Hayatus sahabah - maulana saad

22/01/2018 - nizamuddin

Satu sifat sahabat r.hum, ialah mereka mengenali akan kelebihan dan kedudukan sahabat2 mereka. Oleh itu, mereka sentiasa kedepankan sahabat2 mereka yg ada kelebihan. Bila kita tak kenal akan kedudukan atau kelebihan sahabat kita, maka kita tak dpt gunakannya sebaik mungkin. Bila menceritakan kelebihan sahabat mereka, tiada yg berhasad dengki dgn org tersebut. Bila nabi kedepankan seseorang, kerana nabi mengetahui akan kelebihan org itu, sahabat lain tak berhasad dengki dgnnya. Mereka sentiasa membantu org yg awal dan org yg akhir. Ini sifat sahabat. Sekiranya seorang sahabat tahu tentang kelebihan sahabat yg lain maka dia akan mengingati kelebihan tersebut sehingga apabila tiba pd saat dan ketika nak dimenafaatkan kelebihan itu maka mereka akan menggunakan kelebihan itu. Mereka sentiasa kedepankan sahabat yg ada kelebihan utk takazah agama.

Ibnu zuhair mengatakan bahawa aku bersama Hamzah b rabiq r.hu telah pergi kpd ibnu haiyyan, telah tiba waktu menunaikan solat, kata Hamzah kpd frad b haiyyan, kamu sila ke depan utk jadi imam solat. Tidak, aku tidak akan kedepan lebih drp kamu kerana kamu adalah lebih berumur drp saya dan kamu lebih dulu berhijrah dan masjid ini milik kamu. Frad b haiyyan telah kedepankan Hamzah b rabiq. Aku telah dengar dari nabi s.a.w tentang kamu yg mana nabi s.a.w telah memuji kamu sehingga aku tak mampu berada di depan kamu utk jadi imam. Mereka ingat kata2 nabi s.a.w. Frad b haiyyan telah dengar dari nabi s.a.w bahawa nabi  telah memuji hamzah, kerana pujian itu aku tidak mampu utk mengimami solat ketika kamu ada di sini.

Kata Hamzah, Nabi s.a.w telah jadikan aku sebagai seorang pengintip. Adakah kamu ada ketika itu? Ya, aku ingat, kata frad b haiyyan. Hadrat Hamzah telah pergi ke depan dan mengimami solat. Frad r.hu telah berkata kpd kaumnya, wahai banu ijjil, kamu tahu tak kenapa aku kedepankan dia utk jadi imam? Kerana nabi s.a.w telah menghantar dia jadi pengintip di taif. Balik dari taif, dia telah ceritakan semua tentang taif pd nabi s.a.w. Rasulullah kata, kamu telah ceritakan perkara yg benar tentang taif. Baliklah ke tempat kamu dan berehat kerana sepanjang malam kamu telah berjaga utk melihat keadaan taif. Nabi s.a.w telah berkata pd para sahabat, kamu tirulah/ikutilah org spt ini. Kamu  berjalanlah di belakangnya.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir