Hayatus sahabah - maulana saad

20/01/2018 - nizamuddin

Utk semua agama yg batil dan kumpulan2 batil dtg kpd islam, sebab yg paling utama ialah kesatuan hati org islam. Sekiranya org islam tak bersatu maka org bukan islam tak akan dtg kpd islam. Asbab yg paling utama yg akan memberi kesan kpd org bukan islam ialah kesatuan dan ketaatan. Ketaatan ialah utk menyatukan. Imamat/ketua/amir ialah utk ketaatan. Sekiranya tidak ada imamat, maka tak akan ada ketaatan. Bila tak ada ketaatan maka tidak akan ada kesatuan. Rasulullah s.a.w dan khulafak rasyidin, mereka sentiasa memahami bahawa kesatuan org islam merupakan kekuatan islam.

Imamat adalah ketaatan. Apakah maksud imamat? Imamat adalah utk menyatukan atau utk menzahirkan ijtimaiyat/kesatuan. Dari perangai yg berbeza, warna yg berbeza, kaum yg berbeza, mereka bersatu di bawah satu amir. Org2 musyrikin telah terkesan melihat ketaatan sahabat kpd nabi s.a.w sehingga mereka lupa bahawa mereka juga mempunyai hamba. Utusan2 dari org kafir yg dtg jumpa nabi s.a.w, mereka lihat kesatuan dan ketaatan sahabat kpd nabi s.a.w, mereka mengatakan bahawa, kami telah pergi berjumpa ramai raja2 didunia ini, kami tidak melihat ketaatan dan hubungan yg  begitu rapat spt mana sahabat dan nabi s.a.w. Kami tak pernah lihat di tempat yg lain. Ketaatan ini menyebabkan umat dtg kpd kebaikan. Dizaman nabi, imamat dan ketaatan begitu ihtimam.

Semasa fatah mekah, nabi bersabda, wahai abu sufian, kamu dtglah kpd islam, kamu akan selamat. Maka abu sufian telah terima islam. Tiba waktu subuh, sahabat berlumba2 buat persiapan solat. Bila dengar azan, mereka semua risau mcm mana nak menyempurnakan perintah azan tadi. Abu sufian lihat org ramai secara ijtimai, bergerak serentak. Dia tanya saidina abbas, adakah mereka ini membuat persiapan utk berlawan dgn org musyrikin? Tidak! Mereka sedang berlari2 bersegera nak berwuduk. Persiapan utk solat. Saidina abbas suruh abu sufian berwuduk.  Nabi bangun utk berwuduk, sahabat berebut2 utk ambil air lebihan wuduk nabi s.a.w. dan sapu ke muka mereka. Abu sufian lihat semua ini. Rasulullah s.a.w telah mengimami solat subuh. Nabi takbir Allahuakbar, maka semua sahabat sebut Allahuakbar. Nabi rukuk, semua rukuk. Nabi iktidal, semua iktidal. Abu sufian tengok keadaan solat ini, dia kata, hari ini aku lihat ketaatan yg tak pernah aku lihat dlm kerajaan2 lain. mereka rukuk, sujud dgn satu imam.  Aku tak lihat ketaatan dlm diri rakyat kerajaan rom & parsi sebagaimana ketaatan yg ada di kalangan para sahabat nabi. Nampaknya, hari ni, anak saudara kamu punya kerajaan adalah paling besar. Telah mengatasi semua kerajaan2 lain. Saidina abbas kata, ini bukan kerajaan, bahkan ini adalah nabuwwah/kenabian. Pemerintahan kerajaan adalah atas kebendaan/tubuh badan. Nabuwwah/kenabian adalah atas hati2 manusia. Kerajaan kebendaan memerintah atas tubuh badan bukan atas hati. Tubuh badan mereka taat pd raja tapi hati mereka benci pd raja. Adapun kenabian memerintah atas hati. Sahabat sangat mencintai kenabian. Sahabat sanggup buat apa sahaja yg diperintah oleh nabi s.a.w.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir