Hayatus sahabah - maulana saad

26/01/2018 - nizamuddin

Utk menyempurnakan solat fardu hendaklah disempurnakan solat2 sunat. Sekiranya solat sunat tidak diutamakan maka tidak akan dtg kesempurnaan dlm solat fardu. Seseorang itu tak akan dpt takbiratul ula kalau dia tak ambil berat tentang solat qobliyah. Org yg jaga solat qobliyah, insyaAllah dia akan dpt takbiratul ula. Solat sunat qobliyah merupakan solat utk menghormati solat fardu. Solat tahiyatul masjid utk menghormati masjid. Nabi s.a.w begitu sekali mengutamakan solat sunat rawatib. Hari ni, kita tak ambil berat solat2 sunat. Lepas habis solat kita berbual. Kita tinggal solat sunat.

Nabi s.a.w mulakan solat fardu dgn solat2 sunat. Paling banyak nabi berpuasa ialah pd bulan syaaban supaya dgn membiasakan puasa pd bulan syaaban akan jadi satu istiqbal utk bln Ramadan. Sebagaimana nabi banyakkan berpuasa bln syaaban utk menyambut kedatangan Ramadan, begitulah nabi banyakkan solat sunat rawatib sebagai istiqbal utk solat fardu.

Solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardu subuh adalah perkara yg sangat penting. Hari ni kita fikir imam baca surah panjang waktu subuh bolehlah saya dtg lewat dan ini menyebabkan kita terlepas takbiratul ula. Nabi s.a.w tak pernah tinggal 2 rakaaat sunat sebelum subuh. Hari ni org tinggalkan solat2 sunat dan kemudian tinggal takbiratul ula. Nabi bersabda, Walaupun kita akan dipijak oleh unta, jangan tinggalkan solat sunat sebelum subuh.

Nabi s.a.w jaga solat sunat di rumah. Nabi akan kata pd sahabat, kamu buat solat sunat di rumah. Masjid adalah tempat ijtimai amal yg berterusan. Bukan menjadi amalan sabahat utk solat sunat di masjid. Solat sunat di rumah dan solat fardu di masjid.

Nabi s.a.w tunaikan 4 rakaat solat sunat sebelum zohor dirumah. Lepas itu, keluar ke masjid dan mengimamai solat fardu zohor. Kemudian, balik ke rumah utk solat sunat 2 rakaat badiah lepas zohor. Menjadi kebiasaan nabi s.a.w solat tahajjud 9 rakaat di rumah termasuk witir. Nabi s.a.w solat sunat waktu malam dgn rakaat yg panjang2. kadang2 nabi s.a.w solat yg panjang2 sambil duduk. Abu hurairah tanya kenapa solat sambil duduk? Nabi bersabda, kerana terlalu lapar. Tak mampu berdiri lama. Dlm keadaan nabi s.a.w sakit, baginda telah baca 7 surah yg panjang.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir