mesyuarat m'sia 2019 - mizaj

maulana yusuf
nizamuddin - 01/12/2019

Pada saat dan ketika ini, perkara yg penting bagi setiap rakan seusaha ialah mereka hendaklah memahami mizaj kerja. usaha ini mempunyai mizaj yg khusus. Mizaj inilah yg membezakan antara usaha ini dgn usaha2 yg lain. selagi kita memahami mizaj kerja, selagi itulah kita akan dpt faedah drp kerja tersebut. bila tidak faham mizaj kerja, maka akan menyebabkan kerugian pd usaha. Setiap drp kita, org2 lama yg mengendali kerja, hendaklah memahami mizaj kerja. mizaj kenabian.

Bagaimana umat ini dpt dikembalikan kpd tahap yg sama iaitu tahap ketika nabi s.a.w tinggalkan umat ini. umat kena kembali kpd kehidupan tersebut. kita kena muzakarah lagi dan lagi tentang kehidupan nabi dan sahabat. Kita kena cakap setiap hari sehingga mizaj nabi dan sahabat ada dlm kehidupan kita.

Dlm khutbah abu bakar r.hu, kejayaan bagi mereka yg kemudian adalah dlm mengikut jejak langkah org terdahulu. Sejauh mana kita dpt amalkan kehidupan nabi s.a.w dan kehidupan sahabat, sejauh itulah kita akan berjaya dlm kehidupan kita. Kaum2 lain maju ke depan hingga di depan mereka ada dajjal. Tapi kemajuan umat ini adalah dgn undur ke belakang sehingga hampir kpd kehidupan nabi dan sahabat samada dlm iman, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Lebih2 lagi dlm usaha dakwah yg dijalankan.

Pernah di tanya kpd maulana ilyas rah., apa yg tuan hendak drp usaha ini? saya berkeinginan bagaimana umat ini dpt kembali ke tahap ibadat dan dakwah yg ditinggalkan oleh nabi s.a.w. Walaupun  bilangan sahabat di madinah tak ramai, mereka bukan org kaya, kehidupan mereka sederhana, ramai yg miskin dan fakir, serba kekurangan, akan tetapi nabi s.a.w telah dpt sediakan satu kumpulan manusia yg sedia bawa agama ke seluruh alam. mereka jadi amla nabi s.a.w. Inilah maksud tuan2 dipanggil dtg ke nizamuddin, supaya Malaysia dpt wujudkan amla, yg dpt disediakan sebagaimana sahabat2, yg bersedia utk bergerak ke seluruh dunia dgn harta dan nyawa, utk hidupakan sunnah dan agama di seluruh dunia.

Ada syarat2nya yg perlu disempurnakan utk bina golongan yg akan hidupkan agama ke seluruh dunia. sifat ummumiyat. bersatu sebagai satu umat. Ini perkara yg asas. yg paling banyak buat pengorbanan akan di kedepankan. Yg paling tinggi taqwa akan berada di saf pertama. 2 nisbat dlm umat, hijrah dan nusrah. Sahabat dikenali sebagai muhajir atau ansar.

Bagaimana kita dpt kedepankan mereka2 yg buat pengorbanan utk agama, dpt digunakan utk kerja agama. Berapa ramai rakan seusaha yg banyak korban tapi kita tak dpt gunakan mereka dgn sepatutnya. Mereka tidak diletakkan ditempat yg sepatutnya. Satu ketika, dlm majlis saidina umar r.hu, ada pembesar2 quraish, tapi bila saidina bilal r.hu sampai, beliau telah bangun dan sambut dan letakkan bilal di depan. Menghargai org2 yg telah buat pengorbanan utk agama.

Usaha ini tidak ada hubungan langsung dgn kebolehan, harta, kedudukan, dll. Usaha ini berjalan dgn qabuliyat, penerimaan Allah. siapa yg Allah terima, Allah sendiri akan bagi qabuliyat, Allah yg akan bagi asbab pd dia. Setiap org kena usaha supaya dia diterima oleh Allah. Saidina umar r.hu, sebelum masuk islam, tiada apa2 kebolehan. Nabi s.a.w telah usaha atas beliau. Bila Allah terima, Allah bagi salahiyat, sehingga hari ni tiada siapa berani mengkritik umar r.hu, beliau telah menjalankan t/jawab begitu sempurna. Kita nak dari setiap individu umat ini ambil t/jawab amanah usaha agama. Kita nak setiap drp umat dpt laksanakan tugas dan t/jawab.

Usaha ini tidak dibahagi mengikut tabaqat. Setiap takazah agama hendaklah dibentangkan pd setiap individu umat ini. Org yg bawa rickshaw pun dibentang takazah negara jauh. Jgn sekali2 kita pandang umat ini tak layak utk sambut takazah seluruh alam. Satu kisah yg berlaku di banglawali masjid, maulana ilyas sambut satu org perompok/penjenayah, layan dia, berkali2 maulana cakap pd dia, wahai abd rahim, kami ada harapan yg sangat tinggi pd Allah, bahawa Allah akan ambil kerja dari kamu dan sebarkan hidayat seluruh alam. dia terus menangis, aku telah buat banyak dosa. Dia balik ke mewat dan buat usaha. Dia antara org yg pertama buat asas kerja di mewat dan tersebarnya hidayat ke seluruh alam. kita kena ada harapan dan usahakan atas setiap individu umat.

Jgn hadkan kerja pd golongan yg khusus. Jgn buat usaha hanya dikalangan rakan seusaha. Kita kena berterusan membentuk amla. Bawa org baru dlm kerja. ini kemajuan dlm kerja. Abu bakar r.hu, hari pertama ucap kalimah telah sediakan beberapa org beriman dgn Allah. kalau ada 10 org di satu masjid, 10 org duduk mesyuarat, 10 org duduk taklim, 10 org buat gasht, 10 org keluar 3 hari, ini bukan usaha. Ini hanya peringkat menyempurnakan amal2 infradi. Bukan usaha ijtimai. Usaha ijtimai ialah bagaimana 10 org dpt sediakan org lain bersama dgn mereka dlm amal masjid. Ini mizaj yg sangat penting.

Org yg sempurnakan amal hanya dikatakan org yg beragama tetapi org yg dikatakan bantu agama Allah ialah org yg dpt sediakan org lain. Kita kena bina amla2 yg dpt sambut takazah di seluruh alam. Org2 lama kena bersedia keluar dgn org2 baru. Barulah org lama akan dpt tarbiyah dan maju/taraqqi. Allah akan majukan mereka dlm usaha. Kisah wail dan muawiyah. Wail anak raja. Muawiyah miskin. Wail atas kuda, muawiyah jln kaki tanpa kasut. Nak naik kuda, wail tak bagi. Nak pinjam kasut, wail tak bagi. Setelah zaman berlalu, Allah jadikan muawiyah sebagai amirul mukminin, ia berada atas singgahsana, dlm istana, wail dtg nak jumpa bagi karguzari. Muawiyah kata, mana lebih baik, kuda kamu atau singgahsana aku. Bila org lama bersama org baru, Allah bagi keberkatan. Allah tarbiyah. Allah majukan. Org baru kena hormati dan hargai pengorbanan org lama.

Org lama seumpama otak. Org baru seumpama anggota badan. Bila anggota ada hubungan dgn otak, semua akan berfungsi dgn baik. Bila tidak ada hubungan, akan jadi lumpuh. Nabi s.a.w sentiasa sebut pengorbanan sahabat2. Semua kita buat kesilapan. Sebaik-baik pendosa ialah mereka yg bertaubat. Maafkan. Lupakan kesalahan. Ceritakan kebaikan. Maka akan wujud ijtimaiyat/kesatuan. Hargai pengorbanan rakan seusaha. Bila kita cerita kesalahan, ia akan jadi mengumpat. Tutup kesalahan. Jgn diceritakan.

Seorang sahabat, hatim bin abi bakrah, dia telah buat satu kesilapan yg besar. Dia telah bocorkan rahsia, nabi s.a.w bercadang nak menyerang mekah. Dia tulis satu surat dan bagi pd seorang wanita tua. Allah telah sampaikan wahyu pd nabi s.a.w tentang rancangan hatim. Nabi s.a.w hantar 2 org sahabat dan cari org tua tersebut. surat telah dpt ditahan. Umar r.hu minta izin nak bunuh hatim. Hatim minta maaf, dia kata dia bukan munafik, dia buat begitu sebab dia ada keluarga di mekah, supaya keluarga dia selamat. Nabi s.a.w kata, hatim bercakap benar. Dia ahli badar. Allah telah ampun dosa semua ahli badar. Nabi s.a.w ingatkan pengorbanan hatim kpd sahabat2 yg lain. inilah perkara yg kita kena buat. Tutup kesalahan, hanya cerita kebaikan, maka akan timbul kasih sayang dan satu hati. Maulana Yusuf rah. kata, serendah2 amal yg dibuat dgn ijtimaiyat, ia lebih bernilai drp amal yg tinggi tapi dibuat dgn perpecahan.

Allah telah bagi kemampuan dan kebolehan pd tuan2 utk hantar jemaah ke seluruh dunia. Umat seumpama satu jasad. 3 jenis org yg buat usaha:
  1. usaha org soleh
  2. usaha para abiya
  3. usaha sayyidul anbiya
usaha org soleh hanya fikir utk diri sahaja. usaha nabi2 dihantar utk buat usaha di kpg, bandar, negeri, kawasan yg terhad. Usaha sayyidul anbiya, penghulu segala nabi, dihantar utk seluruh alam sampai hari kiamat. Kita sebagai umat nabi s.a.w, kena buat usaha sebagaimana usaha nabi s.a.w. hantar jemaah seluruh dunia. Inilah tempat utk kita belanjakan harta kita. Rumah, kenderaan, perkahwinan, perniagaan, ini semua bukan tempat utk belanjakan harta. Setiap org kena belanja apa yg dia sayang utk Allah. Allah bagi harta pd semua org dlm berbagai bentuk. Perbelanjaan sahabat semua atas agama.

Ayat, jgn kamu campakkan diri kamu dlm kebinasaan. Abu ayub al ansari kata ayat ini diturunkan pd kami kaum ansar. Mereka bermesyuarat utk minta cuti drp keluar di jln Allah selama 6 bulan utk uruskan keperluan mereka. menyebabkan Allah turunkan ayat quran. tempat utk belanjakan harta bukan utk keperluan dan keinginan kita tapi utk bangunkan agama ke seluruh alam, keluar ke  negara jauh.

Sahabat telah bertebaran ke seluruh dunia. Tinggalkan madinah. tak tahu di mana kubur mereka. hanya 10,000 kubur sahabat di madinah. kita kena keluar dari rumah kita dgn azam dan keinginan yg sama mcm sahabat. Di mana ada manusia, kita kena hantar jemaah ke sana. Terus buat usaha sampai mati dan org tak tahu kubur kita dimana, hanya Allah yg tahu. Hanya Allah yg bagi kerehatan dan kesenangan dlm kubur. Sambut takazah seluruh alam. Kisah Ala’ hadrami, berjalan atas air, dan berkata, kalau ada manusia di seberang sana, maka lautan ini tak akan jadi penghalang utk kami sampai ke sana. Dgn jasbah mcm ni kita kena sampai ke seluruh dunia.

Abu bakar r.hu telah hantar jemaah usamah dlm keadaan begitu getir. Tak ada seorang pun sahabat2 yg lain yg berpendapat jemaah ini patut dihantar. Umar yg mulham kata utk org yg tak bayar zakat tak perlu hantar jemaah. Abu bakar jawab, kalau di zaman nabi mereka bagi zakat binatang dgn tali, tapi sekarang tanpa tali, aku akan perangi mereka. Abu bakar tak sanggup lihat apa2 kekurangan berlaku dlm agama. Kita lihat keadaan umat di seluruh dunia hari ni, umat tinggalkan kalimah, tinggalkan solat, semua kefarduan ditinggalkan. Lebih2 lagi jemaah perlu dihantar ke seluruh dunia.

Abu bakar telah kosongkan madinah. Semua sahabat telah bergerak keluar di jln Allah. Dgn pergerakan tersebut, Allah telah ubah keadaan umat. Allah kembalikan umat kpd agama. Umar kata, kalau bukan kerana abu bakar, nescaya hari ini tidak ada satu org pun akan sujud pd Allah. Aishah r.ha kata, 3 hari 3 mlm tidak ada satu org lelaki pun yg ada utk jaga wanita2 di madinah. Hari ni, kita perlu kosongkan kpg kita, negara kita, utk bergerak ke seluruh alam, Allah akan kembalikan agama.

Utk itu, kita semua kena buat azam, tambah pengorbanan, 6 bulan setiap tahun. 10 hari setiap bulan, 8 jam setiap hari. 4B keluar jln Allah, 2B tertib nizamuddin setiap thn. Maksud 2B tertib bukan utk khidmat, ianya ialah supaya semua takazah2 yg ada di nizamuddin dpt terus sampai ke m’sia. Org2 saf pertama, org yg menggendalikan kerja, kena dtg ke nizamuddin setiap thn.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir