Mesyuarat Malaysia 2017 - hayatus sahabah

26/10/2017 - nizamuddin

Janji2 Allah pd org beriman, kadang2 Allah lewatkan janji2Nya itu. Kenapa Allah lewatkan janjiNya itu? Supaya org2 beriman yakin pd janji2 Allah. Org2 musyrikin dan munafikin, dlm hati mereka ada syak pd janji2 Allah, maka mereka menuduh mengapa nusrah Allah lambat dtg. Nusrah lambat dtg utk bagi kekuatan keyakinan pd org mukmin. Biasanya Allah tunaikan janji2Nya pd waktu yg tidak membenarkan. Semasa org beriman berada dlm keadaan susah, pd waktu itulah kita bertawajjuh pd Allah dan tambah pengorbanan. Allah sempitkan keadaan org beriman sebab Allah nak uji. Org musyirikin menghalang dakwah yg dibuat oleh nabi s.a.w dan sahabat. Org beriman berasa susah tapi Allah beri ketenangan pd org mukmin. Jgn risau atas kesusahan yg menimpa kamu.

Janji Allah di khandak, kerajaan rom dan parsi akan tumbang. Pada masa itu, sahabat dlm keadaan lapar dan sejuk. Tiada makanan dan tiada pakaian. Janji Allah dtg pada masa kesusahan menggali parit. Org munafik mempersendakan janji tersebut. Mereka kata tipu. Mereka syak. Sahabat yakin dgn janji Allah. Janji Allah dilewatkan supaya org beriman banyakkan berdoa. Walaupun kesan doa itu dtg selepas beberapa thn. Allah lewatkan pengabulan sesuatu doa utk menguji org beriman.

Turun ayat mengatakan rom akan menang selepas kalah. perang antara rom dan parsi, rom kalah dan parsi menang tapi org islam nak rom menang sebab org2 rom sembah Allah manakala org2 parsi sembah api. Allah janji org rom akan mengatasi org parsi. Beberapa tahun kemudian berlaku lagi peperengan dan org rom menang. Abu bakar telah keluar dan baca/iklan ayat ini di depan org musyrikin. Abu bakar kata pd org musyrikin, kami akan kalahkan kamu dlm masa 6 thn. tapi selepas 6 thn tak ada apa2 yg berlaku. Syarat yg ditetapkan oleh abu bakar tak disukai oleh nabi s.a.w, takut org islam berputus asa. Allah kata beberapa thn yakni antara 3 hingga 9 thn. org rom akan mengatasi org parsi dan begitu juga org islam akan mengatsi org kafir quraish. Allah suka pd org yg mengharap pd janjiNya. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir