Hayatus sahabah - maulana saad

05/03/2018 – nizamuddin

Kerja dakwah tabligh adalah kerja ijtima’i. Setiap org yg bergerak dlm kerja ini bergerak dlm khafilah ijtima’i. Kita dlm satu jemaah. Ini adalah kerja berjemaah. Kita yg bergerak adalah ahli jemaah.

Menjadi adab org2 arab, bila seseorang terlewat bergerak bersama dgn khafilahnya atau ada barang2 khafilah yg terjatuh dlm perjalanan, menjadi t/jawab org di belakang menemani atau mengambil barang yg jatuh tersebut. Hadrat aisyah r.ha, yg mana dia telah terkebelakang dari khafilah, ada sahabat yg ditugaskan utk berjalan di belakang, dia telah jumpa hadrat aisyah r.ha. Beliau ialah Hadrat sofwan. Dia telah di tugaskan utk berjalan di belakang jemaah. Org yg belakang ini juga adalah bersama dgn jemaah itu.

Ramai diantara sahabat kita, kerana sesuatu salah faham, atau kerana sesuatu masalah, atau masalah keluarga, dia telah tertinggal kebelakang dlm kerja agama. Utk org spt ini, kita kena guna segala kemampuan kita, ambil hati dia, apa sahaja cara, kena bawa dia bersama dgn kita. Sifat seorang da’i, tak akan rasa cukup dgn apa yg ada. Sekiranya dlm hati seseorang da’i itu rasa cukup, tak ada fikir nak bawa umat bersama dgn dia, maka Allah juga rasa cukup dgn dia. Allah tak akan hiraukan dia. Sekiranya wujud dlm hati seorang da’i rasa tak berhajat pd umat, maka Allah juga tak berhajat pd dia.

Nabi s.a.w, begitu tamakkan hidayat utk umat. Umat yg telah diputuskan kebinasaan, pun nabi ingin mereka dikekalkan dgn niat utk bagi dakwah pd anak2 mereka. Begitu sekali ketamakan nabi s.a.w utk hidayat umat. Nabi s.a.w tidak pernah merasa tidak berhajat walau pd satu org kafir. Nabi juga fikir bagaimana satu org kafir ini juga dtg kpd iman. Bagaimana pula dgn org islam? Lebih2 lagi.

Nabi s.a.w dan sahabat fikir macam mana nak bawa ahli jemaah bersama. satu ketika nabi s.a.w duduk dgn para sahabat, dtg satu org sahabat bagi isyarat pd nabi s.a.w suruh dtg ke rumah utk makan. Dia tak cakap dgn mulut takut nanti org lain dengar. Dia bagi isyarat utk jemput nabi sahaja. Nabi s.a.w kata, bukan aku sorang. Semua sahabat aku. 3X dia bagi isyarat tapi nabi tak bergerak. Kalau macam tu, ajaklah semua sahabat kamu dtg ke rumah. Nabi tak tinggalkan sahabat2 yg lain utk pergi bersama sahabat tadi utk makan. 3X di jemput. 3X nabi tak hiraukan jemputan tersebut. Sifat seorang da’i, ialah dia sentiasa perlukan kawan2 dia bersama.

Jauhkan diri kita dari salah faham. Hidup secara kasih sayang. Jawapan kpd ikhtilaf/perselisihan, bukan dgn ikhtilaf juga. Jawapan ikhtilaf dgn ikram. Bila ikhtilaf dijawab dgn ikram maka ikhtilaf ini akan hilang. Jika ikhtilaf dijawab dgn ikhtilaf maka kekhilafan akan bertambah.

Sahabat fikir dan usaha macam2 utk sahabat yg terperangkap dlm fitnah. Berusaha dgn bermacam2 cara utk selamatkan sahabat yg terperangkap dlm fitnah. Maka Allah telah selamatkan mereka drp fitnah tersebut.

Kisah hadrat umar r.hu, dia telah berhijrah bersama sahabatnya ke madinah. Ayyaz bin abu rabiah dan hisyam bin ash. Mereka bertiga telah bersepakat utk berjumpa di satu tempat di mekah dan siapa yg tak sempat sampai, mungkin dia telah di tahan oleh pihak kafir quraish. Kerja org musyrikin ialah menghalang kerja kebaikan. Org munafikin tak menghalang kerja kebaikan. Org yg paling zalim ialah org yg menghalang kerja kebaikan. Adakah kezaliman yg lebih berat drp menghalang org dtg ke masjid. Tidak ada org yg lebih zalim drp org yg menghalang org yg nak memakmurkan masjid. Mereka berusaha supaya masjid kosong. Kerja org musyrikin, mereka menghalang sahabat hijrah dan masuk islam.

Umar dan ayaz bin abu rabiah telah sampai tetapi hisham telah di halang oleh org musyrikin. Dia telah terperangkap dlm fitnah. Bila kami berdua sampai madinah, di mahalah quba, abu jahal dan haris bin hisham juga telah sampai di situ. Mereka cakap pd ayaz. Mereka meceritakan keadaan keluarga ayaz supaya ayaz pulang ke mekah. Hari ni, keadaan mcm ni pun berlaku pd kita. Org nak buat kebaikan, kita cerita masalah keluarga. Sepatutnya kita memudahkan org keluar jln Allah bukan cerita masalah keluarga. Mereka berdua kata pd ayaz, ibu kamu telah bersumpah selagi tidak melihat kamu selagi itu tidak akan menyikat rambutnya dan dia juga akan duduk ditengah panas matahari. Ayaz fikir ibu dia akan mati. Kata umar, kaum kamu ini ingin menyesatkan kamu. Demi Allah, bila kutu naik atas kepala ibu kamu, maka dia akan menyikat rambut. Bila dia rasa panas matahari, dia akan cari teduhan. Ayaz kata, aku tahu bahawa ibu aku ini akan berpegang teguh dgn sumpahnya, jadi aku akan pulang. Di sana juga ada harta. Umar kata, wahai ayaz, kamu tahu aku org paling kaya di kalangan quraish, kamu ambillah separuh dari harta aku sekarang juga, jgn kamu balik ke mekah. Tetapi ayaz nak balik juga. Umar suruh ambil unta dia yg laju, sekiranya kaum kamu ingin lakukan kejahatan atas kamju, maka larilah dgn unta ini. Dlm perjalanan, Abu jahal minta nak naik unta bersama ayaz. Bila naik sahaja, dia terus ditangkap dan dipukul dan di bawa balik ke mekah. Dia di pukul sehingga murtad dari islam. Hisyam juga telah diseksa hingga murtad. Umar kata, dulu kami berfikir Allah tak terima taubat org yg keluar dari islam. Ini yg dibicarakan di kalangan sahabat r.hum. Telah turun ayat kpd nabi s.a.w,(az zumar ayat 53) jgn berputus asa dgn rahmat Allah, Allah ampunkan smua dosa2. Pada masa itu, umar r.hu masih ingat lagi pd ayaz & hisyam, masih fikir tentang mereka. Umar telah tulis ayat tersebut dlm kertas dan hantar kpd ayaz/hisyam. Hisyam berfikir mengapa umar hantar surat ini kpd aku. Aku berdoa, ya Allah, fahamkanlah aku tentang ayat ini. Maka Allah telah masukkan kefahaman dlm hati aku. Aku boleh kembali kpd islam. Mereka berdua terus naik unta dan pergi ke madinah dan jumpa dgn nabi s.a.w.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir