Mesyuarat Malaysia 2017 - nasihat dan doa

31/10/2017 - nizamuddin
Nasihat & doa : maulana saad

Pengorbanan dan kedatangan tuan2 semua ke banglawali masjid secara ijtimai adalah taufik dari Allah kpd kebaikan/khair. Sesiapa yg bersyukur atas taufiq tersebut, maka Allah akan tambah nikmat. Ini tanda bahawa diantara tuan2 ada ijtimaiyat. Sebagaimana tuan2 dtg secara ijtimai, begitulah tuan2 balik ke Malaysia secara ijtimai. Apa maksud balik secara ijtimai? Iaitu tuan2 balik dgn satu fikir, satu hati dan buat kerja dgn satu cara. Apa yg tuan2 dengar disini, tuan bawa balik dan buat usaha spt yg diberitahu. Org2 batil sentiasa berusaha utk timbulkan perasaan tidak percaya antara kita dan pecah belahkan antara kita. Rakan2 seusaha hendaklah sibukkan diri dgn kerja, dgn takazah2 usaha, sehingga org2 batil tak ada peluang utk masuk dan pecah belahkan. Inilah cara para sahabat. Bila sibuk dgn takazah agama, maka tak ada masa nak buat perkara yg sia2 dan batil pun tak ada peluang nak masuk di celah2 kita. Sibukkan diri kita siang dan malam dgn usaha/takazah.

Daripada karguzari yg kami dengar dari tuan2, kami sangat gembira dgn kemajuan dan peningkatan yg berlaku di negara tuan2. peningkatan ini adalah tanda qabuliyah/penerimaan dari Allah. Bila kerja di sesuatu negara berjalan dgn satu hati, satu fikir, satu cara maka ia akan diterima oleh Allah. Bila diterima Allah, maka kesan/natijah yg baik akan zahir dari usaha tersebut. Bila usaha di sesuatu tempat atau negara tak diterima oleh Allah, maka kesan/natijah yg buruk akan zahir di tempat tersebut.

Perkara kedua ialah, kami gembira dengar laporan tentang madrasah2 dan khidmat2 ilmu agama yg sedang berjalan di negara tuan2. ini tanda yg baik kesan usaha yg tuan2 buat. Maksud usaha ini ialah berlaku kemajuan dan peningkatan dari segi ilmu, bertambah madrasah2, bertambah ulamak2 dan org2 awam mula berhubung dgn alim ulamak dan mengatur kehidupan 24jam mereka dgn bertanya pd alim ulamak. Ini kesan baik dari usaha dan ini maksud usaha. 

(maulana saad suruh ust lokman baca laporan madrasah sri petaling)

Saya suruh baca karguzari ni dihadapan tuan2 supaya dtg kpd org2 t/jawab dan org2 lama kepentingan ilmu dlm hati mereka dan kepentingan berdamping dgn ulamak.

Perkara terakhir, tuan2 semua yg ada disini adalah satu jemaah dari nizamuddin yg ditashkil balik ke negara tuan2 dan buat usaha selama 2 thn dan selepas 2 thn tuan2 dtg balik ke sini dan bagi laporan pd kami. Tarikh mesyuarat 2 thn akan dtg pun kami dah fikirkan. 30nov, 1/2/3 dec 2019.

(sebelum doa ada majlis nikah. Maulana saad nikahkan org Malaysia)

Doa

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir