mesyuarat malaysia 2013 - bayan hidayat maulana saad

Mesyuarat Malaysia - Nizamuddin
Tarikh : 10/09/2013

Allah jadikan kesempurnaan amal dgn dakwah
Org yg baik agamanya ialah org yg amal dan buat usaha dakwah
Amalan dakwah adalah amalan yg tinggi, amalan yg agung
Taklim, gasht, mesyuarat dll adalah amalan dakwah
Jgn biarkan apa2 amal lain mengganggu amalan dakwah
Maulana ilyas kata : amalan dakwah utk menyempurnakan amal dan iman seseorang
Apa2 perkara yg kita ingin wujudkan dlm diri kita kena dakwahkan perkara tersebut

Cara utk dtgkan iman – cara yg telah dibuat oleh sahabat
Cara lain – dpt maklumat iman sahaja – tak dpt hakikat iman
Dlm hayatus sahabah jilid 3 – ada diterangkan tentang majlis iman
Para sahabat buat majlis iman – panggil org dtg ke majlis tersebut
Dlm kitab bukhari – muaz b. jabal ajak org dtg ke masjid – duduk seketika utk tingkatkan iman
Wujudkan halaqah iman dlm masjid – sebahagian keluar ajak org ke masjid
Majlis iman – wujudkan takluk dgn Allah – kemudian tashkil keluar ke jln Allah
Khulasah 2½ jam – bawa org dtg tunai ke masjid – duduk dlm halaqah iman – cerita tentang kelebihan masjid
Mahul di luar masjid adalah mahul batil
Jika Allah nak turunkan azab – tapi ada org memakmurkan masjid – Allah akan alihkan azab tersebut

Ajak org ke masjid adalah cara nabi dan cara sahabat
Mahul masjid adalah tempat tarbiyah hati manusia
Org kafir yg duduk di masjid pun boleh berubah, apatah lagi org islam. Kisah tufail dausi tutup telinga dgn kapas.
Cara usaha mestilah cara yg menepati cara nabi s.a.w
Bercerita kebesaran Allah adalah zikir.
Halaqah iman – cerita kebesaran Allah, kehidupan akhirat, maut, kehidupan selepas mati, etc
Para malaikat akan turun dan duduk bertimpa-timpa dlm majlis zikir
Muaz b. jabal, abdullah rawahah, abu hurairah – buat halaqah iman di masjid utk tingkatkan iman
Utk masukkan 6 perkara dlm hati bersama hakikat ialah dgn ceritakan kebesaran Allah

Natijah drp usaha dakwah ialah sempurna dlm ibadat
Mereka yg tidak rukuk dgn betul – tulang belakang tak lurus–solat yg macam ni tak dilihat oleh Allah
Solat yg tak khusyuk – dilipat macam kain buruk dan dilempar ke muka
Zahir solat – khusyuk dlm hati dgn kehendak kita
Batin solat – martabat ehsan – seolah-olah lihat Allah
Selesai masalah dgn solat  - selesai masalah dgn amal
Masalah tak selesai dgn keduniaan
Ikhlas dlm kalimah – menyekat drp perkara yg haram
Ikhlas dlm solat – menyekat drp perkara yg mungkar
Solat adalah mikraj org2 mukmin – hampir kpd Allah
Tidak ada amalan2 lain dpt menghampirkan diri kpd Allah
Solat yg tak dpt cegah mungkar – solat yg macam ni akan menyebabkan kita jauh drp Allah

Ikhlas dlm ilmu – dengar hadith fadhail – menyakini janji2 Allah
Halaqah taklim bukan maksud menaikkan semangat utk beramal
Halaqah taklim ialah utk menyegarkan keyakinan terhadap janji2 Allah – ‘taza’
Baca berulang-ulang kali sehingga dtg keyakinan dlm hati
Ilmu ada 2 jenis – ilmu di lidah dan ilmu dlm hati
Ilmu dlm hati – ilmu yg bagi menafaat
Ilmu di lidah – hujah sahaja dan akan didakwa
Ilmu mendorong kpd amal
Org yg berilmu adalah org yg takut pd Allah
‘Khauf’ – takut pd Allah dtg dlm hati
wujudkan halaqah taklim – ini cara sahabat
keluar dan panggil org dtg ke masjid dan duduk dlm halaqah taklim
abu hurairah – imam para muhadith – pun keluar dan ajak org dtg ke masjid
banyakkan mentelaah hayatus sahabah secara infradi
taklim utk wujudkan keyakinan pd Allah – buat taklim di masjid dan buat taklim dirumah
sahabat – membenarkan apa2 yg Allah kata
org munafik – tidak yakin dgn janji Allah dan rasul
taklimi gasht – panggil org duduk dlm taklim
amal diterima oleh Allah dgn ilmu masail. ilmu adalah fardu
belajar ilmu masail – semua bidang mesti dibuat menepati ilmu masail , dlm pertanian, tijarah etc
org yg membenci ilmu ialah org fasik

ziarah ulamak adalah ibadat. Ziarah ulamak adalah keperluan kita
ustaz yg kritik usaha dakwah – kita sabar – kerana dia tak dpt maklumat yg betul
usul – kita kena sayang ustaz yg kritik lebih drp ustaz yg sokong
ikram ulamak dgn kita beri karguzari tentang usaha dakwah
jika dia kritik – ia adalah kerana kekurangan dlm diri kita. Kita kena islah diri, baiki diri.
Jika dia tegur – kita sabar – ia satu tarbiyah
Ulamak kena sebarkan ilmu pd org awam
Ulamak jadi jumud jika tak bergerak
Ilmu adalah amanah utk disampaikan

Tiada apa2 kerja yg akan sempurna tanpa zikir
Berzikir dgn ihtimam, berwuduk, menghadap kiblat
Nabi bahagikan masa baginda pd 3 bahagian : utk Allah, utk keluarga, utk diri sendiri
Ihtimam akan bacaan quran
Zikir paling besar ialah baca quran
Ambil berat dgn tahajjud
Amal infradi – ada takluk dgn Allah
Amal infradi akan memberi kekuatan dlm amal ijtimai

Maksud ikram – letak manusia pd kedudukannya
Hargai org yg buat pengorbanan
Org2 lama yg buat kesilapan – jgn tengok kesilapan tapi tengok kebaikan dia
Bila ada kekurangan pd kawan2 kita – cari kebaikan dia
Ikram dgn mujahadah
Org lama keluar dgn org2 baru – dpt tarbiyah
Keluar bukan dgn kawan2 – akhlak jadi baik

Roh pd amal ialah ikhlas – utk dpt keredaan Allah
Amal yg ikhlas – tak terkesan dgn kejian dan pujian
Amal tak ikhlas – bukan kerana Allah – tidak akan ditimbang – akan jadi debu
Amal yg ikhlas sahaja yg akan ditimbang
Buat amal semata-mata kerana Allah
Bila ujian dtg dlm buat usaha – tetap istiqamah
Kalau tinggalkan usaha  - tanda tidak ikhlas
Istiqlas – tidak ada usaha lain. Inilah satu-satunya usaha. Yakin dgn usaha ini sahaja
Istiqlas lebih tinggi drp ikhlas
Berniaga dibenarkan semasa buat haji tapi dilarang semasa keluar di jln Allah – ini istiqlas
Zaman umar – satu org syahid semasa keluar di jln Allah – umar kata tak syahid sebab dia buat perniagaan dan dpt keuntungan – tiada istiqlas

Keluar utk sebarkan agama semata-mata
Keluar di jln Allah bersama dgn perkara lain -  tak diterima oleh Allah
Siang hari buat usaha  - malam hari doa pd Allah
Semoga Allah terima dan istiqamahkan kita sampai mati

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir