Mesyuarat Malaysia 2017 - hayatus sahabah

28/10/2017 - nizamuddin

Apa yg disampaikan oleh nabi dan kita faham melalui akal dan pandangan zahir kita, maka beriman cara begini bukan satu kesempurnaan. Ini menyalahi akal. Beriman pd nabi walaupun khilaf dgn zahir. Inilah iman. Kita yakin dgn apa sabdaan/khabar dari nabi. Kita percaya sepenuhnya pd nabi s.a.w. Allah s.w.t bersama dgn nabi walaupun menyalahi adat kebiasaan. Musuh mendustakan nabi. Adakala org beriman pun menjadi syak. Org yg iman lemah akan murtad. Perkhabaran dari nabi tak dpt menepati akal manusia. Allah cipta akal dan bahagi kpd 100 bahagian. 1 bahagian akal dibahagi kpd semua makhluk. 99 akal diberi pd nabi s.a.w. Akal yg diberi oleh Allah pd baginda adalah sempurna.

Maulana Yusuf kata, kamu kena ikut sunnah nabi s.a.w seumpama org buta menyerahkan dirinya pd org yg celik. Adakala Allah buat perkara yg khilaf dgn zahir kerana Allah nak tengok siapa yg taat dan siapa tak taat. Allah cerita kisah perjalanan israk mikraj nabi. Melalui safar mikraj baginda dikhabarkan bahawa dlm neraka ada pokok. Org yg tak yakin akan kata, bagaimana dlm neraka yg begitu panas boleh tumbuh pokok. Org yg tak beriman akan mendustakannya. Akal manusia memahami bahawa kalau ada pokok pasti pokok akan terbakar. Takazah iman adalah yakin. Iman ialah menyakini apa yg disabdakan oleh nabi s.a.w dan nafikan apa yg kita lihat. Pandangan dilihat dgn akal tapi perkhabaran dilihat dgn yakin.

Nabi s.a.w telah beli kuda dari satu org badwi. Harga telah ditetapkan dan telah selesai muamalat berjual beli. Urusan telah berlaku dgn cepat kerana nabi ada hal lain. tiba-tiba, org badwi tu menjerit bahawa dia tak pernah menjual kuda tu pd nabi. Dia suruh nabi bawa saksi. Semasa urusan jual beli tiada saksi. Tapi ada sahabat yg melalui di tempat tersebut telah kata rasul Allah telah berkata yg benar. Dia jadi saksi walaupun dia tak dengar dan tak lihat. Nabi kata, bagaimana kamu boleh jadi saksi? Saya yakin dgn kata2 nabi walaupun tentang syurga dan neraka, benda yg tak boleh dilihat, apatah lagi perkara dunia yg boleh dilihat, lebih lagi kami yakin. Nabi kata, saksi kamu adalah bersamaan dgn 2 org saksi.

Perjalanan nabi dari baitullah ke baitulmaqdis, ada yg syak. Bila dengar perkhabaran ini ada yg murtad. Tak boleh nak percaya macam mana perjalanan yg mengambil masa 1 bln boleh dibuat dlm masa separuh malam. Abu jahal telah kumpulkan orgramai utk mendustakan sabdaan nabi. Safar mikraj nabi telah memutuskan semua hubungan dgn asbab. Org yg yakin dgn asbab tak percaya pd sabdaan nabi.

Kita kena yakin walaupun dgn satu ayat quran kerana ia adalah wahyu drp Allah. Penulis wahyu pun telah murtad kerana tak yakin. org islam kena yakin walau seluruh dunia menginkari ayat quran. kena yakin walaupun tak lihat nabi s.a.w. Bila ingkar dan syak kita akan binasa.

Bila berita mikraj nabi disampaikan pd Abu bakar, beliau terus mentasdiqkannya. Abu bakar percaya dan yakin. Lebih drp itu pun kami akan membenarkan. Sebab itulah abu bakar diberi gelaran siddiq akbar. Dialah org yg paling banyak membenarkan nabi s.a.w. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir