jor KL 1999 - karguzari (2)

28/05/99 - Sri Petaling

Syukur kita kepada Allah s.w.t kerana Allah s.w.t telah jadikan kita sebagai insan/manusia. Manusia merupakan ashraful makhlukat, sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t. Allah s.w.t telah ciptakan segala-galanya untuk manusia. Matahari, bulan, bintang, langit, ikan-ikan di lautan dan semua makhluk-makhluk yang lain, semuanya telah diciptakan oleh Allah s.w.t untuk khidmat pada insan.

Satu syair dalam bahasa Parsi berbunyi, “Wahai manusia, Aku telah ciptakan segala-galanya, bulan, bintang, matahari. Aku telah ciptakan untuk khidmat pada kamu. Mereka semua khidmat pada kamu siang dan malam. Aku ciptakan kamu wahai manusia, untuk beribadat pada Aku”

Kita semua azam untuk bawa 100% perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w dalam kehidupan kita. Tanggungjawab kita ialah untuk amalkan keseluruhan agama dan juga bawa manusia-manusia lain di seluruh alam kepada agama. Penduduk dunia ada lebih kurang 5 billion tetapi hanya 1 billion sahaja yang Islam, 4 billion lagi masih belum Islam. Semua manusia yang ada ini adalah umat Nabi s.a.w. Tanggungjawab kita hari ini ialah untuk bawa 4 billion itu kepada Islam. Jika kita bawa 100% perintah Allah s.w.t dan 100% sunnah Nabi s.a.w dalam kehidupan kita, maka dengan melihat kehidupan kita, mereka akan masuk Islam.

Allah s.w.t hantar kita ke dunia ini untuk buat kerja Nabi s.a.w. Bila satu orang uruskan kerja dia (kerja Nabi), maka dia punya pagi-petang, dia punya makan-minum, semua ini ada kaitan dengan kerja dia. Setiap masa dia akan ingat pada kerja. Dia akan tengok kerja dia dahulu kemudian barulah dia akan tengok keperluan.

Dalam kerja ini ada 2 cara. Pertama, kita buat kerja ini untuk dapat pahala. Kedua, buat kerja ini dengan niat bahawa ini adalah perintah Allah s.w.t maka dengan niat ini, hidup-mati saya adalah untuk kerja ini.

Satu orang yang buat kerja ini dengan melihat kepada pahala untuk diri dia, sebenarnya dia hanya letakkan diri dia satu orang sahaja untuk kerja ini sebaliknya satu orang yang letakkan kerja ini sebagai naib/pembantu kerja Nabi s.a.w, maka orang ini telah letakkan seluruh umat di hadapan dia.

Satu orang telah keluar buat gasht dan dia ditanya, “Kamu hendak ke mana?”  Dia jawab, “Saya sebenarnya sedang buat kerja bagaimana agama akan tersebar ke seluruh alam”. Dia sedang buat gasht di marhallah dia tetapi dia punya fikir untuk seluruh alam. Dengan 2 ½ jam agama akan tersebar ke seluruh dunia. Dengan gasht agama akan tersebar ke seluruh dunia.

Asas kerja ini sebenarnya ialah memberi masa tiap-tiap hari. Jika saya tidak beri dakwah tentang kebesaran Allah s.w.t, jika saya tidak fikir tentang agama, jika saya tidak bagi masa untuk agama maka mula-mula sekali kesannya ialah pada diri saya iaitu saya sendiri tidak dapat meningkatkan iman saya. Usaha ini sebenarnya bukanlah untuk betulkan/dakwah orang lain. Maksud asal daripada usaha ini ialah untuk diri kita. Seorang dai akan letakkan diri dia yang pertama dan bukan letakkan diri orang lain sebagai yang pertama.

Kita bagi masa 2 ½ jam tiap-tiap hari. Cukupkah 2 ½ jam sahaja tiap-tiap hari? Hadzratji rah. beritahu bahawa setiap orang bagi masa paling kurang 2 ½ jam dan usaha perlu dibuat untuk meningkatkannya. Bila satu orang telah letakkan sesuatu perkara sebagai dia punya maksud, adakah dia akan bagi sekurang-kurangnya atau paling tinggi?

Oleh itu, kita bagi masa untuk agama sebanyak mungkin dan bukan sekurang-kurangnya. Eldest beritahu, kita kena bagi masa sekurang-kurangnya tetapi kita kena fikir untuk meningkatkannya setiap hari.

Maulana Yusuf rah. kata, “Cara yang paling mudah untuk bawa sesuatu ke dalam diri kita ialah dengan mengajak/dakwah orang lain kepada perkara tersebut”.

Apa yang hendak kita buat dalam 2 ½ jam? 2 ½ jam hanya semata-mata untuk beri dakwah. Ta’alim, gasht pertama, gasht kedua dsbnya tidak termasuk dalam 2 ½ jam. Kita kena lapangkan masa 2 ½ jam tiap-tiap hari untuk usaha di marhallah kita. Kita jumpa setiap orang. Dalam jumpa setiap orang, kita kena pastikan kesesuaian. Kesesuaian ini sangat penting iaitu masa yang sesuai dan orang yang sesuai. Adakan hubungan dengan semua orang, ikram dsbnya. Ikram inilah yang orang itu akan ingat, bukan bayan yang kita bagi. Dalam masa 2 ½ jam ini kita dapat tunaikan segala takazah yang telah kita mesyuaratkan dalam fikir harian. Jika semua orang bagi masa tiap-tiap hari 2 ½ jam, maka tidak mustahil satu orang lama akan bawa satu jemaah sempurna dan ramai orang akan keluar di jalan Allah s.w.t. Baki masa barulah kita gunakan untuk zikir, baca Quran dsbnya.

Semasa ummumi gasht, kita tidak dapat cerita panjang, masa terhad. Sebenarnya kerja ini tersebar dengan kita bagi masa tiap-tiap hari. Hubungan dengan orang tempatan akan terjalin dengan 2 ½ jam. Kesan sebenar akan datang dengan suasana/mahul agama. Sebarkan salam dan banyak bagi makan. Cerita gembira dan jangan cerita azab. Dakwah kebesaran Allah s.w.t, ini tertib ambiya a.s. Dengar apa yang dia hendak cakap, jangan berdebat. Perdebatan bukan cara dakwah Nabi s.a.w. Beritahu juga bahawa kita ini umat Nabi s.a.w dan naib kepada Nabi s.a.w. Kita adalah umat untuk amal dan juga umat yang ambil fikir Nabi s.a.w, fikir bagaimana agama boleh wujud dalam kehidupan seluruh umat dan sediakan mereka untuk buat kerja ini.

Jangan putus asa dan lemah semangat samada orang terima atau tidak terima dalam membuat kerja ini. Maksud kerja ini ialah kerja ini perintah Allah s.w.t. Seorang dai tidak melihat kepada hasil. Tambah korban. Kesan dakwah datang daripada Allah s.w.t. Allah s.w.t yang bagi hidayat.

Kepentingan umumi gasht dalam usaha agama sama seperti kepentingan tulang belakang kepada badan. Apa itu umumi gasht? Umumi gasht ialah tertib yang dibawa oleh para ambiya a.s iaitu jumpa dengan semua orang, tidak pilih-pilih. Maulana Yusuf rah. berkata melalui gasht umumi ini kita hendak hidupkan keadaan, di mana ada orang bergerak sebagai dai dan zakirin. Orang yang zikir kepada Allah s.w.t dan satu orang dai tentu dia akan berjalan dengan fikir dan tertib, suasana ini perlu diwujudkan dalam ummumi gasht. Melalui gasht kedua, gasht pertama akan jadi kuat.

Dalam ta’alim, satu hari sebelum hari gasht, kita cerita tentang kelebihan/fadhilat tentang ummumi gasht iaitu bagaimana Allah s.w.t akan selamatkan kita daripada azab Allah s.w.t dan syurga yang Allah s.w.t akan beri, supaya dalam hati setiap orang yang duduk dalam ta’alim timbul satu keghairahan ingin bagi masa untuk buat gasht. Selepas itu, kita tashkil siapa yang sedia buat gasht. Kedua-dua orang lama dan baru kita tashkil. Satu malam sebelum gasht, kita doa pada Allah s.w.t, kita bangun tahajjud dan doa, bukan sahaja kita doa supaya semua rakan-rakan kita dan yang telah bagi azam dapat hadir gasht tetapi juga kita minta supaya Allah s.w.t terima gasht ini. Ummumi gasht sebagai asbab untuk menyebarkan agama ke seluruh alam. Bangun malam, doa dan menangis pada Allah s.w.t supaya Allah s.w.t terima gasht ummumi kita.

Pada hari gasht, kita jaga mata untuk satu hari tersebut kerana kita akan keluar jumpa orang dan dakwah mereka kepada Allah s.w.t. Waktu sembahyang sebelum gasht, kita mula bentuk zihin tentang kepentingan gasht. Kita datang awal ke masjid lebih kurang 20 minit sebelum waktu sembahyang dan terus mesyuarat tentang amalan-amalan gasht, siapa yang keluar, siapa yang duduk dalam masjid dsbnya. Orang yang hendak iklan untuk gasht duduk di saf hadapan dan bangun dengan penuh fikir dan tawajjuh, iklan dengan suara yang lantang dan cakap lebih kurang, “Tuan-tuan yang mulia, Allah s.w.t telah letak kejayaan kita dalam mengamalkan keseluruhan agama, amal perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w. Untuk wujudkan agama dalam kehidupan umat manusia, Allah s.w.t telah beri pada kita kerja Nabi s.a.w dan insya’Allah, sebentar lagi kita akan buat. Kami harap tuan-tuan dapat lapankangkan masa untuk bersama-sama kami”.

Dalam menceritakan kepentingan gasht, kita cakap nilai agama, cerita tentang perjuangan Nabi s.a.w, pengorbanan Nabi s.a.w, pengorbanan sahabat dan kita juga ceritakan bahawa kerja ini merupakan tanggungjawab setiap umat ini sebagai pembantu/naib kepada Nabi s.a.w dan cerita juga fadhilat tentang ummumi gasht sehingga semua orang yang duduk dalam majlis itu sedia untuk buat ummumi gasht bersama dengan kita, sehingga satu orang yang fikir bahawa selepas sembahyang dia hendak pergi ke kedai, akan terus tukar niat untuk buat gasht.

Bila jemaah dibentuk, campurkan antara orang lama dan orang baru. Mutakallim digilir-gilirkan. Sekali-sekala kita bagi orang baru jadi mutakallim supaya dia juga dapat buat kerja ini. Apa mutakallim hendak cakap? Cerita tentang kelebihan seorang muslim, nilai agama, bagaimana Allah s.w.t letakkan kejayaan dalam agama dan kita fikir macam mana hendak bawa orang yang kita jumpa, tunai. Takrir semasa gasht adalah bayan terperinci iaitu untuk menerangkan tentang kerja ini, nilai iman, kepentingan dakwah. Bayan selepas maghrib adalah bayan tashkil, untuk sediakan orang keluar ke jalan Allah s.w.t. Selepas gasht, sebelum sembahyang, kita kumpul dan fikir apa yang hendak dibentangkan dalam bayan, takazah yang diambil dari markaz dsbnya. Fikir ini perlu dibuat sebelum waktu sembahyang tersebut.

Bayan dalam lingkungan 6 perkara dan mesti kita letakkan kepentingan kerja dakwah. Jangan kita cakap lama sangat tentang iman, solat sehingga habis masa dan terus tashkil. Kita ceritakan kepentingan dan kelebihan keluar di jalan Allah s.w.t, barulah kita tashkil, siapa sedia? Orang tashkil tidak perlu buat satu lagi bayan. Orang tashkil perlu sediakan orang yang duduk dalam majlis itu pada tahap semangat yang telah diwujudkan oleh orang yang bagi bayan.

Dalam fikir harian, bentuk zihin supaya rakan-rakan kita dapat bagi masa untuk buat gasht. Hadzratji rah. kata, melalui ummumi gasht kerja tempatan kita akan meningkat. Melalui ummumi gasht suasana agama di marhallah kita akan meningkat. Melalui gasht kedua, suasana agama di marhallah jiran kita akan meningkat. Melalui keluar 3 hari, kita akan dapat meningkatkan tahap agama/suasana agama di bandar kita. Dengan keluar 40 hari, kita akan dapat meningkatkan suasana agama di negara kita. Dengan keluar 4 bulan, suasana agama di seluruh dunia akan meningkat.

Kita juga boleh buat gasht kedua kita dengan maksud untuk tunaikan takazah. Contoh, ada takazah untuk ke Afrika, kita boleh pergi ke satu marhallah yang ada orang sesuai untuk sempurnakan takazah itu, walaupun di situ ada orang lama dan sudah ada gasht sendiri. Kita boleh pergi dan buat gasht kedua kita dengan niat melalui gasht kedua tersebut takazah akan dapat disempurnakan dan jemaah dapat dibentuk.

Sehari-dua sebelum hari gasht kedua, kita pergi ke sana, kita bentangkan depan mereka yang sembahyang di masjid tersebut kepentingan kerja ini, kelebihan bagi masa untuk usaha agama, suasana agama akan meningkat, bilangan orang datang ke masjid akan bertambah. Kita sediakan mereka. Mereka akan kata kamu datanglah sekian tarikh dan sekian hari, kami akan sedia bersama kamu. Kemudian barulah kita tetapkan hari dan masa. Kita datang pada hari tersebut yang mana orang tempatan telah sedia dan kita buat kerja ini dengan menggunakan mereka. Melalui gasht kedua ini, kita keluarkan jemaah tunai. Jika jemaah tunai 3 hari dapat dikeluarkan maka kita telah buka jalan supaya gasht hidup di tempat tersebut.

Gasht dibuat 2 kali seminggu tetapi ta’alim dibuat tiap-tiap hari. Jika ta’alim tidak dibuat maka sesungguhnya kekurangan telah berlaku dalam iman dan amal. Kita buat ta’alim dan fikir macam mana orang tempatan juga dapat ambil bahagian dalam ta’alim tersebut. Kita putus dalam mesyuarat, bergilir-gilir, siapa yang hendak baca ta’alim. Secara perlahan-lahan, kita tambahkan masa ta’alim. Kalau kita tidak tinggalkan ta’alim satu hari, memang mudah kita hendak faham apa yang berlaku dalam diri kita kerana setiap amalan yang kita buat dalam usaha ini, kita meletakkan seluruh alam di hadapan kita. Maksud ta’alim ialah bagaimana suasana agama di seluruh alam dapat ditingkatkan. Bila ta’alim tidak dibuat satu hari, kerosakan yang besar telah berlaku kerana ia telah menjadi penghalang meningkatnya tahap agama di seluruh alam, bukan dalam diri kita sahaja.

Semua amal kita buat dengan tertib dan cara yang betul. Cara yang betul untuk buat ta’alim ialah kita baca dari semua kitab. Kita baca hadith dan keterangannya. Kita cakap sepatah-dua sahaja untuk menarik minat orang yang duduk dalam ta’alim tersebut.

Ada tiga amalan yang kita kena buat tiap-tiap hari iaitu fikir harian, ta’alim dan bagi masa 2 ½ jam. Satu amalan ialah seminggu sekali sahaja iaitu gasht pertama dan gasht kedua. Sebulan sekali kita keluar jemaah 3 hari untuk hidupkan suasana agama di kawasan sekitar bandar kita.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir