Hayatus sahabah - maulana saad

21/01/2018 - nizamuddin

Bila tertinggal perintah yg besar iaitu meletakkan seseorang pd kedudukannya maka akan menyebabkan perpecahan pd umat. Berlaku ikhtilaf kerana tidak membuat sesuatu yg sepatutnya dgn seseorang. Hendaklah letak seseorang itu pd kedudukannya. Sekiranya kita tak ambil kerja dari org yg sepatutnya yg memang ahli maka akan berlaku kerugian dlm agama. Sahabat sangat memberi perhatian pd perkara ini.

Menjadi mizaj/kebiasaan sahabat iaitu mereka sentiasa letakkan org terdahulu di hadapan dlm perkara kebaikan walaupun org yg dtg kemudian dari segi kedudukan lebih tinggi. Mereka faham kerana pengorbanan org terdahulu maka kedudukan mereka lebih tinggi dari org yg dtg kemudian. Memuliakan org kerana pengorbanan mereka. Kadang2 mereka memuliakan org yg lebih muda tetapi mempunyai ilmu yg banyak. Mereka tidak melihat umur tapi melihat ilmunya. Ini adalah satu perintah yg besar iaitu hendaklah berurusan dgn seseorang mengikut kedudukannya.

Selepas kewafatan nabi s.a.w, org ansar mengatakan, perbalahan antara kita akan selesai bila lantik seorang amir dari kalangan ansar dan seorang amir dari kalangan muhajir. Maka akan selesai ikhtilaf. Padahal, ini bukan cara utk hapuskan ikhtilaf. Dgn cara ini akan timbulkan ikhtilaf yg lebih besar. Umar r.hu kata, adakah kamu tidak tahu bahawa nabi s.a.w, dlm kehidupanya, telah menjadikan abu bakar r.hu sebagai imam. Adakah di antara kamu ini ingin mengatasi abu bakar r.hu? Ali r.hu kata pada masa nabi s.a.w perintah abu bakar jadi imam, aku berada disitu, aku juga boleh jadi imam, aku tiada keuzuran. Nabi s.a.w telah pilih abu bakar r.hu utk perkara agama dan dunia kami. Kami redha dgn perkara tersebut. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir