Hayatus sahabah - maulana saad

24/01/2018 - nizamuddin

Hari ni manusia mengadu tak pandai menangis. Padahal, mata hanya menzahirkan tangisan. Tagisan yg sebenarnya ialah dari hati. Mata dan lidah adalah terjemahan dari hati. Perasaan takut dan kyusuk, tersembunyi dlm hati. Mata dan lidah tempat mengzahirkan apa yg ada dlm hati. Kenapa tak boleh menangis? Pertama, kerana hati keras. Kedua, kerana hati tenang dgn dosa. Sahabat kata, kami dengar quran dan kami menangis. Hati kami jadi tenang. Sekiranya tidak boleh menangis kerana kelalaian hati. Manusia tidak diperintah utk membentuk keadaan tetapi diperintahkan utk menyempurnakan perintah Allah s.w.t.

Kesedaran atas sesuatu amal bukan ikut keadaan. Kalau ikut keadaan, maka amal akan ditinggalkan. Kita akan berkata, hati belum kyusuk, maka tak perlu solat. Syaitan sentiasa jadi penghalang antara manusia dan perasaan hati manusia. Supaya dia tinggalkan amalan kerana tidak merasai keseronokan dlm ibadat. Dlm keadaan hati masih tidak syok utk beramal pun masih menyempurnakan perintah Allah, ini juga adalah satu tuntutan dari Allah.

Dtg keadaan syok utk beramal bukan satu perkara yg tetap berlaku. Keadaan hati berubah2 tapi perintah Allah adalah tetap. Istiqamah ialah dlm keadaan hati suka atau tidak suka, disempurnakan juga perintah Allah. Seseorang hamba itu tidak dipaksa utk membentuk keadaan hati, tetapi dia dipaksa utk menyempurnakan perintah Allah.

Kenapa kita tak boleh menangis? Kita tidak menangis kerana lalai dari perintah Allah. Org yg tidak suka senyum kerana hati mati. Melampau dlm gelak ketawa juga tanda hati mati. Terlalu banyak ketawa itu tanda keras hati. Langsung tak ketawa juga tanda hati mati. Ada satu org sahabat sentiasa senyum. Org kata, kamu ni gila ke? biarlah org kata aku gila, kerana aku lihat nabi s.a.w sentiasa senyum.

Hari ni, org menangis kerana kehilangan harta tetapi tak menangis kerana mengqado solat. Nabi s.a.w dan para sahabat sentiasa menangis dlm solat. Aishah r.ha kata, telah berlalu mlm sehingga bilal r.hu melaungkan azan. Nabi s.a.w jadi imam solat dan aku dengar suara tangisan nabi s.a.w dari rumah aku.

Satu malam, nabi s.a.w kata pd aishah r.ha, beri aku peluang utk beribat pd Allah. Demi Allah, aku sentiasa suka duduk hampir dgn tuan tapi jika tuan nak beribat, dipersilakan. Nabi berwuduk, mulakan solat. Sepanjang solat nabi s.a.w menangis dan menangis sehigga janggut nabi dibasahi dgn air mata. Ketuka sujud, nabi menangis lagi sehingga bumi tempat sujud dibasahi dgn air mata nabi sehinggalah terbit fajar dan bilal r.hu jemput nabi utk tunaikan solat. Bila r.hu tanya, kenapa tuan menangis begitu sekali sedangkan Allah telah ampunkan dosa tuan yg lepas dan akan dtg. Nabi s..a.w kata, kenapa aku tak boleh jadi hamba yg bersyukur. Melalui dada nabi s.aw dpt didengari suara tangisan spt mana kisaran gandum sedang berputar atau spt air yg sedang mendidih. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir