Hayatus sahabah - maulana saad

03/02/2018 - nizamuddin

Selagi mana keinginan org islam tidak berubah kpd ibadat, maka selagi itulah kita kena faham bahawa org islam belum ada hubungan dgn ibadat. Sesuatu yg ada hubungan dgn org islam maka org islam akan memenuhi perkara tersebut dgn penuh rasa keinginan. Keinginan ambiya a.s adalah kpd ibadat. Keinginan/kesukaan/syahwat kita hari ni digunakan utk tubuh badan. Ambiya a.s menggunakan syahwat/nafsu mereka utk ibadat. Keinginan ambiya yg paling banyak ialah juga kpd infradi dakwah.
2 perkara iaitu   1. infradi dakwah   2. infradi ibadat

Sahabat berkahwin pun utk ibadat. Usman b abil as r.hu, telah berkahwin dgn janda umar r.hu dan dia sentiasa tanya drp janda umar r.hu, macam mana tahajjud umar r.hu. Dia kata, aku kahwin dgn janda umar ini bukan utk ambil harta tapi supaya aku dpt tahu macam mana tahajjud saidina umar r.hu. Kahwin kerana hanya utk perkara tersebut. Amalan di luar rumah kami nampak tapi amalan malam hari di rumah kami tak nampak. Utk itu, aku kahwin dgnnya.

Maulana ilyas rah. kata, selagi mana solat itu tak jadi makanan utk kamu maka selagi itulah kamu tidak akan merasai kemanisan dlm solat. Sebaliknya kamu akan rasa solat itu macam duri yg mencucuk kamu. Hari ni, kita terpaksa buat 4 rakaat, kalau boleh nak buat 2 rakaat sahaja. 2 rakaat pun kita rasa berat. Org musafir kata seronok bermusafir sebab boleh solat 2 rakaat sahaja.

Sepatutnya kita kena solat 50 waktu tapi telah diberi pengurangan oleh Allah sehingga 5 waktu sahaja, pun kita dlm keadaan macam ni. Maknanya, solat itu ditunaikan dgn penuh rasa berat, bukan dgn penuh rasa keinginan/kesukaan. Sahabat r.hu, bila terjaga sahaja terus bangun buat 2 rakaat solat tahajjud tanpa lengah.

Selagi mana hati kita tak jatuh cinta dgn solat2 sunat dan hati tiada hubungan dgn solat2 sunat, maka selagi itulah kita tidak akan dtg kpd asbab utk dekatkan diri kpd Allah. Asbab yg paling besar utk dekatkan diri kpd Allah ialah tahajjud pd malam hari dan memperbanyakkan solat2 sunat. Sahabat r.hum sangat mementingkan solat tahajjud.

Abu bakar tanya umar r.hu, bila kamu solat witir? Aku buat witir semasa tahajjud. Abu bakar kata, kalau kamu tak bangun? Umar kata, tak mungkin berlaku aku tak bangun tahajjud (maksudnya tahajjud satu perkara yg sangat besar). Abu bakar tunaikan witir sebelum tidur sebagai berjaga-jaga kerana takut tak terjaga di malam hari.

Hari ni kita tak letakkan nafsu kita di atas jln mujahadah. Perut dan kemaluan akan bawa kita kpd kejahatan yg sangat ketara. Kejahatan yg tiada had. Kita sentiasa penuhi tuntutan perut dan kemaluan. Hari ni, kalau kita bersegera kpd solat sunat sebagaimana kita bersegera utk penuhi kemahuan perut dan kemaluan kita, maka pasti ibadat kita akan ada hubungan dgn Allah.

Maulana ilyas rah kata, bahawa keluar di jln Allah ini adalah utk wujudkan hubungan kita dgn ibadat. Kita masih belum faham bahawa keluar di jln Allah adalah utk wujudkan kesempurnaan iman dan ibadat.

Bagaimana amalan tahajjud abu bakar dan umar? Yahya b said kata, abu bakar akan tunaikan solat witir sebelum tidur dan tunaikan solat tahajjud 2 rakaat-2 rakaat. Aslam, khadim umar kata, umar r.hu tunaikan solat tahajjud sebanyak mana taufiq Allah bagi pd dia sehingga separuh malam berlalu. Dia akan kejutkan ahli keluarga dia utk tunaikan solat. Hari ni, dlm rumah kita tidak wujudkan suasana ijtimai utk tunaikan solat sunat dlm rumah. Ini adalah kesilapan yg besar. Kita kata, ini cuma solat sunat, tak perlu ganggu tidur sesiapa. Kita kata ini bukan kefarduan, tak perlu kejut. Umar kejut semua ahli keluarga utk tahajjud.

Selepas isyak manusia terbahagi kpd 3 golongan;

  1. malam merupakan satu kemudaratan utknya dan habiskan masa memaksiati Allah
  2. malam jadi sangat berfaedah utknya. Habiskan malam beribadat kpd Allah
  3. malam tak jadi menafaat atau mudarat. Tidur terus lepas isyak sampai subuh

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir