Hayatus sahabah - maulana saad

06/02/2018 - nizamuddin

Di zaman sahabat, mereka tidak pernah terfikir bahawa akan ada org yg akan meninggalkan solat fardu kerana meninggalkan solat fardu itu difahami sebagai mengkufuri Allah s.w.t. Meninggalkan solat sunat pula merupakan satu keaiban yg sangat besar.

Satu org sahabat telah dtg berjumpa nabi s.a.w, telah mengadu tentang seorang sahabat yg tidak menunaikan solat, tidak berpuasa, tidak membayar zakat. Macam mana dia boleh jadi org islam sedangkan dia tak solat, tak puasa, tak bayar zakat. Tak mungkin dia jadi org islam. Nabi s.a.w panggil sahabat tersebut dan panggil juga sahabat yg buat aduan. Sahabat yg dituduh kata tidak mungkin dia tak solat, tak puasa, tak bayar zakat. Sahabat yg buat aduan kata, dia tak tunaikan solat sunat, tak puasa sunat, tak bagi sedekah sunat. Di zaman sahabat, org yg tinggalkan solat sunat pun diadukan kpd nabi s.a.w. Oleh itu, kena jaga solat2 sunat.

Dgn kita jaga solat2 sunat, akan memberi kesempurnaan pd solat2 fardu. Dgn jaga solat2 sunat akan jadi sebab utama utk hampir dgn Allah s.w.t. Huzaifah r.hu kata, saya tunaikan solat maghrib dgn nabi s.a.w, kemudian lepas solat maghrib nabi sibuk dgn solat sunat sehingga isyak. Ammar b yasir kata, saya lihat kekasihku, muhammad s.a.w, menunaikan solat awwabin antara maghrib & isyak sebanyak 6 rakaat. Nabi s.a.w bersabda, sesiapa yg solat sunat awwabin 6 rakaat, maka semua dosa dia akan diampunkan walaupun dosa dia sebanyak buih di lautan.

Apa maksud buih dilautan? Ribuan buih di lautan. Begitu banyak dosa akan diampunkan. Maha pengasih Allah, dgn solat 6 rakaat awwabin, Allah ampunkan dosa yg begitu banyak.

Dlm riwayat yg lain, sesiapa yg tunaikan solat awwabin selepas maghrib sebanyak 6 rakaat, akan dpt ganjaran 12 thn solat sunat.

Abdullah b masud kata, waktu antara maghrib & isyak sangat sunyi, waktu persendirian, pd waktu ini org tak ada apa2 urusan, waktu yg sangat lapang, bila tunaikan solat sunat antara maghrib & isyak, maka malaikat akan tutupi mereka  dgn sayap2nya. Soalt tersebut ialah solat awwabin.

Seorang sahabat telah kahwin dgn janda abdullah b rawahah r.hu. Dia tanya, apakah amalan abdullah b rawahah di rumah? Sebelum keluar rumah akan tunaikan 2 rakaat. Bila masuk rumah akan tunaikan 2 rakaat. Amalan yg tak pernah ditinggalkan oleh Abdullah b Rawahah. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir