Mesyuarat Malaysia 2017 - bayan subuh maulana saad

01/11/2017 - nizamuddin

Perintah Allah yg paling besar ialah beriman pd Allah. solat adalah perintah, puasa adalah perintah. Zakat adalah perintah. Semua amal2 ini adalah satu kefarduan. Belajar ilmu utk setiap amal adalah kefarduan. Begitu juga belajar ilmu utk iman adalah juga kefarduan. Hari ni org belajar ilmu tentang amal tapi tak belajar ilmu tentang iman.  Nabi s.a.w mengajar ilmu tentang iman sebagaimana baginda mengajar ilmu tentang amal. Ilmu iman adalah asas kpd semua amal2 supaya amal diterima, amal dpt keikhlasan.

4 perkara asas tanpa iman tak akan dpt: Semua org berhajat pd 4 perkara ini.
1. tanpa iman tak istiqamah dlm amal
2. tanpa iman tak sempurna janji Allah
3. tanpa iman tak dtg keikhlasan
4. tanpa iman tak dpt ganjaran dari amal tersebut

Istiqamah bukan bermaksud berterusan dgn amal. Ada org tetap dgn ibadat tapi rosak dlm muamalat. Org amalkan agama dan dlm masa yg sama tak nak rosakkan dunia. Muamalat, muasyarat dan akhlak tak nak ikut agama hanya ibadat ikut agama. Di zaman nabi, org munafik pun tak tinggalkan solat jumaat.

Istiqamah ialah berterusan amalkan keseluruhan agama. Sirotolmustaqim ditujukan pd semua amal yg sempurna. Inilah jln yg lurus. Istiqamah ialah buat semua amal. Hanya buat satu amal bukan istiqamah. Hari ni org islam amalkan agama yg nampak tak merosakkan dunia dia dan meninggalkan amal yg merosakkan dunia dia. Ini dipanggil agama nafsu. Agama dah jadi kurang iaitu menyempurnakan satu amal tapi meninggalkan amal yg lain.

Hari ni org kata, kalau saya tak ambil riba, perniagaan saya tak maju tapi saya org yg jaga solat. Dia istiqamah dlm amal yg lain tapi merosakkan amal yg lain. org macam ini tak dipanggil org yg istiqamah. Org yg tak istiqamah dlm agama maka agama dia akan mengikut keadaan. Dia akan sentiasa lihat, sekarang ni apa yg patut saya buat yg mana tak merosakkan dunia saya. Oleh kerana itu, org munafik tak istiqamah dlm agama. Agama ikut keadaan. Tidak mengikut perintah. Agama mcm ni adalah agama yg rosak.

Tanpa iman, seseorang tak dpt istiqamah dlm amal. Istiqamah ialah tetap dlm mengamalkan keseluruhan agama. Ibadat yg sempurna ada 10 perkara. Kata imam ghazali:
  1. solat
  2. puasa
  3. zakat
  4. haji
  5. muamalat
  6. tunaikan hak jiran
  7. dakwah illallah
  8. zikir
  9. baca quran
  10. ihtimam dlm sunnah
10 perkara ini adalah amali dlm kehidupan. Sekiranya kekurangan satu drp 10 perkara ini ialah seumpama satu org yg solat tapi tertinggal satu sujud. Agama tak sempurna.

Beribadat bukan sekadar solat dan tundukkan diri depan Allah. ibadat ialah menyempurnakan semua ahkam/perintah Allah. beribadat pd Allah ialah ketaatan pd Allah. solat hanya satu drp perintah2 Allah. istiqamah ialah amalkan keseluruhan agama. 


Org yg mentaati selain Allah telah menjadikan ghairullah sebagai rob dia. Org islam kata kami tak sembah berhala. Maulana Yusuf kata dlm solat menundukkan badan ke arah kiblat bukan perkara yg asas tapi menundukkan arah hati kpd Allah adalah perkara yg asas. Itulah syarat.  

Org yg mentaati selain Allah maka dia telah menjadikan ghairullah sebagai rob. Org yg amalkan apa yg diberitahu oleh makhluk dan meninggalkan apa yg disuruh oleh khaliq maka dia telah menjadikan makhluk sebagai rob. Satu perkara yg aneh bila org islam mentaati ghairullah tapi beribadat pd Allah.

Ibadat dan ketaatan adalah perkara yg sama. Bila amal agama berlawanan dgn kanun akan dtgnya nusrah Allah. dakwah kebenaran walau berlawanan dgn kanun barulah dtg nusrah Allah. bila ada org kata negaranya melarang wanita berpurdah. Adakah kamu dakwah tentang kepentingan purdah? Kalau tak dakwah, tapi hanya melawan kanun tak akan dtg nusrah Allah. bila batil buat kanun yg berlawanan dgn perkara yg hak akan jadi asbab menarik azab Allah. tapi org islam kena dakwahkan perkara tersebut. Kalau semua org batil bekumpul utk melawan satu sunnah istinjak, nescaya mereka tak akan dpt lawan tapi dgn syarat oleh islam mendakwahkan pekara tersebut.   

Nabi s.a.w telah minum madu disisi hadrat zainab r.ha. isteri2 yg lain telah bermesyuarat dan bagitahu supaya nabi tak minum lagi madu disisi zainab. Nabi telah setuju tak akan buat lagi utk jaga hati isteri2 baginda. Minum madu bukan perkara yg fardu. Tapi Allah tegur nabi, perkara yg halal kenapa diharamkan atas diri kamu. Hari ni, kita pula telah tinggalkan kefarduan bila isteri tak setuju. Bagaimana kita boleh tinggalkan kefarduan demi utk gembirakan manusia?

Semua batil berkumpul utk melawan satu sunnah maka batil akan hancur. Purdah adalah perintah allah. kalau org islam tak buat dakwah, maka Allah akan dtgkan ahli batil utk berlaku khilaf dgn perkara tersebut. Bila org islam tinggalkan dakwah tentang sesuatu perkara maka Allah akan dtgkan ahli batil utk berlawan dgn perintah tersebut. Org islam tak dpt lawan kebatilan kalau tak buat dakwah. Dgn dakwah bantu agama Allah maka Allah akan bantu kamu dan tetapkan pendirian/kaki kamu. Bantuan Allah bersama dgn org yg membantu agama.

Amalan org soleh mungkin akan zahirkan karamah tapi tak dpt menarik bantuan Allah. karamah berlaku atas individu. Sahabat adalah org yg membantu agama Allah. sahabat tak ada karamah tapi dpt nusrah Allah. bersama aulia ada karamah. Bersama sahabat ada nusrah. Karamah bersama dgn solihin. Nusrah bersama dgn 3 golongan, ambiya, siddiqin, syuhada. 3 golongan ini adalah org yg berusaha bantu agama.

Apa itu istiqamah? Istiqamah ialah amalkan keseluruhan agama. Nusrah akan dtg bila kita dakwahkan keseluruhan agama. Sekiranya semua ahli batil berkumpul nak lawan perkara ini maka Allah akan hancurkan mereka. Tanpa iman, istiqamah tak akan dtg dlm amal. Istiqamah ialah menjalani kehidupan mengikut seluruh perintah allah.

Tanpa iman, sebanyak mana janji Allah tak akan disempurnkan pd kita. Janji2 Allah utk org yg yakin. Janji Allah dtg pd ketika saat yg sangat teruk. Di hudaibiyah, Allah menjanjikan fatah mekah sedangkan pd ketika itu keadaan sangat teruk berlaku pd org islam. Di khandak, Allah janjikan kemenangan atas kaisar dan kisra dlm keadaan org islam sangat lapar ikat perut dgn batu.

Di hudaibiyah, tak boleh buat umrah, tak boleh masuk mekah, org kami yg sampai pd kamu kena hantar balik, org kamu yg sampai pd kami tak akan hantar balik. Tak ada satu pun dlm perjanjian itu yg menunjukkan keadilan. Tak ada satu pun tanda2 kemenangan. Org yg beriman yakin dgn kata2 nabi tapi org yg syak akan mendustakan kata2 nabi s.a.w. Org2 munafik tak nak pergi bersama nabi ke hudaibiyah. Mereka bagi berbagai keuzuran, sakit, tak de keperluan, dsbnya. Setengah menolak, setengah memberi keuzuran.

Di khaibar, Allah bagitahu nabi jgn bawa org munafik. Org yg tak pergi hudaibiyah, satu org drp mereka pun tak pergi khaibar. Padahal di khaibar dpt harta ghanimah yg banyak. Dpt banyak janji2 Allah ketika di khaibar. Maksudnya ialah org yg tak buat kerja semasa susah, maka ketika senang/kemenangan pun dia tak dpt bersama.  

Janji nabi pd sahabat dtg pd ketika tak ada satu asbab pun utk janji itu dpt disempurnakan. Sehingga sahabat terfikir, kami dtg bukan nak buat perjanjian dgn mereka, kami dtg nak buat umrah. Perintah Allah ini berlawanan dgn keinginan kamu. Adakah kamu sanggup korbankan keinginan kamu demi menyempurnakan keinginan Allah? ini ujian pd sahabat. Korbankan keinginan umrah. Perintah Allah balik. Bantuan Allah akan dtg dgn ketaatan pd Allah. Tanpa iman janji Allah tak akan disempurnakan pd kita. Org yg tak yakin pd janji Allah akan melihat keadaan.

Di khandak, sahabat tak mapu nak pecahkan batu. Sahabat mengadu pd nabi. Batu sangat keras. Nabi sendiri turun. Nabi bukan sekadar doa sahaja, bahkan nabi pun turun buat kerja. Bila kerja dibuat bersama, maka akan ada bantuan Allah. dakwah dan doa adalah perkara yg memerlukan antara satu sama lain. dakwah adalah syarat utk penerimaan doa. Hari ni umat telah lupa, tanpa dakwah doa tak diterima.  Kamu kena ajak kpd kebaikan sebelum tiba saat bila kamu minta Aku akan menolak doa kamu. Ini jelas.


Sahabat kesejukan di khandak. Tiada pakaian utk menutup diri mereka drp sejuk. Lapar, tiada makanan utk dimakan. Musuh ramai. Perasaan takut. Perut diikat dgn batu. Sahabat ikat 1 batu. Nabi s.a.w ikat 2 batu di perut. Disaat macam ni nabi bagitahu janji pd sahabat. Ada golongan yg hanya menunggu dan lihat. Org munafik. Tak dpt membezakan yg mana yg hak dan yg mana batil. Kalau menang mereka akan bersama. Kalau kalah, mereka akan lari. Mereka melihat keadaan. Mereka dipanggil hamba kpd keadaan. Mereka bukan hamba kpd perintah Allah.

Org beriman, dlm apa keadaan sekalipun, janji Allah dan rasul pasti akan berlaku. Perkara yg hak. Org beriman akan meningkat iman mereka. Org munafik akan semakin jelas kemunafikan mereka. Org munafik kata semua janji tipu. Org beriman bila dengar janji mereka lihat perintah Allah. org munafik bila dengar janji mereka lihat keadaan. Janji Allah akan disempurnakan mengikut yakin. Org beriman tamak dgn janji Allah dan rasul. Org munafik merpermain2kan janji Allah dan rasul.

Tanpa iman, tidak akan dtg keikhlasan dlm amal. Walaupun ada ilmu, tapi tiada ikhlas, maka amalan akan ditolak oleh Allah. sahabat tanya, apa itu iman? Nabi jawab, iman ialah ikhlas. Iman dan ikhlas adalah perkara yg sama. Ganjaran utk sesuatu amal mengikut kadar iman.

Hari ni kita ikhtiar atas asbab dgn penuh pengharapan tapi kita buat amal tanpa ada harapan. Kita letak harapan pd asbab. Melalui duit ada harapan. Melalui kebun ada harapan. Buat amal tapi tiada pengharapan melalui amal. Janji allah tiada dlm asbab. Janji Allah dlm amal. Harapan yg tiada janji adalah harapan yg sia2. Maulana Yusuf kata melalui asbab hanya dpt sekali sahaja faedah, itupun tak pasti. Sahabat tak letak harapan pd asbab tapi Allah bagi hasil tanaman mereka setahun 2 kali.

Alam ini adalah tempat zahirnya kudrat Allah/memperkenalkan Allah bukan tempat utk ambil faedah dari kudrat Allah. Antara darah kerbau dan najis kerbau, Allah telah alirkan susu yg putih. Ini utk zahirkan kudrat Allah. apa yg kita nampak adalah utk memperkenalkan diri Allah. betapa hebatnya Allah. kambing tak disyaratkan utk mengeluarkan susu. Abu bakar sedang perah susu dari anak kambing. Seorang wanita musyrik tegur apa kamu sedang buat. Anak kambing tak ada susu. Abu bakar kata, susu dtg dari khazanah Allah. ambil bekas. Saya akan perah. Wanita tadi bawa bekas yg besar dari rumahnya. Abu bakar perah susuh hingga penuh bekas. Bina hubungan dgn Allah, maka Allah kan tundukkan nizam alam ini pd kamu. Bukan utk shabat sahaja, bahkan hari ini pun Allah boleh tundukkan alam ni utk kamu.

Sahabat dpt 2 jln dari allah. dgn asbab dan tanpa asbab. Kita pula hari ni kata perlu banyak asbab. Utk dpt menarik faedah dari kudrat allah, jalannya ialah amal. Asbab bukan punca. Kalau asbab adalah punca maka kita akan tinggalkan amal dan pergi kpd asbab. Kalau yakin pd amal, maka kita akan kebelakangkan asbab.

Solat adalah jln utk ambil dari kudrat Allah. janji Allah tak terhad pd zaman sahabat sahaja. Doa dari seorang tabiin, Allah hidupkan keldainya. Allah akan bantu org beriman hingga hari kiamat. Nabi kata, bantuan utk org beriman akan dtg, sama macam 10 org dikalangan kamu. Dlm riwayat yg lain, akan dpt ganjaran 50 org di kalangan kamu. Kita telah bersangka buruk dgn Allah kerana wujud asbab2 ini.

Allah bagi asba pd kita sebab Allah nak uji kita. Antara asbab dan amal, nak kedepankan yg mana. Adakah Allah tak mampu bagi kita buah tanpa pokok? Kudrat Allah tak mengikut zaman. Kita kena hasilkan ilmu iman sebagaimana kita hasilkan ilmu2 kefarduan yg lain. iman bil ghaib adalah perkara yg asal. Bila nampak dgn mata zahir baru nak beriman, itu bukan iman. Org yg ada sifat menuntut bukti/dalil, ini adalah benih kekufuran.


Hari ni org islam kata, tunjukkan pd kami keberkatan agama baru kami akan buat kerja. Ini adalah kerosakan niat yg paling besar. Satu org yg beribadat dari kecil sampai mati dan Allah masukkan dia ke dlm neraka, itu adalah hak Allah. sebab beribadat dgn Allah tidak ada kaitan dgn masuk syurga. kita adalah hamba. Kita bukan bekerja dgn allah. hamba menyempurnakan perintah. Bukan kerana  balasan. Hari ni kita faham, bila taat perintah allah maka dunia akan bertambah.

Menyempurnakan perintah supaya kita jadi rapat dgn Allah dan Allah makin uji dia. Allah nak tengok, dlm kita mentaati perintah Allah, kita masih sakit, masih susah, makin miskin, keadaan makin teruk, ini adalah utk org yg mempunyai darjat yg tinggi. Org yg paling teruk ujian adalah ambiya a.s. dan ambiya adalah org yg paling rapat dgn Allah. kita masuk syurga bukan sebab amal tapi melalui ihsan/fadal Allah. amal utk tarbiyah. Ibadat adalah hak Allah.

Satu org jumpa maulana Yusuf suruh doa, dia dicalonkan utk masuk bertanding. Maulana tanya utk apa kamu masuk bertanding? Supaya saya dpt baiki keadaan org islam. Maulana kata, keinginan kamu nak lawan/jatuhkan org lain tu pun dah salah. Mana mungkin Allah akan baiki keadaan org islam. Niat kamu dah salah. Macam mana Allah nak islah. Niat kamu dah berlawanan dgn perintah Allah. drp kamu calonkan diri kamu, lebih baik kamu calonkan Allah supaya semua org pilih Allah. barulah Allah akan baiki keadaan semua org.

Kemurkaan dan kasih sayang Allah tak bergantung pd keadaan. Menyempurnakan perintah adalah kejayaan. Org yg memahami bahawa kejayaan dan kegagalan mengikut asbab zahir maka dia akan syak dlm agama. Perkara yg asal ialah iman bil ghaib. Membenarkan sabdaan nabi kerana menyakini nabi dan amal agama kerana yakin dgn janji allah.

Kita kena hasilkan ilmu tentang iman supaya akidah kita betul. Membetulkan akidah adalah fardu. Kita kena tahu alamat2 iman. Lihat iman kamu dlm ketaatan pd perintah Allah. hari ni org syak, kami dah buat tabligh bertahun2 tapi tak nampak pun karamah. Sepatutnya kita kena lihat iman melalui kesempurnaan amal. Tuntutan iman bukan tengok pd kesempurnaan keperluan.

Mukjizat bukan maksud perutusan ambiya bahkan mukjizat hanya bukti kenabian. Maksud kedatangan ambiya ialah mengajar agama.

Selagi ada 2 perkara ni, org islam akan ditindas:
  1. tamak pd negara dan harta org bukan islam dan cinta pd cara mereka
  2. inginkan kehancuran utk mereka
kena ada dlm hati org islam kebencian pd negara dan harta mereka dan tidak suka pd cara mereka dan inginkan hidayat utk mereka.

Masuk syurga bukan sebab amal apatah lagi buat amal utk dpt dunia. Solat hajat bukan utk hajat. Solat  utk khaliq dan hajat adalah makhluk. Org yg mana buat amal utk keperluan dunia maka amalan dia hanya utk waktu tersebut sahaja. Bila keperluan dah sempurna maka dia akan tinggalkan beramal. Buat amal utk keperluan bukan utk sempurnakan perintah Allah. buat amal sepanjang malam utk selesaikan keperluan dunia tapi solat subuh tak pergi. Hari ni agama dijadikan sebagai tempat utk menyempurnakan keperluan dunia.

solat akan rapatkan hubungan kita dgn Allah. walaupun hajat tak sempurna tetap tunaikan solat kerana nak rapatkan diri dgn Allah. kalau solat utk hajat, dari takbirratul ihram sampai salam dia akan fikir tentang hajat. Bila ada hajat, solat. Bila tak ada hajat, tak solat. Bila hajat tak sempurna, tak nak solat dah. Org yg tunaikan solat kerana Allah, maka apa jadi pun tetap dia akan tunaikan solat. Maksud ialah utk menyempurnakan hukum. Walaupun hajat tak sempurna, saya dah barjaya. Kejayaan bukan dlm kesempurnaan hajat tapi kejayaan dlm kesempurnaan hukum.

Sahabat risau kalau hajat disempurnakan di dunia takut di akhirat tak dpt. Kenali iman melalui alamat iman. Jgn tengok iman melalui keberkatan. Agama adalah fitrah. Usaha atas agama utk sempurnakan hukum. Bela kerbau utk susu tapi taik kerbau adalah hasil sampingan utk jadi bahan bakar, taik tadi adalah keberkatan. Tanam pokok utk dpt buah, keberkatan yg kamu akan dpt ialah teduhan. Kita kena yakin dgn janji tapi jgn niat utk janji tersebut. Bila buat amal utk janji maka amal tadi dibuat bukan utk Allah.

Apa itu iman? Bila buat amal gembira dan bila buat kejahatan rasa sedih. Kita kena bawa kehidupan kpd keseluruhan agama. Kejahilan yg dtg pd umat bukan sebab kemaksiatan tapi kerana kekurangan dlm agama. Janji Allah dlm kesempurnaan agama bukan dlm agama yg kurang. Utk dtgkan kesempurnaan agama, maka kamu kena dakwahkan kesempurnaan agama kpd umat. Dakwahkan semua perintah2 Allah kpd umat. Bila tinggalkan dakwah pd satu2 perintah, maka kamu tak akan ada kudrat utk menolak kanun yg berlawanan dgn perintah tersebut kerana tak ada nusrah Allah.

Nusrah ialah dakwah illallah. Nusrah ialah bantu agama Allah. bantu agama Allah ialah dakwah illallah. Semua bahagian2 agama ialah utk bawa hamba kpd menyempurnakan perintah Allah. membelanjakan harta utk perkara kebaikan bukan membantu agama. Ramai org letihkan diri utk dpt harta dan harta digunakan utk agama tapi ini bukan membantu agama. Ini tipudaya syaitan. 100% sahabat bagi diri dan harta utk agama. Satu org yg ada harta seluruh dunia dan dia infaq/belanja utk dpt keredaan Allah, tak akan dpt menyamai separuh hari keluar di jln Allah.

Sahabat keluar di jln Allah bukan utk perang. Bukan utk bunuh org kafir. Nabi hantar sahabat utk dakwah org kafir kpd islam. Berperang tanpa dakwah adalah haram. Dakwahkan kebenaran dlm berperang adalah mustahab. Khalid r.a dakwah panglima perang org kafir, Jarjah. Wahai jarjah, masuklah islam. Jarjah telah terima islam. Jarjah telah syahid.

Harta yg digunakan utk bantu org keluar di jln Allah tak dpt nak menggantikan pengorbanan diri keluar di jln Allah walaupun separuh hari. Kita bawa agama dan bergerak utk agama. Bergerak utk agama spt air yg mengalir. Suci dan menyucikan org lain. kamu sendiri akan soleh dan kamu akan musleh.

Alatan bukan mujahid. Org yg bermujahadah baru akan dpt hidayat. Mujahadah adalah sifat manusia. Melalui alatan, hanya maklumat agama. Amali agama melalui diri manusia. Semasa fatah mekah, sahabat telah menangis beribadat depan kaabah. Hingga hindun dpt hidayat. Apabila org islam makin jauh dari cara nabi dan hampir dgn cara moden maka org islam akan makin jauh dari hidayat.

Maksud infiru ialah keluar dan bangunkan agama, bukan berperang. Mengeluarkan umat dari kejahilan kpd ilmu. 70 sahabat telah keluar di bir maona dan telah syahid. 70 org ini bukan ditashkil utk qital tapi utk ajar agama. Ada sahabat yg dihantar utk jadi gabenor tak nak pergi, kalau hantar sebarkan agama baru nak pergi. Pergerakan umat adalah bawa agama secara amali dan pergi jumpa umat. Bila bergerak baru ada mujahadah. Mujahid ialah org islam yg bergerak dgn diri dia sendiri. Kalau guna harta sahaja utk tabligh tak akan dtg kerohanian dlm usaha. Mujahadah dtg melalui jasad bukan alat.

Nabi hantar surat bersama dgn jemaah sahabat. Surat sebagai bukti. Yg akan menyampaikan dakwah ialah sahabat. Kisra telah koyakkan surat nabi. Nabi kata, kisra bukan koyakkan surat tapi kisra telah koyakkan kerajaan dia. Selagi umat tak bergerak bawa agama secara amali selagi itulah tidak ada nusrah Allah. melalui mujahadah akan dtg hidayat. Letihkan diri utk harta dipangil musyaqqah.

Kita azam utk bawa agama ke seluruh dunia. Kita bukan hanya nak sampaikan agama bahkan utk bangunkan agama. Semua niat 4bln setiap thn…

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir