mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh
maulana saad
nizamuddin - 05/12/2019
nizamuddin - 05/12/2019
- iman
- ilmu
Perkara pertama, tanpa iman, amalan tak diterima oleh Allah.
Org kafir tiada iman, mereka lakukan kebaikan2 di dunia, maka balasan utk itu,
Allah bagi di dunia ini lagi. Di akhirat, mereka tak akan dpt apa2. Hari ni
kita fikir, bila buat kebaikan, kita akan dpt sesuatu di akhirat. Tidak pasti.
Bila sesuatu perkara dibuat dgn iman dan ikhlas, barulah akan diterima oleh
Allah. Amal tanpa iman dan ikhlas, semua amalan akan jadi debu di akhirat
nanti. Tak boleh ditimbang. Ini tertib Allah.
Perkara kedua, amalan tak diterima tanpa ilmu. Ilmu Allah.
Bertepatan dgn kehendak Allah. Hari ni org islam lalai drp kedua-dua kefarduan
ini. Mereka lalai utk usaha atas iman. Bila org islam memahami dan merasai
nizam alam ini adalah kudrat/kanun Allah, maka mereka akan memberi kedudukan pd
ilmu. Hari ni org belajar ilmu kemahiran dunia dan merasai ianya adalah ilmu. Ini
adalah perkara asas yg kita perlu keluarkan kejahilan drp umat. Ilmu kemahiran
terhasil dgn pengalaman2 manusia sahaja. ilmu yg sebenarnya ialah langsung drp
Allah dan nabi s.a.w, bukan drp pengalaman. Begitu besar perbezaan antara
bidang kemahiran dan ilmu Allah.
Hari ni kita gunakan hadith2 utk bagi targhib utk hasilkan
kemahiran dunia, ini adalah satu kejahilan dan kita berbangga dgnnya. Hadith
adalah berkaitan dgn ilmu, bukan berkaitan dgn pengetahuan dunia. Kita merasa
bangga dgn kemahiran dunia yg dihasilkan, ini adalah mizaj org kafir. Sahabat
dikenali dgn ilmu yg mereka ada, bukan dgn kemahiran yg mereka ada. Kejahilan bawa kpd kekufuran. Ilmu bawa kpd
taat perintah Allah.
Kita kena faham apa itu ilmu dan apa itu kejahilan. Kejahilan
tersebar dlm umat kerana umat merasakan kemahiran adalah ilmu. Dlm kubur ada 3
soalan. Semua perkara yg ada hubungkait dgn soalan2 ini, itulah ilmu. Yg tidak
ada hubungkait dgn soalan dlm kubur, bukan ilmu. Perbezaan yg mudah.
- pengetahuan
tentang rob
- pengetahuan
tentang syariat
- pengetahuan
tentang sunnah
Utk jawab soalan dlm kubur, bergantung pd amalan yg dibawa. Semata-mata
menghasilkan ilmu sahaja tak akan dpt jawab soalan dlm kubur. Amal yg
bertepatan dgn ilmu barulah akan dpt jawab soalan. Bukan sekadar maklumat, tapi
amalan. Ujian/imtihan di dunia, hanya ujian ingatan sahaja. ada secara tulisan,
ada secara lisan. Bergantung pd kekuatan ingatan. Ini bukan asal imtihan. Di
kubur, di mahsyar, di mizan, karguzari akan diambil secara langsung dari setiap
anggota badan. Semua anggota akan bercakap. Inilah asal imtihan. Imtihan yg
sebenar ialah berkaitan amal. Nabi tanya harisah bin zaid. Nabi buat imtihan
atas sahabat. Bagaimana pagi kamu. saya dlm keadaan iman yg hak. apa dalil?
Saya nampak kehidupan akhirat di depan saya.
Menghasilkan ilmu hukum bukan maksud sebenar tapi
semata-mata utk beramal. Bercakap tentang kebesaran Allah, inilah cara nak
belajar iman. Semua amalan bergantung pd iman. Ilmu berkaitan ahkam, tak perlu
takrar/cakap berkali-kali. Tapi ilmu tentang iman, perlu kpd takrar. Ilmu
tentang hukum hakam, utk beramal. Belajar tentang ilmu solat, puasa, zakat,
haji, tijarah, dll takazah selepas itu ialah beramal dgn ilmu yg dipelajari. Maksud
drp belajar ilmu ialah beramal.
Mempelajari ilmu iman tak akan habis sampai bila2 selagi
iman kita belum sampai ke tahap yg diingini oleh Allah. ilmu ahkam utk beramal,
ilmu iman utk meningkatkan iman. Sebanyak mana kita bercakap tentang sesuatu
perkara, keyakinan akan dtg kpd perkara tersebut.
Satu ketika nabi sedang bagi bayan. Selesai bayan, nabi
suruh abu bakar bayan. Abu bakar bayan pendek sikit drp bayan nabi s.a.w. Lepas
itu, nabi suruh umar bayan. Lagi pendek drp bayan saidina abu bakar. Lepas tu,
nabi suruh satu org sahabat bayan. Dia telah mulakan bayan dgn lafaz2 yg pelik,
yg baru. Nabi kata ini adalah amalan syaitan. Ini bukan bayan, ini spt sihir.
Lepas itu, nabi suruh abdullah ibnu masud bayan. Beliau kata, Allah adalah rob
kita, baitullah adalah kiblat kita, islam agama kita, quran imam kita, nabi
s.a.w adalah nabi kita. Nabi kata, bayan ibnu masud adalah yg benar.
Perkara yg tak dtgkan ingatan pd Allah bukan ilmu. Halqah
ilmu adalah halqah zikir. Berkumpul utk ingat pd Allah. Majlis spt ini akan
dikerumuni oleh malaikat sampai langit. Allah akan banggakan mereka dlm majlis
para malaikat. Ini adalah asal halaqah zikir. Bila Allah ingat kita di majlis
para malaikat, inilah ingatan yg besar. Inilah zikir akbar (ibnu abbas).
Bila selesai solat, hendaklah kamu bertebaran. Maksud bertebaran
disini bukan utk hasilkan dunia atau cari rezeki, tapi utk hasilkan ilmu, duduk
dlm majlis ilmu (ibnu abbas). Kurniaan Allah yg besar ialah ilmu, bukan rezeki.
Dlm usul tafsir, bila dtg satu tegahan dari Allah, jgn buat spt ini, tapi
kemudian dtg hukum boleh buat, ia bukan memberi makna wajib tapi harus sahaja. Hasilkan
rezeki adalah mustahab. Hasilkan ilmu adalah fardu. Perintah yg dtg kpd
sahabat, mula2 jgn berniaga, selepas kamu solat jumaat, bertebaranlah, pergilah
berniaga. Perintah berniaga tersebut hukumnya harus sahaja. yakni, harus pergi
bekerja cari rezeki selepas solat jumaat. Selepas ihram, berburulah kamu. mula2
haram buat apa2 masa ihram, lepas tu Allah kata berburulah kamu. maksud selepas
drp satu hukum tegahan, ini bukan hukum wajib berburu tapi harus sahaja.
Zaman sekarang, org islam mendahulukan cari rezeki ke atas
ilmu. Sebanyak mana satu org berbangga dlm menghasilkan ilmu, maka sebanyak itu
dia akan kurang hasilkan dunia. Zaman sahabat, org fakir paling banyak ilmu. Abu
hurairah, imam muhadisin, dlm kemiskinan, duduk dgn nabi, dpt hasilkan ilmu yg
banyak.
Ilmu adalah sifat Allah. Ilmu tak dpt dihasilkan dgn
memaksiati Allah. Ilmu adalah cahaya. Amalan adalah ketaatan. Dosa adalah
kegelapan. Tak mungkin berhubung. Perkara pertama utk hasilkan ilmu ialah
betulkan hubungan dgn Allah. Dosa kecil akan melupakan ilmu. Dosa besar akan
menjauhkan kita drp ilmu. Tuntutan ilmu adalah apa keinginan Allah atas saya.
Kita kena hampirkan diri kpd Allah, barulah kita akan tahu apa yg Allah ingin
drp kita. Ilmu bertambah dgn taqwa. Ilmu tidak bertambah dgn kekuatan ingatan.
Taqwa hubungkait dgn hati. Taqwa adalah sifat hati. Ilmu tidak bertambah dgn
kecerdikan seseorang. Kalau ilmu bertambah dgn kecerdikan, itu dipanggil
maklumat sahaja. Taqwa akan jadikan kamu alim yg besar.
Zikir, tilawah, tahajjud. Antara amalan yg perlu utk
hasilkan ilmu. Tahajjud waktu malam, akan betulkan perkataan kita dan hasilkan
ilmu yg betul. Mata, telinga, lidah, ketiga-tiga jln ini kena bersih, baru ilmu
akan masuk dlm hati kita. jgn tengok benda haram, jgn dengar benda haram, jgn
cakap benda haram. Hati yg menerima ilmu kena bersih maka akan zahirkan amalan
yg baik. Gunakan seluruh anggota badan utk hampirkan diri kpd Allah. Asal ilmu
ialah yg ada di hati.
Ilmu ada 2. satu di lidah. satu di hati. Ilmu di lidah akan
jadi musibah pd anak adam. Ilmu di hati akan jadi faedah pd anak adam. Seluruh
anggota badan akan mengikuti hati/ilmu tersebut. Alim yg sebenar ialah org yg
takut pd Allah. Ilmu telah dibataskan dgn takut kpd Allah. Ulamak ialah org yg
dlm hatinya takut pd Allah. Ilmu dan zikir saling lazim-melazimi. Ilmu tanpa
zikir, kegelapan. Zikir tanpa ilmu, kejahilan.
Ilmu dihasilkan di masjid. Kita belajar dibawah sayap2 para
malaikat. Sifat ketaatan akan wujud dlm diri. Suffah adalah tempat di mana
sahabat belajar ilmu. Hari ni, ilmu telah dikeluarkan dari masjid. Ilmu tidak
ada hubungan dgn maksiat. Org berilmu adalah org yg berzikir. Org yg paling
berilmu ialah org yg paling banyak ingat pd Allah. kita kena sibuk dgn amal2 yg
meredhokan Allah. Dgn perantaran ilmu dpt disempurnakan semua perintah Allah
dlm kehidupan kita.
Umat tenggelam dlm kejahilan. Kita kena usaha utk keluarkan
mereka dari kejahilan dan dtg kpd ilmu. Inilah maksud dari pergerakan kita. Kemahiran
yg kita belajar hari ni bukan ilmu. Maksud ilmu ialah apa yg Allah ingin dari
kita. ilmu di lidah dan ilmu di hati. ilmu lafaz berhubung dgn lidah dan ilmu
ikhlas berhubung dgn hati. Hati terkesan dgn perintah2 Allah. Membawa dan
dakwahkan ilmu yg ada pd kita dan bertebaran keluar di jln Allah akan
memantapkan lagi ilmu kita. Dakwahkan ilmu pd umat asbab utk datangkan
keyakinan pd ilmu tersebut dan tak ragu2 tentang ilmu yg kita pelajari. Ulamak
kena bawa ilmu keluar di jln Allah dan jumpa golongan umat yg jahil yg langgar
perintah2 Allah. Balik dari jln Allah, kena dakwahkan org2 di makami mereka.
Dunia yg Allah tak suka, bila kita belanja atas org lain,
maka Allah akan tambah dunia kita. Inikan pula ilmu yg Allah suka, bila kita
sampaikan pd org lain, maka lebih2 lagi Allah akan tambahkan ilmu itu dlm diri
kita. Kena bergerak di jln Allah utk sampaikan ilmu kpd umat. Org yg sibuk utk
islah diri tanpa menghiraukan org lain, maka imannya tak sempurna. Kita kena
jumpa manusia dan dakwah mereka kpd agama. Amal makruf nahi mungkar adalah
syarat penyempurnaan iman. Jgn kita rasa keluar di jln Allah ini merendahkan
ilmu kita, bahkan ia mambantu/muawin ilmu kita. Allah akan tambahkan ilmu kita
bila kita sampaikan kpd umat.
Pergerakan ulamak adalah spt bergeraknya awan ke semua
tempat di seluruh dunia. Awan membawa hujan. Hujan adalah rahmat dan berkat.
Hujan adalah air yg suci. Umat spt tanah. Ulamak spt awan. Tanah tidak
bergerak. Awan bergerak. Semua awan2 ada malaikat yg jaga. Allah perintah utk
bergerak. Allah perintah ulamak utk bergerak dan sampaikan ilmu kpd umat. Ini
adalah kewajipan ulamak. Kewajipan org kaya ialah mencari org yg layak utk
terima zakat. Kalau ulamak tak bergerak dlm umat, mereka tak akan tahu apa
keperluan sebenar umat. Ilmu perlu disampaikan kpd umat, bukan utk faedah diri
sendiri sahaja.
Satu ketika, nabi s.a.w kata dlm majmak, org alim kena
sampaikan ilmu pd org jahil. Kalau tidak, kami akan bagi denda yg besar di
dunia ini lagi. Ulamak tak ada dlm majlis tersebut tapi mereka telah dtg dan
jumpa nabi utk kepastian. Ini keinginan nabi. Ulamak kena bergerak sampaikan
ilmu. Sahabat minta tempoh setahun. Hari ni kita letak ilmu dlm alat2, hp, tv,
dll. Ini adalah kejahilan yg paling besar. Ilmu tak tersebar tapi kejahilan yg
tersebar. Cara utk sampaikan ilmu dgn hakikatnya, ulamak kena bergerak, jumpa
setiap manusia. Umat kena bersohbat dgn ulamak.
Khuruj di jln Allah bukan utk qittal/perang tapi utk
mengeluarkan umat dari kejahilan. Membantu agama bukan dgn harta tapi
bertebaran di jln Allah. Dgn harta boleh bantu org islam tapi tak membantu
islam. Tak pernah sabit dlm sirah, dgn harta agama jadi kuat. Harta hanya
hubungkait dgn keperluan kemanusiaan sahaja. haji dan zakat tak wajib pd org yg
tak ada harta. Iman, solat, puasa pun tak ada hubungkait dgn harta. Sebagaimana
semua kefarduan ini tak ada hubungkait dgn harta, begitu juga utk hidupkan
agama dlm kehidupan manusia juga tidak ada hubungkait dgn harta. Org fakir di
kalangan sahabat juga keluar di jln Allah. Bantu agama Allah ialah dgn keluar
di jln Allah.
Kalau kita tak bantu agama, maka Allah akan buang kita dan
cari org lain. Dlm usaha agama, Allah tak lihat pd intizam. Lebih sikit
intizam, lebih banyak bantuan ghaib Allah akan dtg. Dlm perang khandaq, pakaian
tak cukup, makanan tak cukup, cuaca sejuk, bantuan Allah dtg. Keluar di jln
Allah utk bantu agama dan sampaikan ilmu pd umat. 70 ulamak di kalangan sahabat
dihantar ke najd. Mereka diputuskan bukan utk berperang tapi semata-mata utk
ajar agama pd ahli najd atas permintaan mereka. Semua mereka telah disyahidkan
di bir maoona.
Kitab bukan perantaraan utk hasilkan ilmu. Kitab bukan
muallim. Nabi s.a.w kata, aku dihantar sebagai muallim. Org awam perlu sohbat
dgn ulamak utk hasilkan ilmu. Org yg keluar utk belajar ilmu, seluruh binatang
di udara, di daratan, di lautan akan mendoakan keampunan utk dia. Ulamak adalah
waris para ambiya. Umat berhak utk dptkan ilmu tersebut. wajib atas ulamak utk
sampaikan. Ulamak duduk di masjid dan ajar agama kpd org awam. Inilah asal
sunnah belajar agama. Org awam tak pergi ke madrasah. Org awam hanya pergi ke
masjid. Asal maksud keluar di jln allah adalah sampaikan ilmu kpd umat.
Ulamak keluar 1 thn. Thn ke-2 pergi negara2 arab. Thn ke-3
pergi negara2 eropah.
Comments
Post a Comment