Hayatus sahabah - maulana saad

07/02/2018 - nizamuddin

Kenapa hajat kita tak dipenuhi? Kerana dosa hajat kita menjadi banyak. Hari ni, org kata kita sentiasa ada hajat tetapi sebenarnya tidak. Cuba kita bandingkan hajat para sahabat dan hajat kita hari ni. Hajat atau keperluan para sahabat sangat sedikit. Zaman sekarang, kita ada bermacam2 hajat/keperluan. Melalui keperluan yg banyak, dosa akan meningkat. Perbelanjaan yg banyak akan menambahkan dosa. Melalui keinginan nafsu, hajat makin bertambah. Org yg terbiasa dgn keinginan nafsu maka keinginan nafsu itu akan jadi satu keperluan kpd dia. Sehingga dia akan memenuhi keinginan nafsu dia dan anggap ia satu keperluan.

Melalui dosa yg banyak akan bertambah keperluan kita. Apabila satu org buat dosa dan tak bertaubat, maka hati dia akan gelap. Satu org yg mencari rezeki dgn buat perkara2 yg haram, menyebabkan anggota badan dia akan dicemari dgn kekotoran. Bahkan, melalui dosa yg dia buat, pekerjaan yg halal pun akan dicemari dgn kegelapan. Kenapa? Kerana melalui dosa itu akan menyebabkan perkerjaan yg halal tidak akan kekal sebagai halal. Kerana dosa, pekerjaan yg halal tidak akan jadi halal lagi, bagaimana pula ibadat boleh kekal sebagai ibadat. Faham?

Maulana Yusuf rah. telah tulis dlm hayatus sahabah ini, beliau telah dtgkan dahulu bab solat taubat selepas itu baru solat hajat. Kenapa? Kerana bila seseorang buat solat hajat tanpa solat taubat maka hajat dia tak akan dipenuhi oleh Allah s.w.t. Seseorang yg ditunaikan hajatnya maka dia tak akan bertaubat. Seseorang yg lakukan dosa, tak mencukupi hanya dgn beristighfar. Pendosa kena, sucikan dosa yg dia telah buat dan kekalkan diri dia drp melakukan dosa.

Utk kekalkan diri drp melakukan dosa akan dtg, maka dia hendaklah jaga solat taubat. Setiap kali terbuat dosa kena melazimi solat taubat. Allah letak keistimewaan dlm solat mutlak, iaitu akan menyelamatkan kita drp dosa. Begitulah juga solat yg dilakukan kerana menyesali perbuatan dosa, maka lebih2 lagi solat ini akan mencegah dirinya drp kemungkaran. Solat mutlak ialah solat sunat yg biasa.

Bila terbuat dosa, segera tunaikan solat utk menyesali perbuatan dosa kamu. Bila terbuat dosa, kamu kena tinggalkan kawasan itu, kemudian solat taubat. Sebagaimana penyakit jasmani akan terkesan dgn suasana, begitulah juga dgn penyakit rohani akan terkesan dgn suasana. Dgn berada di suasana dosa, maka dia akan terkesan. Dgn menjauhkan diri drp suasana dosa akan mendatangkan kekuatan utk bertaubat.

Hari ni, kita buat dosa dan taubat di tempat yg sama tanpa tinggalkan tempat tersebut. Maka dia akan buat dosa dan taubat. Buat dosa dan taubat lagi. Sehingga dia rasa taubat pun dah tak ada nilai lagi dah sebab dia tak tinggalkan suasana dosa tersebut. Sebagaimana satu org yg telah membunuh 100 org. Org alim kata kamu kena tinggalkan tempat ini dan pergi ke tempat yg suasana baik. Ia akan mendatangkan kekuatan dlm taubatnya.

Suatu pagi, Nabi s.a.w kata pd bilal r.hu, malam tadi aku nampak kamu berjalan dlm syurga di depanku. Aku dengar tapak kaki kamu dlm syurga. Apa yg telah kamu buat? Bilal kata, bila aku terbuat apa sahaja dosa, maka aku akan tunaikan 2 rakaat solat sunat. Bila wuduk aku batal, aku berwuduk dan tunaikan solat sunat.

Mengekalkan diri dlm keadaan berwuduk ialah supaya kita sentiasa dlm keadaan bersenjata/musollah. Syaitan tidak dpt melawan kerana sentiasa bersenjata. Org yg tidak berwuduk akan menyebabkan mudahnya dtg was-was dlm hatinya.

Apa maksud solat hajat? Adakah sebab kita ada hajat kita solat hajat? Tidak! Solat hajat ialah utk kita hampirkan diri dgn Allah. Bila kita hampir dgn Allah, maka kita bagitahulah hajat/keperluan kita kpd Allah. Sebenarnya tidak ada solat utk hajat. Hajat adalah makhluk. Solat adalah utk khaliq. Solat bukan utk makhluk. Hari kita solat hajat, dari takbir sampai salam penuh dgn hajat. Padahal, solat kena ingat Allah. Solat yg tawajjuh dgn Allah akan hampirkan diri kita dgn Allah. Setelah hubungan kamu rapat dgn Allah maka mintalah hajat kamu dgn Allah.

Nabi s.a.w tak suruh para sahabat tinggalkan asbab. Nabi s.a.w melatih para sahabat utk membelakangkan asbab zahiriah sehingga sebelum mereka pergi tunaikan asbab, hajat mereka telah pun tertunai melalui amal. Kebelakangkan asbab kebendaan kamu dan kedepankan asbab amal sehingga kamu dapati tanpa kamu pergi kpd asbab zahariah, hajat kamu telah dipenuhi.
Hari ni, walaupun kita tunaikan solat, kita masih menuju kpd asbab. Kita fikir dgn solat ini hajat kita akan dipenuhi. Cara ini ialah cara otak yg rosak. Kita fikir setelah tunaikan solat, hajat kita akan dipenuhi melalui asbab kebendaan. Sepatutnya kita kena rasa hajat kita akan dipenuhi melalui solat. Sebaliknya, kita tunaikan solat hanya utk dptkan pahala dan utk dptkan hajat kena melalui asbab. Kita memahami melalui asbab kebendaan inilah hajat saya dipenuhi. Padahal, melalui solatlah yg sebenarnya secara langsung Allah akan penuhi keperluan hajat kita.

Kita kata, saya dah tunaikan solat hajat, melalui ubat inilah saya akan dpt kesembuhan. Saya dah tunaikan solat hajat, melalui kebun inilah saya akan dpt hasil. Saya dah tunaikan solat hajat, melalui kedai inilah saya akan dpt keuntungan. Kita yakin kejayaan melalui asbab selepas tunaikan solat. Ini salah. Maksud yakin pd solat bukan bermaksud kita tak ikhtiar pd asbab. Maksudnya ialah kita kedepankan amal sehingga kita buat amal itu dgn harapan pd amal, bukan harapan pd asbab. Harapan pd asbab ialah org yg menjadikan solat hanya sebagai satu perhiasan sahaja. Maulana Yusuf rah. kata, yakin pd solat dan yakin pd kedai tak boleh dihimpunkan di satu tempat. Dari segi amal boleh himpun tetapi dari segi yakin tak boleh dihimpunkan. Seseorang yg yakin pd kedainya, bila terlintas sahaja yakin pd kedai maka keyakinan pd solat akan keluar dari hatinya.

Maulana Yusuf rah. kata, meninggalkan asbab itu bukan mujahadah. Bahkan, mengurangkan kesibukan terhadap asbab itulah mujahadah. Membelakangkan kesibukan terhadap asbab adalah mujahadah. Hilangkan harapan pd asbab. Apa sahaja keadaan, langsung minta dgn Allah.

Satu ketika, org yg jaga kebun Anas bin malik, bagitahu, panas sangat terik, dah lama tak hujan, air tak ada. Anas b malik suruh ambil lotar utk beliau berwuduk. Beliau tunaikan solat dan doa. Dia suruh penjaga kebun pergi tengok ada nampak awan? Tak ada lagi. Beliau tunaikan solat lagi. 4X tunaikan solat. Kita kena sibukkan diri dgn solat sehingga hajat kita diselesaikan oleh Allah. Solat berterusan. Doa pun berterusan. Allah sengaja lewatkan keperluan hambaNya supaya hambaNya terus minta dgnNya. Allah suka hambaNya meminta. Tapi hari ni, kita doa sekali, hajat tak ditunaikan, kita kata doa tak diterima. Selepas 4X solat, bila tengok ada awan kecil telah dtg spt seekor burung sedang terbang. Beliau terus solat dan doa sehingga pekerjanya dtg bagitahu bahawa dilangit dipenuhi dgn awan. Hujan turun dgn lebat. Kamu pergi tengok hujan yg turun itu sampai mana? Hujan hanya turun di perbatasan tanah beliau sahaja.

Di arafah, nabi s.a.w telah berdoa tapi ada satu doa tak diterima. Nabi terus berdoa, sehingga di muzdalifah doa tersebut telah diterima.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir