mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh

maulana saad
nizamuddin - 01/12/2019

Utk maju dlm usaha dakwah ada 2 syarat: 1. ikhlas   2. istiqamah
Ini perkara yg asas. Istiqamah hanya akan diberi pd org yg ikhlas dlm usaha. Istiqamah hanya utk mukhlisin. Org munafik akan sentiasa tertinggal di belakang dlm dakwah dan ibadat. Ahli riak tidak dpt istiqamah kerana segala asas usaha mereka hanya utk menunjuk kpd org lain. Kalau dia buat, saya buat. Kalau dia pergi, saya pergi. Kalau saya dpt sesuatu saya akan buat. Org munafik tertinggal dibelakang kerana tak yakin pd janji Allah. Allah cerita sifat malas org munafik dlm quran. mereka bertangguh2 keluar di jln Alah.

Selain dari ikhlas dan istiqamah, pengorbanan juga perlu dlm usha ini. Istiqamah akan diuji dan dinilai. Istiqamah bukan buat satu perkara di satu tempat sahaja. istiqamah dlm ketaatan. Allah bagi perintah secara tiba2 utk menguji istiqamah hambaNya. Dlm suasana kebiasaan, akan menyebabkan seseorang itu timbul kelalaian. Satu perintah yg bertentangan dgn kebiasaan, maka seseorang hamba akan diuji. Org beriman akan diuji. Mengaku beriman dan tidak diuji, ini tidak mungkin berlaku. Dlm ujian, jika gagal, mereka akan dikeluarkan dari barisan hamba2 yg taat.

Allah bagi perintah dan dlm perintah tersebut Allah nak uji kita. Biasanya, org yg akan menduduki ujian/peperiksaan di dunia, dia akan risau memikirkan hari peperiksaan. Org yg gagal dlm peperiksaan akan tertinggal di belakang setahun. Dia terpaksa ulang balik tahun tersebut. Demikian juga ujian Allah atas hambaNYa.

Pertama, Allah uji malaikat. Allah bagi perintah berlawanan dgn kedudukan seseorang. Dlm dunia ni, bila syariat perintah utk lakukan sesuatu perkara, ramai org akan lihat adakah perintah ini bersesuaian dgn kedudukan saya atau pun tidak. Kalau perintah tadi bertepatan dgn kedudukan saya, maka saya akan buat. Kalau tak sesuai dgn kedudukan saya, maka saya akan wujudkan berbagai keuzuran. Takazah kehambaan ialah apa sahaja yg Allah perintahkan pd kita, kita kena tunaikan.

Kedudukan malaikat sangat tinggi disisi Allah. Ujian pertama ialah, Allah perintah malaikat utk sujud pd jasad nabi Adam. Satu perintah yg bertentangan dgn kedudukan para malaikat. Adam org baru, malaikat org lama. Ini satu imtihan. Semua malaikat telah sujud tapi iblis tak sujud kerana takabbur. Semua perintah lain dia buat tapi bukan perintah sujud pd adam. Dlm ujian ini, iblis telah gagal.

Kadang2 kita ingkar satu perintah kerana hasad dengki. Hasad pertama berlaku di langit. Keingkaran pertama berlaku dilangit. Iblis kata dia lebih baik drp adam. Tak nak sujud. Maka Allah telah keluarkan iblis dari syurga. Ini satu usul. Bila iblis dijauhkan dari kebaikan, maka dia bersumpah, akan pujuk rayu org lain agar bersama2 dgn dia terjauh dari rahmat Allah. Dia akan guna segala keupayaan utk sesatkan semua manusia. Iblis telah mendatangi nabi adam dlm syurga. Dia pujuk nabi adam makan buah larangan. Walhal, semua keinginan/keperluan dipenuhi dlm syurga. Larangan hanya pd satu buah sahaja. Jgn dekati pokok ini dan jgn makan buahnya. Bila satu org berfikir kenapa Allah perintahkan perkara ini pd saya maka akan mudah utk dia menginkari perintah tersebut. Dia akan cari sebab. Jgn kita cari sebab utk sesuatu perintah Allah. kenapa mcm ni, kenapa mcm tu. Kita kena tunaikan perintah Allah sebab ianya adalah perintah Allah. Iblis bagitau, kalau makan, akan kekal dlm syurga. Kalau tak makan, akan dikeluarkan dari syurga. Ikutlah nasihat aku. Aku dikeluarkan dari syurga sebab aku tak makan buah ni.

Satu org yg telah dijauhkan/disisih dari kebaikan, dia akan rasa keseorangan, rasa sunyi, maka dia akan berusaha utk bawa org lain bersama dgn dia. Kita bukan nak tengok berapa banyak agama yg kita dah amalkan, tetapi kita nak tengok adakah setiap perintah Allah kita dah tunaikan atau belum. Setiap perintah adalah ujian. Dah buat atau belum, bukan banyak mana dah buat. Adam a.s telah dikeluarkan dari syurga. Satu org yg buat kesilapan dan dia takut dgn kesilapan tersebut, maka Allah akan kembalikan dia ke dlm syurga. Sebaliknya, org yg buat silap dan berkeras dgn kesilapannnya, maka dia akan semakin jauh. Nabi adam a.s telah bertaubat dan menyesal, masuk syurga. Iblis berdegil dgn kesilapan, masuk neraka. Imtihan ialah perintah yg bertentangan dgn kedudukan. Perintah juga dtg bertentangan dgn jasbah/semangat.

Kedua, Allah uji para nabi. Nabi2 ada semangat yg tinggi utk buat kebaikan. Perintah dtg  bertentangan dgn jasbah. Semua nabi2 ingin ada keturunan supaya dpt meneruskan amanah yg Allah telah bagi pd mereka.. Nabi Zakaria a.s telah doa utk dpt anak. Allah bagi anak ketika umurnya 120 thn. Nabi ibrahim a.s juga telah doa pd Allah supaya Allah bagi anak. Dpt anak umur dah tua. Selepas dpt anak, Allah perintah utk sembelih. Bagaimana jasbah pd ketika itu?

Bila dtg perintah dari Allah, kita tak boleh tanya kenapa. Takazah dlm ketaatan ialah kamu jgn tanya. Zat yg bagi perintah maha tahu. Maksud tunaikan perintah ialah kamu tunaikan tanpa kamu tahu sebabnya. Bila dah tahu sebab, maka ia tak jadi sempurna dlm menunaikan perintah. Mungkin sebab itu ada faedah utk kamu. kalau tak ada faedah, kamu tak tunaikan.

Ketiga, Allah uji para pengikut nabi. Seorang sahabat sangat cinta pd ayahnya. Nabi suruh potong kepala dan bawa pada nabi. Maka sahabat tadi, bila dengar perintah nabi, dia berlari utk tunaikan perintah. Dia tak tanya, apa salah ayah saya. Apa sahaja perintah Allah dan rasul, sahabat terus tunaikan tanpa tahu sebab. Utk imtihan ini, nabi nak tengok samada cinta dia kpd ayah lebih drp cinta kpd nabi. Nabi panggil dia balik, tak perlu pergi. Kamu telah berjaya dlm ujian kamu.

Nabi uji para sahabat dan jadikan mereka org boleh dipercayai. Ini perkara yg penting. Kita wujudkan kepercayan melalui ketaatan. Org akan percaya pd kita sebab taat. Saad bin muaz, ketua kaum bani quraizah (org yahudi). Dia telah bermesyuarat dgn kaumnya. Nabi serahkan pd saad utk buat apa sahaja keputusan. Nabi kata, apa sahaja keputusan kamu buat, kami terima. Ini ujian ketaatan pd saad. Nabi dah tahu melalui wahyu, apa yg saad akan buat utk kaumnya. Ketaatan bukan satu perkara yg mudah. Sebelah pihak, kaum yg mengharap saad buat keputusan utk faedah mereka. Sebelah pihak lagi, Allah dan rasul. Saad tanya nabi, adakah tuan akan redho dgn keputusan yg saad akan buat. Nabi redho. Kaum pun setuju. Maka saad bin muaz buat keputusan, semua lelaki dibunuh, tidak mengira siapa pun walaupun ada pertalian darah, kami hanya ingin keredhoaan Allah. Dlm mentaati Allah dan rasul, kami akan mengorbankan segala kasih sayang pd org lain. Nabi kata, keputusan kamu adalah tepat. Inilah keputusan Allah.

Kita tak boleh buat keputusan ikut suasana. Para sahabat diuji dlm ketaatan. Semasa dlm medan perang, jemaah Khalid r.hu, di ambang kemenangan, dia telah dilucutkan jawatan. Dia telah berusaha sungguh2 utk dptkan kejayaan dan dpt menakluk satu negara. Ini imtihan. Adakah kamu masih lagi tetap dgn usaha walaupun dah lucut jawatan. Ini perkara yg penting yg perlu kita faham mengapa kita buat usaha.

Satu contoh: Dlm syariat, anjing yg telah dididik utk memburu. Binatang yg ia gigit halal di makan. Ada 3 syarat:
  1. baca bismillah semasa lepaskan
  2. ia tak makan binatang buruan, ia bawak balik kpd tuannya
  1. bila ia dilepaskan, bila tuan panggil, ia terus kembali kpd tuannya. Tak meneruskan buruan

Cuba bayangkan, kalau tak ada ketaatan dlm seekor anjing, binatang buruan tak halal utk dimakan. Bagaimana kalau tak ada ketaatan dlm diri manusia, bagaimana agama akan diterima oleh Allah.

Mizaj para sahabat, apa sahaja perintah akan ditunaikan tanpa diubah. Kisah Huzaifah r.hu, disuruh oleh nabi utk tengok ehwal org kafir semasa perang khandaq. Jgn buat sesuatu yg baru. Buat apa yg disuruh sahaja. waktu malam, sangat sejuk, tiada pakaian, takut. Org yg keluar utk tunaikan sesuatu takazah tapi tengok keadaan/musim, sampai bila pun tak akan dpt bantuan ghaib Allah. Hanya org munafik buat usaha ikut musim. Maulana Yusuf rah. kata, dlm takazah ibadat tak ada mujahadah. Takazah ibadat dtg pd waktu yg telah ditetapkan. Solat, puasa, zakat, haji, semua ada waktu yg telah ditetapkan. Takazah dakwah tanpa waktu. Tidak lihat samada senang atau susah.

Bila huzaifah sambut takazah, maka terus dia berasa panas. Bila sampai sana, dia nampak abu sufian. Dia terfikir, ini satu peluang yg baik saya bunuh dia sekarang. Busar panah telah ditarik, tapi dia teringat pesan nabi. Tengok sahaja. tak jadi bunuh abu sufian. Dlm perjalanan balik, dia nampak 30 malaikat. Malaikat kata, sampaikan pesanan pd nabi kamu, kemenangan pd baginda.

Dlm ketaatan ada ijtimaiyat. Dlm ketaatan ada pertolongan ghaib Allah. Dlm ketaatan ada kejayaan. Sahabat telah diuji dlm ketaatan. Mereka tak tengok jasbah. Bahkan mereka telah korbankan jasbah mereka utk perintah.

Nabi telah mimpi, baginda dan sahabat telah tawaf di baitullah. Bila sahabat dengar, mereka gembira. Mereka pergi nak buat umrah. Bukan utk berperang. Tapi mereka telah di halang di hudaibiyah. Telah dibuat perjanjian berat sebelah. Ini semua berlaku, Allah nak tengok para sahabat samada mereka boleh korbankan jasbah utk tunaikan perintah. Allah bagi kemenangan pd mereka kerana mereka berjaya korbankan jasbah utk tunaikan perintah Allah. Korbankan perintah utk tunaikan jasbah, ini kehendak nafsu. Allah nak tengok, samada sahabat taat perintah nabi atau tidak. Semua sahabat ada jasbah utk umrah. Nabi perintah balik semula ke madinah tanpa umrah. Umrah satu ibadat tapi apa perintah Allah dan rasul waktu itu. Umar tak setuju pd mulanya, selepas itu dia menyesal dgn kata2nya, dia telah mengasingkan diri, supaya bila dtg azab Allah kena pd dia seorang sahaja. dia telah buat banyak amal supaya Allah maafkan kesalahan dia. Allah telah turunkan ayat janji kemenangan ke atas mekah.

Allah uji sahabat utk lihat ketaatan mereka. perintah dtg dgn tiba2. Allah nak tengok sebanyak mana jasbah ketaatan yg ada dlm diri sahabat. Kejayaan yg sebenar ialah bukan dlm mencapai maksud kamu, tapi kamu dpt korbankan jasbah utk tunaikan perintah Allah. Hudaibiyahlah fatah yg sebenarnya, bukan semasa fatah mekah.

Dlm satu safar, makanan telah habis. Sahabat telah sembelih binatang tunggangan. Keldai masih halal pd ketika itu. Allah tahu keadaan mereka. Keldai telah disembelih dan sikit lagi nak masak. Sahabat dlm keadaan lapar. Semua dah duduk nak makan. Dlm keadaan itu, Allah turunkan perintah, haramkan daging keldai. Semua sahabat taat, walaupun dlm keadaan lapar. Sahabat telah terbalikkan periuk. Tunaikan perintah adalah ketaatan. Tangguh utk tunaikan perintah, bukan ketaatan, tapi keingkaran.

Perintah dtg bertentangan dgn kebiasaan kita. Satu ketika nabi dan sahabat solat mengadap baitulmaqdis. Allah dtgkan perintah, tukar arah kiblat ke baitullah, nak tengok siapa yg taat pd nabi dan siapa yg ingkar. Org yg bertanya, kenapa dtgnya perintah, ini adalah sifat org yg bodoh.

Seorang sahabat sedang makan dgn tangan kiri. Nabi suruh makan dgn tangan kanan. Satu org yg tak suka ditegur, utk menutup mulut org yg menegur, dia akan wujudkan alasan palsu. Dia kata tangan kanan tak boleh diangkat. Nabi tahu tangan kanan dia tak sakit. Nabi doa, semoga tangan kanan kamu tak dpt diangkat sampai bila2, maka tangan kanan dia telah lumpuh pd ketika itu juga. Ini satu sunnah dlm makan. Ini sunnah adat. Perkara yg kecil, hanya satu keperluan sahaja, tapi ingkar dan wujudkan satu alasan palsu, maka nikmat tangan telah ditarik oleh Allah.

Bayangkan, sunnah dakwah, maksud nabi diutuskan utk seluruh dunia, kalau kita wujudkan alasan yg tidak benar utk tidak tunaikan takazah agama, bagaimana keadaan kita? apa nikmat yg Allah akan tarik drp kita? kemampuan/kebolehan pd anggota yg Allah dah bagi, tidak digunakan pd tempat yg sebenar, akan ditarik oleh Allah. Anggota yg kita guna berbuat dosa juga akan ditarik nikmat oleh Allah. Kita jgn pandang ringan pd mana2 perintah Allah. Setiap perintah Allah adalah utk menguji kita.

Bila satu org tegur kamu atas kesalahan yg kamu buat, kamu anggaplah tegurannya sebagai satu kebaikan. Org itu ingin kebaikan atas kamu. Org yg ikhlas/mukhlis akan anggap org yg menegur ialah org yg mohsin, org yg buat baik pd dia. Org yg riak/takabbur, akan anggap org yg menengur ialah musuh dia. Org riak suka pujian, tak suka teguran. Iblis ingkar utk sujud kerana takabbur.  

Khilaf dgn kedudukan, khilaf dgn jasbah, khilaf dgn kebiasaan. Semua keadaan ini semata2 Allah nak tengok kita. Ujian atas kita. Kita usaha supaya Allah terima kita dlm ujian2 ini. Maulana ilyas kata, maksud drp usaha ini ialah utk hidupkan sunnah2. Utk maju dlm usaha, tiada kaitan langsung dgn makhluk. Dunia dan agama amat besar perbezaan. Mahsyur dunia bermula dari bawah. Jumpa org utk maju. Penerimaan dlm agama bermula dari atas. Allah iklan pd malaikat, Allah reho dgn dia, kamu semua redho dan cintai dia. Allah akan masukkan cinta pd dia dlm hati semua org. Satu org yg buat dosa walaupun dlm keadaan sembunyi, Allah akan letak kebencian pd dia dlm hati semua org. Satu org yg nak lihat maqam dia di sisi Allah sebelum mati, maka lihatlah maqam dia di depan makhluk. Bagaimana hubungan dia dgn makhluk. Hubungan dgn nakhluk baik, maka hubungan dgn Allah juga baik. Hubungan dgn makhluk rosak, maka hubungan dgn Allah juga rosak.

Perkara yg penting, melalui ujian2 tadi, kita kena qabulkan diri kita pd Allah. Satu org yg maju ke depan kerana bantuan org lain maka dia adalah bagkai sebenarnya. Jenazah yg diusung. Sifat jenazah tak  boleh buat apa2. Muamalat kita hanya dgn Allah. Tak ada satu org pun di dunia boleh majukan kita dan tak ada satu org pun boleh mundurkan kita. Banyak contoh dlm kisah sahabat. Allah sendiri yg pilih siapa yg Allah nak majukan ke depan dlm usaha ini. Nabi ibrahim telah dijadikan imam kpd agama kerana telah berjaya dlm ujian2.

Seluruh makhluk di dunia ini tak lebih dari sebelah sayap nyamuk. Apakah sokongan atau bantuan yg kita akan dpt drp makhluk yg lemah spt sebelah sayap nyamuk? Tiada. Satu org yg tidur pd waktu mlm, Allah balikkan hati dia, esok pagi dia bangun, dia akan lompot parti. Barang yg sama, harga lebih murah, kenapa perlu beli dgn harga yg lebih mahal. Ini keadaan dunia. Bila dijanjikan sesuatu, dia akan terpengaruh dgn janji tersebut. Dgn cara ini, sampai bila2 islam tak akan tertegak.  Islam hanya tertegak dgn ketaatan, bukan dgn kerajaan dan harta benda. Betulkan hubungan/takluk kita dgn Allah, maka Allah akan buat keputusan penerimaan utk kita.

Org yg akan kekal dgn zumindar ialah org yg sentiasa buat usaha. Amla yg akan kekal dgn zumindar ialah amla yg ada sifat taat. Org yg taat dgn nabi, barulah dia layak utk jadi keluarga nabi. Walaupun isteri kita di panggil ahlia. Ahli keluarga. Boleh tukar? Tapi dlm quran, Allah bagitahu anak dan isteri bukan hak kamu. Allah bagitahu nabi Nuh a.s, anak kamu ini bukan anak kamu. siapa ahli kamu? mereka yg taat pd kamu. Walaupun kita tahu anak adalah pewaris kita.

Allah perintah nabi Lut a.s utk keluar pd waktu mlm dan bawa keluarga kecuali isteri/ahlia kamu kerana azab yg bakal dtg akan menimpa isteri kamu kerana dia bukan ahli kamu sebab dia tak taat.

Perkara usul. Ahlul nabi ialah yg taat pd nabi. Begitu juga di zaman ini, amla zumindar ialah yg taat. Satu ketika di majlis saidina umar, 2 org sahabat telah masuk dan duduk di kiri kanan umar. Dpt duduk dekat dgn umar, maka mereka mula tefikir, tiada siapa dpt alihkan mereka. Jemaah baru balik dari negara2 luar, mereka nak bagi karguzari pd saidina umar. Bila nampak jemaah balik, umar suruh suhail dan haris alih sikit supaya jemaah dpt duduk depan. Bila banyak jemaah balik, mereka berdua telah beralih sikit demi sedikit sehinggalah sampai ke pintu. Kemudian terkeluar dari pintu. Ini satu kisah yg ajaib. Mula2 duduk tepi umar, akhirnya terkeluar dari bilik. Apa telah berlaku pd kita? Mereka tak pecah hati dan tak tinggalkan usaha. Mereka tak boleh marah amirul mukminin. Kesalahan pd diri sendiri. Jemaah yg balik, mereka telah diberi takazah dan telah tunaikan takazah. Kita pula diberi takazah tapi tak tunaikan takazah. Mereka jumpa umar dan tanya, apa yg telah berlaku pd kami? Kamu tak tunaikan takazah, kamu tak layak utk duduk di depan. Jika kamu sentiasa tunaikan takazah, tiada siapa pun boleh kebelakangkan kamu. Kesalahan/kesilapan yg dulu minta ampun dgn Allah, selepas ini bagaimana nak bersama dgn mereka yg maju, di dunia tak dpt bersama kerana mereka begitu ke depan dlm pengorbanan. Umar kata, kamu berdua keluar ke negara yg berlainan buat usaha sehingga mati di negara tersebut, jgn balik. Dgn pengorbanan ini, saya harap mungkin di akhirat nanti kamu akan bersama dgn mereka.

Dlm keduniaan, org akan maju ke depan melalui perantaraan org lain. Dlm usaha agama, org akan maju kerana takluk dgn Allah. Kita akan maju dgn ikhlas, istiqamah dan pengorbanan. Allah tak akan biarkan kita maju tanpa kita diuji. Allah akan bawa ujian pd kita dlm pelbagai keadaan. Berita gembira utk org yg istiqamah. Bersabar dlm menghadapi ujian. Org yg mencari2 pengorbanan yg dilalui oleh nabi dan sahabat dlm usaha ini, merekalah yg akan maju dlm usaha. Bila ada rintangan dan kesusahan dlm usaha ini, rujuk sirah, mcm mana nabi dan sahabat melaluinya.

Segala kesusahan/rintangan yg dilalui oleh ambiya telah dilalui oleh nabi s.a.w. Segala kesusahan nabi telah dilalui oleh sahabat. Kita yg buat usaha ini juga akan menghadapi kesusahan yg sama. Bila menghadapi kesusahan, jgn mengadu. Org yg mengadu, dia adalah spt tidak redho/gembira dgn pembahagian Allah. Sahabat bersyukur atas kesusahan yg dihadapi.

Kita kena tingkatkan tahap pengorbanan kita. Setakat mana kita telah sampai, kena sentiasa berusaha utk maju lagi. Nabi s.a.w telah bawa para sahabat kpd satu tahap yg menjadi contoh pd kita. Manzil kita yg sebenarnya ialah para sahabat. Umat ini akan terislah hanya dgn cara umat terdahulu diislahkan. Buat azam utk sentiasa tetap tunaikan perintah Allah.

Perkara yg penting, bawa diri kita kpd ittibaq sunnah. Sunnah yg paling penting ialah keluar di jln Allah. Keluar di jln Allah ialah tonggak agama. Tanpa keluar di jln Allah, agama tak akan tertegak.

Usul sampai hari kiamat, bila seorang da’i bersabar semasa keluar di jln Allah, maka kesabarannya akan jadi asbab hidayat utk org lain. Allah tak pernah sia2kan pengorbanan seorang da’i. Allah pasti akan jadikan pengorbanannya asbab hidayat pd org kafir.

Ulamak yg telah keluar 1 thn, azam utk keluar 1 thn kali ke-2 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir