Hayatus sahabah - maulana saad

06/03/2018 – nizamuddin

Rasulullah s.a.w telah hubungkan umat ini dgn masjid supaya umat ini dpt tarbiyah dan supaya umat ini sentiasa dpt menafaat dari Allah s.w.t. Apabila umat ini terputus hubungan dgn masjid maka akan terputuslah hubungan dgn Allah. Rasulullah s.a.w telah jadikan masjid sebagai tempat belajar ilmu dan iman. Maksud drp gasht/jaulah kita ialah kita nak dakwah umat dan bawa mereka kpd suasana iman dan ilmu. Buat gasht  dgn fikir ini. Gasht bukan hanya semata-mata jumpa dan pusing2 kampung. Kenapa buat gasht? Kita semua yg buat usaha ini secara ijtimai kena renungkan apa tujuan sahabat r.hum buat gasht. Kenapa sahabat pergi jumpa sahabat yg lain. Hari ni kita buat kerja tabligh mengikut apa yg kita fikir. Sepatutnya kita buat apa yg sahabat telah buat. Kalau kita fikir nak buat kerja ikut kesesuaian zaman, maka kerja kita ini akan semakin jauh dari cara sahabat. Bila kita buat cara sahabat maka umat akan kembali kpd asal dan dtg kpd tarbiyah.

Imam malik rah. kata, umat ini tidak akan dpt diislah selagi umat ini tidak buat perkara yg dibuat oleh umat yg terdahulu. Kita semua kena renungkan perkara ini betul2. kenapa sahabat buat gasht di kalangan sahabat. Utk tujuan apa? Sahabat buat gasht sebab 2 perkara. Pertama, utk kumpulkan umat dlm halaqah iman. Kedua, utk kumpulkan umat dlm halaqah ilmu. Kerja kita semua berpandu kpd sirah sahabat. Hari ni kita fikir sahabat buat dakwah kpd org kafir dan mereka mengajar ilmu kpd org2 yg taat dan org2 yg tak beriman akan diperangi. Itu fikir umat zaman sekarang. Kita fikir bahawa pergerakan sahabat hanya utk dakwah org kafir. Usaha yg dibuat oleh sahabat di kalangan sahabat menyebabkan iman mereka meningkat tetapi perkara itu telah ditinggalkan oleh umat hari ni secara ijtimai. Gasht adalah utk 2 maksud iaitu utk ilmu dan iman.

Abdullah b rawahah sentiasa pergi jumpa sahabat2 yg lain. taal bina nukmin saatan. Mari bersama kami kita beriman dgn Allah. Muaz b jabal kata ijlis mina nukmin saatan. Mari duduk bersama kami kita beriman kpd perkara ghaib. Umar r.hu kata, mari duduk sebentar kita beriman dgn Allah. ‘Aku buat kerja ini supaya iman aku sampai ke tahap kesempurnaan’. Ini kata2 saidina umar r.hu. Ini adalah perkara yg pasti/diyakini iaitu mengumpulkan umat dlm halaqah iman di masjid akan menyebabkan iman meningkat. Suasana di luar masjid, itu semua suasana merosakkan yakin. Mereka dakwa melalui kerajaan boleh bagi sesuatu, melalui kedai boleh bagi sesuatu, melalui pertanian boleh bagi sesuatu. Semua dakwaan2 membawa kpd ghairullah. Tujuan utama gasht ialah pergi kpd setiap individu umat, kita keluarkan mereka drp suasana yakin kpd ghairullah kpd yakin pd Allah s.w.t.

Abdullah b rawahah, muaz b jabal, ubay b kaab, umar b khattab, mereka semua kumpul org melalui gasht utk duduk dlm halaqah iman. Ketua muhaddithin, abu hurairah r.hu, buat gasht utk kumpulkan org dlm halaqah ilmu. Di masjid sedang ada halaqah taklim. Abu hurairah pergi ke bazaar dan ajak org ke majlis taklim di masjid. Masjid bukan hanya utk tunaikan solat sahaja. Solat berjemaah adalah antara amal2 yg perlu diwujudkan di masjid. Di masjid ada majlis taklim, majlis ilmu, majlis iman. Bila masuk waktu solat, mereka akan tunaikan solat. Mereka jadi org yg menyempurnakan solat kerana di masjid sentiasa diajarkan al quran dan ilmu. Janji2 Allah sentiasa diperdengarkan maka mereka tunaikan solat dlm keadaan yakin pd janji2 Allah dan yakin pd berita2 akhirat. Hari ni, ilmu dan iman telah dikeluarkan dari masjid. Semua ulamak2 yg dah keluar 1 thn balik dan hidupkan masjid. Semua org yg nak belajar agama dtg ke masjid. Ulamak ada di masjid. Sehingga semua org2 kpg di sekitar masjid dpt selesaikan masalah dunia dan akhirat melalui masjid dgn bertanya dgn ulamak yg ada di masjid. Inilah yg dimaksudkan dgn memakmurkan masjid yg wujud di zaman sahabat r.hum. Semua kita azam utk usahakan masjid kita spt mana masjid nabawi. Jgn tinggalkan masjid kosong ketika pergi jumpa umat di luar.

Bani tsaqif telah peluk islam tetapi menolak kefarduan dlm islam. Rasulullah s.a.w telah letak mereka dlm masjid. Pencuri diikat dlm masjid supaya timbul rasa benci kpd perbuatan mencuri. Berbagai kisah sahabat yg dtg ke masjid yg hati mereka berubah. Kita nak usahakan bawa org islam ke masjid.

Kenapa masjid di bina dan apa amalan yg wujud di masjid. Halaqah ilmu yg ada di masjid itulah yg sebenarnya dipanggil halaqah zikir. Org yg berkumpul di masjid dan bermuzakarah tentang perintah2 Allah maka malaikat akan menghamparkan sayap2 ke atas mereka. Satu ketika rasulullah masuk ke masjid dan lihat sekumpulam sahabat. Nabi tanya, kenapa duduk di sini? Sahabt kata, kami sedang muzakarah sifat2 Allah dan sedang memuji2 Allah, Allah telah berihsan kpd kami dgn memberi islam kpd kami. Jibrail telah dtg kpd nabi dan bagitahu bahawa berkumpulnya kamu di sini menyebabkan Allah berbangga dihadapan semua para malaikat.

Taklim adalah amal masjid. Org diluar masjid dibawa masuk duduk dlm majlis taklim dlm masjid. Bukan org dlm masjid keluar ikut org di luar masjid. Hari ni kita buat taklim 2-3 minit, sebab org ada keperluan, nak kerja, tak boleh duduk lama, ini salah. Taklim adalah amal masjid. Kita teruskan bacaan taklim sekurang-kurangnya ½ jam. Org luar kena ikut taklim dlm masjid. Maulana Yusuf kata, bila amal masjid dibuat ikut takazah org di luar masjid maka taklim akan terhapus kerana usaha diluar melebihi usaha dlm masjid. Usaha dunia, kesibukan dunia, takazah dunia sangat banyak diluar sana. Kalau kamu jadikan amal masjid itu mengikut takazah org dunia, maka semua amal masjid akan terpadam begitu sahaja. Oleh itu, org luar kena ikut amal masjid, bukannya amal masjid ikut org di luar masjid.

Ketika nabi dan sahabat sedang berada dlm masjid, dtg 3 org masuk ke dlm masjid. 2 org telah bergerak menuju kpd nabi s.a.w. 1 org telah tinggalkan majlis. 1 org telah duduk di tempat kosong. 1 org lagi rasa malu dan duduk dibelakang. Pd masa itu, taklim sedang berjalan. Setelah selesai majlis, nabi kata mahukah aku khabarkan tentang 3 org yg masuk ke masjid ini. 1 org duduk di ruang kosong maka Allah hampir kpd dia. Org kedua, malu dan duduk di belakang dan Allah pun malu dgn dia. Org ketiga, berpaling dari majlis, Allah pun berpaling drp dia.

Satu ketilka, sahabat sedang duduk dlm halaqah, tiba2 nabi keluar dari rumah baginda dan duduk bersama sahabat dlm halaqah quran. Antara amal masjid ialah halaqah quran. Kita kena usahakan supaya ulamak2 sentiasa ada di masjid dan wujudkan halaqah quran. kita targhib anak2 muda dtg ke masjid utk belajar quran. hari ni tabiat/perangai org yg buat kerja dakwah, fikir hanya bagi targhib, kita tak fikirkan bagaimana nak gerakkan org buat amal. Kalau ada sifat macam ni, maka kerja kita akan jadi satu laluan sahaja. Usaha kita ialah dgn penuh kasih sayang, dgn ikram, dgn lemah lembut, kita pujuk rayu org utk dtg ke amal masjid. Bukan targhib sahaja dan lepaskan. Ini bukan tabligh. Utk mengubah suasana/mahul, maka kena ubah org yg melakukan kemungkaran. Faham? Kena ubah org yg lakukan kemungkaran dari suasana kemungkaran. Kita kena pindahkan mereka dari suasana tersebut. Inilah tujuan utama dari gasht kita. Org yg sibuk dgn kemungkaran, kamu keluarkan dia dari suasana kemungkaran dan bawa ke suasana kebaikan iaitu dlm masjid. Inilah caranya yg perlu dibuat di seluruh dunia. Org yg berakal akan faham, tiada tempat yg boleh digantikan dgn masjid utk fahamkan org dgn agama. Di zaman sahabat, ada halaqah quran dlm masjid. Nabi s.a.w duduk dlm halaqah quran. Allah perintahkan baginda duduk dlm halaqah quran.

Abu hurairah pergi ke bazaar di madinah dan kata, harta pusaka nabi s.a.w sedang dibahagi-bahagikan di masjid. Mereka telah pergi ke masjid. Abu hurairah tunggu di bazaar. Bila org pulang ke bazaar, mereka kata tak ada harta pusaka sedang dibahagikan di masjid. Ada org sedang solat, ada sedang baca quran, ada yg sedang bermuzakarah tentang halal dan haram. Abu hurairah kata, semua itulah harta pusaka nabi s.a.w.

Menjadi amalan Khulafak rasyidin juga, dimana sahaja mereka pergi, merek akan ambil karguzari/laporan masjid. Apa amalan yg ada di masjid kamu. Ibnu muawiyah khindi kata bahawa Umar r.hu telah dtg ke negara sham, dia tanya apa keadaan org sham, mereka sedang buat kerja atau tidak. Kerja di sini bukan maksud pertanian, perniagaan, kerajaan. Jika umat hubungkan diri dgn amal masjid maka pasti tidak akan dtg azab Allah. walaupun azab telah ditakdirkan dtg, tapi kerana amal masjid, azab itu akan dijauhkan. Umar tak tanya pasal makan, minum, keperluan org islam. Umar tak fikir tentang perkara tersebut. Di zaman tersebut, bila org islam jauh dari agama dan jauh dari amalan masjid maka mereka akan menangis tengok keadaan org islam. Umar kata, masjid kamu ini macam unta liar. Bila lihat kenalan, akan ikut kenalan. Kamu juga macam tu, bila masuk masjid, bila lihat tak ada org dlm masjid, kamu akan keluar dari masjid spt unta liar lari dari tuannya. Ibnu muawiyah kata, tidak! Ada berbagai-bagai halaqah dlm masjid kami. Mereka bercerita dan dengar tentang perkara2 yg baik. Umar kata, selagi mana kamu buat begini selagi itulah kamu akan dpt kebaikan dari Allah. Semua kita azam utk hidupkan masjid kita dgn tertib ini. insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir