targhib usaha ijtimak - ust hazim
Mesyuarat KL – 18/07/2018
sri petaling
Alhamdulillah, banyak tempat dah mula buat usaha utk
ijtimak. Dah banyak kali kita dengar targhib dan penjelasan macam mana nak buat
usaha. Apa takazah yg kita perlu sempurnakan utk jayakan ijtimak ini. Ijtimak
sangat penting. Bukan hanya utk kumpulkan org, tapi bagaimana ia jadi ijtimak
yg diterima oleh Allah (maqbul/qabuliyyat). Allah terima dan jadi asbab hidayat
seluruh alam. Bukan hanya utk umat yg ada sekarang ini, bahkan utk umat yg akan
dtg sehingga hari kiamat. Utk itu, usaha sebelum ijtimak sangat penting.
Maulana saad tekankan tentang tanfis amali. Perlaksanaan secara praktikal.
Mula2 kita tajwis, kemudian di mesyuaratkan. Yg jadi kelemahan sekarang ialah
melaksanakan apa yg diputuskan dlm mesyuarat.
Jemaah2 amla syura telah bergerak di kelompok2 dan zon2.
tapi kerja yg sebenarnya ialah tuan2 yg duduk di mohalah dan halaqah. Usaha
ijtimak ialah usaha atas 100% org islam. Bukan usaha markaz. Asbab ijtimak ini
kita nak gerakkan 100% rakan seusaha. Sehingga bln November nanti, tak ada
seorang pun org islam dlm negara kita ni yg tak diziarahi, tak dijumpai, tak
disediakan utk ijtimak. Tuan2 lah org yg nak menggerakkan usaha di setiap
masjid/surau. Selagi mana org halaqah tak ambil fikir dan tak betul2 jadikan
t/jawab mereka, tak jadikan darah daging mereka, maka kerja2 di mohalah tak dpt
dibangunkan dan usaha ini tak akan sampai pd setiap org islam.
Setiap org islam perlu disedarkan tentang t/jawab mereka, sebagai
hamba Allah, khalifah Allah, umat nabi s.a.w, bertanggungjawab utk amalkan
agama dan buat usaha agama utk berjaya dunia akhirat dan dpt redha Allah, utk
dpt penghampiran diri kpd Allah. kena bantu agama. Setiap org islam faham ini
maksud hidup mereka. Utk apa mereka dihantar ke dunia ni. Bukan utk usaha atas
kebun, pejabat, asbab2 yg lain. Bahkan, dtg ke dunia utk sempurnakan agama dlm
diri dan bagaimana agama dpt hidup di seluruh dunia. Oleh itu, segala harta,
diri, masa, salahiyat dan istiqdat (kemampuan dan kebolehan) mereka yg Allah
bagi, kena digunakan utk maksud ini. Bila faham perkara ini maka akan sedia utk
keluar di jln Allah. Ziarah setiap org islam dan sediakan mereka utk keluar di
jln Allah. sediakan mereka utk bagi masa hari2 di masjid. Siapa nak buat kerja
ni? Rakan2 seusaha yg Allah dah bagi taufik utk keluar 4B/40H. sedikit-sebanyak
kefahaman yg Allah dah bagi, kena digerakkan.
Pastikan 100% rakan seusaha dlm halaqah dah ada jemaah induk
masing2. setiap org kena ada azam individu. senaraikan semua rakan seusaha dlm
halaqah yg pengalaman 4B/40H. apakah takazah yg sesuai utk setiap org. bentuk
jemaah yg sesuai utk jumpa mereka. Hasil dari azam2 yg dibuat maka kita bentuk
jemaah2 induk. Kena pantau jemaah2 induk ini agar mereka bergerak, berusaha utk
sempurnakan jemaah mereka. Pantau dan tanya perkembangan semasa mesyuarat
mingguan halaqah dan jor bulanan halaqah.
Jemaah harian juga perlu di gerakkan. Bergerak dari rumah ke
rumah. Pintu ke pintu. Jumpa 100% org islam. Ini juga kerja yg penting. Setiap
rakan seusaha kena ada regu/pairing harian. Dlm setiap jemaah harian kena ada
org yg boleh bagi masa hari2. Jangan bentuk jemaah regu yg semua org tak gerak.
Paling kurang kena ada 1 org yg boleh gerak dan yg lain2 ialah org perlu
digerakkan. Org yg boleh gerak hari2 jadi core. Bila dah ada dlm regu tersebut
2-3 org yg boleh bagi masa hari2, maka dipecahkan jadi regu yg baru. Maka
bilangan regu harian yg bergerak hari2 akan bertambah. Bagi karguzari setiap
minggu dlm mesyuarat mingguan halaqah. Kena ada peningkatan setiap minggu
jemaah harian yg bergerak di mohalah.
Usaha atas org2 baru/awam. Sediakan mereka utk hadir
ijtimak. 25% karkun, 75% org baru utk hadir ijtimak. Utk sampai ke tahap
tersebut, dari sekarang kena buat usaha. Mula2, jumpa semua org dlm mohalah
kita. Setiap org yg kita jumpa, hubungkan dia dgn amal masjid. Libatkan dia dlm
amal memakmurkan masjid, mesyuarat, taklim, gasht. Usahakan juga supaya dia dpt
keluar 3 hari paling kurang. Hubugkan juga dgn malam markaz. Bawa ke jor
bulanan halaqah. Amla2 ini akan bertambah dan bila sampai hari ijtimak,
insyaAllah akan keluar 40H/4B.
Di peringkat halaqah, kena usahakan semua masjid dan surau
hidup 5 amal sebelum ijtimak. Sentiasa ambil karguzari, bagi targhib, bagi
fikir. Jadikan fikir risau ini t/jawab kita. Gunakan jemaah2 yg dtg ke halaqah
kita utk bantu sempurnakan semua takazah2.
Paling kurang kena ada 7-8 org di setiap halaqah menjadi
otak halaqah. Mereka kena sentiasa dtg ke mesyuarat di markaz sri petaling.
Mesyuarat mingguan hari rabu, mesyuarat bulanan KL dan bila2 masa dipanggil
kena sentiasa dtg. Org lain boleh digilir2kan. Yg 7-8 org ni sentiasa kena ada
hubungan yg rapat dgn markaz supaya mereka dpt faham mansha markaz, takazah
markaz dan mereka dpt sampaikan kpd yg lain. mereka jadi org perantaraan antara
markaz dan halaqah. Segala takazah yg dibentangkan dpt disampaikan dgn
sempurna. Bukan hanya sampaikan, pastikan/usahakan semua takazah di sempurnakan
dan ditanfiskan di semua masjid/surau. Wujudkan amla2 macam ni di setiap
halaqah. Kena ada pengorbanan. Tambah masa. Masa dgn keluarga akan berkurangan.
Masa utk keperluan akan berkurangan. Yakinlah, mereka yg jadikan diri dia
sebagai asbab, korbankan diri dan harta utk agama, Allah tak akan sia2kan
segala pengorbanannya. Allah akan bagi hidayat pd dia, keluarga, zuriat/keturunan
dia.
Dlm perang khandak, Nabi dan sahabat telah mesyuarat dan
keputusan dibuat, gali parit. Satu kerja yg besar nak kena buat. Ada batu2 besar dlm
parit2 tersebut. Mereka semua satu fikir. Jemaah dibahagi-bahagikan. Mereka
tanfiskan/melaksanakan keputusan mesyuarat. Bertungkus-lumus, siang dan malam,
dlm keadaan lapar dan sejuk. Nabi s.a.w turun dan gali. Org2 t/jawab halaqah
kena turun. Nabi bukan sahaja buat keputusan, malah nabi sendiri turun dan
gali. Nabi sendiri lapar bersama sahabat. Dlm keadaan lapar, sejuk, takut,
Allah bagi berita gembira pd mereka. Rom akan jatuh, Parsi akan jatuh. Allah
runtuhkan kuasa2 besar dunia dan sebarkan hidayat. Dlm keadaan macm tu, Allah
bagi berita gembira pd nabi dan sahabat. Sahabat yakin dgn janji2 Allah.
Semua sedia, insyaAllah.
Comments
Post a Comment