Mesyuarat Malaysia 2017 - bayan subuh maulana saad

30/10/2017 - nizamuddin

Umat ini kena tahu apa asbab2 pelindung api neraka. Satu org yg sakit mencari asbab utk hilangkan kesakitannya. Bila dtg musim sejuk manusia mencari asbab utk lindungi diri dari kesejukan. Dunia darul asbab tapi yg hairannya ialah asbab dunia ini ialah asbab yg tidak diyakini. Akhirat adalah perkara yg hak dan ada asbab yg perlu diusahakan. Asbab utk pelindung hari akhirat adalah asbab yg diyakini. Asbab dunia yg tak diyakini kita usaha bersungguh2 utk mendapatkannya. Asbab akhirat yg diyakini kita tak usahakan. Dlm quran Allah bersumpah dgn masa bahawa ada 4 perkara menjadi pelindung api neraka. Allah bersumpah dgn zaman. Zaman adalah perkara yg sentiasa dgn manusia, tak terputus. Supaya manusia tahu bahawa 4 perkara ini bukan utk zaman nabi dan sahabat sahaja bahkan 4 pelindung ini adalah utk sehingga akhir zaman iaitu hingga kiamat.

Hari ni kita faham iman dan amal soleh sahaja sebagai pelindung azab di akhirat. Allah sebut 4 perkara. 4 perkara tersebut ialah iman, amal soleh, watawasaubilhak/dakwah manusia kpd iman dan watawasaubissobr/dakwah manusia kpd berterusan dlm amal. Ini adalah asbab2 yg diyakini. Keperluan utama manusia sebagai pelindung di hari akhirat. Hari ni manusia hanya ambil 2 perkara dan tinggalkan 2 perkara. Quran bagitahu 4 perkara tapi manusia beramal dgn 2 perkara sahaja. Bila azab Allah dtg, hanya org yg menjalankan dakwah sahaja yg terselamat. Ini bukan perkara main2. nak buat atau tak nak buat, tidak! Ini bukan pilihan. Hati mahu atau hati tak mahu, tidak! Ini bukan persatuan.

Selagi umat tak buat dakwah selagi itulah umat tak diterima oleh Allah. Dakwah ialah syarat utk perlindungan Allah. Lihat dlm quran dan hadith. Dakwah adalah pelindung dari azab Allah. Dlm quran Allah cerita, selagi nabi2 buat dakwah pd kaumnya, maka Allah lindungi mereka. Bila umat menginkari, Allah amkan azabNya. Kena ada org yg mendakwahkan manusia kpd kebesaran Allah.

Ada org kata kerja ini bagus tapi maksiat telah terlalu banyak tak dpt nak mengatasinya. Org yg berpendapat macam ni, bila Allah turunkan azab, maka mereka dulu akan kena azab Allah. Dakwah adalah t/jawab. Dakwah utk menghalang manusia dari berterusan melakukan maksiat. Org yg lihat umat buat maksiat dan berputus asa, maka org sebegini tidak akan ditarbiyah. Bila ada amalan nabuwwah pasti ada tarbiyah dan hidayat.

Bila kita fikir perlu buat gasht hari ni? Dah lama buat gasht, tak ada org dengar. Dengar atau tak dengar, terima atau tak terima, usaha ini bukan pengalaman. Dlm apa juga keadaan gasht perlu dijalankan. Sebagaimana ibadat adalah amalan harian umat ini. Samada suka atau tak suka, ibadat tetap diteruskan. Demikian juga dgn dakwah illallah.

Bila kita solat dan hajat tak tertunai, adakah kita akan tinggalkan solat? Tidak! Buat amal bukan utk natijah. Buat amal sebab ia adalah perintah Allah. dakwah adalah perintah Allah. jgn lihat keburukan drp dakwah. Jgn tengok apa natijah/faedah dari dakwah. Dakwah patut dijadikan amalan yg sebati dgn kehidupan manusia. Ini perintah Allah. Ada nabi dihantar tapi tiada pengikut. Nabi tetap buat dakwah walau tiada seorang pun yg ikut. Nabi ini tak gagal. Nabi ini berjaya. Tidak ada nabi yg gagal. Semua nabi berjaya kerana t/jawab nabi2 ialah usaha hidayat. Usaha tetap dijalankan samada ikut atau tak ikut, ada natijah atau tiada natijah, beriman atau tak beriman.

Dakwah tetap dijlnkan dlm setiap keadaan. Bila azab dtg, org yg buat dakwah akan dilindungi. Imam syafie kata surah al-asr ini sudah cukup utk hidayat umat ini bila umat ini amalkan 4 perkara tersebut. Dlm surah ini ada 4 perkara pelindung manusia: iman, amal soleh, dakwah kpd iman, dakwah kpd amal.

Kita faham hari ni dakwah utk islah org lain. Org yg boleh islah org lain hanyalah org soleh. Dia sendiri telah diislahkan. Macam mana nak dakwah org lain sedangkan kita sendiri belum beramal. Khayalan ini menjadi rintangan pd kita utk dakwah org lain. Inilah rintangan dakwah paling besar. Kesilapan paling besar manusia ialah meninggalkan 4 pelindungan ini. Perintahkanlah kpd kebaikan walau kamu belum beramal dgnnya. Kita berhajat pd dakwah. Dakwah utk diri sendiri. Org yg meninggalkan dakwah kerana belum beramal seumpama org yg tak puasa kerana tak solat. Puasa hukum yg berlainan dan solat hukum yg berlainan. Beramal hukum yg berlainan dan dakwah kpd amal adalah hukum yg lain.

Agama seumpama satu jasad. Mana2 anggota yg sakit maka seluruh badan akan menanggungnya. Kaki luka tapi sakit seluruh badan. Seluruh umat di dunia seumpama satu badan. Seluruh umat seumpama satu kapal. Bila kapal tenggelam semua akan tenggelam. Kita usahakan 4 asbab perlindungan terhasil dlm kehidupan kita. Kita sediakan setiap umat supaya mereka juga ada 4 perlindungan ini kerana kita belayar dlm satu kapal.

 Dlm kapal ada banyak golongan. Golongan yg ingin minum air dgn cara menebuk kapal perlu ditegah. Tidak memadai org yg berada di atas melihat sahaja. Perlu diberi peringatan. Tabligh bukan persatuan. Bukan tempoh utk kursus. Dakwah adalah amalan harian umat ini. Ini perintah dari allah. tidak ada kaitan dgn hati. Hati suka kita buat, hati tak suka kita tinggal. Tidak! Ini perintah Allah utk bawa manusia kpd Allah. org yg tak beramal pun di t/jawabkan utk dakwahkan agama. Bila dakwahkan agama maka amalan agama akan dtg dlm kehidupan.

Semua nabi ada keinginan yg sama iaitu seluruh kaum dtg kpd hidayat. Nabi s.a.w juga ada keinginan yg sama. Di taif, malaikat dtg tawarkan khidmat utk himpit kaum taif. Malaikat nak lagakan 2 gunung. Nabi doa, agar anak cucu cicit mereka dpt hidayat. setiap nabi ada doa khusus. Semua nabi2 dah guna doa tersebut. Ada nabi gunakan doa utk perolehi kerajaan. Allah bagi kerajaan yg tidak ada sebelum dan selepasnya. Ada nabi gunakan doa utk hancurkan kaum mereka, maka Allah hancurkan kaum tersebut. Kaum ad, kaum samud, kaum lut, apa jadi dgn mereka? Hancur binasa disebabkan doa nabi mereka. Nabi s.a.w juga diberi doa yg mustajab ini. Nabi simpan doa ini utk digunakan pd hari kiamat. Utk seluruh umat nabi s.a.w.

Imam seorang musafir dan makmum bermukim. Iman solat 2 rakaat tapi makmum kena solat 4 rakaat. Imam tunggu makmum habis solat barulah angkat tangan dan doa. Demikianlah nabi s.a.w, nabi terakhir, nabi telah selesai solat, nabi dah bagi salam tetapi seluruh umat nabi masih lagi dlm solat. Nabi menunggu kita di sana utk berdoa.

Dakwah adalah pelindung umat ini. Allah perintah org beriman supaya beriman. Org kafir didakwah masuk islam. Dakwah org beriman supaya beriman. Supaya mukmin menjadi org yg mentaati perintah Allah. inilah tuntutan drp iman. Wahai org yg beriman, taatilah kamu segala perintah Allah. lihat cara sahabat bagaimana mereka sempurnakan perintah Allah. mereka hidupkan di masjid halaqah2 iman dan mereka panggil sahabat2 lain ke masjid. Duduk dlm halaqah iman.

Masjid bukan sekadar tempat utk solat. Masjid juga tempat utk muzakarah iman. Masjid tempat berkumpul utk cerita tentang iman dan tauhid. Allah telah istiharkan iman sahabat adalah iman yg sempurna, tapi masih lagi mereka duduk dlm halaqah iman. Sahabat jadikan amalan harian mereka bawa org ke masjid dan duduk dlm halaqah iman. Watawasaubilhak, ialah menghidupkan halaqah iman yakin di masjid.

Hari ni kita hanya berzikir tentang Allah tapi tak bertazkirah tentang allah. secara umum org berzikir lailahaillallah tapi org tak bertazkirah tentang lailahaillallah. Jadikanlah kalimah ini sebagai kalimah dakwah supaya terkeluar dari hati kita kecintaan pd makhluk. Allah ajar nafi terlebih dahulu. Selain dari Allah, ingkarkan, lailaha. Kalau tak ingkar selain dari allah maka ghairullah akan masuk antara kamu dan Allah. ini pasti.

Ghairullah dtg dlm berbagai gambaran. Dulu dlm bentuk berhala tapi sekarang dlm berbagai bentuk. Org dulu yakin Allah yg buat tapi perantaraannya ialah patung ini. Org yg sembah berhala pun kata Allah yg cipta langit.

Kisah dhimad nak mengubati nabi. Bila nabi buat dakwah, kaum musyrikin kata nabi gila. Dhimad dtg jumpa nabi dan kata saya boleh ubati penyakit gila. Saya buat tapi syifaq di tangan Allah. bila tak menafikan makhluk, maka ghairullah akan berada antara manusia dan Allah. hari ni, berbagai2 gambaran ghairullah telah wujud. Yakin pd kedai, yg akan bagi keuntungan Allah. ini percakapan org beriman. Kudrat Allah diikatkan dgn kedai. Kita kena ingkar dgn seluruh gambaran asbab yg ada. Mengiakan hanya kudrat Allah. Allah tak berhajat pd asbab. Patung dari tanah dan kedai juga drp tanah. Gambaran sahaja yg lain. Fungsi yg sama. Kena nafikan makhluk.  

Ada juga org kata Allah lakukan mengenai ahlullah. Jumpa dgn ahlullah dan minta dgn ahlullah. Ahlullah jadi perantaraan. Putus asa dgn amalan sendiri dan bergantung harap dgn amalan org lain. Setiap kenderaan bergerak dgn lampu sendiri. Kenderaan yg bergerak dgn lampu kenderaan lain akan jadi susah dan eksiden. Setiap org berharap dgn amalan sendiri dan tak mengharap amalan org lain. Bila tak menafikan makhluk maka kita akan tengok pd keramat org lain. keramat adalah kurniaan Allah. Keramat yg ada pd wali kerana amalan dia. Kamu juga beramal agar Allah bagi keramat pd kamu. Jgn menumpang keramat yg ada pd org lain. jgn jadikan dia perantaraan antara kamu dan allah. keramat milik org yg beramal.

Org yg yakin dgn asbab akan kata dgn asbab akan perolehi sesuatu. Kedua-dua gambaran tersebut tak boleh mengambil menafaat secara langsung dari allah. 


Hanya 2 jln sahaja dpt menafaat secara langsung dari Allah:
  1. berputus asa selain dari Allah
  2. mentaati hanya Allah
lailahaillallah menafikan ghairullah. Menaruh harapan hanya pd allah. agama adalah perantaraan. Kebendaan tak boleh dijadikan perantaraan. Tiada perantaraan berbentuk tanah, ladang, kedai, kilang. Kebendaan dunia tak boleh bagi menafaat dan mudharat. Kebendaan dunia tak boleh dijadikan harapan. Tanpa kebun dan ladang Allah bagi rezeki pd sahabat. Kebanyakan sahabat perolehi rezeki dari cara yg ghaib. Jadi pelik bila perolehi sesuatu dari jln yg sedia ada.

Abu bakar perah susu dari kambing yg dah tua yg tak mampu keluarkan susu lagi. Asbab adalah amalan agama. Tak mungkin makhluk jadi asbab perantaraan kerana makhluk kosong. Allah yg buat segala-galanya. Hari ni kita faham dunia adalah perantaraan, kalau ada tanah baru ada tanaman. Ini hanya pengalaman.

Seorang sahabat, dlm uncang ada 17 biji kurma. Setiap kali org dtg bagi makan kurma. Jumlah yg dia dah bagi makan ialah sebanyak 1 tan. 1 tan terhasil cuma dari uncang yg ada 17 biji kurma. Tapi akhirnya uncang telah hilang. Sahabat tiada tanah ladang, cuma ada uncang. Kerana umat yg berdosa dan tidak taat maka Allah hilangkan keberkatan uncang.

Asbab hanya dlm muhammadurasulullah. ingkarkan seluruh makhluk. Amalan sunnah nabi s.a.w itulah perantaraan hampir dgn Allah. dgn amalan sunnah akan dpt menafaat secara langsung dari allah. dlm asbab dunia tiada janji dan tiada kudrat. Janji disisi Allah. kudrat disisi Allah. jgn kita letak harapan pd kebendaan yg tiada janji dan kudrat Allah di dlmnya.

Tijarah/perniagaan bukan asbab rezeki. Tijarah bukan asbab keuntungan. Tetapi berkata benar/tidak menipu dan jujur dlm tijarah adalah asbab keuntungan dlm perniagaan. Kuasa dlm kerajaan bukan asbab kemuliaan tetapi amal agama dlm pemerintahan asbab kemuliaan. Kalau tidak, pemerintahan yg ada akan jadi asbab kehinaan. Janji Allah bersama amal. Dlm janji Allah ada kudrat Allah. kita kena beramal dgn yakin pd janji Allah. Allah tunaikan permintaan saya dgn kudratNya.

Ilmu dan iman. 2 perkara yg lazim. Hari ni kita lalai dlm kedua-duanya. Sebab tu kita beramal tanpa mengharap apa2 dari Allah. kita buat amal tapi harapan/sandaran pd makhluk/kebendaan. Sebab tu amal kita tidak meghasilkan bantuan dari allah. ilmu dan iman adalah perkara yg asal. Setiap kali beramal kena lihat apa tuntutan ilmu.

Ilmu ialah tarikah/cara/jalan utk beramal. Ilmu dgn ikhlas yg tak akan jadi hujah atas kita pd hari akhirat. Ilmu ada 2. satu di lidah dan satu di hati. Amalan kita kena bersandar pd ilmu. Barulah ada janji Allah dlm amalan tersebut. Fardu ain bagi lelaki dan wanita mempelajari ilmu agama. Mempelajari iman juga fardu ain. Ilmu dan iman tak boleh berpisah. Melalui dakwah bawa ikhlas dlm ilmu. Dlm ilmu ada ikhlas.

Ahli batil kata semua pengetahuan yg ada adalah ilmu. Kita pelajari kejahilan dan faham bahawa ia adalah ilmu. semakin belajar, semakin bertambah kejahilan. Org yg belajar sains, sains menjauhkan manusia drp khaliq. pengetahuan mengenai makhluk ialah kemahiran bukan ilmu. Ilmu hanya kenalkan manusia pd Allah. belajar bertahun2 utk dpt kemahiran. Kalau diangggap ilmu ia satu kejahilan.

Ilmu adalah perintah Allah. 3 soalan dlm kubur.
  1. ma rob buka – siapa tuhan kamu
  2. ma nabi yuka – siapa lelaki ini
  3. ma deen nuka – apa agama kamu
ilmu ialah mengenalkan manusia pd Allah. ittibaq sunnah/sunnah nabi akan kenalkan kita pd nabi s.a.w . sebanyak mana kita amalkan sunnah maka sebanyak itulah kita akan kenal nabi dlm kubur nanti. Bukan pengetahuan mengenai nabi bahkan amalan nabi s.a.w. Bezakan ilmu dan kemahiran/fun. Kita jadikan diri kita org yg boleh jawab soalan dlm kubur nanti. Dlm kubur, ilmu hanya penyuluh sahaja, jawapan berasaskan pd iman.

Dlm kubur, umar r.a ditanya siapa tuhan kamu? Dgn keyakinan yg ada pd umar, beliau tanya malaikat kembali siapa tuhan kamu? Ini tahap iman umar r.a. Padahal malaikat dihantar utk bertanya tapi malaikat telah ditanya. Kalau tak usaha atas iman, maka kita akan susah dlm kubur


Org islam hanya belajar kemahiran. Tak belajar ilmu, inilah kejahilan yg paling besar. Ahli batil paparkan kemahiran duniawi pd org islam dan katakan ia adalah ilmu. Menggunakan kemahiran yg pada hakikatnya kejahilan sebagai pengenalan diri. Saya doctor. Saya professor. Saya engineer.

Alim ialah org yg mana Allah kurniakan ilmu kpdnya. Alim ialah org yg berilmu. Ilmu yg mengenalkan manusia pd Allah. seorang sahabat minta dari nabi doakan supaya diberi sedikit kekayaan supaya dgnnya kami dpt usaha agama. Nabi kata pd sahabat, kemiskinan kamu hari ini adalah jauh lebih baik dari kekayaan kamu kelak. Hari ni kita pun faham dgn banyak asbab mudah utk buat usaha agama. Sebenarnya tidak. Org yg banyak asbab terkebelakang dlm usaha agama. Sahabat yg maju dlm usaha agama semuanya fakir. Dlm kefakiran buat usaha agama, maka sandaran hati pd Allah. dlm kekayaan buat usaha agama, maka sandaran hati pd harta.

Dgn doa sahabat, keldai yg mati hidup kembali. Kami nak safar, tiada kenderaan lain. utk dpt menafaat secara langsung dari allah, syarat pertama ialah putuskan harapan pd makhluk. Hati tak berharap langsung pd makhluk. Sejauh mana kita harap pd makhluk maka sebanyak itulah kita akan jauh dari Allah. harapan hanya pd Allah.

Zikir bukan hanya tasbihat. Zikir bukan hanya menyebut nama Allah bahkan seluruh perintah Allah adalah zikir. Ulamak ialah ahli zikir, bukan ahli ilmu. Beramal dgn perintah Allah adalah zikir. Ahli zikir bukan org yg sentiasa berzikir. Ahli zikir ialah org yg ada pengetahuan agama dan beramal dgnnya. Zikir digunakan utk solat. Zikir digunakan utk ilmu. Zikir digunakan utk muamalat. Ikhlas juga adalah zikir. Zikir digunakan utk dakwah. 6 sifat sahabat semuanya zikir.

Tuntutan lailahaillallah adalah sentiasa mengingati Allah. afdhal zikri bukan hanya menyebut lailahaillallah tetapi Menyakini makhluk tak boleh buat apa2 yg buat hanya Allah.

Dlm quran disebut zikir dan iman, yakni solat dan iman. Allah perintah pertukaran kiblat dari baitulmaqdis ke baitullah. Solat juga adalah iman. Dlm quran Allah kata, Allah tak akan menyia-yiakan iman kamu yg dahulu yakni Allah tak akan mentia-yiakan solat kamu yg dahulu. Tidak ada zikir yg lebih besar melainkan solat. Maksud zikir akbar ialah solat. Kalimah adalah zikir, solat adalah zikir, ilmu adalah zikir.

Mengetahui perintah2 agama bukan zikir tetapi beramal dgn perintah agama adalah zikir. Sekadar maklumat bukan zikir. Ilmu yg dipelajari akan menjadi zikir bila diamalkan. Ingat Allah setiap waktu. Oleh itu, ketaatan adalah zikir. Mentaati perintah Allah adalah zikir. Zikir bukan hanya kerja lidah. Seluruh anggota badan manusia adalah alat utk berzikir. Jgn lihat perkara yg haram adalah zikir. Jgn makan makanan yg haram adalah zikir. Jgn mengumpat adalah zikir. Lidah hanya satu perantaraan alat utk berzikir. Zikir sebenarnya di hati.

Ahli zikir adalah ahli ilmu. Ilmu adalah zikir. Beramal dgn ilmu yg dipelajari adalah zikir. Org yg beramal dgn perinath2 Allah mereka dlm keadaan berzikir. Zakir adalah nama bagi penzikir iaitu hatinya yg sentiasa berzikir. Zikir bukan hanya di lidah. Zikir di hati. Kalau hanya zikir di lidah ianya tidak dipanggil zakir tapi dipanggil ghafir, org yg lalai. Kalau zikir hanya kerja lidah, maka anggota badan yg lain akan langgar perintah Allah. zikir adalah mengingati Allah setiap masa dan ketika. Hakikat zikir ialah apabila melihat zakir/org yg berzikir maka hati teringat pd Allah. melihat manusia mentaati perintah Allah maka kita juga akan mentaati perintah Allah. oleh itu, jadilah manusia yg mengingati Allah begitu sekali sehingga manusia melihat kita akan ingat pd Allah. ahlullah ialah bila org lihat pd dia maka org lain akan teringat pd allah dan pd sunnah nabi s.a.w.

Ikram ialah zikir yg besar. Mengingati Allah dlm menyempurnakan hak saudara kita yg lain. kita sempurnakan hak makhluk Allah kerana Allah. sempurnakan hak saudara supaya kita terlepas dari disoal di akhirat nanti.

Ikhlas adalah zikir. Setiap amalan kita dibuat kerana Allah. niat adalah zikir. Syaitan cuba utk membolak balik niat manusia. Org yg keluar di jln Allah dan berjuang habis-habisan dan mengharap panah mengenai diri dia, maka diakhirat dia akan dpt panah sahaja. Syaitan cuba merosakkan niat manusia. Barangsiapa berhijrah utk Allah dan rasul maka hijrahnya utk Allah dan rasul. Barangsiapa berhijrah utk dunia, akan dpt dunia. Barangsiapa berhijrah utk wanita akan dpt wanita.

Mujahid ialah org yg keluar di jln Allah atas maksud hidayat semata-mata, tiada maksud lain. oleh itu, niat juga adalah zikir. Saat kita lupa Allah maka syaitan akan masuk dan rosakkan niat kita. Org yg ada maksud lain sentiasa akan kebelakang. Org ikhlas akan maju.   

Satu org telah keluar di jln Allah dan memperolehi peluang utk berniaga. Jual beli barang dan dpt keuntungan. Wang diperolehi digunakan utk belanja di jln Allah. semasa perang dia mati. Mati ketika berjihad. Umar kata jgn panggil dia syahid. Kerana niat telah berubah. Syahid ialah org keluar di jln Allah dan tak ada keinginan lain melainkan agama Allah semata-mata. semasa menunaikan haji dibolehkan berniaga. Dgn syarat tidak mengganggu urusan hajinya.

Yusuf a.s keluar dari penjara dan Allah lantik sebagai raja. Org yg ikhlas Allah majukan. Allah hanya ambil usaha dari mukhlisin. Kita kena tanya diri kenapa kita lakukan setiap amal. Wanita yg bagi minum anjing, maka Allah telah majukan dia. Tiada syak dlm perbuatannya. Tiada riak dlm perbuatannya.

Nabi kata aku lihat Quzman di neraka. Dlm perang uhud, Quzman telah bunuh 8 org musyrikin. Semua org memuji Quzman begitu hebat melawan musyrikin. Dia pun cedera teruk. Sahabat hairan bagaimana quzman boleh masuk neraka. Quzman kata, aku buat semua ni utk kaum aku. Dia ambil panah dan letak dileher dan tekan. Bunuh diri. Jika kita membantu sesiapa, kita kena tahu kenapa kita membantu. Mungkin kerana kenalan, mungkin kerana kekeluargaan, semua ini bantuan yg diberi bukan kerana Allah. jika kita bantu kerana Allah, umat akan bersatu. Bila kita bagi bantuan sebab ada perkara lain maka umat akan berpecah.  

Dakwah adalah perintah Allah. jadilah muhajir. Muhajir ialah berhijrah drp melakukan perkara yg dilarang oleh Allah. bangun bagi nama. 4B negara jauh. 2B khidmat nizamuddin. Setiap thn bagi masa 6 bln

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir