Mesyuarat Malaysia 2017 - bayan subuh maulana saad

27/10/2017 - nizamuddin

Bila taat rasul akan dtg kejayaan. Adakah saya beramal mengikut ilmu atau bersalahan dgn ilmu. Kalau tiada ilmu, walaupun susah, ia adalah musyaqqah. Musyaqqah tiada faedah. Mujahadah baru ada faedah. Ada satu org rahib telah beribadat sehingga lemah badan, umar r.a menangis lihat rahib. Kerana dia tak akan dpt apa2 pun dari Allah. kesusahan dlm beramal tapi membawa ke neraka.  Syarat utk amal diterima ialah mengikut cara/sunnah nabi s.a.w. Bila ikut sunnah, ia jadi mujahadah dan jadi sumber hidayat. Bila amalan tidak mengikut sunnah, ia jadi musaqqah, tiada ganjaran dari Allah. amal hanya diterima bila ada iman dan ilmu.

Ilmu ialah satu tarikah. Iman adalah ikhlas. Org yg beramal semata-mata kerana Allah, mukhlis, tapi tiada ilmu, amalan tak diterima, dia dipanggil org mukhlis yg jahil. Kita kena tengok amal yg kita buat samada musaqqah atau mujahadah. Setiap perkara kena ikut ittibaq sunnah. Samada amalan dakwah, ibadat dan adat (amalan/keperluan harian). Yg membezakan antara manusia dan haiwan ialah ittibaq sunnah. Manusia ada keperluan. Haiwan pun ada keperluan. Jln perlaksanaan berbeza. Bila bersalahan dgn sunnah nabi membawa kegagalan. Hari ni org anggap selain cara sunnah adalah kemajuan. Org yg makan/minum dgn tidak melihat pd halal dan haram sama spt haiwan. Mereka menyempurnakan keperluan mereka menyerupai sifat2 haiwan. Maka tempatnya adalah neraka.

Perbezaan islam dan bukan islam adalah dlm ittibaq sunnah. Itu juga perbezaan antara insan dan haiwan. Org islam bukan hanya menunaikan kefarduan. Ada org kata tunaikan yg fardu sudah cukup. Fardu hanya syarat utk masuk islam. Bukan utk membezakan antara islam dan bukan islam.

Apa itu islam? Islam tertegak atas 5 perkara. Dlm 5 perkara itu diringkaskan jadi 2 sahaja iaitu iman dan ibadat. 1 iman dan 4 lagi ibadat. Itu adalah asas kpd islam. Setiap bangunan ada asas. Asas bangunan tak nampak, ia berada dlm tanah. Org tak lihat banyak mana iman dan ibadat kita. Org akan lihat pd akhlak, muasyarat dan muamalat. Solat, puasa, zakat, haji adalah ibadat.

Dlm ittibaq sunnah, org bukan islam dpt mengenali org islam. Islam dah jadi umum. Oleh itu, salam telah jadi umum. Nama Allah telah jadi umum. Rahmat Allah juga telah umum. Hendaklah bagi salam pd org yg kamu kenal dan tidak kenal. Kalau bagi salam hanya pd org yg kita kenal, itu salah satu tanda kiamat. 3 perkara kena ikut ittibaq sunnah, dlm dakwah, dlm ibadat dan adapt (keperluan harian), baru dpt membezakan antara islam dan bukan islam.

Pertama, ittibaq sunnah dlm dakwah. Agama yg nabi bawa telah ditetapkan. Kita tak boleh buat ikut apa yg kita nak buat. Nabi telah bawa ahkam/perintah Allah. utk sebarkan agama pun jlnnya telah ditetapkan. Dakwah mengikut tarikah nabi s.a.w. Sebagaimana solat, puasa, zakat, haji, cara berwuduk, semuanya ada tarikah yg ditetapkan. Tabligh adalah perintah Allah. macam mana nabi telah sampaikan agama kpd umat. Hari ni, ramai org buat dakwah dgn cara yg tak dibuat oleh nabi s.a.w.  

Utk sampaikan agama, Allah jadikan insan/manusia. Dari adam a.s hinga nabi s.a.w, dan selepas itu umat ini telah dipertanggungjawabkan utk sampaikan agama kpd umat. Apakah sunnah dlm dakwah? Iaitu org islam dgn diri dia sendiri sampaikan dakwah. Menggunakan alatan tak sunnah. Kita tak boleh wakilkan supaya org solat utk kita. Begitu juga amalan dakwah. 

Org yg nak sampaikan agama ikut fikiran sendiri, sebenarnya dia tak berakal. Nak sampaikan agama dgn cara sahabat. Dlm ibadat, anggota kita diperintahkan utk lakukannya. Dlm keperluan/adat, anggota kita diperintahkan utk lakukannya, begitu juga dgn dakwah, anggota kita diperintahkan utk lakukannya.  

Dlm islam tak ada parti. Yg ada cuma org islam dan org kafir. Ditengah2 ialah org munafik. Org munafik berbelah bagi. Mereka tengok keadaan. Kalau sesuai, ikut islam. Org islam satu jemaah. Nabi jumpa semua org. nabi dakwah semua org. dlm satu safar, nabi dakwah org kpg badwi. Org badwi tu minta saksi atas dakwaan nabi sebagi persuruh Allah. pokok dari hujung kpg telah membelah bumi dan dtg kpd nabi s.a.w menjadi saksi dan ucap kalimah sebanyak 3X. Ini dipanggil nusrah ghaib. Kemudian balik ke tempat asal. Org badwi tadi telah masuk islam.

Mujahid adalah utk insan. Alatan bukan mujahid. Mujahadah da’i adalah sebab kpd hidayat. Semasa safar hijrah, nabi telah lalu jln yg ada perompak. Nabi telah dakwah perompak. Da’i tak melihat kemuliaan diri. Dlm memberi dakwah, lihat nilai org yg akan didakwahkan/mad’u. jgn pandang rendah pd sesiapa.

Nabi s.a.w telah letihkan diri dlm 2 perkara. Infradi dakwah dan infradi ibadat. Semoga Allah maafkan kita sebab 2 perkara inilah yg kita tak buat sekarang. Dakwah hanya dlm ceramah dan penulisan. Sahabat guna diri sendiri utk dakwah. Nabi telah letihkan diri sehingga Allah lihat nabi dgn pandangan kasih sayang. 


Maksud nabi dihantar utk selamatkan umat dari neraka. Hadrat umar r.a sedih lihat keadaan nabi. Usaha da’i adalah sebab mad’u mendapat hidayat. Dlm peperangan pun sahabat bagi dakwah. Khalid al walid bagi dakwah pd panglima tentera rom. Dia masuk islam dan syahid. Nabi telah jadikan setiap sahabat da’i.

Ikramah bin abu jahal telah lari dari mekah. Naik kapal nak pergi yaman. Ummu hakim telah pergi cari suami dia. Kapal telah belayar. Ombak besar. Ikramah tanya macam jalan nak selamatkan diri. Kapten kapal kata satu sahaja cara iaitu ucap kalimah ikhlas. Apa itu kalimah ikhlas? lailahaillallah. Inilah kalimah yg akan memberi kejayaan. Dgn dakwah kapten kapal tadi dia telah masuk islam. Nabi kata bila ikramah dtg ikram dia. Jgn cerita keburukan abu jahal. Ummu hakim telah ambil keamanan dari nabi utk ikramah. Ikramah minta nabidoa kan keampunan utknya atas dosa2 yg dia telah buat dgn menyusahakn org islam. Nabi doa dan kata pdnya, kau muhajir dan mujahid.  Islam ialah meninggalkan keinginan utk taat perintah maka Allah akan letakkan kehebatan islam dlm hati org bukan islam.  

Dakwah infradi adalah perkara yg asas. Dakwah adalah utk da’i itu sendiri. Semua nabi buat dakwah dan semua nabi berjaya walaupun tiada pengikut. Dakwah bawa kpd mahul. Org batil akan bawa ke tempat2 maksiat. Dakwah kita bawa ke suasana masjid. Tempat utk bina iman ialah masjid. Bawa manusia dari mahul yg lalai di luar dtg ke masjid. Faedah dakwah ialah akan menyebabkan satu org itu teguh dlm iman dan ibadat jadi cantik. Ibadat dgn ilmu. Hindarkan diri dari perkara yg tidak berfaedah.

Org yg mendirikan solat bererti dia telah mendirikan agama. Solat yg khusyuk dan khuduq. Solat yg dpt menghindarkan dari fahsyak dan mungkar. Org yg tiada tokmaninah, maka Allah tak akan lihat pd solat sedemikian. Kena sempurnakan solat. Betulkan bacaan dlm solat. Org yg rosakkan solat, tak akan dpt dekatkan diri dgn Allah. bila solat rosak, maka di luar solat kita akan buat perkara2 yg haram. Sepatutnya solat akan bawa seseorang kpd taat.

Ilmu ialah apa perintah Allah atas saya pd ketika ini. Apa yg Allah nak itulah yg dikatakan ilmu. Apa yg manusia nak dikatakan kemahiran. Kemahiran hanya cara menambah keinginan manusia. Org yg berbangga dgn kemahiran/funun, ada naluri kekufuran. Amal yg dibuat tanpa ilmu adalah musaqqah. Tiada ganjaran. Tanpa kita bersohbat dgn ulamak kita tak akan dpt ilmu. Sahabat bersohbat dgn nabi. Tabiin bersohbat dgn sahabat. Alatan moden telah memisahkan org awam dgn ulamak.

Kita bawa ilmu keluar dijln Allah. org yg ada ilmu sampaikan ilmu. Org yg tak ada ilmu niat utk belajar ilmu semasa keluar di jln Allah. ulamak kena sampaikan ilmu pd org jahil. Umat spt tanah dan ulamak spt awan yg bergerak. Bila hujan turun, maka akan menyuburkan tanah. Dari hujan akan dpt taharah/kesucian, rahmat dan berkat.

Kita bergerak dgn ilmu. Bukan dgn kejahilan. Dgn pergerakan da’i akan menyebabkan org masuk islam. Spt matahari yg bergerak dgn cahaya dan akan menyinari semua tempat. Kita keluar di jln Allah dgn ilmu dan ibadat dan bawa cahaya kpd umat.  


Bangun bagi nama. Ulamak bagi azam utk keluar 1 thn. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir