mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad
nizamuddin - 28/11/2019

Ini kisah tentang ucapan bayan Abdullah bin Zubair r.hu. Dari bayan2 beliau kita dpt tahu bagaimana nak wujudkan tidak harap pd dunia. Sepanjang hari kita bercakap pasal keperluan dunia. Kita terlalu banyak cerita tentang harta sebab itu kita lupa nak cerita tentang akhirat. Kita sepatutnya banyakkan cerita tentang akhirat. Kita kena nukilkan kata2 sahabat sebab mereka ialah org yg tiada keinginan pd dunia.

Nabi s.a.w bersabda, kalau anak adam diberi satu lembah emas. Maka manusia jadi tamak, dia akan usahakan lembah emas yg kedua.  Bila dpt lembah kedua, dia akan usahakan utk dptkan lembah emas yg ketiga. Kita sentiasa nak bandingkan berapa banyak harta yg ada pd kita sekarang ni. Kita nak supaya lebih drp org lain. Keinginan manusia di dunia tiada had. Perut manusia hanya dpt dipenuhi dgn tanah kubur sahaja. Bila masuk dlm kubur baru akan sedar.

Satu solat di masjid nabawi 1000X ganda lebih afdal drp masjid lain. Satu solat di masjidil haram, 100,000X ganda. Fadhilat 100,000 ini di seluruh tanah haram, kerana seluruh tanah haram adalah masjid.

Sesiapa yg pakai pakaian sutera di dunia ini, maka dia tidak akan dpt pakai pakaian sutera di syurga nanti. Bila sahabat dengar sutera haram, mereka kata alangkah baiknya kalau Allah tak cipta kain sutera. Kalau mixed sutera? Perkara yg haram tapi ada sedikit halal dlmnya, sahabat tak sanggup pakai.

Abdullah b zubair amat keras dlm perkara agama. Beliau tak bagi keringanan perkara yg diharamkan oleh agama. Beliau kata, permainan catur adalah haram. Sesiapa yg main di rumah, akan ditangkap dan diberi hukuman yg keras. Semua harta dia akan dirampas dan diberi kpd org yg tangkap dia.  

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir