Mesyuarat Malaysia 2017 - bayan subuh maulana saad

31/10/2017 - nizamuddin

Banyak usaha sedang dijlnkan dlm dunia ini. Ada org berusaha utk tarbiyah dan hidayah. Ada yg berkata dgn harta agama akan mudah diamalkan, dgn senjata dpt lawan musuh. Ada yg kata kita perlukan kekuatan zahir utk tegakkan islam. Ini semua imaginasi sahaja. Islam tak akan bangkit dgn kekuatan jasmani. Sampai bila2 islam tak akan tertegak dgn kekuatan jasmani. Sebab kemenangan org islam ialah membenci kpd harta dan asbab yg ada pd org2 batil. 

Utk hidayat umat ini, Allah telah tetapkan cara/tarikahnya hingga hari kiamat. Tapi tarikah itu tak diusahakan oleh umat. Usaha yg perlu dibuat ialah cara nabi dan sahabat. Ada org kata, itu cara dulu, sekarang tak sesuai dgn zaman. Agama tak ikut zaman tapi zaman kena ikut agama. Agama tak terpengaruh dgn masa.   

Imam malik rah. kata, umat ini hanya akan diislah dgn cara sebagaimana sahabat diislah. Dgn cara/tarikah yg dibawa oleh nabi s.a.w. utk bawa umat kpd hidayat dan tarbiyah. Amalan dakwah adalah amalan hidayat dan tarbiyah. Nabi hubungkan umat ini dgn dakwah. Dakwah bukan sahaja menyampaikan risalah tetapi ada hubungkait dgn masjid. Dgn suasana manusia akan ditarbiyah. Nabi telah kumpulkan semua org dimasjid samada org khusus, org umum, org lama, org baru. Utk hubungkan manusia dgn Allah. utk lembutkan hati supaya terima hidayat.  Sebab kenapa umat tiada agama kerana mereka jauh dari masjid. Sebab itulah kita kena ikut jln yg khusus/tarikah ini dan bawa umat kpd jln ini.  

Bila umat tiada hubungan dgn masjid maka berlaku kelalaian, kemurtadan, kejahilan. Umat disingkirkan drp ilmu, drp iman. Tempat belajar iman dan ilmu hanya di masjid. Hari ni, halaqah iman dan ilmu di masjid telah tiada. Sahabat2 duduk dlm halaqah iman. Sahabat juga buat gasht utk bawa org ke halaqah iman. Muaz b jabal, abu hurairah, abdullah rawahah. Ijlismina nukmin sa atan…ajak org dari suasana bazaar, suasana kedai, suasana rumah dtg ke masjid. Perubahan dlm diri akan terasa bila duduk dlm halaqah iman. Bila tinggalkan masjid, sahabat kata dia dah munafik. Hari ni kita bagi sikit masa di masjid dan habiskan banyak masa dgn kelalaian tapi masih rasa diri hebat.

Asal usaha iman dan amal ialah di masjid. Kita nak ajak umat dtg ke masjid. Maksud drp gasht ialah nak bawa umat ke masjid dan hubungkan dgn amalan2 masjid. Umat hanya akan ditarbiyah di masjid. Umat tak akan ditarbiyah bila keluar dari masjid. Allah bagitahu dlm quran, org yg memakmurkan masjid ialah org yg beriman dan Allah akan keluarkan ketakutan selain dari Allah dari diri dia. Takut hanya pd allah. merekalah org yg berada di atas jln petunjuk.

Dakwah bukan sebarkan maklumat. Dakwah ialah bawa umat kpd amal dlm satu suasana. Dlm masjid kena ada amal. Kita buat kerja ikut sirah nabi s.a.w. bukan mengikut zaman.  Tabligh bukan satu persatuan. Dakwah dan tabligh ialah maksud perutusan banginda s.a.w. inilah yg dipanggil tarikah nabuwwah. Kerja ini tak bergantung pd pengalaman. Setiap org yg buat kerja ini kena ikut sirah nabi s.a.w. Dunia berjalan dgn peredaran masa tapi agama tidak. Agama dibuat ikut cara nabi dan sahabat. Bagaimana tarikah nabi dan sahabat? Kita kena baca hayatus sahabah. Kalau tak baca hayatus sahabah, macam mana nak buat kerja. Juhud ialah tarikah yg dibuat oleh sahabat nabi s.a.w.

Makanan, pakaian, kenderaan, rumah & perkahwinan adalah keperluan manusia. Keperluan berubah mengikut zaman. Amalan dakwah adalah amalan nabuwwah. Amalan ini berterusan hingga kiamat. Kita buat spt mana sahabat telah buat. Sahabat adalah pelita2 hidayah. Masjid adalah tempat tarbiyah umat ini. Masjid bukan hanya tempat ibadat. Maksud drp gasht ialah bawa org ke masjid. Bawa org dari suasana lalai ke Susana masjid. iktikaf adalah sunnah nabi. Di masjid ada suasana malaikat. Malaikat akan mengerumi org2 yg berkumpul di masjid bertindan hingga ke langit. Dinaungi oleh rahmat dan malaikat. Berada dlm sayap2 malaikat. Beramal di masjid hingga dtg waktu solat yg berikutnya. Di masjid ada halaqah ilmu, halqah taklim, halqah dakwah.

Zaman sekarang, umat berada diluar masjid. nak solat baru dtg ke masjid. zaman sahabat, mereka duduk beramal di masjid hingga waktu solat yg berikutnya. Sahabat belajar ilmu di masjid. kita hari ni tak belajar, tengok2 org buat, kita pun buat, sebab tu tak betul. Taklim masail dan taklim fadhail telah hilang dari masjid hari ni. Duduk dlm taklim fadhail utk wujudkan keyakinan pd janji Allah. Masjid tempat tarbiyah.

Bani tsaqif kata kami masuk islam tapi tak nak solat, tak nak bayar zakat, tak nak buat usaha agama.  Nabi s.a.w letakkan mereka di masjid. suasana dan amalan masjid melembutkan hati mereka. Umat kena bagi masa di masjid. setiap umat dihubungkan dgn masjid. 


Thufail dausi dtg jumpa nabi dgn tutup telinga. Tak nak dengar percakapan nabi. Bila masuk masjidil haram, terus hati dia berubah. Bula dengar percakapan nabi dia masuk islam dan telah balik dan dakwahkan kaumnya. 80 keluarga masuk islam.

Satu org sahabat telah dtg ke masjid dan wahyu pengharaman arak telah turun. Dia telah keluar dan iklankan pd semua org bahawa arak telah diharamkan. Dgn satu suara, seluruh penduduk madinah telah pecahkan tong arak. Begitu juga dgn arahan menutup aurat. Dgn satu iklan seluruh wanita di madinah telah berpurdah. Dari masjid perintah telah disebarkan.

Hari ni agama telah menjadi satu perniagaan. Berbagai buku agama dicetak. Ilmu bukan utk tijarah tapi ilmu utk tarbiyah. Tarbiyah di masjid. tapi sekarang ilmu telah terkeluar dari masjid. kita kena kembalikan umat ke masjid. maksud asal ialah kita duduk dlm majlis iman supaya iman kita meningkat. Dtg ke masjid dan dengar percakapan2 mengenai iman. Imam bukhari telah adakan satu tajuk dlm kitab bukhari mengenai majalisul iman.

Allah tak akan turunkan bala dgn sebab org menghidupkan masjid. kejayaan kita berhubungkait dgn amalan2 yg berada di masjid. org yg menghidupkan masjid, Allah akan hantar malaikat utk bantu dlm kerja dia. Bila sahabat ada masalah, mereka akan dtg ke masjid. apa sahaja masalah. perkara ini telah jadi umum di kalangan sahabat. Bila dtg kemarau, bila hujan tak turun, sahabat pergi ke masjid. Utk selesaikan masalah dunia dan agama, sahabat pergi ke masjid. 

Pada satu hari jumaat, sedang nabi baca khutbah, satu org telah dtg, minta rasulullah doa turunkan hujan, dah lama kemarau. Nabi dah doa dan sebelum nabi jatuhkan tangan maka telah turun hujan. Hujan tak berhenti2 hinggalah jumaat satu lagi. Sahabat suruh nabi doa berhentikan hujan. Nak minta berhentikan hujan pun di masjid.

Begitu juga bila larva menuju ke madinah. Larva gunung berapi. Sahabat pergi ke masjid. Tamim Dari sedang solat di masjid. Umar r.a suruh tamim dari pergi halau api larva tu. Dia telah halau api masuk ke dlm lubang spt halau kambing masuk kandang. Nizam alam ini akan berada di tangan org mukmin bila mereka menghidupkan amalan masjid.

Sahabat yg sakit pergi ke masjid dulu. Seorang sahabat yg susah hati dgn hutang yg banyak telah pergi ke masjid. nabi telah ajar satu doa dan dgn doa ini walaupun hutang sebesar bukit di yaman pun akan selesai hutang. Utk selesaikan segala masalah hubungkait dgn masjid.

Satu org sahabat telah mengadu pd nabi s.a.w, adiknya selalu pergi ke masjid dan duduk dlm majlis nabi, saya yg kena pergi bekerja utk bagi makan pd dia. Nabi kata, kamu diberi rezeki kerana adik kamu berada dlm majlis aku dlm masjid. Rakankongsi umar r.a, mereka berselang seli berada di masjid. mereka bergilir2 jaga kedai. Umar r.a telah buat gasht dan kumpul umat di masjid. Org yg bergerak ke masjid, dia menuju kpd rahmat Allah. org yg berjalan, rahmat Allah akan berlari ke arahnya. Tiada cara lain utk bawa umat kpd rahmat Allah. hanya dgn cara nabi dan para sahabat.

Maulana Yusuf telah tulis muntakhab hadith mengenai 6 sifat sahabat. Di dlmnya ada hadith2 kelebihan memakmurkan masjid. Tapi hari ni kita bermesyuarat samada nak baca atau tidak. Kita tak boleh buat usaha mengikut apa yg kita nak, guna HP dsbnya. Kita buat usaha mengikut apa yg nabi dan sahabat buat. Org yg dtg ke masjid spt org pergi berjihad. Allah gembira dgn org yg dtg ke masjid spt gembiranya sahabat lama bertemu setelah sekian lama tak jumpa.

Seekor serigala telah berkata2 pd gembala kambing dlm bahasa arab. Serigala kata kenapa kamu masih ada di sini. Pergi ke masjid. disana ada seorang nabi. Pengembala rasa pelik sebab serigala boleh bercakap. Serigala kata ini tak pelik, yg peliknya kamu masih disini dan tak pergi jumpa nabi di masjid nabawi. Org yg akan dpt rahmat ialah org yg menghidupkan masjid. Zaman sembah berhala dah tak ada. Sekarang zaman masjid. cara utk hancurkan batil ialah dgn memakmurkan masjid, bawa org ke masjid. jumpa org di rumah dan bawa ke masjid. bukan dakwah di rumah dah selesai. Kena bawa ke masjid. Bila dtg musibah banjir, taufan, gempa, bawa org ke masjid. Spt kita nak selamatkan org dari rumah yg terbakar. Gasht adalah satu juzuk drp kerja. Tapi masih belum sempurna. Kena bawa bawa org ke masjid baru gasht jadi sempurna.

Tempat yg paling Allah benci ialah bazaar. Tempat yg paling Allah suka ialah masjid. org yg berada dlm suasana minum arak, kita bawa dia ke masjid. org mukmin adalah org yg suci. Tabligh ialah sampaikan hingga ke hati. Satu org sahabat yg nak salam dgn nabi tapi bila nabi hulur tangan dia tarik tangan. Dia kata saya tak suci, dlm keadaan hadas. Nabi kata org mukmin tak najis. Bila kita bawa org yg jauh dari masjid ke masjid, Allah sangat gembira spt satu org yg kehilangan anak yg telah dijumpai semula.  

Hari ni, perkara ini telah menjadi ikhtilaf antara kita smada boleh buat atau tak boleh buat. Kita buat apa sahabat telah buat. Satu ketika nabi masuk masjid, ada 2 halaqah. Halaqah menceritakan kebesaran Allah. Nabi kata malaikat telah mengerumi kamu hingga ke pintu langit. Ibnu abbas kata, zikir akbar ialah org yg berkumpul di masjid dan bercerita tentang kebesaran Allah dan Allah menyebut nama kita dlm majlis yg lebih baik iaitu majlis para malaikat. Kita akan bangga bila menteri2 sebut nama kita. Allah sebut nama kita dlm majlis para malaikat adalah lebih patut dibanggakan lagi.

Bila ditanya bagaimana iman kamu? Bagaimana keadaan agama kamu? Ianya bergantung sebanyak mana kita kita habiskan masa di masjid. org yg beriman ialah org yg memakmurkan masjid2. bagi masa di masjid adalah perkara yg asas. Kalau di masjid ada halaqah iman, halaqah halal haram, halaqah zikir, maka org2 disitu akan sentiasa berada dlm kebaikan. Maksud drp gasht ialah kumpul org di masjid. perkara2 yg disebut di dlm masjid akan lebih bernilai drp perkara2 yg disebut di luar masjid. ini perkara yg diyakini.

Amalan2 masjid akan menyempurnakan amalan kita dlm ibadat. Kalau amalan masjid tak dibuat maka perkara2 diluar akan mempengaruhi ibadat kita.  

Azan bukan iklan. Azan adalah dakwah. Maksud azan ialah Allah panggil kita ke masjid. Di zaman nabi, waktu tahajjud pun ada azan. Org yg ada di masjid balik rumah. Org di rumah dtg ke masjid. tukar shift. Segala keperluan kita akan sempurna dgn dakwah dan ibadat. Sahabat lapangkan masa dakwah dan ibadat utk keperluan tapi kita hari ni lapangkan masa keperluan utk dakwah dan ibadat, sebab tu kita rasa susah. Sahabat hidupkan masjid 24jam. Barulah akan dtg kebaikan dari Allah. Bila rumah Allah hidup 24jam maka tempat kita akan selamat dari bala dan malapetaka. Ada kilang dan kedai yg hidup 24jam. Mereka bekerja shift. Mengapa masjid tak boleh hidup 24jam?

Ada ketika nabi lewatkan solat isyak sehingga ada yg menunggu di masjid mengantuk. Selepas solat isyak, nabi pergi ke mahalah org2 ansar. Nabi bercerita tentang kesusahan org2 muhajirin. Sahabat berhijrah utk selamatkan iman, bukan utk selamatkan nyawa. Aishah tunggu nabi di rumah. Hari dah lewat malam. Bila nabi balik rumah, terus duduk di tikar sembahyang. Aku menunggu utk nabi mendekati aku tapi nabi beribadat hingga bilal melaungkan azan subuh.  Inilah kerja yg kena buat. Bagi masa utk dakwah dan bagi masa utk ibadat. Selesai beribadat, nabi berdoa pd Allah. Dakwah, ibadat dan doa. 

Kita kena ikut apa amalan nabi dan sahabat dlm melakukan dakwah. Nabi pergi ke mahalah ansar selepas waktu isyak. Di mewat, ada 100 masjid yg hidup 24 jam. Masjid dihidupkan pd awal malam, pertengahan malam dan akhir malam. Masjid akan bercahaya sebagaimana bintang bercahaya utk penduduk bumi. Ini bukan perkara sekadar cakap tapi perkara yg hendak kita lakukan.

Janji Allah bersama dgn amal. Amal akan sempurna bila berada dlm masjid. bila amal sempurna, agama sempurna. Ibadat dibuat dgn ilmu. Kita belakangkan asbab dan kedepankan ibadat. Tinggalkan asbab bukan mujahadah. Tinggalkan asbab adalah rahbahniah. Kita bukan umat rahbahniah. Kita tak tinggalkan asbab tapi kita takhirkan asbab. Rahbahniah bukan mujahadah. Dgn rahbahniah umat tak dpt hidayat. mengurangkan masa utk asbab dipanggil mujahadah. Meninggalkan asbab adalah bersalahan dgn fitrah. Allah nak tengok adakah dgn asbab dia meninggalkan perintah Aku atau dgn asbab dia menyempurnakan perintah Aku. Asbab adalah imtihan/ujian. Menggunakan asbab tak bersalahan dgn tawakkul. Allah bagi kerajaan pd Sulaiman a.s utk ujian. Kehebatan ialah bila dpt tinggalkan asbab dan dtg pd perintah Allah. malaikat tiada hajat. Malaikat tak perlu ikhtiar.

Tawakkal ialah kita menyimpan hajat kita drp makhluk. Kita tak zahirkan hajat kita pd makhluk. Bila kita zahirkan hajat kita maka tawakkul sudah tiada. Asbab adalah supaya kita tak berhajat pd makhluk. Sahabat simpan kemiskinan dia di depan manusia sehingga Allah keluarkan gandum drp kisar. Allah gerakkan kisar yg tak ada biji gandum tapi mengeluarkan tepung gandum sebab dia telah menyembunyikan hajatnya drp makhluk. Dia pergi ke masjid berdoa Allah. Nabi kata kalau dia tak hentikan kisar tersebut, maka akan keluar gandum hingga hari kiamat.

Bila abu bakar dilantik jadi amirul mukminin, dia ke bazaar utk berniaga. Aku perlu berusaha utk keperluan aku. Tawakkul adalah sifat. Bertawakkal pd Allah, allah boleh bagi tanpa asbab. Bertawakkal pd Allah sehingga Allah bagi rezeki yg tak disangka2. sahabat dpt rezeki semasa buang hajat. Seekor tikus telah keluarkan kepingan emas dari lubang. Nak menunjukkan bahawa dunia ini hina. Tak ada nilai.

Seorang sahabat nak pergi Bahrain utk berniaga. Nabi suruh solat dulu 2 rakaat. Mendahulukan amal drp asbab. Kenapa duduk dlm majlis taklim? Supaya kita yakin dgn janji2 Allah. sebab tu kena duduk dlm taklim di masjid. utk memperbaharui keyakinan terhadap janji2 Allah dlm hati. Dengar taklim dgn menolak segala asbab baru dtg yakin. Dlm asbab tiada janji Allah.

Dgn amalan dakwah Allah janji hidayat. Halaqah tajwid di rumah bukan perkara baru. Sahabat telah buat halaqah quran di rumah sebelum hijrah lagi. Hadrat khabbab r.a telah dtg ke rumah ipar umar r.a dan ajar quran. kita nak bawa umat kpd amalan2 yg dibuat oleh sahabat. Kemajuan dunia bila kita bergerak ke hadapan tapi utk kemajuan agama bila kita bergerak ke belakang ke zaman nabi dan sahabat. Meninggalkan sunnah akan menuju kehancuran. Bila kita kata halaqah quran di rumah adalah benda yg baru maka ia akan bawa kita kpd kemusnahan.

Umar dah buat keputusan nak bunuh nabi s.a.w.  tapi dlm perjalanan dia dengar bacaan quran yg dibaca dlm rumah iparnya. Itulah sebab umar dpt hidayat. Halaqah quran adalah utk betulkan bacaan di kalangan ahli rumah. Kita akan maju bila kita bawa kehidupan kita kpd amalan yg dibuat sahabat.

Ibadat kena ada ilmu. Utk ilmu kena duduk dlm majlis taklim. Masail adalah syarat utk beramal. Tanpa masail, amalan tak diterima. Abdullah bin masud kata belajarlah ilmu spt org2 terdahulu belajar. Kita kena bersohbat dgn ulamak. Belajar wuduk bukan dgn bawa pen dan buku. Tapi belajar wuduk dgn cara amali, bawa lotar dan air.

Kata umar r.a, kalau tiada 3 perkara, akau tak nak hidup di dunia ini lagi:
  1. keluar di jln Allah/dakwah
  2. sujud yg panjang2/ibadat
  3. majlis ulamak/ilmu

org munafik takut pergi ke masjid. takut terpengaruh. Tashkil berlaku di masjid. nabi nak bagi bendera pd org yg akan fatah di khaibar. Nabi tanya mana ali? Ada di rumah sakit mata. Pergi panggil dia. Nabi lap air liur pd mata ali. Nabi tashkil ali dan bagi bendera utk ke khaibar. Kanak2 pun berebut nak tahu samada nama mereka dah ditulis di masjid.

org munafik mencari uzur utk tidak dikeluarkan. Utk selamatkan dari fitnah kena keluar di jln Allah. Dlm zaman fitnah, kita kena tambah pengorbanan utk selamat dari fitnah. Fitnah dtg sebab kekurangan dlm kerja. Jgn tunggu fitnah berakhir baru nak tambah kerja. Org Malaysia yg diatas tu semua dah nak balik, balik dan hidupkan masjid. Allah bagi banyak nikmat pd org Malaysia. Allah bagi kemudahan pd satu2 negara dan tempat tapi bila tak digunakan maka akan ditarik balik. Kita kena bersyukur. Allah bagi kemudahan pd org Malaysia. Maka gunalah kemudahan2 ini supaya Allah tak tarik nikmat drp kita. Tiada halangan utk buat usaha di mana2 masjid. semua masjid boleh pergi tanpa rintangan. Bila syukur, Allah akan tambah nikmat. Dakwah utk tarbiyah. Amalan tarbiyah berhubungkait dgn masjid. kita bertanggungjawab di seluruh dunia. Dimana sahaja kita pergi, amalan dakwah hidup di tempat itu. Amalan dakwah adalah amalan hidayat. Bangun bagi azam

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir