Hayatus sahabah - maulana saad
27/01/2018 - nizamuddin
Kesempurnaan agama adalah dlm ittibaq sunnah. Kesempurnaan
ibadat juga dlm ittibaq sunnah. Solat sunat rawatib adalah satu cara utk
menyempurnakan solat fardu. Solat2 sunat adalah utk menyempurnakan solat2
fardu. Nabi s.a.w sangat2 mengutamakan solat sunat qobliyah dan badiah. Umat
zaman skrang ni kata buat solat fardu dah mencukupi. Ini percakapan yg
merendah-rendahkan agama. Kita berasa agama kecil. Bila kita tinggalkan perkara
sunat maka kefarduan pun kita akan tinggal. Ini menjadi penyebab kita akan
terjauh dari kefarduan kerana merasakan sunat itu perkara yg ringan.
Solat sunat sebelum fardu adalah merupakan penghormatan kpd
solat fardu. Tunaikanlah solat qobliyah supaya kamu layak berdiri di depan
Allah. Hari ni org berasa tak berhajat kpd agama tapi berhajat pd dunia. Dia
rasa dia tak perlu pd agama. Nabi s.a.w solat sunat 4 rakaat sebelum zohor dgn
qiam yg panjang.
Pelajar yg belajar ilmu dan pentingkan mentelaah dari amal, ini
tipu daya syaitan. Sekiranya dgn solat sunat tak dpt hasilkan hubungan dgn
Allah, bagaimana nak hasilkan hubungan dgn Allah melalui ilmu? Tinggalkan solat
sunat sebab nak baca kitab. Ilmu adalah utk amal. Jika latihan amal tak dibuat
semasa belajar ilmu maka kamu tak akan dpt taufiq utk beramal dgn ilmu yg kamu
pelajari.
Ramai manusia hari ni, kerana kesibukan mencari ilmu telah
tinggalkan solat berjemaah. Pengajian yg panjang sehingga tinggalkan solat
berjemaah maka ilmu yg dia belajar langsung tak ada maksud. Belajar ilmu utk
ibadat tapi ibadat ditinggalkan. Ini adalah satu kerugian yg besar. Tinggalkan
amalan sunat utk dptkan ilmu. Ini tidak betul. Ilmu adalah sifat Allah. Tanpa
dekatkan diri dgn Allah kamu tak akan dpt hasilkan ilmu. Jln yg paling cepat
utk hampirkan diri dgn Allah ialah solat.
Abdullah b said kata, nabi s.a.w tunaikan 4 rakaat solat
selepas tergelincir matahari (selepas zawal). Inilah waktu di mana semua pintu2
langit dibuka. Aku ingin supaya amalan aku di waktu ini diangkat ke langit. Ali
r.hu kata, nabi s.a.w tunaikan 4 rakaat sebelum zohor dan 2 rakaat selepas
zohor. Aishah r.ha kata, kalau tak sempat tunaikan 4 rakaat sebelum zohor, maka
nabi akan tunaikan 4 rakaat selepas zohor. Abu ayub ansari kata, aku lihat nabi
s.a.w sangat2 jaga 4 rakaat solat sunat sebelum zohor. Nabi s.a.w solat sunat 4
rakaat sebelum asar dan solat sunat 2 rakaat selepas maghrib dgn rakaat yg
panjang.
Comments
Post a Comment