Hayatus sahabah - maulana saad
07/03/2018 – nizamuddin
Bukan semua perkara yg dipelajari adalah ilmu. Antara sebab
utama umat ini jadi jahil ialah setiap perkara yg dia pelajari dia anggap itu
adalah ilmu dan dia amalkan. Padahal, ilmu yg patut diamalkan ialah yg
berkaitan dgn kefarduan. Hendaklah dipastikan bahawa ilmu yg saya dpt ini
apakah hukum utk amal ilmu tersebut. Ilmu yg hanya hasilkan maklumat, ini tidak
cukup. Maulana Yusuf rah. kata, org yg menyibukkan diri dgn ilmu ialah org yg
mencari apa kefarduan Allah atas saya.
Hari ini org merasakan ilmu itu ialah apa yg dihasilkan
melalui alat dan perantara. Umat kena duduk dgn ulamak utk belajar ilmu. Sifat
utk pelajari ilmu dgn duduk bersama ulamak telah tiada dlm kehidupan umat. Org2
baru hari ini pelajari ilmu dgn alat2. Org yg dpt ilmu dgn alat menyebabkan dia
tidak dpt membezakan antara sahih dan salah. Org2 bukan islam telah mengubah2
kitab mereka supaya manusia tidak dpt membezakan antara betul dan salah. Oleh
itu, ambillah ilmu dgn sohbat bersama ulamak supaya kamu dpt bezakan antara
betul dan salah. Apa perkara yg patut saya amal dan apa perkara yg patut saya tinggalkan.
Ilmu spt ini hanya akan didapati dlm majlis para ulamak. Bukan apa yg kita rasa
nak amal, kita amal. Apa yg kita rasa tak suka kita tinggalkan. Ini bukan
caranya. Bahkan, apa perkara yg kamu suka itu, kamu kena tengok, perkara itu
kamu ambil dari siapa. Agama bukan ikut pemikiran bahkan agama ini ikut dari
siapa kita ambil. Umar r.hu, telah dpt ilmu dari kitab taurat, dan bawa lembaran
taurat dan jumpa nabi s.a.w. Nabi s.a.w sangat marah dgn beliau kerana telah
beri tumpuan kpd kitab taurat.
Telah dtg satu org kpd hadrat umar r.hu dan berkata, wahai
amirul mukminin, kami telah dpt satu kitab yg tertulis di dlmnya perkara yg aneh2.
Maka umar bertanya, adakah perkara yg kamu dpt itu dari kitabullah? Mereka
kata, tidak. Umar telah minta rotan dan merotan org tersebut. Umar baca ayat,
alif lam ro, ini adalah kitab yg jelas dan nyata. Kami telah turunkan quran dlm
bahasa arab supaya kamu faham. Kami telah bentangkan kpd kamu kisah yg terbaik.
Umar kata, telah berlalu manusia sebelum kamu yg mana mereka telah dibinasakan
kerana mereka telah tawajjuh kpd perkataan2 drp rahib2 mereka dan mereka telah
tinggalkan taurat dan injil sehingga ilmu dari kitab taurat dan injil ini telah
jadi ilmu yg telah luput. Mereka hanya dengar perkataan dari rahib2 sahaja.
Mereka telah mengubah kitab2 tersebut.
Umar kata, kamu jgn tanya sesuatu dari ahlul kitab kerana
mereka tidak akan mampu memberitahu kpd kamu jln yg benar kerana mereka sendiri
dlm kesesatan. Sekiranya kamu mendustakan perkataan mereka, kamu tak tahu
samada ia benar, sekiranya kamu membenarkan perkataan mereka, kamu tak tahu
samada ia dusta. Oleh itu kamu jgn mendustakan dan jgn membenarkan. Sekiranya
kamu ingin amalkan sesuatu hendaklah kamu melihat bahawa adakah perkara itu
bertepatan dgn quran atau berlawanan dgn quran. Sekiranya bertepatan, maka kamu
amalkan. Sekiranya berlawanan dgn quran, hendaklah kamu tinggalkan.
Ibnu abbas r.hu kata pd seseorang, kenapa kamu bertanya drp
ahlul kitab? Jgn kamu tanya dari ahlul kitab. Depan kamu ini ada kitab Allah.
Allah turunkan quran kpd nabi s.a.w. Quran adalah kitab yg paling baru drp
kitab2 yg lain. Wahyunya masih segar sehingga kini. Quran adalah kitab yg tidak
akan dpt diubah sampai kiamat. Tidak akan dpt di campur adukkan sampai kiamat. Ahli
kitab telah mengubah kitab2 mereka. Mereka menulis dgn tangan2 mereka dan
mangatakan ini juga drp Allah supaya dgn menyesatkan manusia2 ini mereka akan dpt
sebahagian dari harta dunia. Adakah ilmu yg Allah bagi kpd kamu ini tidak cukup
sehingga kamu kena bertanya kpd ahlul kitab. Ahlul kitab tak pernah tanya kamu
tentang quran mengapa kamu pula tanya mereka tentang taurat dan injil. Kitab
quran telah membatalkan semua kitab2 langit yg lain. Quran ini adalah kitab yg
jelas dan nyata. Ini wahyu yg masih segar. Quran hanya ada perkataan Allah.
tiada campur aduk.
Comments
Post a Comment