mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh
maulana saad
nizamuddin - 03/12/2019
Nabi s.a.w telah tunjukkan amalan & cara yg sempurna kpd
umat ini dlm mengamalkan keseluruhan agama. Begitu juga dgn amalan hidayat,
nabi s.a.w telah tunjukkan satu cara tarikah usaha dakwah yg sempurna. Nabi
s.a.w telah tunjukkan mcm mana nak disempurnakan amal2 tersebut di seluruh
dunia. Tidak mungkin usaha dakwah ini dibuat mengikut keadaan/suasana sesuatu
negara atau mengikut kemampuan org islam. Dlm semua zaman, dakwah illallah dibuat
dgn mengikut cara nabi s.a.w dan para sahabat. Cara ibadat yg sama di seluruh
dunia, begitu juga cara dakwah yg sama di seluruh dunia. Imam malik rah. kata,
umat ini tidak akan terislah melainkan dgn cara umat terdahulu. Tarikah dlm
usaha ini adalah dgn cara yg telah dibuat oleh para sahabat r.hum. Sahabat
adalah petunjuk/lampu2 hidayat. Setiap amal dibuat dgn cara sahabat.
Perkara asas dlm usaha dakwah ini utk menyempurnakan iman
dan ibadat. Iman akan bertambah dan berkurang. Hanya dgn dakwah illallah iman
akan bertambah. Iman akan berkurang apabila meninggalkan dakwah. ini adalah
perkara yg asas. Pd zaman ini, ramai yg tak tahu hakikat perkara ini samada org
awam atau cerdik pandai iaitu dakwah ialah syarat utk sempurnakan iman. Org yg
beramal tapi tidak mengajak org kpd amal soleh, maka imannya tidak akan
sempurna. Tidak memadai hanya fikir utk diri sendiri dan tinggalkan umat.
Tanpa kesempurnaan iman, tidak akan dtg istiqamah dlm amal,
janji2 Allah tidak dpt disempurnakan dan tidak akan dtg keikhlasan. Hajat org
islam adalah utk menyempurnakan iman. Dlm quran, perintah utk org beriman utk
sempurnakan iman. Wahai org beriman, berimanlah kamu. hak kalimah
lailahaillallah ini adalah utk org mukmin. Sahabat nabi yg telah melihat
bantuan ghaib Allah s.w.t dan melihat wahyu turun di depan mereka, melihat
malaikat dgn mata, dpt lihat malaikat turun dari langit di badar, org yg mcm
ini pun diperintah utk memperbaharui iman. Walaupun sahabat dah sampai kpd iman
yg sempurna, tapi masih kena usaha atas iman. Iman akan jadi luntur sebagaimana
lunturnya pakaian. Begitu juga iman, lama2 akan jadi lemah. Hendaklah kamu
beriman sebagaimana sahabat telah beriman.
Nabi s.a.w tanya sahabat, siapa yg paling afdal imannya?
Sahabat jawab,
Iman malaikat. bukan
Iman nabi2. bukan
Iman kami, sahabat kamu. bukan. Sebab kamu bersama dgn aku
Siapa lagi? Selepas kematian aku, akan dtg manusia yg hanya
lihat quran dan hadith, mereka beriman tanpa melihat aku. Itulah iman yg paling
afdal.
Nabi s.a.w berkeinginan utk melihat saudara2nya. Kita semua.
Mcm mana iman kita sekarang? Tidak meyakini dgn janji2Allah,
nifaq, khianat, tapi masih lagi kita rasa tak berhajat kpd iman. Sebab utk
menguatkan iman ialah mengajak kpd kebaikan dan menjauhi kemungkaran. kefarduan
amal makruf nahi mungkar ini adalah sebab utk hasilkan iman yg sempurna. Inilah
perkara yg asal. Bila umat telah tinggalkan kerja ini, maka keberkatan wahyu
telah hilang dari umat. Kita kena faham iman penting utk diri kita semua dan
dakwah amal makruf nahi mungkar utk kuatkan iman. Tabligh bukan satu kumpulan,
ianya adalah tahrik/pergerakan usaha yg telah dibuat oleh nabi s.a.w dan para
sahabat. Hari ini org kata tak perlu keluar jln Allah, nak belajar agama boleh
pergi madrasah. Keluar di jln Allah adalah utk menunaikan kefarduan amal makruf
secara amali/praktikal.
Pertama sekali kena belajar iman. Segala kebaikan berasaskan
iman. Tanpa iman, kebaikan tiada nilai. Iman adalah ikhlas. Utk belajar iman
dan sempurnakan iman, kena dtg ke masjid. Ajak org dtg ke masjid. Duduk dlm
halqah iman. Berbicara tentang iman. Masuk islam belum dikira beriman. Spt mana
kita belajar solat, puasa, zakat, haji, utk iman juga kena lapangkan masa utk
belajar. Duduk dlm masjid dan cakap tentang perkara2 ghaib. Inilah baru
dikatakan beriman. Sahabat juga buat gasht kpd sahabat2 yg lain. dakwah bukan
sekadar ajak org bukan islam kpd islam. Abu hurairah r.hu pergi ke bazaar dan
ajak sahabat ke masjid utk usaha atas iman. Umar r.hu kata, kami buat mcm ni
supaya iman kami bertambah. Pujuk rayu umat utk duduk dlm halaqah iman. Inilah
amalan yg telah dilakukan oleh sahabat nabi s.a.w. Abdullah bin rawahah r.hu
ajak org supaya beriman. Wujudkan halaqah iman. Inilah sunnah nabi s.a.w.
inilah cara utk tambahkan keimanan.
Sekarang ni semua perkara berlaku di luar masjid. Kita kena
keluarkan keyakinan2 kpd benda dan ajak mereka ke masjid. Manusia di luar
masjid yakin selain drp Allah. kita kena keluarkan mereka dari tempat2 mereka,
bukan bagi dakwah ditempat mereka, bagi dakwah di masjid. Rumah, kedai, kilang
adalah tempat kelailaian. Keluarkan umat dari kelalaian. Ini penting. Tempat
utk masukkan keyakinan pd Allah ialah di masjid.
Berlaku kejahilan dlm umat. Alat2 digunakan utk tablighkan/sampaikan agama. Ia bertentangan dgn sunnah, maka ia tidak memberi kesan pd umat. Perkara yg hak kita gunakan alat kebatilan, tak mungkin berlaku. Tabligh bukan hanya sampaikan ke telinga. Tapi kena masukkan ke dlm hati.
Kemampuan utk beramal bukan dtg drp ilmu. Ini salah faham.
Ilmu itu penting tapi pemikiran itu salah. Ilmu ada tapi tiada iman. Ilmu
adalah satu petunjuk. Dgn iman, barulah maklumat akan dpt menafaat Rahabah utk
siapa? Rahbah utk org yg ingin berjalan. Suasana utk masukkan iman dlm hati
ialah di masjid. Kemampuan utk beramal bila kita berada dlm ijtimai amal dan
berada dibawah sayap2 malaikat. Malaikat adalah makhluk yg taat. Nabi s.a.w
letakkan org2 baru masuk islam dlm masjid. Masa makan, sahabat2 bawa balik ke
rumah masing2. Ada
sahabat yg menjamu 80 keluarga yg dtg. Masjid adalah tempat tarbiyah utk memalingkan
hati. Dlm masjid, org yg hati keras pun akan jadi lembut.
Masjid adalah tempat utk membentuk umat utk amal keseluruhan
agama. Dtg ke masjid adalah satu amal. Duduk dlm masjid pun satu ibadat. Duduk
dlm masjid spt telur yg diramkan oleh ibu ayam. Kita patut rasa sedih bila
keluar dari masjid. Hari ni, umat telah dikeluarkan dari suasana malaikat. Kita
duduk dlm ijtimai amal supaya hati kita berpaling kpd kebaikan. Taklim dan
tarbiyah di masjid. Utk belajar iman, ajak umat ke dlm masjid. Org yg dtg ke
masjid ialah spt org pergi berjihad. Org kafir yg telah ditangkap, diikat di
masjid, dgn suasana masjid maka mereka telah berubah, masuk islam. Sumamah
telah diiikat di masjid selama 3 hari. Selepas 3 hari, masuk islam.
Afdal umat ini bukan dlm infradi amal. Umat ini adalah umat
terbaik sebab mengajak manusia kpd amal, mengajak kpd kebaikan. Amalan masjid
melembutkan hati. Bani tsaqif di letakkan dlm masjid. Bukan dgn targhib, tapi
dgn takmir. Yg bezakan kufur dan islam ialah solat. Dtg ke masjid utk solat
akan hilangkan kekufuran. Kalau tak dtg masjid, mudah utk pergi ke jln
kekufuran. Org yg jaga solat, akan selamat dari kemurtadan. Taklim dan tarbiyah
umat ini ialah dgn amalan masjid. Utk selesaikan semua masalah org islam, pergi
ke masjid. Tukarkan keyakinan dari asbab kpd Allah. Allah akan selesaikan
masalah bila dtg ke masjid. Jadikan adat utk dtg ke masjid. Hari ni, org yg
buat dakwah pun tak dtg ke masjid utk selesaikan masalah dia. Org awam lagilah
tak faham.
Hari ni kita faham, Allah selesaikan masalah kita dgn hajat
dan kita faham Allah selesaikan hajat kita dgn asbab, maka kita buat usaha dan
doa. Sebab kita faham segala hajat selesai dgn asbab. Ini salah faham. Bila
kita berhajat, langkah pertama ialah ke masjid. Asbab2 diluar masjid tak boleh
bantu kita. Allah buat dgn kudratNya. Selesaikan masalah dgn amal. Dtg ke
masjid utk beramal. Dtg ke masjid berulang-ulang kali, minta dgn Allah. inilah
adat para sahabat. Utk perkara yg berada di luar ikhtiar manusia pun, nabi
s.a.w ajak sahabat pergi ke masjid. Khulasah belajar sains ialah utk dtgkan
umat kpd syirik. Sains ajar semua perkara bersebab. Nabi s.a.w ajar sahabat
supaya dtg kpd pencipta. Gerhana, ribut, kemarau, apa sahaja yg berlaku dtg ke
masjid.
Allah akan bantu umat bila kita buat amal yg sama mcm nabi
s.a.w dan sahabat buat. Syarat kewalian bukan karamah. Syarat utk wali ialah
ittibaq sunnah. Jgn buruk sangka dgn Allah. kena betulkan sangkaan. Jgn putus
asa dgn amal. Di zaman sahabat dan di zaman kita sekarang, Allah yg buat
segala-galanya. Ada
masalah dtg ke masjid. Kena yakin. 2 org adik beradik zaman sahabat, seorang
bekerja di kedai, seorang lagi sentiasa berada di masjid. Nabi s.a.w kata, kamu
diberi rezeki sebab adik kamu yg berada di masjid.
Meninggalkan perniagaan/perkerjaan bukan mujahadah. Itu
rahbaniyah. Islam adalah mujahadah, bukan rahbaniyah. Dlm islam tidak ada
rahbaniyah. Dgn mujahadah akan dpt hidayat. Cuma kita kurangkan masa
perniagaan/pekerjaan. kurangkan masa bersama anak/isteri. Kurangkan masa itulah
mujahadah. Allah murka dgn org yg mencari rezeki yg halal tapi tinggalkan kerja
dakwah. Allah tak suka. Berniaga/berusaha utk menunaikan sekadar keperluan
hajat sahaja maka akan dibangkitkan di padang
mahsyar bercahaya spt bulan purnama. Beza org yg kerja halal tapi nak kaya dan
org yg kerja halal sekadar keperluan. Rezeki telah ditetapkan oleh Allah. Ada yg Allah bagi lebih,
ada yg dpt kurang.
Org yg memakmurkan masjid, segala keperluan dia akan dibantu
oleh malaikat. Kita bagi masa dan duduk di masjid dgn yakin. Bila kita bantu
agama Allah, maka Allah akan bantu kita. kita ajak manusia kpd kefarduan. Bila
dtg ke masjid, maka seseorang itu akan tinggalkan kemungkaran. Bawa org yg
lakukan kemungkaran ke masjid.
Selesaikan segala masalah dgn solat. Yakin dgn janji Allah.
Sempurnakan solat. Lazimkan diri kita utk berdiri malam. Tahajjud adalah sebab
yg paling besar utk turunkan bantuan Allah secara ghaib. Ehsankan solat kita.
Org yg tinggalkan solat menuju kpd kehancuran. Solat yg rosak akan rosakkan segala
keperluan dunia dan akhirat. Solat sepatutnya dpt jauhkan seseorang dari
mungkar. Solat mendekatkan diri kpd Allah. Org yg solat dan masih berbuat dosa
sebab solatnya rosak. Solat tidak betul.
Taklim fadhail adalah utk menolak asbab dan kuatkan iman.
Taklim fadhail utk dtgkan yakin dgn janji2 Allah. Bila kita duduk dlm suasana
asbab, iman jadi lemah dan amal berkurangan. Azan bukan hanya utk menandakan
masuk waktu solat sahaja. Azan ialah utk ajak manusia ke masjid. Kefarduan
solat turun di mekah. Di madinah, baru ada azan. Azan adalah dakwah. Azan bukan
iklan. Tinggalkan segala pekerjaan kamu dan dtg ke masjid. Dtg ke masjid dan
duduk dlm majlis taklim dan yakin dgn janji2 Allah. Beramal dgn sifat ehsan.
Hari ni, kita dtg ke dlm masjid tapi dlm otak, fikiran masih di luar. Semasa
solat masih memikirkan pasal perniagaan sebab tak buat persiapan utk dtg ke
masjid. Oleh itu, dtg awal dan duduk dlm halqah taklim. Duduk dlm suasana amal.
Org yg nak keluar di jln Allah, ihtimam dgn taklim muntakhab
hadith. Semasa keluar, pagi baca muntakhab hadith, ptg baca fadhail amal dan
fadhail sedekah. Inilah kehidupan umat ini. Utk masalah masail, pergi jumpa dgn
ulamak. Setiap masjid dihidupkan dgn amalan masjid nabawi. Hendaklah kita
bersohbat dgn ulamak. Ambil menafaat dari ulamak. Ulamak kena turunkan
martabatnya dan berjumpa dgn umat. Kalau ulamak tak mendatangi umat, maka umat
tak akan keluar dari kejahilan. Masjid adalah tempat umum bagi org islam. Org
yg menghidupkan masjid adalah org2 yg beriman. Takmir bukan mencantikkan masjid.
Takmir masjid ialah menghidupkan amalan dakwah di masjid. Ini adalah kerja org
yg beriman.
Hidupkan masjid dgn amalan masjid nabawi. Bagi masa utk
hidupkan masjid. Masjid adalah tempat tarbiyah dan taklim. Kumpul org awam di
masjid. Buat taklimi gasht di masjid. Di Malaysia ada ribuan masjid. Jgn tengok
berapa org yg dah dtg masjid. Tengok berapa org yg belum lagi dtg ke masjid. Ada di kalangan org islam
yg tak pernah dtg ke masjid. Asal usaha kita ialah 100% org islam dtg ke masjid
dan amalkan agama. Inilah khulasah usaha kita. Hidupkan masjid. Tarbiyah adalah
maksud. Di mana sahaja kita pergi, wujudkan suasana ini. Org yg mendapat
petunjuk ialah org yg memakmurkan masjid dan selamatkan dari fitnah.
3 perkara utk selamatkan dari fitnah:
1. duduk bersama org awam
2. jgn asingkan dari jemaah
3. jadikan adat berada dlm masjid
Ulamak bagi masa setahun. Yg dah bagi setahun, bagi 1 thn
kedua.
Comments
Post a Comment