mesyuarat m'sia 2019 - bayan zohor

maulana shamim
nizamuddin - 01/12/2019

Allah s.w.t telah bagi satu anugerah kerja yg agong pd kita. Kerja yg menyebabkan kita dimuliakan dan diberi kejayaan. Kerja ini adalah kerja Allah dan kerja para nabi. Kerja ini adalah kerja yg besar dan mulia. Sesiapa yg buat kerja ini dia juga org yg besar dan org yg mulia. Sesiapa yg buat kerja ini, tak akan berhajat lagi pd sesiapa. Syarat utk jadi mulia dlm kerja ini ialah seseorang tak merasai besar, tak merasai mulia, bahkan dia merasai kerendahan dirinya.

Selagi dia merasai ketinggian kerja ini, kepentingan takazah dlm kerja ini, sanggup korban harta, diri, masa, kemampuan dan kebolehan, maka Allah akan terus bagi kejayaan dan kemuliaan kpdnya, dan Allah tak akan hapuskan kemuliaan ini, hari demi hari Allah akan letakkan kemuliaan dlm diri manusia terhadap org yg menjalankan kerja ini.

Bila kita buat kerja ini, kita akan didatangi oleh halangan, mujahadah, ujian, berbagai kesusahan. Kita kena terus istiqamah dlm kerja ini. Jgn kita hirau dgn halangan yg ada. Kita rempuh semua kesusahan dan halangan ini. Allah akan bagi kejayaan dan zahirkan kpd manusia.

Bila kita buat kerja ini, berbagai kedudukan/pangkat akan dtg di depan kita. Berbagai bentuk kemuliaan dunia akan dtg. Bila dtg perkara2 ini dan kita merasai kerja agama ini satu benda yg ringan, remeh, dan kita mula tinggalkan kerja ini, nescaya Allah akan gagalkan kita. Allah akan gagalkan kita dlm kehidupan dunia dan akhirat. Tiada siapa akan bagi kita kemuliaan. Kita akan terus gagal.

Hari di mana kita merasai kerja ini lebih rendah drp kerja dunia kita, maka pd ketika itulah kita akan jadi rendah dipandangan Allah s.w.t. Kita akan jadi hina. Allah akan rosakkan semua urusan kerja buat kita. Hari di mana kita kedepankan kerja agama drp kerja dunia kita. Kita dahulukan takazah kerja agama, nescaya Allah akan bagi kejayaan pd kita dan seluruh keturunan kita. Allah bagi kemuliaan. Keberkatan akan dtg.

Kita kena letakkan kerja ini di depan. Merasai keagongan kerja ini. Diri kita tiada apa2. Allah akan ambil t/jawab uruskan urusan dunia dan akhirat kita. Dengan perantaraan kerja ini, keberkatan, kemuliaan, qabuliyat, mahabbah, akan dtg. Pd hari kita tinggalkan kerja ini, maka kita tiada sebarang kemuliaan lagi.

Dlm kerja agama ini, kita kena lihat, dulu kita di mana dan sekarang di mana Allah telah sampaikan kita. dulu bagaimana keadaan kita dan sekarang bagaimana keadaan kita. Kita lihat kehidupan nabi dan sahabat. Jadikan kehidupan mereka sebagai contoh. Kita tengok pengorbanan dan usaha mereka. Usaha yg kita buat tiada apa2. Bila kita merasai kita tiada apa2, maka pd hari tersebut Allah akan kurniakan segala-galanya pd kita.

Sifat tawadduk dan rendah diri perlu wujud dlm diri kita. Sifat2 ini akan dtg bila kita menafikan semua kerja yg kita telah buat. Kita tak buat apa2, yg buat segala-galanya ialah Allah. Maka, pd ketika itu Allah akan tinggikan kedudukan kita. Allah muliakan kita dan selesaikan segala urusan kita.

Selepas pengorbanan demi pengorbanan yg dibuat oleh nabi dan sahabat, maka Allah telah bagi fatah mekah. Secara terbuka manusia dtg berbondong-bondong masuk islam. Serah diri kpd islam. Dlm keadaan itupun, nabi s.a.w mengingkari usaha yg telah dibuat oleh baginda. Allah yg buat segala-galanya. Allah tunaikan janjiNya. Allah bantu hambaNya. Nabi s.a.w masuk ke kota mekah dgn penuh rendah diri, sehingga kepala nabi kena tengkuk unta. Usaha ini menuntut kerendahan diri. Hari dimana kita merasai kita org lama, kita perlu diikram, maka pd hari itulah bermula kejatuhan kita pd pandangan Allah.

Kita kena merasai kita belum ahli lagi dlm kerja ini. Kita kena ada sifat syukur bila Allah ambil kerja drp kita. Menghargai akan pilihan Allah. Bila ada perasaan ini, maka kita akan terus bersyukur pd Allah. Allah akan nampakkan pd kita hikmah dan menafaat usaha ini. Allah akan terus majukan kita ke depan. Allah akan buka jln dan ruang utk kita terus maju. Kita tak akan berada atas satu tempat. Allah akan bagi kita peluang utk sambut lagi takazah. Usaha akan maju dan kita juga akan maju.

Kita kena sabar. Kerja akan bertambah. Dlm usaha ini tiada rehat dan kesenangan. Usaha ini adalah usaha mujahadah. Kesabaran dituntut dlm kerja ini. Allah akan bagi kita faham utk sempurnakan takazah. Allah pelihara usaha ini dan Allah pelihara kita. Kukuhkan pendirian dlm setiap keadaan. Apa keadaan sekalipun yg dtg di depan kita, kita sempurnakan kehendak Allah dan rasul. Inilah yg dipanggil sabar.       

Dlm menjalankan kerja ini, berbagai2 org akan susahkan kita, pukul, maki, cela. Kita bersabar. Jgn jawab. Jgn balas. Yg akan jawab dan balas bagi pihak kita ialah Allah. Allah akan pelihara kita.

Usaha ini penuh dgn pengorbanan dan mujahadah. Mujahadah adalah roh/nyawa dlm usaha ini. Usaha yg ada roh, baru akan ada qabuliyat drp Allah. Bila buat usaha dgn kerehatan dan kesenangan, maka roh akan terkeluar drp usaha ini, tiada nyawa, tidak maju. Bila buat usaha tanpa mujahadah, maka akan wujud kerosakan dlm usaha, perselisihan, ikhtilaf, hati tak bersatu. Di zaman istiqbal ini, org yg ada kepentingan diri dlm usaha, buat usaha dgn kesenangan, tiada ruang utk mereka. Batil akan cuba menyelinap masuk dlm usaha ini. Ahli batil akan mula buat kerosakan. Ahli ikhlas akan dirosakkan oleh ahli batil. Org2 lama kena tambah pengorbanan. Dgn pengorbanan, kebatilan tak dpt masuk dan ganggu.

Nabi s.a.w sibukkan sahabat dgn kerja agama. Bila bermujahadah, lupa semua perkara yg lain. Akan mula nampak Allah di depan. Kudrat Allah akan zahir di depan. Tawajjuh pd Allah. Mula minta maaf dgn Allah atas kekurangan dan kesilapan yg dilakukan. Allah bagi taufiq pd mereka utk terus istiqamah dlm kerja ini. Istiqamah ialah buat pengorbanan setiap masa dan keadaan utk dtgkan keikhlasan. Mujahadah dtg dgn ketaatan. Bila taat, baru akan bertambah pengorbanan. Bantuan Allah akan dtg. Mujahadah dan etaat, akan nampak Allah. Kalau tidak, kita akan nampak diri kita sendiri, ini akan merosakkan usaha.

Usaha ini bukan usaha 3H, 40H, 4B, 1 thn, ini cuma langkah pertama utk belajar usaha hingga sampai ke hakikat usaha. Buat usaha sampai mati. Allah akan bagi kekuatan pd kita. Bantuan Allah bersama dgn kita.

Usaha ini spt matahari. Ada 3 sifat:

1. Matahari terbit/keluar tepat pd masanya. Oleh itu, mereka yg dah sampai nizab, bila dtg takazah, akan terus keluar di jln Allah, tak akan lewat satu saat pun.

2. Matahari keluar bersama cahaya. Da’i keluar bersama nur hidayat. Nur hidayat ini akan pergi ke setiap manusia, setiap rumah. Oleh itu, kena pergi jumpa semua org. Ziarah pintu ke pintu. Lorong ke lorong. Kelemahan org Malaysia ialah mereka jarang jumpa org islam. Hanya jumpa org yg kenal sahaja. Umumnya usaha tak maju. Bila jumpa org tak kenal, inilah mujahadah. Kita boleh pergi ke negara jauh, tapi jumpa org di keliling rumah tak buat. Buat usaha bersama org tempatan adalah mujahadah yg besar. Bila balik dari tabuk, nabi s.a.w kata, kita balik dari jihad yg kecil kpd ke jihad yg besar. Dgn mujahadah inilah, Allah akan jadikan kita asbab hidayat seluruh alam. Allah akan wujudkan suasana madinah munawwarrah di kpg kita. Setiap masjid hidup 24 jam dgn amal. Setiap org islam dihubungkan dgn masjid.

3. matahari sampaikan cahaya kpd semua benda tapi tak minta apa2 ganjaran dari sesiapa. Matahari sentiasa bergerak tanpa berhenti. Tak rasa penat/letih. Org yg letihkan diri utk agama, Allah akan bagi kerehatan dlm kubur nanti.

Sahabat ansar buat usaha bersungguh2 dan dgn penuh pengorbanan. Mereka minta sedikit masa cuti drp nabi s.a.w, Allah turunkan ayat quran, jgn campakkan diri kamu dlm kebinasaan. Mereka yg tinggalkan takazah agama kerana sibukkan diri dgn takazah dunia, mereka telah rosakkan diri mereka sendiri. Kita buat niat, kita akan buat usaha ini sampai mati. Kita buat usaha utk dpt redho Allah. Bila berlaku sedikit kepincangan dlm niat kita, maka kehidupan kita pun akan pincang. Bila niat berubah, maka bermulalah fitnah. Jgn kita buat usaha ini utk dpt ganjaran dunia. Dunia adalah hina. Allah akan uji kita samada dgn tambah dunia atau kurangkan dunia kita. Allah nak lihat samada kita buat usaha kerana Allah atau selain dari Allah. Setiap kali buat usaha, kena lihat hati. Kalau ada niat tak betul, minta ampun dgn Allah dan betulkan niat kita kembali.

Sifat penting yg ada dlm diri sahabat ialah sabar dan tahamul. Sanggup menanggung kesusahan. Tuan2 adalah majmak org2 lama. Buat azam utk bagi 6 bln setiap thn. 4B keluar di jln Allah, 2B tertib nizamuddin. Nizamuddin adalah tempat pengorbanan dan tangisan. Bila dtg sini, baru kita dpt hargai tempat ini. Cakap spt mana kami cakap. Kalau tak dtg, kamu akan cakap ikut fikir sendiri, maka akan wujud fitnah. Bila buat usaha dgn fikir sendiri, sifat kibir akan dtg, kita rasa bagus, sehingga syaitan akan jatuhkan kedudukan kita.

Apa yg disampaikan disini adalah satu amanah. Sampaikan kpd org2 tempatan di tempat tuan2. Fahamkan kpd mereka apa yg kita dengar di sini. Sebanyak mana kita merasai keagongan nizamuddin, sebanyak itulah Allah akan bagi faham kpd kita utk buat usaha ini. Kita duduk dlm semua majlis. Setiap majlis adalah penting. Kita tak tahu, dlm majlis tersebut ada perkara2 tertentu yg akan merubah kehidupan kita. Semoga Allah bagi taufiq. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir