Mesyuarat Malaysia 2017 - bayan maulana shaukat

30/10/2017 - nizamuddin - 10am

Maksud umat ini dihantar/dicipta oleh Allah ialah bagaimana agama dpt hidup di seluruh dunia, timur, barat, utara, selatan, setiap pelusuk alam kalimah Allah ditinggikan, setiap manusia dpt tunduk dan patuh perintah Allah. umat ini tidak dihantar atas maksud dunia. Umat ini dihantar utk buat satu kerja yg mulia, utk bawa agama ke seluruh dunia. Umat ini telah diminta oleh nabi ibrahim a.s dan umat ini perlu ditarbiyah mengikut mizaj nabi ibrahim a.s. Allah perintah nabi s.a.w utk tarbiyah umat ini ikut mizaj ibrahim a.s.

Apakah mizaj ibrahimi? Wajjahtuawaj hiyalillazi fatorossama watiwalard anifam muslimau wama anaminal musyrikin… aku hadapkan hatiku pd zat yg telah ciptakan langit dan bumi dlm keadaan aku berpaling dari selain dari Allah, berpaling dari 7 petala langit dan 7 petala bumi, berpaling dari semua bentuk makhluk, dgn penuh kefahaman bahawa semua makhluk ini adalah lemah, tak boleh bagi menafaat, tak boleh bagi mudharat, tak boleh buat apa2 melainkan dgn kehendak Allah, aku hanya berharap pd Allah. menyerah seluruh diri raga pd Allah. inilah mizaj nabi ibrahim. Sedia berkorban segala-galanya utk Allah. hadapkan hati hanya pd Allah.

Nabi ibrahim a.s telah diperintah utk sembelih anaknya Ismail a.s, org yg dia paling sayang. Dia bagitahu anaknya, aku telah lihat dlm mimpiku bahawa aku menyembelihmu dgn tanganku. Apa pandangan kamu? Ismail a.s kata, buatlah apa yg Allah telah perintah utk kamu buat. Ayah bersedia utk korbankan anak kerana Allah dan anak pun bersedia utk dikorbankan kerana Allah. bila sampai di tempat utk disembelih, pisau tak dpt menyembelih, maka telah turun jibrail a.s membawa biri2 dari syurga, nabi ibrahim pun bertakbir dan disambut takbir tersebut oleh ismail a.s. inilah takbir yg kita baca setiap kali raya korban. jibrail a.s kata, Allah telah terima pengorbanan kamu dan Allah hantar biri2 ini sebagai ganti.

Umat ini dibina atas pengorbanan. Spt mana ibrahim a.s sedia utk korbankan apa sahaja utk agama Allah. inilah dipanggil mizaj ibrahimi. Mizaj inilah yg kena dibawa oleh umat ini dlm kehidupan mereka.

Allah perintah nabi s.a.w utk tarbiyah umat ini atas mizaj nabi ibrahim. Sanggup korban apa sahaja, bila2 masa sahaja, dlm keadaan apa sahaja. Bila dtg perintah Allah, umat sedia utk berkorban. Bila nabi ibrahim diperintah utk tinggalkan anak dan isteri di bumi yg tandus, dia tinggalkan mereka. Diri dia sendiri pun sedia dilontar ke dlm api. Nyawa sanggup dikorban utk agama Allah. dia telah buktikan dgn tindakan, dgn amalan dan perbuatan. Bukan sekadar ucap di lidah sahaja. Bila dia nak dicampak ke dlm api, api yg begitu besar, malaikat telah mengadu pd Allah, kekasih Allah nak dilontar ke dlm api, malaikat minta izin pd Allah utk bagi bantuan pd ibrahim a.s. Allah izinkan jibrail, mikail, israfil dan izrail utk pergi tengok dan kalau dia nak dibantu maka kamu boleh bantu. Mereka telah menawarkan bantuan pd ibrahim a.s. Jibrail a.s boleh terbalikkan bumi. Mikail a.s boleh turunkan hujan padamkan api. Israfil boleh tiupkan sangkakala dan semua akan musnah. Izrail a.s boleh cabut nyawa semua org. Nabi ibrahim kata, aku tak berhajat pd bantuan kamu semua. Aku tak sedia jadikan mana2 makhluk sebagai perantaraan antara aku dan Allah. maka Allah telah turunkan bantuanNya dan perintahkan api menjadi sejuk dan sejahtera utk nabi ibrahim a.s. Allah telah bagi amaran pd api jangan biarkan sehelai pun bulu roma nabi ibrahim terbakar. Kalau tidak, api akan diazab. Pd ketika nabi ibrahim dicampak ke dlm api, ibrahim a.s masuk ke dlm api dgn tenang tapi api mengigil takut pd ibrahim a,s. Nabi ibrahim kata, selama aku berada dlm api namrud, itulah saat2 yg paling selesa. Inilah mizaj nabi ibrahim a.s.  Mizaj inilah yg kena dibawa oleh umat ini dlm kehidupan mereka.

Mizaj ibrahimi ialah bagaimana hati umat ini hanya berhubung dgn Allah sahaja. Putus hubungan dgn ghairullah. Inilah usaha yg telah dibuat oleh nabi atas para sahabat. Nabi bukan sahaja keluarkan 360 berhala dari hati sahabat tapi telah keluarkan semua ghairullah selain Allah dari hati sahabat. Dlm hati mereka hanya ada Allah. Dlm satu majlis umar r.a, telah dtg bilal r.a, maka umar suruh bilal duduk di depan. Abu sufian kata pd umar, kamu tak berlaku adil, kamu tak layan aku sebagaimana kamu layan bilal. Kamu tahu tak, semasa aku dan kamu masih dlm syirik, bilal diseret atas padang pasir, dicemeti, diletak batu atas dadanya. Kerana pengorbanan org macam bilal inilah, aku dan kamu beriman pd Allah hari ni. Inilah mizaj yg perlu ada, sanggup bermujahadah kerana agama dan putuskan hubungan hati dgn ghairullah, dlm hati hanya ada Allah. dlm hati sahabat hanya ada yakin pd Allah yg maha esa.

Iman akan meningkat dan subur dgn kesusahan dan pengorbanan. Nabi telah sibukkan umat ini dgn usaha atas iman. Usaha utk betulkan yakin pd Allah. sahabat kata kami belajar iman kemudian kami belajar quran. sahabat ajak sahabat yg lain dtg ke masjid dan duduk dlm halaqah iman utk tingkatkan iman. Abu hurairah r.a, ubai bin kaab r.a, umar r.a, abdullah rawahah telah buat gasht bawa org ke masjid. Dlm masjid nabawi sentiasa ada halaqah iman. Keyakinan pd mughibat/kehidupan akhirat bertambah. Tahap iman sahabat begitu tinggi sehingga bila letak syurga dan neraka di depan, iman tak akan berubah walaupun sebesar zarah. Ini adalah hasil usaha atas iman yg dibuat setiap hari di masjid nabawi. Iman saidina umar r.a begitu hebat sekali sehingga syaitan pun tak berani nak lalu lorong yg dilalui oleh saidina umar. Walaupun iman sahabat tinggi, pada masa yg sama mereka sangat2 takut pd Allah. mereka sangat risau dan rungsing pasal iman masing2. mereka sentiasa rasa tak tenang dgn keadaan iman mereka. Huzaifah r.a ada senarai nama2 org munafik, saidina umar tanya adakah nama aku ada dlm senarai tersebut. Begitu takut para sahabat tentang iman mereka. Sahabat telah usaha atas iman dan mereka takut dgn keadaan iman mereka. Inilah usaha yg perlu dibuat hari ini agar umat hari ini disibukkan dgn usaha atas iman. Tertib para sahabat ialah mereka bagi masa hari2 di masjid. ½ hari di masjid. ½ malam di masjid. Mereka bagi masa yg lama di masjid utk belajar iman dan mengajar iman.

Org2 yg baru dtg dari luar madinah, sahabat akan ambil t/jawab utk ajar mereka iman, muzakarah dgn mereka, ajar mereka agama, dlm masa yg sama mereka ambil t/jawab utk bagi makan/minum tetamu2 tersebut. Ini tertib yg berlaku setiap hari di masjid nabi s.a.w. Saad bin ubadah r.a, satu org pembesar di kalangan ansar, setiap hari dia bagi makan 70-80 org tetamu di rumah dia. Sebab itulah keperluan dunia sahabat telah terjejas dgn begitu teruk sekali kerana terlalu sibuk dgn urusan agama. Lama-kelamaan telah dtg kemiskinan dlm rumah mereka, sehingga makanan pun tak ada. Di lorong2 madinah biasa terdengar bunyi kanak2 menangis kerana kelaparan. Di rumah nabi sendiri tak ada makanan.   

Satu ketika nabi s.a.w dtg menziarahi puterinya fatimah r.ha, cucu baginda, saidina hussain dan hassan sedang menangis. Bila ditanya kenapa menangis? Fatimah r.ha kata kerana kelaparan, sudah beberapa hari tiada makanan dirumah. Begitu sekali pengorbanan yg telah dibuat oleh nabi, keluarga nabi serta sahabat dan sahabiah utk agama. Tertib yg sama utk umat hari ni kena buat, bagi masa utk keluar di jln allah dan bagi masa utk usaha tempatan. Bila buat pengorbanan utk agama memang dunia kita akan terjejas/berkurangan, kita kena sedia menghadapi apa sahaja keadaan demi agama.

Satu ketika, pernah dlm solat jemaah di masjid nabi s.a.w, satu saf para sahabat telah jatuh rebah kerana kelaparan. Satu ketika, nabi pergi menziarahi fatimah r.ha, bersama nabi ada imran bin hussain r.a. Fatimah dlm keadaan sakit. Nabi ketuk pintu dan minta izin nak masuk. Nabi suruh fatimah purdahkan diri dia kerana imran pun nak masuk sekali. Fatimah kata, nabi boleh masuk tapi imran tak boleh masuk sebab di rumahnya tiada kain yg mencukupi utk hijabkan dirinya dari bukan mahram. Nabi telah campakkan kain rida baginda yg mulia supaya fatimah dpt menutup aurat. Nabi masuk dan lihat fatimah dlm keadaan sakit. Lemah dan kurus kering dan cuba utk bangun dan menyambut nabi s.a.w dgn berpegang pd dinding. Nabi telah peluk fatimah r.ha dan telah menitis air mata nabi s.a.w. Inilah pengorbanan yg telah dibuat oleh nabi dan keluarga nabi s.a.w utk agama. Ada ketika nabi solat dlm keadaan duduk kerana tak mampu nak berdiri. Abu hurairah tanya kenapa nabi solat duduk. Nabi jawab, sangat lapar. Berhari2 tak makan maka tak berdaya nak berdiri. Abu hurairah menangis sedih melihat keadaan nabi. Nabi kata jgn menangis, perut yg lapar di dunia kerana agama maka tak akan lapar di akhirat nanti. Mereka semua dah buat pengorbanan utk agama habis-habisan. Inilah mizaj nabi ibrahim. Usaha perlu dibuat supaya tak ada satu manusia pun di dunia yg tak kenal Allah. hidup utk agama dan mati pun utk agama.
Fikir risau sahabat menyebabkan mereka tak dpt duduk senang di madinah. Bahkan fikir risau ini telah menggerakkan mereka keluar dari kota madinah pergi ke seluruh dunia. Mereka sanggup korban nyawa mereka utk agama. Kanak2 sanggup berjinjit supaya nampak tinggi dan terpilih utk keluar di jln Allah dan syahid di jln Allah. mereka berpakat antara 2 org semasa bergusti, nabi dah pilih kamu, maka kamu buat2 kalah supaya aku juga terpilih utk keluar di jln Allah. sahabat2 telah berdoa pd Allah, ya Allah berilah aku kesyahidan di jln Allah.

Sahabat sedar tentang t/jawab dan amanah yg telah diberikan oleh Allah maka mereka telah bertebaran ke seluruh dunia. Uqbah bin nafiq telah sampai ke maghribi, sambil menunggang kuda dia masuk ke dlm air laut dan menghunus pedang, dan berkata kalau aku tahu di sebelah sana ada manusia nescaya aku akan sampai ke sana utk meninggikan kalimah Allah. inilah kerja umat ini yg sebenar. Inilah mizaj yg telah dibentuk dlm diri sahabat. Sanggup pergi ke mana sahaja, korban apa sahaja utk agama. Sahabat telah bergerak dan agama telah tersebar ke seluruh alam.

Hari ini, umat kena bangun atas jasbah yg sama. Sedia utk pergi ke hujung2 dunia. Sedia dihantar ke mana sahaja. semoga dgn pengorbanan ini Allah jadikan asbab hidayat utk diri dan umat. Usaha batil tak duduk diam. Siang malam mereka berusaha utk hancurkan agama Allah. mereka berusaha supaya islam keluar dari diri org islam. Ramai org islam berada di pinggir kemurtadan. Masjid kosong tiada org solat di dlmnya. Kerana kecuaian/kelalaian kita, kemurtadan telah berleluasa. Mereka akan dakwa kita di akhirat, kenapa kita tak pergi jumpa mereka. Hanya satu penyelesaian utk selesaikan masalah kemunduran umat di seluruh dunia, iaitu jemaah2 perlu dikeluarkan di jln Allah. korban harta dan diri dan keluar di jln Allah.

Pada hari kewafatan nabi s.a.w, ramai org murtad, tak nak bayar zakat, nabi palsu, ancaman rom dan parsi. Banyak fitnah telah berlaku. Abu bakar siddiq telah buat keputusan jemaah usamah bin zaid perlu dikeluarkan. Jemaah tersebut telah dibentuk oleh nabi sebelum kewafatan baginda. Umar r.a tak setuju. Madinah dlm bahaya. Org rom nak serang madinah. Abu bakar telah tumbuk dada saidina umar, kamu dulu berani di zaman jahiliyah, sekarang takut dlm islam, maka selepas ditumbuk saidina umar setuju jemaah perlu dikeluarkan. Madinah telah dikosongkan dari org lelaki. Abu bakar kata dia sanggup lihat madinah di serang, mayat bergelimpangan, mayat digonggong oleh serigala2 di lorong2 madinah, tapi aku tak sanggup lihat agama berkurangan walaupun sedikit. Adakah agama akan berkurangan sedangkan aku masih hidup. Jemaah2 telah dibentuk dan dihantar ke setiap penjuru. Setelah beberapa hari, Allah telah kembalikan kekuatan islam, org murtad telah kembali pd islam, org tak nak bayar zakat telah kembali bayar zakat. Allah telah ubah keadaan. Allah pelihara madinah dari bahaya dan bencana.

Keadaan yg berlaku di seluruh mencabar kita utk kosongkan rumah2 kita, kosongkan negara kita, hantar jemaah ke seluruh dunia. Semoga dgn pengorbanan tuan2, Allah akan kembalikan keagongan islam, Allah akan hancurkan kebatilan dan Allah akan hidupkan agama di negara dan di rumah tuan2. semua sedia insyaAllah utk sambut takazah pergi ke seluruh dunia. Keluar dgn jasbah samada agama hidup di seluruh dunia atau saya syahid dlm menegakkan agama.

Siapa sedia 4B setiap thn, 10 hari setiap bln dan 8 jam setiap hari? Bangun bagi nama…

Takazah utk org Malaysia keluar 6 bln setiap thn:
Thn pertama – 4B Negara jauh dan 2B khidmat nizamuddin
Thn kedua – 2B masturat Negara jauh dan 4B dlm negeri
Thn ketiga – 4B IPB

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir