Hayatus sahabah - maulana saad

05/02/2018 - nizamuddin

Mengambil berat tentang solat2 sunat dan memperbanyakkannya adalah menjadi sebab yg paling utama utk kita hampir dgn Allah s.w.t sehingga Allah akan menggerakkan seluruh anggota badan dia mengikut keinginan Allah. Allah akan bagi tumpuan paling banyak kpd hambaNya dlm 2 keadaan. 1. ketika sedang beribadat   2. ketika sedang sibuk memberi dakwah

Dakwah dan ibadat adalah 2 sebab utk menarik rahmat Allah kpd seseorang hamba. Allah akan bagi tumpuan pd hambaNya ketika sedang berdiri utk dakwah. Allah tengok dgn pandangan khusus pd hambaNya yg sedang sujud.

Dlm setiap peperangan nabi menumpukan fikiran sahabat kpd ibadat kerana baginda risau sahabat tersalah anggap bahawa maksud drp peperangan ialah utk mendapatkan harta rampasan. Kena faham  1. mau’ud   2. maksud

Sekiranya maksud tidak dijadikan tumpuan utama maka mau’ud (apa yg dijanjikan) tidak akan tercapai. Mau’ud/janji akan bersama dgn maksud. Sebanyak mana bantuan ghaib yg dtg kpd sahabat, ini semua adalah mau’ud. Janji bukan maksud. Janji  bukan perkara utama. Perkara utama ialah maksud,

Maksud tanam pokok utk dptkan buah-buahan. Bayangan pohon tadi adalah mau’ud. Tanam pokok dpt buah dan teduhan. Tanpa maksud, mau’ud tak dpt disempurnakan. Nabi s.a.w sentiasa memalingkan sahabat drp mau’ud kpd maksud. Sahabat sama sekali tak akan lihat mau’ud yg boleh menyebabkan mereka lupa pd maksud. Bahkan mereka sentiasa tumpukan pd maksud. Ini kena faham betul2.

Jgn disebabkan mau’ud ini menyebabkan kita terlalai drp maksud. Di Uhud, sahabat telah tertumpu pd harta ghanimah, maka Allah telah rampas kembali kemenangan sehingga mau’ud  dan maksud tak diperolehi. Bila tertumpu pd mau’ud, musuh telah dtg menyerang sehingga sahabat menjadi kelam kabut sehingga ada sahabat yg terbunuh sahabatnya sendiri.

Tumpuan utama kita adalah pd maksud, bukan pd mau’ud. Satu jemaah telah bawa pulang harta ghanimah yg banyak dlm masa yg singkat. Abu bakar kata, wahai rasulullah, kami tidak pernah melihat sebelum drp mereka ini yg bawa pulang harta ghanimah yg banyak dlm masa yg singkat. Nabi kata, mahukah aku khabarkan pd kamu org yg lebih banyak dan lebih cepat dari mereka? Siapakah mereka? Org yg mengambil wuduk dgn sempurna, kemudian menuju ke masjid, tunaikan solat subuh berjemaah, kemudian tunggu di masjid sehingga tiba waktu isyrak, solat isyrak dan balik.   

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir