mesyuarat m'sia 2019 - bayan zohor
maulana shaukat
nizamuddin - 02/12/2019
Sejak dari nabi adam a.s hingga nabi s.a.w, semua umat yg
lain hanya beribadat tetapi umat nabi s.a.w, bukan hanya beribadat, bahkan
diberi t/jawab utk usaha bagaimana semua manusia seluruh dunia dpt mengabdikan
diri kpd Allah. Tidak akan ada lagi nabi dihantar sehingga hari kiamat. Akan
tetapi kerja kenabian perlu diteruskan hingga kiamat. Nabi s.a.w adalah nabi
terakhir dan umat ini adalah umat terakhir. Kerja kenabian mengajak manusia kpd
Allah telah diberi t/jawab kpd umat ini. Allah telah muliakan umat ini dan
telah pilih umat ini. setiap drp kita dihantar utk seluruh alam. bukan hanya
utk kawasan tertentu, negara tertentu sahaja. umat ini kena sedar akan t/jawab
tersebut.
Maksud umat ini dilahirkan utk bergerak ke seluruh alam, utk
hidupkan agama di seluruh alam. Umar r.hu kata pd ahli madinah, walaupun
madinah adalah satu bandar yg penuh dgn keberkatan, bandar cahaya, tempat
tinggal nabi s.a.w, malaikat berulang alik membawa wahyu, akan tetapi jgn kamu
anggap madinah tempat tinggal tetap kamu. madinah hanya tempat persinggahan,
tempat rehat sekejap, sebelum meneruskan perjalanan, umpama seorang musafir.
Selepas itu kamu kena bergerak semula ke seluruh dunia. Inilah t/jawab umat ini.
Ini satu t/jawab yg sangat besar yg diberi oleh Allah. utk
tinggikan kalimah Allah. utk tegakkan kalimah Allah. umat ini adalah hasil doa
nabi ibrahim a.s. Ibrahim a.s telah diperintahkan utk tinggalkan isteri dan
anaknya di satu tempat yg tiada asbab utk hidup. Hajar a.s tanya, kenapa
tinggalkan kami di sini? Nabi ibrahim tak jawab. Hajar faham bahawa ini adalah
perintah Allah. Allah tak akan sia-siakan kami. Ketika itulah nabi ibrahim
telah berdoa pd Allah supaya Allah anugerahkan umat ini. Kurniakanlah keturunan
drp anak aku Ismail a.s ini, satu umat yg akan menegakkan agamaMu di seluruh
alam. Umat yg akan korbankan apa sahaja utk agama dan hantarlah seorang nabi
utk tarbiyah umat ini.
Nabi s.a.w adalah hasil dari doa nabi ibrahim a.s. Tidak ada
nabi selepas nabi s.a.w. Nabi s.a.w telah fahamkan umat ini, t/jawab utk
meneruskan kerja kenabian, sampaikan amanah agama di seluruh dunia. Semua nabi2
ditarbiyah oleh Allah s.w.t. Umat ini bukan nabi, bukan rasul. Kerja ini perlu
dijalankan dgn mizaj kenabian. Nabi s.a.w diutuskan utk didik/tarbiyah umat ini
agar dpt bergerak ke seluruh dunia dgn membawa mizaj kenabian. Bergerak ke
seluruh dunia utk sempurnakan takazah2 agama. Wujudkan takazah dan sempurnakan
takazah.
Nabi s.a.w telah pergi ke taif. Org taif tak bentang takazah
pd nabi. Nabi fikir dan wujudkan takazah perlu pergi ke taif selepas org mekah
tak menerima dakwah nabi. Layanan org taif lebih buruk drp org mekah. Nabi
s.a.w telah dihujani dgn batu. Badan baginda berdarah. Dicaci, dimaki, dihina. Tak
larat berjalan. Begitu sekali mujahadah, pengorbanan yg telah ditanggung oleh
nabi s.a.w utk sempurnakan takazah. Umat ini juga kena bergerak dgn mizaj
nabuwwah. Umat ini kena korbankan segala apa yg ada, diri, harta, masa, bahkan
setiap saat dari kehidupan, setiap titisan darah yg mengalir dlm badan adalah
utk agama.
Nabi s.a.w diperintah utk ikut millah nabi ibrahim a.s.
Syarat pertama yg kena ada dlm umat ini ialah kesempurnaan iman. Nabi ibrahim
telah palingkan hatinya drp ghairullah. Selain drp Allah adalah makhluk. Semua
makhluk tak berkuasa. Semua makhluk berhajat pd Allah. Allah yg buat
segala-galanya. Inilah mizaj yg kena ada pd setiap da’i.
Sejak hari pertama, nabi telah didik sahabat usaha atas
kesempurnaan iman dan bergerak ke seluruh dunia utk ajak manusia kpd
kesempurnaan iman. Nabi wujudkan halaqah iman. Ajak org dtg ke masjid, cerita
tentang iman. Bila iman dah masuk dlm hati, jadi mantap, letak syurga dan
neraka di depan pun, iman tak berubah.
Sahabat sibuk siang dan malam utk hasilkan iman dan buat
usaha agama menyebabkan dunia mereka terjejas. Hidup serba kekurangan. Tidak
ada makanan. Anak2 menangis kelaparan. Satu saf sahabat terjatuh pengsan kerana
lapar ketika solat dibelakang nabi s.a.w.
Satu ketika, nabi s.a.w dengar hasan dan husin menangis.
Baginda pergi tengok dan tanya fatimah r.ha kenapa cucunya menangis. Fatimah
dan anak2 dlm kelaparan. Fatimah sakit tak dpt bangun. Nabi minta izin nak
masuk. Bersama nabi ada imran bin hussain. Fatimah kata ayahanda sahaja masuk
kerana tak cukup kain utk tutup aurat. Nabi campak kain selendang. Fatimah cuba utk
bangun. Terhuyung-hayang, nak jatuh. Nabi cepat2 pegang. Ketika nabi dihujani
dgn batu di taif tak menangis, tapi pd hari tersebut nabi s.a.w menangis.
Inilah keadaan yg dilalui oleh nabi s.a.w. inilah keadaan yg
dilalui oleh anak dan cucu dan para sahabat yg lain. Dlm usaha belajar iman,
bermacam susah payah di lalui. Sahabat kata, kami belajar iman dulu, kemudian
belajar quran. Sahabat telah korbankan segalanya, hatta nyawa mereka utk
agama.
Satu kisah, seorang pemuda yg nabi telah aturkan
perkahwinannya. Dia pergi ke bazaar utk beli barang2 perkahwinan. Dia sangat
teruja. Esok nak kahwin. Akan bersama dgn isteri. Dtg seruan, utk keluar di jln
Allah, dia terus tukar niat, drp beli barang2 perkahwinan, tukar beli barang2
kelengkapan perang. Dia tak bagitahu nabi. Dia tutup muka dgn kain. Pacu kuda
dan berada di medan
perang. Berperang seolah-olah mencarian kematian. Semua org tengok rasa takjub.
Begitu berani. Selepas perang, nabi suruh sahabat cari pemuda tadi. Mereka
jumpa dia terbaring dlm parit dlm keadaan tercungap. Dia kirim salam pada nabi
s.a.w dan minta maaf. Dia tak sanggup lihat nabi di medan perang dan dia diatas ribaan isteri di
rumah. Mereka sampaikan perkhabaran kpd nabi dan nabi telah bergegas dtg lihat
keadaan dia. Nabi masuk dlm parit. Letak kepala atas riba nabi. sapu wajah dia
drp tanah dan pasir. Nabi s.a.w menangis. Dia juga menangis dan meninggal
dunia. Sahabat lain yg tengok kata, alangkah baiknya kami berada di tempatnya.
Nabi s.a.w telah sediakan sahabat2 utk korbankan apa sahaja
utk agama dan bergerak ke seluruh alam. Harta, diri, masa, nyawa, keinginan,
cita2 semua telah dikorbankan. Hasil drp pengorbanan tersebut agama telah hidup
di seluruh dunia. Agama yg sama hari ni mati di depan kita. agama begitu mundur
sekali. Tibalah masa kita, utk bergerak spt sahabat2. Wahai org2 malaysia , Malaysia
bukan tempat tinggal kamu, jgn kamu anggap Malaysia rumah kamu. kamu hanya
balik ke Malaysia
sekejap, bergerak ke seluruh dunia. Sediakan setiap individu org2 di Malaysia , utk
sambut takazah seluruh alam. semua sedia dan sediakan org lain. 4B keluar jln
Allah, 2B tertib nizamuddin. Hidupkan masjid 24 jam.
Comments
Post a Comment