mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad
nizamuddin - 02/12/2019

Dakwah adalah tarbiyah dan hidayat. Dakwah tidak dibuat ikut resam. Dakwah dibuat cara sunnah. Hidayat tidak ada kaitan dgn adat resam. Dakwah tidak ikut zaman. Dakwah dibuat dgn cara nabi s.a.w. Dakwah cara nabi bersesuaian dgn setiap zaman hingga kiamat. Kaedah ini tak akan berubah sampai kiamat. Spt mana cara beribadat pd Allah tak berubah sampai kiamat, begitu juga cara dakwah tak akan berubah sampai kiamat. Nabi perintah kita utk ikut cara beribadat, begitu juga nabi perintah kita utk ikut cara buat dakwah.

Imam malik rah. kata, umat akhir tidak akan terislah melainkan dgn cara umat terdahulu diislah (sahabat). Nabi telah satukan kerja hidayat dan tarbiyah dgn masjid. Semua urusan umat islam di masjid. Semua syukbah dlm agama berkait dgn masjid. Ada musibah, perbalahan, nak berniaga, perkahwinan, semua dtg ke masjid. Bahkan pencuri pun di letakkan di masjid. Sehingga terkesan dgn amalan masjid.

Dakwah tidak mengikut kesesuaian zaman. Dakwah adalah satu sunnah, dibuat dgn nehej nabi. Tarbiyah dan hidayat di masjid. Halaqah iman dibuat di masjid. Para malaikat akan berhimpun hingga ke arash. Apa sebab masjid dibina? Berada di mahul/suasana masjid adalah satu ibadat. Spt mana satu org pesakit berada di hospital utk sihat. Begitu juga org yg sakit iman, berada di masjid utk pulihkan iman. Musuh islam diikat di tiang masjid. Terkesan dgn amal masjid, masuk islam.

Sekiranya dakwah dibuat di luar masjid, kesannya tak sama spt mana kita buat dakwah di masjid. Hari ni kita faham, masjid utk solat sahaja. Sedangkan pd zaman nabi, org munafik pun solat di masjid. Masjid adalah tempat berhimpunnya semua amal. Iman, ibadat, muamalat, muasyarat, semua berpusat di masjid. Hari ni, ilmu pun telah dikeluarkan drp masjid. Majoriti umat dlm kejahilan.

Muawiyah r.hu masuk masjid dan duduk dlm halaqah iman. Nabi s.a.w tanya, kamu buat apa? Saya duduk dan muzakarah pasal iman. Nabi kata, malaikat telah dtg dan bagitahu, Allah puji dan suka perbuatan tersebut.

Satu ketika, nabi masuk masjid, baginda lihat ada halqah quran dan baginda duduk dlm halqah tersebut. Nabi suruh panggil org lain yg diluar. Oleh itu, kita boleh buat taklimi gasht masa taklim di masjid, bukan masa keluar sahaja. Fahamkan betul2 org Malaysia. Taklim dan gasht adalah utk usaha atas iman. Ijlis bina nukmin sa atan. Duduk seketika, kita beriman. Sahabat buat gasht utk wujudkan suasana iman.

Kisah abu hurairah r.hu, telah keluar waktu manusia sibuk berada di bazaar. Di masjid nabawi ada amal. Abu hurairah kata, harta pusaka nabi sedang dibahagi2kan di masjid. Semua telah pergi ke masjid dan kemudian balik ke bazaar. Tiada apa2 pun harta. Di masjid ada halaqah quran, halaqah iman, halaqah halal/haram. Abu hurairah kata, inilah yg dinamakan harta pusaka nabi s.a.w.  Oleh itu, kita kena wujudkan maktab2 quran di masjid2. Ini satu t/jawab ulamak. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir