Posts

Showing posts from August, 2018

Hayatus sahabah - maulana saad

08/02/2018 - nizamuddin 2 kefarduan yg sangat penting yg mana kebanyakan umat telah lalai drp 2 kefarduan ini:  1. iman     2. ilmu Hari ni manusia belajar semua perkara2 yg lain tapi tak belajar iman dan ilmu. Tanpa iman dan ilmu, tak ada apa2 amalan pun akan diterima oleh Allah, tiada nilai disisi allah. 2 kefarduan yg asas ialah iman dan ilmu. Apa itu ilmu? Ilmu ialah sibuk mencari kepastian apakah keinginan Allah s.w.t drp saya yg patut saya lakukan dgn cara Muhammad s.a.w. Sekiranya seseorang itu menghasilkan ilmu utk mendapatkan keperluan dunia, sesungguhnya ia telah terjauh dari kelebihan ilmu. Ilmu ialah manfak bukan mansak . Ilmu adalah jln utk kita belanjakan bukan utk kita hasilkan wang. Keinginan dari ilmu hanyalah akhirat. Sahabat mencari keperluan dan belanja utk ilmu. Nabi s.a.w adalah nabi dan juga muallim. Nabi s.a.w ada 9 isteri. Pelajar2 baginda akan mencari kayu api, jual, beli kambing dan belanja isteri2 nabi s.a.w. Mereka menghasilka...

Hayatus sahabah - maulana saad

07/02/2018 - nizamuddin Kenapa hajat kita tak dipenuhi? Kerana dosa hajat kita menjadi banyak. Hari ni, org kata kita sentiasa ada hajat tetapi sebenarnya tidak. Cuba kita bandingkan hajat para sahabat dan hajat kita hari ni. Hajat atau keperluan para sahabat sangat sedikit. Zaman sekarang, kita ada bermacam2 hajat/keperluan. Melalui keperluan yg banyak, dosa akan meningkat. Perbelanjaan yg banyak akan menambahkan dosa. Melalui keinginan nafsu, hajat makin bertambah. Org yg terbiasa dgn keinginan nafsu maka keinginan nafsu itu akan jadi satu keperluan kpd dia. Sehingga dia akan memenuhi keinginan nafsu dia dan anggap ia satu keperluan. Melalui dosa yg banyak akan bertambah keperluan kita. Apabila satu org buat dosa dan tak bertaubat, maka hati dia akan gelap. Satu org yg mencari rezeki dgn buat perkara2 yg haram, menyebabkan anggota badan dia akan dicemari dgn kekotoran. Bahkan, melalui dosa yg dia buat, pekerjaan yg halal pun akan dicemari dgn kegelapan. Kenapa? Kerana melal...

Hayatus sahabah - maulana saad

06/02/2018 - nizamuddin Di zaman sahabat, mereka tidak pernah terfikir bahawa akan ada org yg akan meninggalkan solat fardu kerana meninggalkan solat fardu itu difahami sebagai mengkufuri Allah s.w.t. Meninggalkan solat sunat pula merupakan satu keaiban yg sangat besar. Satu org sahabat telah dtg berjumpa nabi s.a.w, telah mengadu tentang seorang sahabat yg tidak menunaikan solat, tidak berpuasa, tidak membayar zakat. Macam mana dia boleh jadi org islam sedangkan dia tak solat, tak puasa, tak bayar zakat. Tak mungkin dia jadi org islam. Nabi s.a.w panggil sahabat tersebut dan panggil juga sahabat yg buat aduan. Sahabat yg dituduh kata tidak mungkin dia tak solat, tak puasa, tak bayar zakat. Sahabat yg buat aduan kata, dia tak tunaikan solat sunat, tak puasa sunat, tak bagi sedekah sunat. Di zaman sahabat, org yg tinggalkan solat sunat pun diadukan kpd nabi s.a.w. Oleh itu, kena jaga solat2 sunat. Dgn kita jaga solat2 sunat, akan memberi kesempurnaan pd solat2 fardu. Dgn ja...

Hayatus sahabah - maulana saad

05/02/2018 - nizamuddin Mengambil berat tentang solat2 sunat dan memperbanyakkannya adalah menjadi sebab yg paling utama utk kita hampir dgn Allah s.w.t sehingga Allah akan menggerakkan seluruh anggota badan dia mengikut keinginan Allah. Allah akan bagi tumpuan paling banyak kpd hambaNya dlm 2 keadaan. 1. ketika sedang beribadat   2. ketika sedang sibuk memberi dakwah Dakwah dan ibadat adalah 2 sebab utk menarik rahmat Allah kpd seseorang hamba. Allah akan bagi tumpuan pd hambaNya ketika sedang berdiri utk dakwah. Allah tengok dgn pandangan khusus pd hambaNya yg sedang sujud. Dlm setiap peperangan nabi menumpukan fikiran sahabat kpd ibadat kerana baginda risau sahabat tersalah anggap bahawa maksud drp peperangan ialah utk mendapatkan harta rampasan. Kena faham  1. mau’ud   2. maksud Sekiranya maksud tidak dijadikan tumpuan utama maka mau’ud (apa yg dijanjikan) tidak akan tercapai. Mau’ud/janji akan bersama dgn maksud. Sebanyak mana bantuan ghaib...

Hayatus sahabah - maulana saad

04/02/2018 - nizamuddin Apakah beza antara muslim dan musyrik? Seluruh kehidupan org islam dari rambut hingga kaki, seluruh badanya, seluruh kehidupannya, sejak dari lahir hingga mati, dlm setiap masa dan keadaan, dia dilingkungi oleh ibadat. Kehidupan org kafir, dari mula hidup sampai mati, dikelilingi oleh nafsu mereka. Org beriman akan berpindah dari satu ibadat kpd ibadat yg lain. org musyrik berpindah dari satu nafsu kpd satu nafsu yg lain. Pindah dari satu amal kpd amal yg lain, inilah yg dipanggil sebagai zikir. Seluruh kehidupan org beriman adalah zikir. Seluruh kehidupan org kafir adalah kelalaian. Hati org2 kafir mati. Bila lahir, di telinga org beriman akan dilaungkan azan, supaya syaitan tak berpeluang utk membisikkan sesuatu perkara yg rosak kpd bayi tersebut. Bila dah sampai masa kematian, ditalkinkan kalimah lailahaillallah, kamu dtg dgn kamlimah ini, kamu balik pun dgn kalimah ini. Diantara dtg dan pergi itu, adalah ibadat yg silih berganti. Hari ni, org2 i...

Hayatus sahabah - maulana saad

03/02/2018 - nizamuddin Selagi mana keinginan org islam tidak berubah kpd ibadat, maka selagi itulah kita kena faham bahawa org islam belum ada hubungan dgn ibadat. Sesuatu yg ada hubungan dgn org islam maka org islam akan memenuhi perkara tersebut dgn penuh rasa keinginan. Keinginan ambiya a.s adalah kpd ibadat. Keinginan/kesukaan/syahwat kita hari ni digunakan utk tubuh badan. Ambiya a.s menggunakan syahwat/nafsu mereka utk ibadat. Keinginan ambiya yg paling banyak ialah juga kpd infradi dakwah. 2 perkara iaitu   1. infradi dakwah   2. infradi ibadat Sahabat berkahwin pun utk ibadat. Usman b abil as r.hu, telah berkahwin dgn janda umar r.hu dan dia sentiasa tanya drp janda umar r.hu, macam mana tahajjud umar r.hu. Dia kata, aku kahwin dgn janda umar ini bukan utk ambil harta tapi supaya aku dpt tahu macam mana tahajjud saidina umar r.hu. Kahwin kerana hanya utk perkara tersebut. Amalan di luar rumah kami nampak tapi amalan malam hari di rumah kami tak na...

Hayatus sahabah - maulana saad

02/02/2018 - nizamuddin Org yg buat kerja dakwah perlu jaga solat tahajjud di malam hari kerana kerja utk menghubungkan hamba dgn Allah s.w.t tidak akan terhasil tanpa kita menghubungkan diri kita sendiri dgn Allah. Solat di malam hari merupakan asbab yg paling besar utk merapatkan hubungan kita dgn Allah. Akan masuk sifat kepentingan diri bila kita kurang membiasakan mujahadah nafsu. Tarbiyah nafsu yg paling besar ialah solat tahajjud di mlm hari. Hari ni, kita habiskan masa dgn percakapan yg sia2 sehingga menyebabkan kita tidur lewat di mlm hari dan meninggalkan solat tahajjud. Hari ni org merasakan perkara yg tiada kaitan dgn agama itulah kerja. Syaitan akan sibukkan dgn mengumpat dan percakapan yg sia2 sehingga berlalu separuh dari malam. Utk menyelesaikan masalah dan ikhtilaf dlm kerja ini, hanya melalui adanya hubungan dgn Allah s.w.t. Kalau kita tak sibukkan diri dgn solat2 sunat maka nafsu akan mengatasi diri kita. Bukan hanya perkara dunia akan menyebabkan nafsu m...

Hayatus sahabah - maulana saad

27/01/2018 - nizamuddin Kesempurnaan agama adalah dlm ittibaq sunnah. Kesempurnaan ibadat juga dlm ittibaq sunnah. Solat sunat rawatib adalah satu cara utk menyempurnakan solat fardu. Solat2 sunat adalah utk menyempurnakan solat2 fardu. Nabi s.a.w sangat2 mengutamakan solat sunat qobliyah dan badiah. Umat zaman skrang ni kata buat solat fardu dah mencukupi. Ini percakapan yg merendah-rendahkan agama. Kita berasa agama kecil. Bila kita tinggalkan perkara sunat maka kefarduan pun kita akan tinggal. Ini menjadi penyebab kita akan terjauh dari kefarduan kerana merasakan sunat itu perkara yg ringan. Solat sunat sebelum fardu adalah merupakan penghormatan kpd solat fardu. Tunaikanlah solat qobliyah supaya kamu layak berdiri di depan Allah. Hari ni org berasa tak berhajat kpd agama tapi berhajat pd dunia. Dia rasa dia tak perlu pd agama. Nabi s.a.w solat sunat 4 rakaat sebelum zohor dgn qiam yg panjang. Pelajar yg belajar ilmu dan pentingkan mentelaah dari amal, ini tipu daya sya...

Hayatus sahabah - maulana saad

26/01/2018 - nizamuddin Utk menyempurnakan solat fardu hendaklah disempurnakan solat2 sunat. Sekiranya solat sunat tidak diutamakan maka tidak akan dtg kesempurnaan dlm solat fardu. Seseorang itu tak akan dpt takbiratul ula kalau dia tak ambil berat tentang solat qobliyah. Org yg jaga solat qobliyah, insyaAllah dia akan dpt takbiratul ula. Solat sunat qobliyah merupakan solat utk menghormati solat fardu. Solat tahiyatul masjid utk menghormati masjid. Nabi s.a.w begitu sekali mengutamakan solat sunat rawatib. Hari ni, kita tak ambil berat solat2 sunat. Lepas habis solat kita berbual. Kita tinggal solat sunat. Nabi s.a.w mulakan solat fardu dgn solat2 sunat. Paling banyak nabi berpuasa ialah pd bulan syaaban supaya dgn membiasakan puasa pd bulan syaaban akan jadi satu istiqbal utk bln Ramadan. Sebagaimana nabi banyakkan berpuasa bln syaaban utk menyambut kedatangan Ramadan, begitulah nabi banyakkan solat sunat rawatib sebagai istiqbal utk solat fardu. Solat sunat 2 rakaat se...

Hayatus sahabah - maulana saad

25/01/2018 - nizamuddin Solat adalah mikraj iaitu waktu utk menghampirkan diri kita dgn Allah s.w.t. Di masjid nabi s.a.w, kosong dari asbab kebendaan. Dlm tempat yg kosong itu, mereka melatih utk khusyuk kpd Allah. Hari ni, masjid dipenuhi dgn berbagai-bagai kebendaan. Di masjid nabi, tiada apa2 asbab pun, sehingga perkara2 yg diperlukan utk solat pun tidak ada. Tempat wuduk pun tidak ada di masjid nabi s.a.w. supaya tidak ada apa2 perkara yg jadi penghalang kpd kekhusyukan dlm solat. Thn 9 hijrah baru ada lampu/pelita di masjid nabi s.a.w. Sepatutnya masjid jadi tempat melatih kyusuk. Tapi hari ni, malangnya, ada bermacam2 kebendaan dlm masjid. Bagaimana mungkin kita dpt latih kekhusyukan dlm masjid spt hari ni. Di dlm poket ada handphone. Semasa solat, ada suara2 yg berbunyi. Bagaimana akan dtgkan kekhusyukan. Sekurang2nya kita latih anggota badan jadi khusyuk. Kerana tidak melatih anggota badan iaitu tidak mengikat anggota badan dlm solat akan menghalang kita drp khusyuk. ...

Ijtimak Zon C - 3 kelompok

Image
Masjid Al Ilmi,  Kg Dato' Hj Ahmad Razali, Dengkil 19/08/2018 kelompok puchong - 9 halaqah kelompok putrajaya - 10 halaqah kelompok sijangkang - 6 halaqah total - 25 halaqah Faisala - Cikgu Wafa Jln kebun 09.30 -10.15 pg : Taklim 10.15 -11.00 pg : Muzakarah 6 Sifat 11.15 -12.00 tghari : Bayan Takazah - Ust Akram 01.20 ptg : Solat Zohor : Targhib - Hj Kamsani 02.30 ptg : Makan tghari 04.36 ptg : Solat Asar 05.00 ptg : Muzakarah usaha masturat - Hj Othman Dengkil 05.45 ptg : Muzakarah usaha tempatan/ Markaziyat - Ust Abdullah Marbuqi 06.45 ptg : Nasihat & Doa - Ust Abdullah Marbuqi Kehadiran - 850 org 150 org awam 100 pelajar 10 ulamak 590 karkun jumpa di ijtimak yg seterusnya : safar syura 30 & 31 ogos 2018 di sri petaling zon tengah - 4 markaz (KL/seremban/jerantut/kuantan)

Hayatus sahabah - maulana saad

24/01/2018 - nizamuddin Hari ni manusia mengadu tak pandai menangis. Padahal, mata hanya menzahirkan tangisan. Tagisan yg sebenarnya ialah dari hati. Mata dan lidah adalah terjemahan dari hati. Perasaan takut dan kyusuk, tersembunyi dlm hati. Mata dan lidah tempat mengzahirkan apa yg ada dlm hati. Kenapa tak boleh menangis? Pertama, kerana hati keras. Kedua, kerana hati tenang dgn dosa. Sahabat kata, kami dengar quran dan kami menangis. Hati kami jadi tenang. Sekiranya tidak boleh menangis kerana kelalaian hati. Manusia tidak diperintah utk membentuk keadaan tetapi diperintahkan utk menyempurnakan perintah Allah s.w.t. Kesedaran atas sesuatu amal bukan ikut keadaan. Kalau ikut keadaan, maka amal akan ditinggalkan. Kita akan berkata, hati belum kyusuk, maka tak perlu solat. Syaitan sentiasa jadi penghalang antara manusia dan perasaan hati manusia. Supaya dia tinggalkan amalan kerana tidak merasai keseronokan dlm ibadat. Dlm keadaan hati masih tidak syok utk beramal pun masih me...

Hayatus sahabah - maulana saad

22/01/2018 - nizamuddin Satu sifat sahabat r.hum, ialah mereka mengenali akan kelebihan dan kedudukan sahabat2 mereka. Oleh itu, mereka sentiasa kedepankan sahabat2 mereka yg ada kelebihan. Bila kita tak kenal akan kedudukan atau kelebihan sahabat kita, maka kita tak dpt gunakannya sebaik mungkin. Bila menceritakan kelebihan sahabat mereka, tiada yg berhasad dengki dgn org tersebut. Bila nabi kedepankan seseorang, kerana nabi mengetahui akan kelebihan org itu, sahabat lain tak berhasad dengki dgnnya. Mereka sentiasa membantu org yg awal dan org yg akhir. Ini sifat sahabat. Sekiranya seorang sahabat tahu tentang kelebihan sahabat yg lain maka dia akan mengingati kelebihan tersebut sehingga apabila tiba pd saat dan ketika nak dimenafaatkan kelebihan itu maka mereka akan menggunakan kelebihan itu. Mereka sentiasa kedepankan sahabat yg ada kelebihan utk takazah agama. Ibnu zuhair mengatakan bahawa aku bersama Hamzah b rabiq r.hu telah pergi kpd ibnu haiyyan, telah tiba waktu menun...

Hayatus sahabah - maulana saad

21/01/2018 - nizamuddin Bila tertinggal perintah yg besar iaitu meletakkan seseorang pd kedudukannya maka akan menyebabkan perpecahan pd umat. Berlaku ikhtilaf kerana tidak membuat sesuatu yg sepatutnya dgn seseorang. Hendaklah letak seseorang itu pd kedudukannya. Sekiranya kita tak ambil kerja dari org yg sepatutnya yg memang ahli maka akan berlaku kerugian dlm agama. Sahabat sangat memberi perhatian pd perkara ini. Menjadi mizaj/kebiasaan sahabat iaitu mereka sentiasa letakkan org terdahulu di hadapan dlm perkara kebaikan walaupun org yg dtg kemudian dari segi kedudukan lebih tinggi. Mereka faham kerana pengorbanan org terdahulu maka kedudukan mereka lebih tinggi dari org yg dtg kemudian. Memuliakan org kerana pengorbanan mereka. Kadang2 mereka memuliakan org yg lebih muda tetapi mempunyai ilmu yg banyak. Mereka tidak melihat umur tapi melihat ilmunya. Ini adalah satu perintah yg besar iaitu hendaklah berurusan dgn seseorang mengikut kedudukannya. Selepas kewafatan nabi ...

Hayatus sahabah - maulana saad

20/01/2018 - nizamuddin Utk semua agama yg batil dan kumpulan2 batil dtg kpd islam, sebab yg paling utama ialah kesatuan hati org islam. Sekiranya org islam tak bersatu maka org bukan islam tak akan dtg kpd islam. Asbab yg paling utama yg akan memberi kesan kpd org bukan islam ialah kesatuan dan ketaatan. Ketaatan ialah utk menyatukan. Imamat/ketua/amir ialah utk ketaatan. Sekiranya tidak ada imamat, maka tak akan ada ketaatan. Bila tak ada ketaatan maka tidak akan ada kesatuan. Rasulullah s.a.w dan khulafak rasyidin, mereka sentiasa memahami bahawa kesatuan org islam merupakan kekuatan islam. Imamat adalah ketaatan. Apakah maksud imamat? Imamat adalah utk menyatukan atau utk menzahirkan ijtimaiyat/kesatuan. Dari perangai yg berbeza, warna yg berbeza, kaum yg berbeza, mereka bersatu di bawah satu amir. Org2 musyrikin telah terkesan melihat ketaatan sahabat kpd nabi s.a.w sehingga mereka lupa bahawa mereka juga mempunyai hamba. Utusan2 dari org kafir yg dtg jumpa nabi s.a.w, me...

Hayatus sahabah - maulana saad

01/03/2018 - nizamuddin Telah jadi satu sifat pd kita hari ni bahawa hati kita mudah terkesan dgn perkara2 yg baru. Banyak cara sunnah dlm ibadat telah diganti dgn alat2 yg baru. Kita cari cara utk memudahkan amalan2 sunnah. Cara baru mengalahkan sunnah2 kerana manusia mula terkesan dgn cara baru. Kita merasakan cara baru ini boleh menggantikan amalan sunnah. Menyebabkan kita menjadi lemah dlm amalan sunnah. Ini perkara yg kita perlu renung. Sahabat baca quran hingga koyak naskah quran kerana terlalu banyak membaca quran. Usman r.hu baca quran hingga koyak kerana terlalu banyak baca quran dgn melihat. Walaupun dia seorang hafiz, masih dia baca quran dgn melihat. hari ni kita baca quran melalui handphone. Tasbih juga dikira secara elektronik. Padahal, berzikir dgn biji2 tasbih itu tsabit dgn sunnah takrir iaitu melalui kebenaran nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w tidak menghalang sahabat dari melakukannya. Menjadi sunnah sahabat, tabiin dan ummahatul mukminin bertasbih dgn biji-b...

Hayatus sahabah - maulana saad

04/03/2018 – nizamuddin Rasulullah s.a.w telah menjadikan setiap individu umat baginda sebagai da’i. Pada zaman ini umat memahami bahawa dakwah illallah ini adalah tugasan satu jemaah dan bukan t/jawab semua org. Ini kefahaman umat sekarang yg salah. Padahal semua bahagian2 agama telah diusahakan oleh nabi s.a.w di madinah. Ada bahagian fatwa, bahagian hadith, bahagian mahkamah, semua ada di madinah. Mereka tidak mengasingkan org yg tadbir agama dgn org yg keluar jln Allah. Kita kena renung perkara ini betul2. 100% sahabat buat usaha agama. Sahabat faham bahawa diri sendiri kena bergerak utk sampaikan agama. Mereka bergerak utk sampaikan ilmu. Tidak ada seorang pun sahabat yg tidak keluar di jln Allah. Siapa sahaja yg dtg kpd nabi s.a.w, mereka akan ditunjuk ajar oleh nabi cara utk sampaikan dakwah dan mereka akan dihantar balik ke kaum mereka utk buat dakwah. Ini perkara yg jelas. Ada 2 golongan manusia yg dtg jumpa nabi. Pertama, mereka yg terima islam dan balik ke kpg me...

Hayatus sahabah - maulana saad

05/03/2018 – nizamuddin Kerja dakwah tabligh adalah kerja ijtima’i. Setiap org yg bergerak dlm kerja ini bergerak dlm khafilah ijtima’i. Kita dlm satu jemaah. Ini adalah kerja berjemaah. Kita yg bergerak adalah ahli jemaah. Menjadi adab org2 arab, bila seseorang terlewat bergerak bersama dgn khafilahnya atau ada barang2 khafilah yg terjatuh dlm perjalanan, menjadi t/jawab org di belakang menemani atau mengambil barang yg jatuh tersebut. Hadrat aisyah r.ha, yg mana dia telah terkebelakang dari khafilah, ada sahabat yg ditugaskan utk berjalan di belakang, dia telah jumpa hadrat aisyah r.ha. Beliau ialah Hadrat sofwan. Dia telah di tugaskan utk berjalan di belakang jemaah. Org yg belakang ini juga adalah bersama dgn jemaah itu. Ramai diantara sahabat kita, kerana sesuatu salah faham, atau kerana sesuatu masalah, atau masalah keluarga, dia telah tertinggal kebelakang dlm kerja agama. Utk org spt ini, kita kena guna segala kemampuan kita, ambil hati dia, apa sahaja cara, kena b...