mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad
nizamuddin - 30/11/2019

Segala usul dlm usaha dakwah diambil drp sirah. Kerja ini tidak mengikut kehendak kita. Maksud perutusan ambiya ialah utk hidupkan usaha dakwah. Kita kena buat usaha ini sebagaimana para sahabat telah hidupkan usaha ini. Jumpa manusia dan keluarkan manusia di jln Allah.

Maulana ilyas rah. kata, maksud usaha ini bukan hanya utk betulkan kalimah dan solat sahaja. Belajar semasa keluar di jln Allah bukan satu pengakhiran. Ini baru alif, ba, ta. Nabi s.a.w telah sediakan satu majmak bersama baginda yg sentiasa bersedia utk menyambut sebarang takazah spt kuda2 yg sedia ditunggang.

Nabi s.a.w akan tashkil walaupun org baru masuk islam. Dia akan diberi takazah ikut kemampuan yg dia ada. Setiap org faham dia kena buat pengorbanan. Apa itu murtad? Yg kita faham murtad ialah org yg tinggalkan agama. Sahabat punya fikir, org yg tinggalkan jemaah, tak buat usaha agama, berada dlm kemurtadan. Hari ni, bila kita tak keluar 40H dlm setahun, kita tak rasa apa2. Para sahabat begitu takut, mereka rasa ia satu kesalahan yg besar duduk di rumah tak keluar di jln Allah.

Satu org sahabat, sebelum masuk islam, dia pergi ke masjid dan solat bersama jemaah. Dia duduk di saf belakang. Selepas solat, nabi pergi jumpa dia. Dia ucap kalimah. Nabi tawarkan 2 hijrah kpd dia. Hijrah badiah atau hijrah battah. Yg mana yg lebih baik? Hijrah battah yg terbaik iaitu tinggal bersama kami dan tak kembali ke tempat kamu. Hijrah badiah ialah kamu balik ke kpg kamu dan amalkan agama di sana. Dlm setiap keadaan taat perintah Allah dan amal sunnah samada susah atau senang. Kamu juga kena berjanji, selepas kewafatan aku, walaupun kamu di pinggirkan, kamu tetap tidak akan tinggalkan usaha agama. Sahabat kata, saya terima syarat tersebut. Nabi s.a.w ambil perjanjian dari sahabat yg baru masuk islam supaya dia terus maju. Tunaikan syarat2 ini semampu kamu dan nabi telah berbaiat dgn dia. 

Kisah Mufti zainal abidin rah. Satu ketika, lepas wafsi 40H, dia minta kebenaran nak balik. Nak tengok madrasah, nak mengajar, banyak keperluan lain nak di selesaikan. Maulana Yusuf tak bagi keizinan sepenuh hati. Masa tengah tunggu kereta kuda, maulana Yusuf rah. suruh panggil mufti. 3X maulana Yusuf buat mcm tu. Mufti rasa sangat terbeban. Maulana Yusuf kata, kamu ada pilihan samada nak balik atau tinggal disini. Selepas kejadian tersebut, barulah mufti rasa dia buat tabligh. Selepas ujian tersebut barulah dia faham apa itu tabligh. Amla kena sentiasa bersatu.

Org2 malaysia kena faham. Kena dtg berkali-kali ke sini utk fahamkan usaha. Tahap usaha akan maju di mana ada mahul usaha. Bila kita sentiasa dtg kpd mahul, maka kerja akan meningkat, fikir akan meningkat. Kalau tak dtg kpd mahul usaha, maka kita akan puas hati dgn tahap usaha yg kita buat.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir