Hayatus sahabah - maulana saad
25/01/2018 - nizamuddin
Solat adalah mikraj iaitu waktu utk menghampirkan diri kita
dgn Allah s.w.t. Di masjid nabi s.a.w, kosong dari asbab kebendaan. Dlm tempat
yg kosong itu, mereka melatih utk khusyuk kpd Allah. Hari ni, masjid dipenuhi
dgn berbagai-bagai kebendaan. Di masjid nabi, tiada apa2 asbab pun, sehingga
perkara2 yg diperlukan utk solat pun tidak ada. Tempat wuduk pun tidak ada di
masjid nabi s.a.w. supaya tidak ada apa2 perkara yg jadi penghalang kpd
kekhusyukan dlm solat. Thn 9 hijrah baru ada lampu/pelita di masjid nabi s.a.w.
Sepatutnya masjid jadi tempat melatih kyusuk. Tapi hari ni,
malangnya, ada bermacam2 kebendaan dlm masjid. Bagaimana mungkin kita dpt latih
kekhusyukan dlm masjid spt hari ni. Di dlm poket ada handphone. Semasa solat,
ada suara2 yg berbunyi. Bagaimana akan dtgkan kekhusyukan. Sekurang2nya kita
latih anggota badan jadi khusyuk. Kerana tidak melatih anggota badan iaitu
tidak mengikat anggota badan dlm solat akan menghalang kita drp khusyuk. Bila
anggota badan tidak khusyuk, maka hati juga tidak khusyuk. Nabi s.a.w lihat
satu org sedang solat sambil mengusap janggutnya, kata nabi, sekiranya hatinya
khusyuk maka tangannya juga akan khusyuk. Melalui zahir solat kita akan dpt
kenali kekhusyukan hati. Sekiranya zahir solat tidak ada ketenangan maka
hatinya juga tidak tenang.
Kekhusyukan ini perlu di latih. Dlm solat, kita kena paksa
diri kita utk mengingati Allah s.w.t. selagi mana dlm solat kita tak menggambarkan
kita sedang berdiri di depan Allah, maka selagi itu kita belum mula khusyuk.
Permulaan khusyuk ialah menggambarkan kita sedang berdiri di depan Allah.
Tuntutannya, sekurang2nya 3X dlm setiap rukun kita menggambarkan kita sedang
berdiri di depan Allah. Kerana kesibukan dunia, dlm solat kita fikir urusan
dunia sehingga urusan dunia kita diselesaikan dlm solat kita.
Kalau dlm solat pun kita tak dpt wujudkan tawajjuh kita pd
Allah, maka bagaimana mungkin diluar solat kita dpt tawajjuh pd Allah. Solat
adalah amalan yg paling banyak membentuk kita utk ingat pd Allah. Oleh itu,
semua amalan lain akan wujud tawajjuh pd Allah, adalah bergantung pd tawajjuh
dlm solat. Sekiranya dlm solat tak tawajjuh pd Allah, mana mungkin amalan2 lain
yg kedudukannya lebih rendah dari solat dpt kita tawajjuh pd Allah. Dlm solat
yg merupakan mikraj pun kita tak ingat Allah, sudah tentu dlm zikir, dlm
tilawah, kita lupa Allah. Kita kena latih supaya tawajjuh pd Allah dlm solat.
Solat adalah paling asas, paling kuat hubungkan hati kita
dgn Allah. Dlm kita menyempurnalkan semua amalan2 lain, kita boleh buat
perkara2 lain. Tunaikan haji, masih boleh makan. Berpuasa, masih boleh tidur.
Tetapi dlm solat, tak boleh tidur, tak boleh makan. Dlm solat kita begitu
hampir dgn Allah, kita tak boleh dengar suara dari org luar (dlm mazhab hanafi
– bila kita terima teguran org diluar solat akan membatalkan solat, hanya boleh
terima teguran org di dlm solat). Semua amalan lain, kita boleh ambil ilmu dari
luarannya tapi dlm solat, belajar ilmu pun tak boleh. Dlm mazhab hanafi, lihat
quran semasa solat pun tak boleh. Kalau dlm solat tak boleh lihat quran, maka
mana mungkin kita boleh lihat perkara lain dlm solat.
Hari ni solat jadi satu bebanan utk kita. Sehingga kita
fikir, kena cepat2 tunaikan solat. Kita tak jadikan solat sebagai
mahbob/kecintaan kita. Kita ada kerja yg belum selesai, kita cepat2 baca
fatihah dan terus rukuk. Kita memikirkan urusan diluar sana . Org yg mana ketika sujud tak ingat
Allah, maka diluar sana
mana mungkin dia akan ingat Allah. Kita patut rasa kesedihan yg amat sangat
ketika dlm solat pun kita masih ingat selain dari Allah. Kita kena latih diri
kita utk dptkan khusyuk dan khuduk dlm solat. Kita latih anggota badan mengikut
undang2 dlm solat supaya diluar solat kita tak guna anggota badan kita di
tempat yg dilarang oleh Allah.
Satu ketika, satu org telah dtg membawa gulai dlm mangkuk
berjumpa maulana Yusuf rah., tiba2 gulai tadi tumpah. Maulana Yusuf telah
menjerit, kamu betulkan solat kamu. Apa hubungan tertumpah gulai dgn solat?
Dari segi zahir solat nampak betul. Sekiranya anggota badan digunakan dgn betul
ketika solat, maka gulai tak akan tumpah.
Bagaimana solat nabi dan sahabat? Kita harus perhatikan. Abu
bakar r.hu, sangat diam semasa solat. Sebesar zarah pun dia tak tawajjuh pd
perkara di luar solat. Abdullah b zubair solat seolah-olah spt sebatang kayu yg
dipacak. Kekhusyukan solat bermula dgn tak bergerak anggota badan. Semasa
sujud, nabi s.a.w tak bergerak langsung. Aishah r.ha terpegun melihatnya. Hari
ni kita sujud utk beberapa saat, itupun kita tak diam. Nabi s.a.w sujud begitu
lama sehingga aishah r.ha kata rasulullah telah wafat. Tidak bergerak. Aishah
r.ha tarik jari nabi utk memastikan nabi masih hidup. Begitu khusyuk solat nabi
s.a.w.
Kebanyakan dari kita semasa sujud menggerakkan/angkat kaki
di belakang. Angkat jari kaki boleh batalkan solat. Jari kaki mesti mengadap
kiblat. Selagi kita tak menjaga anggota badan dlm solat, maka diluar solat pun
kita tak akan mampu menyelamatkan anggota badan kita dari dosa2. Anggota yg tak
dijaga dlm solat adalah adalah anggota yg paling cepat menuju kpd dosa.
Abdullah b zubair berdiri dlm solat spt kayu yg dipacak dlm
bumi. Inilah yg dikatakan sebagai khusyuk. Tak tengok kiri dan kanan. Sehingga
rumah dia telah runtuh, batu jatuh di sekelilingnya dan ia tak hiraukan apa yg
berlaku. Tak menghalang dia khusyuk dlm solat. Beliau menuju kpd solat, langkah
pendek2 dan perlahan sehingga org yg melihat berkata, semut pun boleh
memotongnya. Bukan berlari2. Supaya langkah menuju ke masjid tidak biadap sebab
nak solat. Menuju ke solat dgn adab sebab nak mengadap Allah s.w.t.
Abdullah b umar r.hu, semasa solat, seluruh anggota badan
diam tak bergerak. Semua jari2 menujuk ke arah kiblat. Kebanyakan kita hari ni,
bila duduk diantara dua sujud, jari kaki tak mengadap kiblat. Waktu doa yg
paling afdal ialah ketika sujud terutama dlm solat2 sunat. Semoga solat jadi
kafarah dosa2 kita. Jgn kamu gerakkan anggota badan ke kanan dan ke kiri dlm
solat spt yahudi.
Comments
Post a Comment