Hayatus sahabah - maulana saad
06/03/2018 – nizamuddin
Rasulullah s.a.w telah hubungkan umat ini dgn masjid supaya
umat ini dpt tarbiyah dan supaya umat ini sentiasa dpt menafaat dari Allah
s.w.t. Apabila umat ini terputus hubungan dgn masjid maka akan terputuslah
hubungan dgn Allah. Rasulullah s.a.w telah jadikan masjid sebagai tempat
belajar ilmu dan iman. Maksud drp gasht/jaulah kita ialah kita nak dakwah umat
dan bawa mereka kpd suasana iman dan ilmu. Buat gasht dgn fikir ini. Gasht bukan hanya semata-mata
jumpa dan pusing2 kampung. Kenapa buat gasht? Kita semua yg buat usaha ini
secara ijtimai kena renungkan apa tujuan sahabat r.hum buat gasht. Kenapa
sahabat pergi jumpa sahabat yg lain. Hari ni kita buat kerja tabligh mengikut
apa yg kita fikir. Sepatutnya kita buat apa yg sahabat telah buat. Kalau kita
fikir nak buat kerja ikut kesesuaian zaman, maka kerja kita ini akan semakin
jauh dari cara sahabat. Bila kita buat cara sahabat maka umat akan kembali kpd
asal dan dtg kpd tarbiyah.
Imam malik rah. kata, umat ini tidak akan dpt diislah selagi
umat ini tidak buat perkara yg dibuat oleh umat yg terdahulu. Kita semua kena
renungkan perkara ini betul2. kenapa sahabat buat gasht di kalangan sahabat.
Utk tujuan apa? Sahabat buat gasht sebab 2 perkara. Pertama, utk kumpulkan umat
dlm halaqah iman. Kedua, utk kumpulkan umat dlm halaqah ilmu. Kerja kita semua
berpandu kpd sirah sahabat. Hari ni kita fikir sahabat buat dakwah kpd org
kafir dan mereka mengajar ilmu kpd org2 yg taat dan org2 yg tak beriman akan diperangi.
Itu fikir umat zaman sekarang. Kita fikir bahawa pergerakan sahabat hanya utk
dakwah org kafir. Usaha yg dibuat oleh sahabat di kalangan sahabat menyebabkan
iman mereka meningkat tetapi perkara itu telah ditinggalkan oleh umat hari ni
secara ijtimai. Gasht adalah utk 2 maksud iaitu utk ilmu dan iman.
Abdullah b rawahah sentiasa pergi jumpa sahabat2 yg lain. taal
bina nukmin saatan. Mari bersama kami kita beriman dgn Allah. Muaz b jabal
kata ijlis mina nukmin saatan. Mari duduk bersama kami kita beriman kpd
perkara ghaib. Umar r.hu kata, mari duduk sebentar kita beriman dgn Allah. ‘Aku
buat kerja ini supaya iman aku sampai ke tahap kesempurnaan’. Ini kata2 saidina
umar r.hu. Ini adalah perkara yg pasti/diyakini iaitu mengumpulkan umat dlm
halaqah iman di masjid akan menyebabkan iman meningkat. Suasana di luar masjid,
itu semua suasana merosakkan yakin. Mereka dakwa melalui kerajaan boleh bagi
sesuatu, melalui kedai boleh bagi sesuatu, melalui pertanian boleh bagi
sesuatu. Semua dakwaan2 membawa kpd ghairullah. Tujuan utama gasht ialah pergi
kpd setiap individu umat, kita keluarkan mereka drp suasana yakin kpd
ghairullah kpd yakin pd Allah s.w.t.
Abdullah b rawahah, muaz b jabal, ubay b kaab, umar b
khattab, mereka semua kumpul org melalui gasht utk duduk dlm halaqah iman.
Ketua muhaddithin, abu hurairah r.hu, buat gasht utk kumpulkan org dlm halaqah
ilmu. Di masjid sedang ada halaqah taklim. Abu hurairah pergi ke bazaar dan
ajak org ke majlis taklim di masjid. Masjid bukan hanya utk tunaikan solat sahaja.
Solat berjemaah adalah antara amal2 yg perlu diwujudkan di masjid. Di masjid
ada majlis taklim, majlis ilmu, majlis iman. Bila masuk waktu solat, mereka
akan tunaikan solat. Mereka jadi org yg menyempurnakan solat kerana di masjid
sentiasa diajarkan al quran dan ilmu. Janji2 Allah sentiasa diperdengarkan maka
mereka tunaikan solat dlm keadaan yakin pd janji2 Allah dan yakin pd berita2
akhirat. Hari ni, ilmu dan iman telah dikeluarkan dari masjid. Semua ulamak2 yg
dah keluar 1 thn balik dan hidupkan masjid. Semua org yg nak belajar agama dtg
ke masjid. Ulamak ada di masjid. Sehingga semua org2 kpg di sekitar masjid dpt
selesaikan masalah dunia dan akhirat melalui masjid dgn bertanya dgn ulamak yg
ada di masjid. Inilah yg dimaksudkan dgn memakmurkan masjid yg wujud di zaman
sahabat r.hum. Semua kita azam utk usahakan masjid kita spt mana masjid nabawi.
Jgn tinggalkan masjid kosong ketika pergi jumpa umat di luar.
Bani tsaqif telah peluk islam tetapi menolak kefarduan dlm
islam. Rasulullah s.a.w telah letak mereka dlm masjid. Pencuri diikat dlm
masjid supaya timbul rasa benci kpd perbuatan mencuri. Berbagai kisah sahabat
yg dtg ke masjid yg hati mereka berubah. Kita nak usahakan bawa org islam ke
masjid.
Kenapa masjid di bina dan apa amalan yg wujud di masjid.
Halaqah ilmu yg ada di masjid itulah yg sebenarnya dipanggil halaqah zikir. Org
yg berkumpul di masjid dan bermuzakarah tentang perintah2 Allah maka malaikat
akan menghamparkan sayap2 ke atas mereka. Satu ketika rasulullah masuk ke
masjid dan lihat sekumpulam sahabat. Nabi tanya, kenapa duduk di sini? Sahabt
kata, kami sedang muzakarah sifat2 Allah dan sedang memuji2 Allah, Allah telah
berihsan kpd kami dgn memberi islam kpd kami. Jibrail telah dtg kpd nabi dan
bagitahu bahawa berkumpulnya kamu di sini menyebabkan Allah berbangga dihadapan
semua para malaikat.
Taklim adalah amal masjid. Org diluar masjid dibawa masuk
duduk dlm majlis taklim dlm masjid. Bukan org dlm masjid keluar ikut org di
luar masjid. Hari ni kita buat taklim 2-3 minit, sebab org ada keperluan, nak
kerja, tak boleh duduk lama, ini salah. Taklim adalah amal masjid. Kita
teruskan bacaan taklim sekurang-kurangnya ½ jam. Org luar kena ikut taklim dlm
masjid. Maulana Yusuf kata, bila amal masjid dibuat ikut takazah org di luar masjid
maka taklim akan terhapus kerana usaha diluar melebihi usaha dlm masjid. Usaha
dunia, kesibukan dunia, takazah dunia sangat banyak diluar sana . Kalau kamu jadikan amal masjid itu
mengikut takazah org dunia, maka semua amal masjid akan terpadam begitu sahaja.
Oleh itu, org luar kena ikut amal masjid, bukannya amal masjid ikut org di luar
masjid.
Ketika nabi dan sahabat sedang berada dlm masjid, dtg 3 org
masuk ke dlm masjid. 2 org telah bergerak menuju kpd nabi s.a.w. 1 org telah
tinggalkan majlis. 1 org telah duduk di tempat kosong. 1 org lagi rasa malu dan
duduk dibelakang. Pd masa itu, taklim sedang berjalan. Setelah selesai majlis,
nabi kata mahukah aku khabarkan tentang 3 org yg masuk ke masjid ini. 1 org
duduk di ruang kosong maka Allah hampir kpd dia. Org kedua, malu dan duduk di
belakang dan Allah pun malu dgn dia. Org ketiga, berpaling dari majlis, Allah
pun berpaling drp dia.
Satu ketilka, sahabat sedang duduk dlm halaqah, tiba2 nabi
keluar dari rumah baginda dan duduk bersama sahabat dlm halaqah quran. Antara
amal masjid ialah halaqah quran. Kita kena usahakan supaya ulamak2 sentiasa ada
di masjid dan wujudkan halaqah quran. kita targhib anak2 muda dtg ke masjid utk
belajar quran. hari ni tabiat/perangai org yg buat kerja dakwah, fikir hanya
bagi targhib, kita tak fikirkan bagaimana nak gerakkan org buat amal. Kalau ada
sifat macam ni, maka kerja kita akan jadi satu laluan sahaja. Usaha kita ialah
dgn penuh kasih sayang, dgn ikram, dgn lemah lembut, kita pujuk rayu org utk
dtg ke amal masjid. Bukan targhib sahaja dan lepaskan. Ini bukan tabligh. Utk
mengubah suasana/mahul, maka kena ubah org yg melakukan kemungkaran. Faham?
Kena ubah org yg lakukan kemungkaran dari suasana kemungkaran. Kita kena
pindahkan mereka dari suasana tersebut. Inilah tujuan utama dari gasht kita.
Org yg sibuk dgn kemungkaran, kamu keluarkan dia dari suasana kemungkaran dan
bawa ke suasana kebaikan iaitu dlm masjid. Inilah caranya yg perlu dibuat di
seluruh dunia. Org yg berakal akan faham, tiada tempat yg boleh digantikan dgn
masjid utk fahamkan org dgn agama. Di zaman sahabat, ada halaqah quran dlm
masjid. Nabi s.a.w duduk dlm halaqah quran. Allah perintahkan baginda duduk dlm
halaqah quran.
Abu hurairah pergi ke bazaar di madinah dan kata, harta
pusaka nabi s.a.w sedang dibahagi-bahagikan di masjid. Mereka telah pergi ke
masjid. Abu hurairah tunggu di bazaar. Bila org pulang ke bazaar, mereka kata
tak ada harta pusaka sedang dibahagikan di masjid. Ada org sedang solat, ada sedang baca quran,
ada yg sedang bermuzakarah tentang halal dan haram. Abu hurairah kata, semua
itulah harta pusaka nabi s.a.w.
Menjadi amalan Khulafak rasyidin juga, dimana sahaja mereka
pergi, merek akan ambil karguzari/laporan masjid. Apa amalan yg ada di masjid
kamu. Ibnu muawiyah khindi kata bahawa Umar r.hu telah dtg ke negara sham, dia
tanya apa keadaan org sham, mereka sedang buat kerja atau tidak. Kerja di sini
bukan maksud pertanian, perniagaan, kerajaan. Jika umat hubungkan diri dgn amal
masjid maka pasti tidak akan dtg azab Allah. walaupun azab telah ditakdirkan
dtg, tapi kerana amal masjid, azab itu akan dijauhkan. Umar tak tanya pasal
makan, minum, keperluan org islam. Umar tak fikir tentang perkara tersebut. Di
zaman tersebut, bila org islam jauh dari agama dan jauh dari amalan masjid maka
mereka akan menangis tengok keadaan org islam. Umar kata, masjid kamu ini macam
unta liar. Bila lihat kenalan, akan ikut kenalan. Kamu juga macam tu, bila
masuk masjid, bila lihat tak ada org dlm masjid, kamu akan keluar dari masjid
spt unta liar lari dari tuannya. Ibnu muawiyah kata, tidak! Ada berbagai-bagai halaqah dlm masjid kami.
Mereka bercerita dan dengar tentang perkara2 yg baik. Umar kata, selagi mana
kamu buat begini selagi itulah kamu akan dpt kebaikan dari Allah. Semua kita
azam utk hidupkan masjid kita dgn tertib ini. insyaAllah.
Comments
Post a Comment