2013 - bayan wafsi masturat : hj annuar

01/05/2013 - jemaah masturat balik dari UK – putra perdana

Nikmat paling besar adalah nikmat agama
Kejayaan dunia dan akhirat hanya dlm agama
Agama dtg dgn usaha agama
Nabi-nabi dihantar utk buat usaha agama
Buat usaha agama adalah satu nikmat yg besar
Usaha ini diberi hanya pd umat nabi s.a.w
Tanpa usaha agama, agama tak akan dtg dlm kehidupan
Tiada agama – akan gagal di akhirat selama-lamanya

Apa maksud umat ini dihantar? Satu maksud iaitu utk buat kerja agama
Allah sayang pd umat ini, Allah bagi usaha agama
Dengan usaha agama, hidayat akan kekal dlm diri – dpt taat perintah Allah
Semua nabi-nabi yg buat usaha agama berjaya walaupun tak ada pengikut
Hidayat di tangan Allah, tapi usaha kita kena buat
Kerja agama adalah satu amanah

Walaupun nabi-nabi hanya dikalangan lelaki sahaja, tetapi sebagai umat nabi s.a.w kedua-dua lelaki dan wanita sama-sama buat usaha agama
Wanita pertama beriman ialah Khatijah r.ha – beliau pun buat dakwah
Org pertama syahid – seorang wanita - Sumayyah r.ha – beliau pun buat dakwah
Doa wanita lebih di terima oleh Allah s.w.t
1 org wanita lebih baik drp 50 lelaki soleh
alhamdulillah, ibu-ibu baru balik dari UK – kita boleh tengok, dgn berkat usaha agama banyak gereja-gereja telah di tukar jadi masjid
kalau tak buat usaha agama, dlm rumah pun akan hilang agama

setiap umat, lelaki dan wanita bertanggungjawab atas kerja agama
syukur atas nikmat yg besar ini
utk mensyukuri nikmat ini kena jadikan kerja ini sebagai maksud hidup
maksud hidup bermakna meletakkan takazah agama di hadapan
bagaimana takazah agama dpt disempurnakan
oleh itu, kena ada mesyuarat harian di masjid dan di rumah
inilah kehidupan sahabat dan sahabiah
harta, diri, masa, keluarga  - segala-galanya dikorbankan utk usaha agama
kita kena tingkatkan pengorbanan
suasana/mahul agama – perlu diwujudkan

Allah perintah nabi s.a.w hijrah ke madinah walaupun di mekah ada baitullah
Usaha di mekah dilakukan secara infradi – kesusahan dan penderitaan
Bila hijrah ke madinah sudah ada suasana agama – usaha Mus’ab b. umair
Masjid nabawi telah diwujudkan - Amalan hidup 24jam
Dengan suasana agama dpt kekalkan iman
Amalan masjid nabawi -  dakwah/taklim/ibadat/khidmat telah dibawa ke setiap rumah
Suasana kena dibina dan diusahakan – agama tersebar dgn cepat
Dalam rumah pun ada suasana dan fikir agama
Fikir dtg dgn pengorbanan
Bawa keseluruhan agama dlm kehidupan – iman, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak

Beberapa pesanan yg ibu-ibu telah muzakarah semasa keluar hendaklah diwujudkan di rumah
Solat awal waktu, quran, zikir, taklim, didik anak cara sunnah, hidup sederhana, galak muhrim keluar jln Allah,   
Mesyuarat juga kena ada di rumah – aturkan kerja

Setiap waktu kena ada amalan, cth:
  • Lepas zohor – muzakarah adab
  • Lepas asar – zikir
  • Lepas maghrib – yasin
  • Lepas isyak – taklim
  • Lepas subuh – halaqah iman

Buat perlahan-lahan dan tingkatkan pergorbanan
Didik dan asuh anak-anak dari awal
Anak-anak terdidik dgn suasana
Kalau atur kerja – masa lapang akan diisi dgn perkara menafaat
Sebahagian besar manusia telah gunakan masa lapang dgn perkara yg tidak baik
Suami kena ambil perhatian dan pantau suasana di rumah
Buat taklim kitabi dgn sempurna bersama muzakarah 6 perkara – dan tashkil 3H/40H/4B
Setiap 3 bulan – keluar 3H masturat – perlu ingatkan pd suami

Usaha masturat sangat penting – sebab itu ada nisab
Kalau tak boleh keluar – terima jemaah
Bila terima jemaah – rumah dpt berkat, dpt rahmat, tempat perhimpunan para malaikat
Sekurang-kurangnya rumah jadi tempat bayan hidayat
Semoga allah terima sebab kepenatan terima jemaah
Pening kepala saja pun Allah ampunkan dosa
Musim cuti sekolah banyak jemaah masturat nak keluar – perlukan banyak rumah
Setiap masa hidupkan amalan sunnah di rumah

Setiap hari muzakarah iman yakin. cth:
  • Bukan gas yg bagi masak – yg bagi masak ialah Allah
  • Bukan makanan bagi kenyang – yg bagi kenyang ialah Allah
  • Bukan garam yg bagi sedap – yg bagi sedap ialah Allah
Galakkan muhrim keluar di jln Allah : suami, anak, menantu
Didik anak dgn sabar dan tahamul (bukan mengajar tapi didik)
Didik anak dgn kasih sayang, dgn lemah lembut
Semua perkara ni makan masa yg panjang – kena sabar

Di rumah tak selamat kalau suasana agama di marhallah tak hidup
Oleh itu, di masjid kena ada 5 amal
Ibu-ibu pun kena ada fikir 5 amal – tanya suami apa yg dia buat. cth:
  •  2½ jam jumpa siapa?
  •  apa takazah mesyuarat?
  •  ada org baru keluar 3H?

suami karguzari pd isteri apa yg berlaku di marhallah dan halaqah
walaupun wanita tak buat usaha di luar – tapi wanita boleh doa dan akan dpt ganjaran yg sama
kita kena kesian pd umat kerana telah habiskan masa begitu sahaja
wanita dan suami yg sama-sama buat kerja agama akan disatukan dlm syurga

kerja ini adalah kerja ijtimai – buat dgn mesyuarat
lelaki buat DTI (dakwah, taklim, istiqbal) – bawa org ke masjid
Setiap individu kena hidupkan 5 amal
Lelaki kena hadir mesyuarat mingguan halaqah dan malam markaz
Wanita kena hadir taklim mingguan masturat
Amal infradi juga kena jaga
istiqamah dlm setiap amal – qualiti dlm amal
Amalan malam kata maulana saad : solat, doa, zikir dan baca quran sebelum subuh
merayu dan menangis di depan Allah

jaga akhlak, jaga muamalat, jaga muasyarat – ini perkara zahir yg org nampak
jaga hubungan dgn ibubapa, jiran dan kawan-kawan
bawa 6 sifat dlm kehidupan – org bukan islam akan dtg pd islam
semoga Allah bagi taufiq supaya dpt amal

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir