Mesyuarat Malaysia 2017 - bayan maghrib maulana saad

30/10/2017 - nizamuddin

Setiap zaman, Allah pilih mereka2 yg sesuai pd pandangan Allah utk buat kerja agama. Utk pemilihan ini, Allah akan uji hambaNya. Siapa yg berjaya dlm ujian, maka dia diterima oleh Allah utk buat kerja agama. Siapa yg gagal dlm ujian, dia akan disingkirkan dan Allah akan pilih org lain utk buat kerja. Utk berjaya dlm ujian ini supaya dipilih oleh Allah, pertama sekali dia kena pastikan kehidupan dia 24 jam bertepatan 100% dgn sunnah nabi s.a.w dan kehidupan dia menjadi contoh terbaik utk umat. Sebagaimana Allah telah pilih nabi ibrahim a.s dan uji nabi ibrahim a.s dgn ujian2 dan beliau berjaya dlm ujian2 tersebut dan Allah telah jadikan ibrahim a.s sebagai imam bagi seluruh manusia. Kerana nabi ibrahim telah berjaya wujudkan sifat2 yg dikehendaki oleh Allah s.w.t. Oleh itu, setiap drp kita yg buat usaha kena fikir risau bagaimana saya diterima oleh Allah. Penerimaan Allah tidak berdasarkan kebolehan, kepandaian bahkan berdasarkan sifat qabuliyah. Sebanyak mana sifat2 qabuliyah ada dlm diri kita, maka sebanyak itulah kita akan diterima oleh Allah. kita kena berusaha utk menyempurnakan sifat2 tersebut dlm diri kita dan sejauh mana kehidupan kita ikut jejak langkah kehidupan nabi s.a.w maka sejauh itulah kita akan diterima oleh Allah s.w.t.

Apa sebab dakwah nabi tersebar ke seluruh alam? Nabi s.a.w adalah nabi utk seluruh alam. Nabi s.a.w telah berjaya satukan umat dlm usaha baginda. Kita kena buat usaha sebagaimana usaha yg nabi buat. Kalau tidak, usaha akan jadi firkah, membentuk golongan2, kita tak akan berjaya membentuk umat. Umat akan berpecah. Sedangkan maksud usaha ini ialah utk satukan umat. Utk capai perkara ini kita kena bawa mizaj nabi s.a.w dlm usaha dakwah. Salah satu asbab yg penting yg menyebabkan usaha nabi dpt menyatukan umat ialah adanya sifat berlapang dada. Nabi buat usaha atas semua org dan nabi terima semua org. nabi tidak membezakan warna kulit, bangsa, negara, bahasa, kaya, miskin.

Hati nabi begitu luas, apa sahaja halangan yg ada nabi terima dgn penuh kesabaran dan tahamul. Nabi tidak pernah ambil tindakbalas. Nabi tak cepat menghukum org. sifat sabar dan tahamul, sabar menanggung kerenah umat.

Kisah zaid bin saanah, seorang pendeta yahudi. Dia baca dlm kitab terdahulu, salah satu sifat nabi akhir zaman ialah bila org buat jahat, akan dibalas dgn kebaikan. Maka dia buat satu perancangan utk menzalimi nabi s.a.w. Dia menawarkan pinjaman kpd nabi. Nabi telah terima tawaran tersebut dan berjanji utk bayar pd tarikh yg telah ditetapkan. Tapi sebelum tarikh tersebut, zaid bin saanah telah dtg berjumpa nabi dan telah tarik leher baju baginda dan telah tolak baginda ke dinding, marah dan bercakap dgn kasar pd baginda. Dia mengucapkan kata2 yg menyakitkan hati para sahabat sehingga umar r.a telah menghunuskan pedang beliau dan berkata pd rasulullah, biar aku pancung kepala org ini. Nabi tidak marah, herdik atau haliag dia. Nabi telah tegur umar r.a, wahai umar mengapa kamu berkasar dgn dia. Sepatutnya kamu nasihat dia minta dgn baik. Baginda telah perintah umar bayar balik semua hutang sebagaimana yg telah dijanjikan dan bagi tambahan lagi 20 gantang. Sifat yg ada pd nabi ialah balas keburukan dgn kebaikan. Zaid bin saanah telah lihat alamat kenabian pd diri nabi s.a.w maka dia telah ucap kalimah dan masuk islam. Inilah mizaj yg perlu ada, barulah usaha ini dpt membentuk dan menyatukan umat. Nabi tidak pernah anggap ada yg tak layak utk didakwah. Org suka atau tak suka, abu talib, abu jahal, nabi jumpa semua org, dakwah semua org.

Sebagaimana kenderaan perlu bahanapi utk bergerak, begitulah juga bahanapi dlm usaha ini adalah sifat sabar. Sifat sabar akan memajukan kita dlm usaha ini. Sabar akan menggerakkan usaha ini. Tiada sabar, maka tiada safar. Allah perintah nabi utk bersabar. Nabi ajar para sahabat supaya bersabar. Dgn sifat sabar ini akan kekalkan kita dlm usaha. Nabi tanya pd Abu Dzar r.a, apa kamu akan buat bila org keluarkan/halau kamu dari sini? Abu dzar kata saya akan pergi ke syam. Kalau mereka halau kamu keluar dari syam? Saya akan balik ke madinah. Berkali2 nabi tanya dan dia jawab. Sehingga akhir sekali abu dzar kata aku akan lawan dia. Nabi kata jangan. Kamu pergilah kemana mereka suruh kamu pergi sehingga kamu mati dan jumpa aku di akhirat. Nabi ajar sifat sabar pd sahabat. Dlm sabar ada tarbiyah. Dgn sabar akan dpt kemenangan. Dgn sabar akan dtg kebaikan2 dalaman dan luaran pd diri.

Dlm perjanjian hudaibiyah. Seoarng da’i tak ambil tindakbalas. Lawan kpd sifat sabar ialah ambil tindakbalas. Nabi tak balas keburukan dgn keburukan. Dlm perjanjian hudaibiyah nabi tak ambil tindakbalas walaupun perjanjian tersebut berat sebelah. Macam2 syarat berat sebelah. Dgn kesabaran nabi dan sahabat, maka Allah telah turunkan ayat innafatahna…Allah telah iklankan kemenangan utk nabi dan sahabat. Beberapa tahun selepas itu berlaku fatah mekah. Sifat sabar sangat penting. Org yg dpt bersabar dgn ujian2 luaran, ialah org yg taat perintah Allah dlm kehidupan hariannya. Kalau tak ada taqwa, maka tak dpt bersabar dgn ujian2 luaran.

Kisah nabi Yusuf yg Allah cerita dlm quran. seluruh kisah nabi Yusuf berkisar tentang sabar dan taqwa. Diuji oleh adik beradik, ditempatkan dlm telaga buta, diuji oleh zulaikha, dipenjara, bermacam2 ujian beliau telah hadapi. Kerana sifat sabar dan taqwa, maka Allah telah dtgkan bantuanNya pd nabi Yusuf, Allah telah keluarkan beliau dari masalah2 tersebut dan bagi kemuliaan pd beliau. Seorang da’i yg tak ada sifat sabar & taqwa, maka dia tak dpt lihat bantuan Allah depan mata dia. Bantuan Allah akan dtg dgn sifat sabar dan taqwa. Dgn sabar dan taqwa, Allah akan bagi jln keluar dari segala halangan. Setiap drp kita kena ada sifat sabar, inilah bahanbakar yg menyebabkan kita akan terus bergerak dan meningkat maju dlm usaha ini.

Sejauh mana kita ada sifat sabar, maka sejauh itulah kita akan tolong-menolong satu sama lain dlm kerja dakwah. Kerja dakwah adalah usaha ijtimai. Kalau ada kenduri kahwin, seluruh keluarga akan bantu-mambantu utk menjayakan kenduri tersebut. Apatah lagi dlm usaha dakwah yg besar ini, yg melibatkan seluruh umat, tanpa tolong-menolong kerja tak dpt berjalan dgn sempurna. Allah perintah utk bantu-membantu dlm kebaikan. Apakah punca kita tak dpt bantu-membantu satu sama lain dlm kerja dakwah ini? Punca pertama ialah sifat hasad. Sifat hasad dengki yg ada dlm diri kita yg menghalang kita dari membantu antara satu sama lain. satu org yg ada sifat hasad akan mengasingkan/memisahkan diri drp org. dia tak boleh bersatu/bercampur dgn org lain. Berlawanan dgn sifat hasad ialah hati kita kena bersih dari sifat sangka buruk. Sahabat dpt bersatu kerana tolong-menolong kerana hati mereka bersih, tiada hasad dan dengki. Allah boleh ambil kerja drp sesiapa yg Allah kehendaki. Ini usaha pilihan. Kelebihan yg diberi oleh Allah pd seseorang adalah anugerah drp Allah. kita kena bersama dgn org yg ada kelebihan tersebut, bukan dengki dgn kebolehan yg Allah dah beri pd dia. Kita kena bersama dgn dia dgn niat kelebihan yg Allah bagi pd dia, Allah akan bagi pd saya juga. Ini sikap/sifat yg ada pd sahabat.

Satu kisah, nabi tanya siapa yg sedia tunaikan hak pedang yamani. Zubair telah bangun. Nabi tak bagi. Kemudian Umar telah bangun. Nabi tak bagi. Abu dujanah bangun. Nabi telah bagi pedang tersebut pd abu dujanah. Satu perkara yg pelik, ada org lama spt zubair dan umar tapi nabi tak bagi. Nabi bagi pd org baru. Sahabat tak dengki. Mereka tak soal nabi kenapa bagi pd org baru, tak bagi pd org lama. Zubair telah pergi berjuang di sebelah abu dujanah dan tengok macam mana abu dujanah guna pedang itu. Zubair kata, Allah dan rasul tahu drp siapa nak ambil kerja. Jgn sekali-kali ada sifat hasad dlm diri kita.

Dlm perang khandak, baginda telah bentuk jemaah2 sahabat. Setiap jemaah telah dibagi t/jawab utk gali parit. Jemaah yg telah siap gali, mereka akan bantu jemaah2 lain yg belum selesai. Halaqah2 yg dibentuk utk majukan kerja. Bukan utk pecah belahkan.

Kerja ini berjalan dgn bantuan/nusrah Allah. Utk dpt bantuan Allah, perkara yg penting ialah kesatuan hati/ijtimai qulub. Lebih penting dari solat, zikir, tilawah quran. Walau amal sempurna tapi hati tak bersatu, bantuan Allah tak akan dtg. Kalau hati bersatu walau amal tak sempurna, bantuan Allah tetap akan dtg. Apa yg dinamakan jemaah? Jemaah bukan berkumpulnya jasad, tapi hati yg bersatu. Bantuan Allah bersama dgn jemaah. 4 perkara Allah sebut dlm quran. bila ada 4 perkara ini maka akan wujud kesatuan hati:
  1. lemah lembut
  2. memaafkan
  3. istighfar
  4. mesyuarat
4 perkara ini umpama 4 tayar bagi kenderaan. Kalau satu pancit, kenderaan tak boleh jalan. Keempat-empat perkara ini perlu ada utk dtgkan ijtimaiyat dlm kerja ini. Kalau satu perkara tiada, maka tidak akan ada kemajuan dlm usaha ini. Perkara pertama, Allah perintah nabi utk bersifat lemah lembut. Dgn rahmat Allah, Allah jadikan nabi bersifat lemah lembut. Dlm usaha ini tiada hukum-menghukum. Satu org badwi telah dtg ke masjid dan kencing di masjid. Sahabat marah, tapi nabi panggil dan cakap dgn lemah lembut, ajar dia adab masjid. Hari ni, bila ada satu org buat salah, kita hukum dia dan keluarkan fatwa. Cara nabuwwah ialah bila ada org buat kesilapan, kita bagi peringatan. Dgn peringatan akan dtg menafaat. Bila satu org buat salah dan kita hina dia, kita malukan dia, maka akan menyebabkan perpecahan. Bila ada org buat kesalahan, kita muzakarah dgn baik.

Perkara kedua ialah sifat memaafkan. Org berkasar dgn kita, kita lupakan dan kita maafkan. Perkara ketiga, kalau dia buat salah langgar usul, maka kita jgn istiharkan, hebohkan, sebarkan kesalahan dia, bahkan kita istighfar utk dia. Doakan kebaikan utk dia. Perkara keempat, Allah perintah nabi bermesyuarat dlm urusan. 4 perkara ini adalah usul utk jaga kesatuan antara kita. Bila bersatu maka bantuan Allah bersama kita.

Mesyuarat adalah amal ijtimai yg sangat penting. Dgn mesyuarat dpt jaga kesatuan hati. Dlm quran, Allah sebut mesyuarat dgn solat. Sifat org beriman ialah pertama, dirikanlah solat dan kedua mereka bermesyuarat dlm urusan mereka. Mesyuarat berjalan dgn tertib solat. Kena ada seorang imam. Dlm mesyuarat kena ada satu org faisala, yg buat keputusan dlm mesyuarat. Dlm solat, makmum ikut setiap pergerakan imam. Begitu juga, setiap ahli mesyuarat kena ikut keputusan amir mesyuarat. Jika faisala buat kesilapan, sama spt imam dlm solat buat salah, makmum boleh tegur. Tapi dgn syarat makmum yg solat bersama imam tersebut. Org yg tak ada dlm jemaah tak boleh tegur. Kalau imam dengar org luar tegur, maka solat semua org batal. Begiu juga, org yg nak bagi pandangan kena ada dlm usaha ini, sama2 buat pengorbanan, mujahadah, baru boleh bagi pandangan. Pandanga di beri dlm mesyuarat. Jgn kita cakap di luar mesyuarat. Bila cakap diluar mesyuarat maka akan timbul fitnah. Bila dah bagi pandangan, jgn kita tekan syor dan berdegil dgn syor. Org berdegil dgn syor akan pecah belahkan umat.

Inilah berlaku semasa perang uhud. Ubai bin salon telah bagi pandangan jgn kita keluar dari madinah. Tapi nabi buat keputusan perang di luar madinah. Bagi syor tak salah. Yg salah ialah berdegil dgn syor. Disebabkan dia, 300 org telah menarik diri dari menyertai perang uhud. Asal 1000 org, telah tinggal 700 org. bila dah bagi syor dlm mesyuarat, maka t/jawab kita dah lepas. Apa sahaja keputusan dibuat kita terima.

Umar r.a, beliau adalah satu org mulham. Org yg dpt ilham direct dari Allah. dlm peristiwa hudaibiyah, bila dia berkeras dlm pendapat dia, utk masuk buat umrah, menyebabkan sepanjang hidup dia menyesal atas perbuatan tersebut. Sepanjang hidup istighfar, bertaubat dgn niat semoga Allah maafkan kerana berdegil dgn pendapat. Menerima keputusan amir adalah syarat utk dpt bantuan Allah. bila tak terima keputusan mesyuarat, maka bantuan Allah terangkat. Terangkat sebab perpecahan.

Dlm perang uhud, 50 org telah ditempatkan atas bukit. 40 org tak taat keputusan amir. 40 org telah turun utk ambil harta ghanimah. Tinggal 10 org sahaja atas bukit. Menyebabkan bantuan Allah terangkat. Pada mulanya org islam menang. Kemenangan telah bertukar jadi kekalahan.

Apa sahaja keputusan dlm mesyuarat kita kena berlapang dada. Barulah ada kesatuan hati dan bantuan Allah akan bersama dgn kita. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir