Hayatus sahabah - maulana saad

04/03/2018 – nizamuddin

Rasulullah s.a.w telah menjadikan setiap individu umat baginda sebagai da’i. Pada zaman ini umat memahami bahawa dakwah illallah ini adalah tugasan satu jemaah dan bukan t/jawab semua org. Ini kefahaman umat sekarang yg salah. Padahal semua bahagian2 agama telah diusahakan oleh nabi s.a.w di madinah. Ada bahagian fatwa, bahagian hadith, bahagian mahkamah, semua ada di madinah. Mereka tidak mengasingkan org yg tadbir agama dgn org yg keluar jln Allah. Kita kena renung perkara ini betul2. 100% sahabat buat usaha agama. Sahabat faham bahawa diri sendiri kena bergerak utk sampaikan agama. Mereka bergerak utk sampaikan ilmu. Tidak ada seorang pun sahabat yg tidak keluar di jln Allah. Siapa sahaja yg dtg kpd nabi s.a.w, mereka akan ditunjuk ajar oleh nabi cara utk sampaikan dakwah dan mereka akan dihantar balik ke kaum mereka utk buat dakwah. Ini perkara yg jelas.

Ada 2 golongan manusia yg dtg jumpa nabi. Pertama, mereka yg terima islam dan balik ke kpg mereka dan bila2 masa sahaja ada takazah agama, mereka akan terus dtg ke madinah. Dari segi pengorbanan, mereka berada pd tahap pengorbanan yg rendah. Kedua, golongan yg berada di tahap pengorbanan yg tinggi. Mereka terima islam dan belajar agama dan mereka tidak pulang ke kpg halaman mereka. Mereka tinggal bersama nabi s.a.w. Ramai sahabat yg dtg dari jauh dan terima islam kemudian mereka terus jadikan madinah sebagai tempat tinggal mereka. Mereka tinggal di suffah, masjid nabawi. Bila ada takazah mereka sentiasa sedia. Org yg paling baru masuk islam pun sedia menerima tashkil dari nabi s.a.w. Mereka sedia ditashkil utk hijrah yg tinggi iaitu tinggal bersama nabi s.a.w dan pergi ke mana sahaja. Org2 yg tinggal disekitar madinah, mereka adalah org yg peluk islam dan menyambut kedatangan org2 islam. Merekalah yg mewujudkan suasana di madinah.

Rasulullah s.a.w telah menjadikan setiap individu umat sebagai da’i. Siapa sahaja yg masuk islam akan disediakan utk buat kerja dakwah illallah. Menjadi wazifah/tugas mereka sebagai dakwah illallah. Itulah kerja mereka. Setiap individu sahabat jadi asbab hidayat utk kabilah2. Hanya dgn seorang sahabat, 80 keluarga dpt hidayat. Banyak kisah yg nabi hantar hanya seorang sahabat sahaja utk dakwah kaum2. Org yg dtg kpd suasana agama dan dengar perkataan agama, Allah akan bukak pintu hatinya dan kapas2 yg menutup telinganya juga akan dibuka. Tetapi org yg duduk diluar suasana agama, dlm hati mereka akan timbul sifat benci pd islam.

Dgn menggunakan alatan moden utk sampaikan agama, ini tidak cukup dan tidak akan memberi kesan kpd org bukan islam masuk islam selagi mana dia tidak bergerak sendiri bagi dakwah. Bagi dakwah dan bawa kpd suasana agama. Kalau tak bawa kpd suasana agama maka selagi itu dakwahnya tak memberi kesan kpd hati.

Org2 quraish menghalang org2 luar dari mendengar perkataan nabi s.a.w, Mereka cuba menghalang, tapi Allah s.w.t sendiri yg menjaga da’i. Ini janji Allah. Org yg sibuk menyampaikan risalah Allah maka Allah akan keluarkan dari hatinya takut kpd ghairullah. Dia tak takut selain Allah. Wahai nabiKu, segala perintah yg dtg dari Allah, hendaklah kamu sampaikan dgn diri kamu sendiri. Sekiranya kamu takut dlm menyampaikan, takut mereka menyakiti kamu, maka kamu harus tahu bahawa Allah menjaga kamu dari kejahatan manusia. Allah sendiri akan jaga seorang da’i kerana org yg mengajak manusia kpd Allah adalah org yg dihantar oleh Allah.

Sahabat kata, kami dihantar oleh Allah. Sahabat tersebut berkata demikian dihadapan seorang raja sehingga raja pun takut kerana kata2nya penuh dgn keyakinan bahawa bila aku mengajak manusia kpd Allah bahawa aku adalah org yg dihantar oleh Allah dan Allah tak akan sia2kan dan Allah akan jaga aku. Ini adalah usul. Musuh2 islam menghalang dakwah nabi s.a.w, sehingga mereka penat. Bila tak ada kesan, maka mereka menghalang org lain dari pergi berjumpa nabi. Kufar musyrikin sanggup safar ke negara2 lain utk menghalang org dari dtg ke madinah berjumpa nabi s.a.w.  Allah tenangkan nabi s.a.w, Wahai nabiKu, kamu jgn bersedih, pergerakan mereka yg sedikit ini hanya perhiasan sahaja di dunia, tempat mereka kekal dlm neraka.

Kisah Tufail Dausi r.hu yg telah berubah perasaan bila dtg kpd suasana agama. 2 perkara asas. Nabi ajar dia buat dakwah dan hantar dia kpd kaumnya. Dlm kisah ini banyak usul yg kita boleh belajar. Walaupun nabi disakiti, nabi tetap berusaha keluarkan org2 quraish dari kekufuran. Org quraish menghalang org ramai dari berjumpa nabi s.a.w. Mereka akan menakutkan org yg dtg tentang kejahatan nabi s.a.w. Tufail telah dtg ke mekah. Dia ketua kabilah. Dia seorang ahli syair. Org quraish bagi tahu, wahai tufail, kamu kena berjaga2 dgn satu org bernama muhammad, dia telah banyak merosakkan kehidupan kami. Dia telah menyebabkan perpecahan di kalangan kami. Perkataan dia seumpama sihir akan memberi kesan kpd hati. Org bukan islam pun yakin dgn dakwah nabi. Org yg dengar perkataan dakwah akan terkesan dgn dakwah tersebut. Org bukan islam yakin dakwah akan memberi kesan spt sihir. Kami takut musibah yg menimpa kami akan menimpa kamu. Jgn bercakap dgn muhammad dan jgn dengar percakapan muhammad. Begitu sekali aku ditakutkan oleh org quraish sehingga aku buat keputusan tak nak dengar percakapan nabi. Aku khuatir perkataan nabi akan masuk dlm telinga aku. Oleh itu, aku tutup telinga aku dgn kapas.

Bila seseorang dtg dlm suasana dakwah, dia sendiri akan buka kapas2 yg menutupi telinganya. Tufail masuk ke masjidil haram. Aku nampak nabi s.a.w sedang solat di tepi kaabah. Aku pergi menghampiri nabi s.a.w. Aku tak nak dengar tapi Allah telah buka hati aku utk mendengar. Aku mula suka dgn kata2 nabi. Aku berkata2 pd diri aku sendiri, kamu seorang yg pandai, berpelajaran, kamu tahu tentang perkataan yg  baik dan buruk, jadi kenapa kena halang dari mendengar perkataan nabi. Kalau perkataan baik maka kamu terima. Tufail cabut kapas dari tellinga. Aku ikut nabi s.a.w pulang ke rumah. Wahai muhammad, org quraish telah menakutkan aku tentang  kamu, aku suka dgn perkataan kamu. Apa yg kamu inginkan dari aku? Nabi bentangkan pd aku islam dan perdengarkan quran kpd aku.

Quran itu sendiri adalah dakwah yg memberi kesan pd hati manusia. Baca quran di jln Allah lebih afdal dari baca quran di masjidil haram kerana baca quran ketika di jln Allah adalah dakwah. Baca quran secara infradi akan dpt pahala infradi. Itu cara para solihin. Baca quran ketika keluar di jln Allah akan dpt ganjaran para ambiya, siddiqin dan syuhada. Dlm hadith diberitahu, satu org yg baca quran semasa di jln Allah sebanyak 1000 ayat, akan dibangunkan bersama ambiya, siddiqin dan syuhada. Ini janji Allah. Ramai org musyrikin masuk islam kerana dengar bacaan quran.

Nabi telah baca quran di depan tufail. Demi Allah, aku tak pernah dengar perkataan yg lebih baik drp ini. Aku telah bersaksi didepan nabi, aku nak balik ke kaum aku. Kerja ini tidak berjalan dgn kesenangan. Kerja ini berjalan dgn pengorbanan dan kesusahan. Umat tidak akan dpt hidayat dgn karomah.

Kisah seorang raja di satu negara, semua rakyat sanggup bagi nyawa utknya, kesetiaan rakyat pd raja. Nabi telah dakwah raja tersebut. Raja telah kumpul semua menteri2nya. Dihadapan menteri2nya dia telah zahirkan keinginan dia kpd islam. Maka semua menteri telah menentangnya. Dia nampak kerajaan hampir terlepas dari tangannya. Dia fikir, melalui pangkat boleh bagi kesan dan org boleh dtg kpd islam. Itu tidak akan terjadi. Kaum dia tak sedia. Melalui kedudukan/pangkat, tak beri kesan. Hidayat tak tersebar melalui karomah dan pangkat.

Tufail nak balik ke kaum dia dan dakwah semua masuk islam. Dia minta dgn nabi supaya doakan ada karomah/kesan supaya dpt bantu bagi dakwah. Nabi berdoa minta pd Allah supaya wujudkan kesan pd tufail. Telah keluar satu cahaya pd badan tufail. Ada cahaya antara 2 mata tufail. Satu cahaya yg sangat terang. Dia fikir dgn lihat cahaya mereka akan terima islam. Dia juga fikir dgn kedudukannya sebagai ketua kaum boleh perintah kaumnya utk masuk islam. Itu fikir dia. Semasa dlm perjalanan, dia minta cahaya itu dipindahkan dari dahi ke tongkat. Takut nanti kaum dia kata, sebab tukar agama muka telah berubah. Mula2 minta dgn nabi karomah. Lepas tu, minta sendiri dgn Allah supaya dipindahkan cahaya tersebut. Dia bawa tongkat yg bercahaya. Bila sampai di kpg, mula2 jumpa bapanya dan bentangkan islam. Kemudian bentangkan islam kpd isteri. Dua-dua terima islam. Kemudian pergi jumpa kaum. Dakwah mereka, tapi mereka telah menolak dakwahnya. Mereka tak terkesan dgn kedudukan dan karomahnya. Tufail dtg balik berjumpa nabi s.a.w dan bagitahu kaum aku tak terima islam. Tufail minta nabi s.a.w doa keburukan utk mereka. Nabi telah doa, ya Allah, Kau bagilah hidayat pd kaum Daus. Nabi suruh dia balik kpd kaumnya dan teruskan dakwah dgn kasih sayang. Dia buat usaha atas kaumnya sehingga  nabi telah berhijrah ke madinah. Telah berlalu peperangan badar, uhud dan khandak. 3 perang yg besar telah berlalu. Tufail berusaha atas kaumnya dan telah bawa 80 keluarga dtg berjumpa nabi s.a.w. Ketika itu, nabi di khaibar. Yg sebenarnya ialah usaha/mehnat. 

Maulana Yusuf kata, bila pengorbanan da’i sampai ke tahap yg dikehendaki oleh Allah, maka Allah akan bawa manusia kpd islam atau org yg menghalang itu, Allah akan binasakan mereka. Asbab kebendaan, pangkat, keturunan tidak akan jadi asbab hidayat. Pengorbanan akan jadi asbab hidayat utk mad’u/org yg didakwahkan. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir