Hayatus sahabah - maulana saad

27/01/2018 - nizamuddin

Kesempurnaan agama adalah dlm ittibaq sunnah. Kesempurnaan ibadat juga dlm ittibaq sunnah. Solat sunat rawatib adalah satu cara utk menyempurnakan solat fardu. Solat2 sunat adalah utk menyempurnakan solat2 fardu. Nabi s.a.w sangat2 mengutamakan solat sunat qobliyah dan badiah. Umat zaman skrang ni kata buat solat fardu dah mencukupi. Ini percakapan yg merendah-rendahkan agama. Kita berasa agama kecil. Bila kita tinggalkan perkara sunat maka kefarduan pun kita akan tinggal. Ini menjadi penyebab kita akan terjauh dari kefarduan kerana merasakan sunat itu perkara yg ringan.

Solat sunat sebelum fardu adalah merupakan penghormatan kpd solat fardu. Tunaikanlah solat qobliyah supaya kamu layak berdiri di depan Allah. Hari ni org berasa tak berhajat kpd agama tapi berhajat pd dunia. Dia rasa dia tak perlu pd agama. Nabi s.a.w solat sunat 4 rakaat sebelum zohor dgn qiam yg panjang.

Pelajar yg belajar ilmu dan pentingkan mentelaah dari amal, ini tipu daya syaitan. Sekiranya dgn solat sunat tak dpt hasilkan hubungan dgn Allah, bagaimana nak hasilkan hubungan dgn Allah melalui ilmu? Tinggalkan solat sunat sebab nak baca kitab. Ilmu adalah utk amal. Jika latihan amal tak dibuat semasa belajar ilmu maka kamu tak akan dpt taufiq utk beramal dgn ilmu yg kamu pelajari.

Ramai manusia hari ni, kerana kesibukan mencari ilmu telah tinggalkan solat berjemaah. Pengajian yg panjang sehingga tinggalkan solat berjemaah maka ilmu yg dia belajar langsung tak ada maksud. Belajar ilmu utk ibadat tapi ibadat ditinggalkan. Ini adalah satu kerugian yg besar. Tinggalkan amalan sunat utk dptkan ilmu. Ini tidak betul. Ilmu adalah sifat Allah. Tanpa dekatkan diri dgn Allah kamu tak akan dpt hasilkan ilmu. Jln yg paling cepat utk hampirkan diri dgn Allah ialah solat.

Abdullah b said kata, nabi s.a.w tunaikan 4 rakaat solat selepas tergelincir matahari (selepas zawal). Inilah waktu di mana semua pintu2 langit dibuka. Aku ingin supaya amalan aku di waktu ini diangkat ke langit. Ali r.hu kata, nabi s.a.w tunaikan 4 rakaat sebelum zohor dan 2 rakaat selepas zohor. Aishah r.ha kata, kalau tak sempat tunaikan 4 rakaat sebelum zohor, maka nabi akan tunaikan 4 rakaat selepas zohor. Abu ayub ansari kata, aku lihat nabi s.a.w sangat2 jaga 4 rakaat solat sunat sebelum zohor. Nabi s.a.w solat sunat 4 rakaat sebelum asar dan solat sunat 2 rakaat selepas maghrib dgn rakaat yg panjang.  

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir