mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh
maulana saad
nizamuddin - 02/12/2019
Asbab kejayaan manusia ada 4. jika kurang drp 4 maka akan
berlaku kegagalan dan penyesalan.
4 perkara tersebut ialah:
- beriman
pd Allah
- amal soleh
- berpesan dgn hak
- berpesan dgn sabar
Apakah yg dikatakan beriman kpd Allah? adakah semata-mata
menjadi org islam kita dah beriman. Beriman pd Allah ialah menyempurnakan
perintah Allah dgn cara nabi s.a.w. inilah iman yg difahami. Hukum yg pertama
pd org beriman ialah beriman pd Allah. Wahai org beriman, berimanlah kamu. Bila
org islam tak kukuh atas iman dan amalan agama, inilah punca utama kebatilan
menguasai diri mereka. org kafir tidak kalah sebab kekafiran mereka. org kafir
kalah sebab org beriman yakin dgn Allah dan menyempurnakan perintah Allah.
janji Allah atas org beriman. Allah akan bantu dan menangkan mereka atas org
kafir. Allah hancurkan firaun kerana sabar dan taqwa bani israil. Allah
sempurnakan janjiNya.
Org beriman yg lakukan dosa dan berkata kami boleh mengatasi
org kafir, tak mungkin berlaku. Tidak ada bantuan Allah atas org yg berdosa
walaupun dia bersabar. Dosanya tidak dpt menarik bantuan Allah. Sabar yg
menarik bantuan Allah ialah sabar yg bersama dgn ketaatan. Dunia adalah syurga
kpd org kafir. Kalau org islam tamakkan syurga org kafir ini, nescaya org islam
akan kalah sampai bila2.
Perintah pertama ialah, org beriman kena usaha atas iman.
Bagaimana sahabat tunaikan perintah ini? Solat, puasa, zakat, haji, kita kena
belajar semua kefarduan ini bagaimana nak disempurnakan. Begitu juga kita kena
belajar kefarduan iman. Ada
cara yg khusus bagaimana nak sempurnakan takazah iman. Kita menyakini akan
Allah dgn kudratNya yg sebenar. Takazah beriman pd Allah ialah taat setiap
perintah Allah. Sesiapa yg khilaf dgn perintah Allah maka dia telah jadikan
selain dari Allah sebagai robnya. Takazah org beriman ialah tidak jadikan
ghairullah sebagai robnya. Org beriman menyakini hanya Allah robnya. Di hadapan
asbab duniawi, kita hanya mentaati rob hanya Allah s.w.t. Inilah takazah
rububiyah Allah s.w.t.
Perkara kedua bersama dgn iman ialah ketaatan kpd Allah dan
menyempurnakan setiap titah perintah Allah s.w.t. Perkara ketiga utk berjaya
dan mendatangkan kesempurnaan dlm iman ialah membawa org lain kpd iman (tawisi
bil haq). Amal makruf. Perkara keempat ialah bawa manusia kpd amal (tawasi bil
sabr). Nahi mungkar. 2 perkara Iman dan amal soleh utk diri sendiri dan 2 lagi
asbab hidayat ialah amal makruf nahi mungkar.
Beriman kpd Allah dan beramal soleh sahaja masih belum cukup
utk dpt kejayaan. Satu perkara yg salah dlm pemikiran org islam ialah kamu
beramal sendiri dulu sehingga sempurna amal dlm diri, kemudian baru dakwah org
lain. kita rasa tak boleh buat dakwah sebab belum amal agama yg sempurna. Asbab
kejayaan ialah iman, amal dan membawa manusia kpd iman dan amal. Dakwah manusia
kpd makruf dan cegah kemungkaran adalah perlu utk sempurnakan iman seseorang. Iman
belum sempurna jika sibuk islah diri sendiri sahaja. Selagi tidak dakwah
manusia kpd iman dan amal, selagi itu tidak sempurna iman dan amal kita.
Umat ini adalah umat terbaik kerana sentiasa bawa org lain
kpd iman dan amal. Inilah syarat utk jadi umat terbaik. Kena bawa org yg
tenggelam dlm suasana kekafiran, ghaflah, bawa kpd suasana yg baik, suasana
iman dan amal, barulah akan dipanggil umat terbaik. Satu tanggapan yg salah pd
zaman ini, iaitu agama telah tersebar dgn alat2 moden dan tak perlu lagi keluar
di jln Allah. Asbab kejayaan mad’u ialah mujahadahnya da’i. Asbab hidayat
sesuatu kaum adalah mujahadah para nabi. Ini tertib Allah. Tertib ini akan
berterusan sampai kiamat. Menanggung susah payah di jln Allah adalah asbab
hidayat utk diri sendiri dan umat manusia.
Asbab istiqamah kita dlm agama ialah menyeru manusia kpd
agama. Jika bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu dan Allah akan mengukuhkan
pendirian kamu dlm agama kamu. Persoalan sekarang ialah apakah membantu agama? Hari
ni kita merasai, belanja harta dlm semua perkara kebaikan adalah bantu agama.
Ini hanya bantu org islam. Bukan membantu agama islam. Org kafir juga bantu org
islam. Kafir musyrikin mekah bantu bina kaabah, sedangkan ia adalah kiblat org
islam. Ini bukan membantu islam. Org kafir juga ambil bahagian dlm perkara2
kebaikan. Pd musim haji, satu org musyrik sahaja, yg sediakan makanan, tempat
tinggal utk semua org yg tunaikan haji. Dia keluarkan duit belanja dia sendiri.
Allah asingkan usaha agama dari segala bentuk kebaikan yg lain. Adakah sama belanja harta utk org yg tunaikan haji dgn org yg beriman dgn Allah, hari akhirat dan bermujahadah di jln Allah? Tak sama di sisi Allah.
Membantu islam ialah mendakwah seseorang dan bawa dia kpd
menyempurnakan fardu2 dlm agama. Sedikit sahaja kekurangan dlm agama, maka
saidina abu bakar telah hantar jemaah utk perangi mereka. Jemaah telah dihantar
kpd mereka yg hanya kerana bayar zakat tanpa tali, supaya mereka menyempurnakan
perintah Allah dgn sempurna. Bagaimana zaman kita sekarang? Org tak tahu
kalimah, tak tahu solat begitu ramai, maka penting utk kita tinggalkan makami
kita dan pergi ke seluruh dunia.
Apa itu membantu agama? Nabi s.a.w kata, hendaklah bantu org
yg zalim dan org yg dizalimi. Sahabat kata, kami faham membantu org yg
dizalimi, tapi bantu org yg zalim mcm mana? Menahan dia dari kezalimannya.
Syarat utk org islam berdiri kukuh atas agama ialah kena bantu agama Allah. Inilah
bantuan Allah kpd sahabat. Kisah Abdullah bin huzaifah r.hu, raja rom
bersungguh2 usaha supaya dia tinggalkan agama islam dan masuk nasrani, akan
tetapi dia gagal. Pujuk rayu org lain kpd agama, inilah yg dikatakan membantu
agama. Selain drp ini tidak ada bentuk lain utk bantu agama Allah. Inilah cara
yg berlaku di zaman sahabat. Kita sendiri pergi utk sampaikan dakwah. Inilah
asal punca utk dpt bantuan Allah. Utk menyempurnakan t/jawab dan hujah kita di
depan Allah, maka kita disyaratkan utk bergerak sendiri jumpa manusia.
Maulana ilyas rah. kata, org yg berjaya himpunkan dakwah dan
ibadat, maka akan dtg nusrah Allah yg akan menundukkan seluruh nizam alam ini
kpd kita. Tanpa kita sendiri yg pergi, maka t/jawab kita belum selesai, bantuan
Allah tak akan bersama dgn kita. Ini perkara yg pasti. Janji bantuan dari Allah
ialah dgn kita membantu agama Allah. Sampaikan maklumat dgn cara2 yg lain tidak
dipanggil dakwah. Nabi s.a.w sendiri pergi jumpa manusia. Nabi sendiri
mendahului dlm memberi dakwah. Siapa pun nabi tak rasa dia tak layak utk dia
didakwah. Semua org layak utk di dakwah. Dlm safar hijrah, Nabi pilih jln yg
ada perompok semata-mata utk dakwah perompak. Walaupun perompak adalah org yg
hina dan merbahaya. Bahaya utk nyawa dan harta. Nabi tak suruh org lain pergi
dakwah. Nabi sendiri yg pergi.
Pada thn 1947, berlaku rusuhan di India dan banyak berlaku
pembunuhan, maka ulamak telah keluarkan fatwa kpd maulana yusuf, kena
tinggalkan nizamuddin kerana pembunuhan secara umum berlaku di sini. Maulana
Yusuf kata, tidak. Menjadi satu usul, dimana tempat diberi pengorbanan utk
agama, tempat tersebut Allah bagi sifat markaziyat. Ada org kata pd maulana Yusuf rah., jaga
nyawa adalah fardu. Maulana jawab, jaga nyawa tidak fardu, bahkan memberi nyawa
utk jaga agama adalah sunnah. Janji Allah, siapa yg sampaikan utusan Allah kpd
makhluk, maka Allah akan ambil t/jawab utk pelihara diri dan hartanya. Selagi
kita tak dtg kpd cara dakwah nabi s.a.w, maka selagi itu bantuan Allah tak akan
bersama dgn kita.
Bantuan Allah kpd sahabat ialah kerana mereka kedepankan
diri mereka utk sampaikan dakwah. Allah akan pelihara kamu dari manusia. Nabi
hantar surat
kpd kisra. Kisra telah koyak surat
tersebut. Dia hantar 2 org tentera utk tangkap nabi. Bila berhadapan dgn nabi,
menggigil. Nabi kata, org yg hantar kamu utk tangkap aku, mlm tadi dia telah
dihancurkan oleh tuhan kami.
Apa itu dakwah? dakwah ialah kita sendiri kena bergerak utk
sampaikan. Kalau tak bergerak, t/jawab belum sempurna. Seluruh nizam alam ini
akan tunduk bila kita sendiri yg sampaikan dakwah. Satu ketika, maulana ilyas
dlm perjalanan ke mewat menaiki bas. Masuk waktu asar. Beliau suruh seseorang
bagitau driver bas utk berhenti. Driver bukan islam. Dia tak nak berhenti.
Permintaan kita pd org kafir tak berjaya sebab permintaan kita tanpa dakwah.
Kita tak dakwah dulu dan kita tak terfikir utk dakwah dulu. Maulana ilyas suruh
dakwah fadilat/ancaman solat kpd semua penumpang dlm bas. Selepas buat dakwah,
baru driver nak berhenti.
Tidak ada alat/mesin utk gantikan kita utk beribadat, begitu
juga tidak ada alatan yg boleh ganti utk buat dakwah illallah. Dakwah adalah
asbab utk hidupkan semula semua cabang2 agama. Guna tubuh badan dipanggil
ibadat. Begitulah juga guan tubuh badan utk dakwah. Hari ni, org islam rasa
puas hati dakwah tersebar dgn alatan/akhbar. Zaman sekarang tak sama dgn zaman
dulu. Syaitan telah letakkan syak dlm diri org islam. Perkataan spt ini
menghapuskan maksud sebenar pengutusan baginda. Ini kejahilan yg telah tersebar.
Ini percakapan yg tak berpandukan sirah.
Membersihkan gigi adalah maksud. adakah gunakan berus dan
miswak sama? Adakah dgn menggunakan berus dpt 70 ganjaran spt yg dijanjikan
bila guna miswak. Fadilat sugi yg besar ialah dpt ucap kalimah sebelum mati.
Malaikat akan dtg dan dengar bacaan quran kita bila kita bermiswak sebelum baca
quran. adakah faedah2 ini akan dpt dgn gunakan berus? Tidak, kerana ia khilaf/bertentangan
dgn sunnah. Bertentangan dgn sunnah tiada kesan dan tiada ganjaran.
Amalan dan dakwah kena bertepatan dgn cara nabi dan sahabat. Kalau kita tak ikatkan usaha dgn cara nabi dan sahabat, maka akan menyebabkan kita susah nak ikut cara nabi dlm ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Buat dakwah bukan dgn cara nabi, maka tiada kekuatan utk menentang kebatilan. Sebaliknya kita akan ikut cara kafir dlm muamalat, muasyarat, akhlak. Org islam tak akan berjaya kalahkan org kafir.
Bantuan Allah atas umat ini bersyarat dgn dakwah. kita
sediakan diri utk buat atau sediakan org lain utk buat. Org yg mendustakan
agama ialah org yg dia sendiri tak buat dan tak sediakan org lain utk buat. 2X
dosa. Kedepankan usaha dakwah dlm apa keadaan pun. Zaman sahabat, selepas
beriman, tiada siapa yg menyempurnakan kehidupan secara infradi sahaja. Nabi
telah sediakan mereka utk dakwahkan org lain. Nabi bagi takazah pd mereka utk
menyeru kaum mereka. Asbab hidayat org kafir ialah kerana org islam bersatu dlm
ibadat dan dakwah. Nabi telah kumpulkan sahabat dlm dakwah, ibadat dan taklim.
Hindun yg hatinya keras, yg telah bunuh dan memamah hati
saidina Hamzah, dgn hanya melihat tahajjud sahabat semasa fatah mekah, telah
lembutkan hatinya dan masuk islam. Begitu juga dgn abu sufiyan. Sumamah telah
diikat 3 hari dlm masjid nabawi, masuik islam. Amalan dakwah wujudkan suasana.
Kisah Thufail dausi, dtg ke mekah, tutup telinga dgn kapas,
tak nak dengar perkataan nabi s.a.w. Bila Thufail masuk dlm masjid, dia terkesan dgn suasana.
Cabut kapas. Dengar percakapan nabi. Masuk islam, di minta utk balik dan dakwah
kaum dia. Saya ada kedudukan dlm kabilah, apa yg saya cakap, mereka tak akan
ingkar. Dia minta nabi doa bagi satu karamah agar kaum dia akan terkesan dgn
karamah tersebut. Satu tanda cahaya yg terang telah keluar antara dua matanya.
Dia pun suka dan pergi. Sebelum masuk kampung, dia berdoa supaya cahaya di dahi
dialihkan ke tongkat. Kaum dia tak terima dakwahnya. Dia balik jumpa nabi dan
suruh nabi doa kebinasan atas kaumnya. Org yg buat kerja ini tanpa merasai
bahawa kerja ini kerja dia, maka dia akan putus asa dan akan tinggalkan kerja
ini. Kita kena buat usaha dgn merasai ini perintah Allah. Nabi kata ada mutiara
dlm kaum kamu. Nabi doa kebaikan utk kaum daus. Thufail balik semula ke kaum
dia dan buat usaha selama beberapa tahun. Sehingga nabi telah berhijrah ke
madinah. badar, uhud dan khandaq selesai. Ketika nabi ada di khaibar, thufail
telah bawa 80 keluarga (1 keluarga besar ada 60-70 org/individu) berjumpa dgn
nabi s.a.w di madinah. Nuh a.s buat usaha siang dan malam selama 950 thn. 80
org/individu masuk islam. Adakah 2nd gasht kita cukup beberapa bulan
sahaja? Sunnah yg paling besar ialah dakwah infradi.
Usaha agama bukan dibuat dgn kedudukan, kemampuan dan
karamah. Usaha agama dibuat dgn mujahadah dan pengorbanan. Karamah para wali bukan
utk mentaarufkan auliya. Karamah para wali adalah utk mentaarufkan kekuatan
amalannya.
Bila usaha susah payah seorang da’i sampai ke satu tahap yg
diingini oleh Allah, maka Allah akan buat salah satu dari 2 perkara. Samada
penghalang mereka akan dihapuskan oleh Allah atau Allah akan bagi hidayat pd
mereka. Hidayat di tangan Allah. T/jawab para nabi ialah buat usaha. Satu org
nabi inginkan hidayat, abu talib. Satu org lagi nabi inginkan kehancuran utk
dia, Wahsyi pembunuh Hamzah. Tapi kudrat Allah sebaliknya. Abu talib tak dpt
hidayat, wahsyi dpt hidayat.
Kesatuan/ijtimaiyat org islam sangat penting. Zihin akan
berubah dgn suasana. Memberi dakwah akan mengubah suasana. Dakwah akan
menyempurnakan iman dan amal. T/jawab kita seluruh alam. Ulamak keluar 1 thn,
yg lain bagi azam utk 4 bulan.
Comments
Post a Comment