jor KL 1996 - bayan subuh maulana syamim

06/10/96 - sri petaling

Allah s.w.t membuat keputusan (keamanan/berkat/rahmat/azab/penyakit/pergaduhan/...) untuk keadaan dunia menurut amalan manusia. Bukan menurut kebendaan. Seperti peniaga kira akaun dan kemudian buat keputusan untuk perniagaannya. Seperti peniaga kira akaun ada yang tiap-tiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali. Allah buat keputusan setahun sekali iaitu pada 15 Syaaban.

Allah s.w.t bagi kesusahan untuk tarik balik seseorang itu kepadaNya. Seperti seorang bapa marahkan anaknya bukan sebab dia benci padanya, tetapi sebab dia sayang kepadanya. Semuanya ujian dari Allah s.w.t. Kemiskinan adalah ujian. Kekayaan adalah ujian. Jika seseorang itu tidak terkesan dengan keadaannya dalam ujian ini, Allah s.w.t perintah supaya segala ciptaan tunduk kepada orang tersebut. Seorang mukmin apabila dalam keadaan kaya dia tidak sombong dan ego, dan apabila dalam keadaan miskin dia tidak takut dan undur.

Orang beriman memang diuji, seperti ayat walanabluannakum.... Untuk mengatasi ujian-ujian ini, seperti ayat wasta'iinu... mereka perlu bersabar, yakni atas pendirian mereka terhadap Allah s.w.t, dan bersolat, yakni membawa perintah-perintah Allah s.w.t. Mereka perlu rujuk kepada Allah s.w.t dan Allah s.w.tlah yang mengubah keadaan. Seorang yang kena pukul dengan kayu oleh seorang yang lain, dia patut rayu kepada orang yang pukul itu, dan bukan kepada kayu.

Orang beriman diberi kesusahan sebagai ujian supaya mereka dapat kemajuan. Orang tak beriman diberi kesusahan sebagai azab. Begitulah, kalau kita balik dari jalan Allah s.w.t dan dapati keadaan keluarga dsb tak baik, jangan salahkan karkun, buruk sangka karkun, kerana tidak ikram keluarga dsb. Begitu juga kalau keadaan semuanya baik, jangan sangka itu sebab pengorbanan kita keluar. Dalam semua keadaan rujuk kepada Allah s.w.t, semua adalah kehendakNya. Kalau kita rasa asbab kita keadaan jadi baik, bahaya nanti datang ujub dan riak.

Sheikh Abdul Qadir Jailani, yang juga seorang pedagang, sekali diberitahu bahawa kapal dagangnya bersama semua muatannya telah hilang. Dia berkata, "Alhamdulillah". Beberapa ketika kemudian dia diberitahu pula bahawa berita tadi tidak betul dan kapal dagangnya masih selamat. Dia berkata, "Alhamdulillah". Murid-muridnya yang ada bertanya kepada Sheikh, kenapa dia tidak menurut Quran yang mengatakan bahawa bila musibah, hendaklah membaca "Inna lillah...". Sheikh mengatakan dia bukan membaca kerana keadaan kapalnya, tetapi kerana keadaan hatinya. Dia memuji Allah s.w.t kerana dalam kedua-dua keadaan hatinya tidak terkesan.

Rasulullah s.a.w telah mendidik Sahabat-sahabat r.a supaya taat perintah Allah s.w.t dalam semua keadaan. Kita kena belajar buat usaha ini dalam semua keadaan - suka atau tak suka, kita kena taat. Dengan cara ini usaha ini akan maju dan kita akan maju. Taat yang paling tinggi adalah taat bila keadaan bertentangan. Dengan taat sebegini, Allah s.w.t berikan nusrah yang tidak terdapat di dalam amalan lain.

Asas tashkil dan tafakud adalah sifat, bukan duit. Orang tak berduit boleh dihantar ke negara jauh, mereka belajar minta pada Allah s.w.t. Orang berduit boleh dihantar jemaah tempatan jalan kaki, mereka belajar taat.

Kehidupan Rasulullah s.a.w dan Sahabat r.a adalah sebagai contoh untuk kita buat usaha. Usaha ini adalah mudah. Kita mudahkan usaha ini jadi kita tidak mundur di semua peringkat. Prinsip-prinsip usaha ini kita dapatkan dari Nizamuddin. Kita boleh rujuk ke sana. Kita rujuk secara ijtima'i. Kalau secara infradi, itu tidak menjadi usul untuk semua. Taatlah kepada Allah s.w.t, Rasul s.a.w dan amer atau syura dan buatlah kerja satu hati. Untuk belajar usaha ini, perlulah keluar daripada suasana yang rosak kepada suasana yang lain. Sila beri azam untuk 4 bulan...

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir