Hayatus sahabah - maulana saad
01/03/2018 - nizamuddin
Telah jadi satu sifat pd kita hari ni bahawa hati kita mudah
terkesan dgn perkara2 yg baru. Banyak cara sunnah dlm ibadat telah diganti dgn
alat2 yg baru. Kita cari cara utk memudahkan amalan2 sunnah. Cara baru
mengalahkan sunnah2 kerana manusia mula terkesan dgn cara baru. Kita merasakan
cara baru ini boleh menggantikan amalan sunnah. Menyebabkan kita menjadi lemah
dlm amalan sunnah. Ini perkara yg kita perlu renung.
Sahabat baca quran hingga koyak naskah quran kerana terlalu
banyak membaca quran. Usman r.hu baca quran hingga koyak kerana terlalu banyak
baca quran dgn melihat. Walaupun dia seorang hafiz, masih dia baca quran dgn
melihat. hari ni kita baca quran melalui handphone.
Tasbih juga dikira secara elektronik. Padahal, berzikir dgn
biji2 tasbih itu tsabit dgn sunnah takrir iaitu melalui kebenaran nabi s.a.w.
Rasulullah s.a.w tidak menghalang sahabat dari melakukannya. Menjadi sunnah
sahabat, tabiin dan ummahatul mukminin bertasbih dgn biji-bijian. Tetapi amalan
zikir ini telah digantikan dgn alat2 baru kerana merasakan mudah dan kita
sanggup mengenepikan cara sahabat. Setiap amalan kita harus lihat apakah cara yg
dibuat oleh sahabat.
Amalan harian kita telah jauh dari sunnah. Begitu juga dgn ilmu
pun sifat kita terkesan dgn cara2 baru. Kita ambil ilmu dgn cara baru dan
meninggalkan cara lama. Inilah sebab utama yg menyebabkan ilmu yg sepatutnya
dituntut utk diamalkan tetapi manusia telah tinggalkan ilmu tersebut dan
manusia mencari ilmu yg tidak patut diamalkan pun seharian. Manusia tidak
belajar lmu yg Allah perintah utk beramal dgnnya sebaliknya ilmu yg tidak
diperintah utk beramal dgnnya yg manusia sungguh2 belajar. Ilmu sepatutnya
dipelajari dgn duduk bersama ulamak. Apabila ilmu dipelajari bukan utk
diamalkan, maka ilmu itu tidak memberi menafaat pd manusia. Maksud ilmu adalah
utk diamalkan. Sekiranya meghasilkan ilmu yg bukan diperintah utk beramal
dgnnya maka ilmu itu dikenali sebagai ilmu yg sia2.
Contoh, kita beriman dgn semua kitab2 yg Allah turunkan.
Taurat, injil, zabur. Maksud beriman dgn kitab2 tersebut bukannya kita beramal
dgn kitab2 itu. Kedatangan nabi s.a.w telah menyebabkan cara2 semua nabi2
terdahulu telah dipadam oleh Allah. Hanya cara nabi s.a.w sahaja yg patut
diamalkan. Sekiranya ada seseorang yg meninggalkan cara nabi s.a.w, mula
mengamalkan cara musa a.s, maka dia akan sesat. Sekiranya musa a.s hidup, dan
dia amalkan cara hidupnya sendiri, maka dia juga akan gagal. Apatah lagi dgn
kita, kalau kita amal cara nabi musa, kita pun akan gagal. Nabi s.a.w marah pd
umar r.hu kerana baca kitab taurat. Bukan amal, baru baca pun nabi dah marah.
Nabi s.a.w dtg bersama quran yg suci dan bercahaya2. Hari ni
kita baca buku2 mengenai keduniaan, kita sesat dan kita menyesatkan org lain. ilmu
hanya berkaitan quran dan hadith. Kita hendaklah mempelajari ilmu ilahi sebelum
semua kemahiran2 dunia yg lain.
Comments
Post a Comment