita tinggalkan sunnah. Utk dpt syafaat nabi kena amalkan sunnah. Umar r.hu tak makan makanan yg dihidang oleh abdullah ibnu umar kerana khilaf dgn sunnah. Lauk yg dimasak daging dan minyak sekali. Maksud drp usaha dakwah ialah menghidupkan sunnah. Hidupkan sunnah dlm suasana yg bertentangan. Inilah jihad yg sebenar. Hari ini kita cari suasana utk amalkan sunnah. Ini bukan jihad. Amal sunnah ikut suasana, ini nifaq. Sahabat kata, kerana org2 bodoh ini aku kena tinggalkan sunnah nabi. Tarbiyah sahabat sangat luar biasa. Batil akan tunduk pd kita bila kita ittibaq sunnah. Org islam ditindas kerana tinggalkan sunnah.

Ribi bin amir r.hu, sampai ke istana rustam dgn menaiki keldai. keluarkan pedang dan koyakkan kapet dlm istana. Ikat keldai di takhta raja. Duduk tepi raja dan dakwah. Raja pun gerun dgn sahabat kerana sunnah dakwah sahabat bertepatan dgn cara nabi. Bergerak dan jumpa. Bukan guna alat. Safar dgn mujahadah. Keluar di jln Allah adalah perkara yg asal. Sebarkan islam dgn jln batil, maka kebatilan yg akan tersebar, islam tak tersebar. Korban adalah sifat org islam.

Maulana Yusuf rah, kata, buat dakwah sambil beramal, malaikat yg akan cakap dari lidah kita. Batil akan gerun dgn suara malaikat. Hari ini org islam jadi takut, sebab telah tinggalkan dakwah dan amal. Kita kena dtg kpd ittibaq sunnah. Setiap bahagian kehidupan ittibaq sunnah. Allah akan bantu kita spt mana Allah bantu nabi dan sahabat.

Mujahadah da’i jadi asbab hidayat utk org yg kita dakwah. Kita bergerak dgn diri sendiri. Org islam seluruh dunia umpama satu badan. Mereka satu bahagian dari kita. Taklim adalah permulaan tabligh. Maksud tabligh, utk keluarkan umat dari mungkar dan bawa kpd makruf dan usaha hidupkan makruf di mukabumi Allah s.w.t. Keluarkan umat dari kelalaian dtg kpd ketaatan. Taklim ada banyak cara tapi tabligh ada satu cara sahaja. Taklim yg betul ialah mengadap ulamak. Amalkan sunnah dlm apa juga suasana. Jgn terkesan dgn suasana. Kita yg memberi kesan pd suasana. Setiap masa kita kena sedia utk agama. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir