Mesyuarat Malaysia 2017 - bayan hidayat maulana saad

26/10/2017 - nizamuddin

Setiap org yg kita jumpa kita minta dia dtg ke masjid. Kekurangan yg berlaku ialah kita dakwah org tapi tak bawa org ke masjid. Org yg bagi dakwah di luar masjid, yakin mereka juga rosak. Org yg didakwah bagi alasan tak nak pegi masjid dan org yg mendakwah terkesan dgn alasan tersebut maka yakin dia pun rosak. Allah yg selesaikan semua masalah. kita tashkil mereka ke masjid. Bila kita nak buat amalan memakmurkan masjid, kita baca muntakhab hadith, bab kelebihan masjid, baca fadilat dan hantar jemaah keluar. Ramai sahabat buat usaha bawa org ke masjid. Sahabat yg lapar dtg ke masjid. Sahabat yg ada masalah hutang dtg ke masjid. Bila ribut, dtg ke masjid. Kita fahamkan umat bila dtg ke masjid masalah akan selesai. Allah akan selesaikan masalah. Dgn penuh hikmah kita bawa org ke masjid. Org yg bagi alasan tak nak dtg ke masjid, jgn ada sedikit pun dlm hati kita sangka buruk terhadap dia. Masjid adalah rumah Allah, bila dtg ke masjid kita jadi tetamu Allah, maka Allah akan selesaikan masalah kita, Allah akan layan kita.

Bila org tinggalkan usaha agama, maka org tak sayang pd agama. Hari ni, manusia telah gunakan tenaga dan harta utk dunia, maka telah dtg dlm diri mereka sayang pd dunia. Mereka tak ada kerisauan dlm agama. Abu bakar r.a kata, macam mana abu bakar dpt hidup sedangkan agama berkurangan. Asas usaha kita ialah bawa manusia kpd usaha yg telah ditentukan. Bawa manusia kpd suasana yg baik. Amalan masjid adalah amalan tarbiyah. Hasil drp gahst ialah kita bawa org kpd satu suasana yg mana suasana ini dpt membuka pintu hidayat. Bawa ke masjid maka manusia akan ada hubungan dgn Allah. berada dlm suasana malaikat, maka kesan nur malaikat akan masuk dlm hati kita. Maksud drp gasht ialah bawa manusia kpd amalan2 masjid. Sahabat kata, mari kita duduk dan beriman seketika. Ini amalan sahabat. Kita bawa org dari suasana yg lalai kpd suasana yg baik. Suasana buruk memberi kesan buruk. Suasana baik memberi kesan baik. Oleh itu, kita bawa org dari suasana yg buruk kpd suasana yg baik. Ini adalah amalan masjid nabawi. Amalan nabuwwah.

Tarbiyah utk buat hubungan dgn Allah ialah di masjid. Bani tsaqif masuk islam tapi tak mahu solat, tak mahu bayar zakat. Nabi letak mereka dlm suasana masjid. Hati mereka akan jadi lembut. Asal utk wujudkan hubungan manusia dgn Allah ialah dgn amalan masjid. Gasht bukan sekadar jumpa org. Gasht ialah utk bawa org ke amalan suasana yg baik. Org yg berjalan ke masjid, rahmat Allah akan berlari kpdnya. Kita bawa org ke rumah Allah, maka Allah akan gembira dgn org tersebut.

Kita sediakan org utk solat. Baginda sendiri ajar umat utk solat. Masa keluar di jln Allah, kita usaha betulkan solat, solat yg panjang2. kita putuskan hubungan dgn dunia utk buat hubungan dgn amal. Kita jaga solat tahajud, isyrak, dhuha, awwabin. Kita biasakan diri kita dgn berdoa. Kita duduk dlm taklim dgn sungguh2 hingga yakin pd janji2 Allah. Taklim pagi kita baca muntakhab hadith, halaqah quran dan muzakarah 6 pts. Taklim ptg kita baca fadilat amal dan fadilat sedekah. Amalan 2½ jam ialah bawa org ke masjid. Kita buat taklimi gasht dan bawa org ke masjid. Ini adalah amalan sahabat. Imam malik rah. kata, umat hari ni hanya akan terislah dgn cara umat terdahulu telah diislahkan.

Taklim masail, kita kena duduk dlm majlis2 ulamak. Maksud drp usaha ini ialah supaya org2 jahil/awam dpt duduk bersama dgn ulamak. Semua amal berasaskan ilmu. Kita kena ambil faedah dari majlis2 ulamak. Kita keluar di jln Allah dgn ilmu. Ulamak spt awan yg bergerak. hujan adalah rahmat, usaha dakwah juga adalah rahmat. Ulamak kena bergerak.

Kita juga kena jadi org yg banyak berzikir pd Allah. zikir dgn penuh tumpuan pd Allah. zikir tanpa tumpuan adalah biadab. Zikir dgn berwuduk, mengadap kiblat. Kita juga sibukkan diri dgn belajar quran.

Dgn kita keluar di jln Allah, kita berada di jln ambiya, siddiqin dan syuhada. Dgn dakwah, amal akan wujud di kalangan umat. Buat usaha tanpa ilmu, maka kejahilan akan tersebar. Buat usaha tanpa zikir, maka kelalaian akan tersebar.

Antar rumah nabi dan mimbar adalah taman syurga. Sahabat suka duduk di raudah. Bila jemaah dibentuk tapi tak gerak waktu malam, nabi kata adakah kamu tak nak berada di tmn2 syurga. Bila keluar jln kaki, hidayat Allah cepat sampai ke tempat tersebut. Debu2 yg melekat pd anggota org keluar jln Allah akan diharamkan dari api neraka. Bila sahabat dengar, mereka telah turun dari tunggangan mereka. Siapa yg keluar di jln Allah merentasi lautan dan meninggal, maka Allah sendiri akan cabut roh dia.

Maulana ilyas kata, pergerakan da’i adalah spt matahari. Ia berterusan bergerak. Memberi cahaya ke seluruh alam. Da’i bergerak dgn amal yg sempurna maka akan menyinari alam. Hindarkan diri dari percakapan sia2. Satu org telah mati semasa perang uhud. Org kata dia ahli syurga. Nabi kata macam mana kamu tahu dia ahli syurga. Dia keluar di jln Alah dan buat perkara yg sia2. perkara sia2 yg paling besar ialah handphone. Jgn bawa hp. Bagi pd amirsab. Kalau ada keperluan nak guna hp, minta dgn amirsab spt mana keperluan2 yg lain kita minta izin dgn amirsab. Taat dan minta izin amirsab adalah asas tarbiyah.

Org yg  nak balik ke makami, bagi masa 8 jam utk masjid. 4 jam pagi dan 4 jam ptg. Mesyuaratkan apa yg nak buat. T/jawab umat ini adalah secara ijtimai. Kita hidupkan amalan memakmurkan masjid. Semua sedia insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir