Hayatus sahabah - maulana saad
09/03/2018 – nizamuddin
Dlm hadith diberitahu ilmu terbahagi kpd dua iaitu ilmu
lidah dan ilmu hati. Ilmu lidah ialah yg tidak memberi kesan kpd hati. Ilmu
hati ialah yg memberi kesan kpd seluruh anggota badannya. Semua kita hari ni
banyak terkesan dgn berita2 dunia. Apa sahaja yg berlaku di dunia ini maka kita
akan takjub. Oh! hebatnya dunia dan memberi kesan kpd hati. Otak akan terkesan
dan semua anggota badan akan terkesan dgn keanehan dunia. Terkesan dgn semua
perkara.
Maulana Yusuf rah. kata, perkara2 dunia yg berlaku ini, cara
utk mengelak supaya hati kita tak terkesan, cara yg paling mudah ialah kita
mewujudkan kesan zat Allah dlm hati kita. Maka kita tak akan terkesan dgn semua
keadaan yg berlaku di sekelilingnya.
Ilmu yg didengar di telinga, akan kekal di telinga sahaja.
Ilmu yg masuk dlm hati akan memberi kesan kpd semua anggota badan. Telinga,
mata, lidah, otak adalah tempat laluan ilmu. Bukan tempat tinggal ilmu. Ia
adalah pintu masuknya ilmu. Tempat tinggalnya ilmu ialah hati.
Dlm hadith diberitahu, ada org yg baca quran, yg mana bacaan
qurannya tidak melepasi drp tulang rahang. Bacaanya tak naik ke langit, tak
diterima oleh Allah. Dan tak masuk ke dlm hati. Ilmu yg sebenar ialah ilmu dari
kalam Allah dan kalam rasul dan memberi kesan kpd hati. Melalui perkataan Allah
dan rasul akan memberi kesan kpd hati.
Maulana Yusuf rah. kata, yakin akan memberi kesan kpd hati.
Maklumat tidak akan memberi kesan kpd hati. Kesan yg sebenar ialah melalui
yakin. Yakin pd ilmu akan memberi kesan kpd hati. Sekiranya anggota badan tidak
ada yakin pd ilmu maka dlm kubur nanti, lidah tidak dpt berkata2 berkaitan
ilmu. Lidah akan kata saya tidak tahu, siapa itu Allah, siapa itu muhammad. Jawapan
dlm dlm kubur tidak berjalan mengikut maklumat, bahkan mengikut amal di
kehidupan dunia. Perkara yg sebenar ialah terkesan dgn perkataan Allah dan
rasul. Kita kena minta doa dgn Allah, supaya ilmu yg kita belajar memberi kesan
kpd hati.
Hari ni, apa semua yg kita dengar, tanpa kita memastikan kebenaran
berita tersebut, kita telah terkesan. Tetapi berita dari Allah dan rasul, tidak
memberi kesan kpd hati kita hari ni. Ilmu itu sendiri adalah zikir. Zikir
berlawanan dgn kelalaian. Perkara yg tidak memberi kesan kpd hati, bagaimana
mugkin ia boleh jadi ilmu. Ulamak adalah ahli zikir. Ulamak tidak dikenali
sebagai ahli ilmu. Dlm kehidupan 24 jam, apa yg Allah ingin drp saya, inilah
zikir yg sebenar. Zikir pagi dan ptg hanya menyebut nama Allah. tetapi
ahkam/perintah Allah 24 jam. Berzikir menyebut nama Allah ada waktu2 tertentu
tetapi zikir mengamalkan perintah2 Allah 24 jam. Kesan drp satu amal akan
menyebabkan terhasilnya amal yg kedua.
Bagaimana nak terkesan dgn kalam Allah dan kalam rasul? Bila
sahabat nak meceritakan satu hadith, mereka sangat takut. Mereka begitu sekali
terkesan dgn apa yg disabdakan oleh nabi s.a.w. Sahabat duduk dlm satu majlis
nabi s.a.w, nabi baca satu ayat: bahan bakar api neraka ialah manusia dan
batu2. Sahabat tanya, apakah batu2 di neraka sama spt batu2 di dunia ini? Satu
batu dlm neraka lebih besar dari seluruh gunung2 dlm dunia ini. Sahabat tadi
terus jatuh pengsan. Maka nabi s.a.w telah letak tangan pd dada dia. Nabi suruh
talkin lailahaillallah. Dia ucap kalimah dan meninggal. Hati saudara
kamu ini telah pecah kerana takut pd Allah. Nabi kata, aku melihat dgn mata
aku, org ini sedang berjalan di syurga. Sahabat lain tanya, adakah ini utk dia
sahaja atau utk kami juga? Ini adalah utk setiap org yg takut kpd azab
tuhannya. Ini adalah janji utk semua org yg ada perasaan takut sebegini.
Maksud drp taklim, bukan hanya sekadar utk cukupkan masa 2
jam. Maksud taklim ialah supaya memberi kesan kpd hati. Hati mula terkesan dgn
kalam Allah dan kalam rasul. Abu hurairah r.hu, imam muhadithsin, satu ketika
nak menceritakan hadith kpd org ramai, dia menjerit dan pengsan. 3X pengsan.
Muka terlangkup ke tanah. Hadith itu ialah, bila tiba hari kiamat maka Allah
akan hisab hambaNya. Allah sendiri akan turun dan semua umat akan tunduk.
Pertama yg dipanggil, hafiz quran, org syahid dan org berharta. Mereka akan
disoal. Mereka dikatakan pembohong.
Quran bukan utk dijual. Org yg mengajar quran, tidak harus
mengambil hadiah. Sebagai contoh, jadi imam tarawikh, jgn ambil hadiah/upah yg
diberi. Org yg telah lapangkan masa utk mengajar quran, maka dia boleh ambil
upah mengikut masa yg diluangkan, bukan kerana mengajar quran. Tdak ada bayaran
utk org yg mengajar quran. Bayaran utk org yg sangat berhajat, tiada kerjaya
lain. bayaran utk masa. Tapi mereka yg ada sumber pendapatan yg lain, tak boleh
jadikan quran sebagai sumber pendapatan.
Kamu pembohong. Kamu baca quran supaya kamu dipanggil qari
dan kamu telah dpt perkara tersebut. Satu perkara yg aneh, dlm pertandingan
musabaqah al quran, baca quran dgn suara yg sangat merdu, dgn tartil, sebutan
yg baik, supaya dpt memenangi hadiah. Tapi sebaliknya, ketika bersendirian,
baca quran depan Allah, baca dgn cepat2. Mana perginya keikhlasan? Ketika kita
baca quran kpd pemilik al quran (Allah), kita tak fikir pun nak baca dgn baik
tapi bila memperdengarkan kpd makhluk, baca dgn baik. Kamu telah pun dipanggil
sebagai qari. Kamu pembohong.
Org yg berharta, kamu diberi harta dan semua hajat kamu
telah disempurnakan di dunia. Kamu tak berhajat kpd manusia. Apa kamu buat dgn
harta yg Allah dah bagi? Saya telah sedekah, utk silaturahmi, utk keluarga.
Kamu pembohong. Kamu belanja harta supaya kamu dipanggil dermawan dan kamu
telah pun dpt gelaran tersebut di dunia.
Org yg syahid pun di soal. Dia pun dikatakan pembohong.
Sebenarnya kamu hendak dipanggil sebagai serang yg berani. Kamu telah pun
dipanggil sebagai org yg berani di dunia.
Nabi s.a.w telah tepuk lutut abu hurairah (Tepuk lutut
supaya tawajjuh). Inilah 3 golongan manusia yg mana akan diperlihatkan neraka
Allah kpd semua makhluk di padang
mahsyar melalui mereka.
Comments
Post a Comment