Mesyuarat Malaysia 2017 - usaha masturat

29/10/2017 - nizamuddin

Org pertama yg menerima dakwah nabi s.a.w ialah isteri nabi iaitu saidatina khatijah r.ha. Beliau banyak membantu nabi s.a.w dan banyak menanggung kesusahan bersama nabi s.a.w. Usaha ini telah dipertenggungjawab pd kedua2 golongan, lelaki dan wanita. Usaha dikalangan wanita sangat halus. Hendaklah kita ikut tertib, usul dan syarat2 yg diberitahu. Suasana di rumah akan terbentuk bila ada fikir dikalangan wanita. Yg akan mendidik anak2 dlm didikan agama adalah ibu. Dlm sirah menunjukkan bahawa semua wali2 Allah dididik oleh ibu2 mereka. Usaha ini penting bagi wanita sepertimana atas lelaki. Ramai sahabat lelaki dpt hidayat ditangan wanita. Saidina umar dpt hidayat asbab saudara perempuannya. Saidina usman dpt hidayat melalui ibu saudaranya.

Kalau ada agama dlm diri, maka anak2 akan jadi org anak2 yg beragama, suasana agama hidup di rumah, anak2 dpt didikan agama. Wanita2 yg dtg ke rumah, mereka juga akan dpt menafaat agama. Mereka akan mendengar cerita akhirat. Suasana diluar adalah suasana yg rosak, yg menjauhkan seseorang drp akhirat. Hanya rumah tempat selamat utk wanita berada dlm suasana agama dan jaga iman. Selamatkan iman dirinya dan anak2nya dan org2 yg dtg mengunjungi rumahnya. Sebab tu penting utk rakan2 seusaha bentuk suasana di rumah dan usaha atas wanita. Dari rumah kitalah amal2 akan berpindah ke rumah2 yg lain. tuan2 yg Allah telah pilih buat kerja agama, maka penting utk tuan2 hidupkan suasana agama di rumah masing2. supaya wanita2 di rumah kita jadi wanita yg beragama.

Sebagaimana tertib bagi lelaki ada kerja makami dan kerja khuruj, begitulah juga utk wanita ada kerja makami dan kerja khuruj. Usaha yg perlu dibuat ialah hidupkan amal dlm rumah. Hidupkan suasana dakwah iman dlm rumah. Menceritakan tentang kebesaran Allah dan mendengar tentang kebesaran Allah. setiap hari ada muzakarah 6 sifat, tashkil dan mesyuarat. Lelaki pun kena duduk dlm mesyuarat di rumah. Siapa nak baca taklim, siapa nak buat 6 sifat. Bila ada tashkil barulah dakwah berjalan. Bila ada tashkil barulah ada jemaah keluar 40H/2B/4B. bila dah keluar 40H, layak utk keluar 2B negara jauh. Dtg sini dan belajar buat usaha di sini.

Semasa hijrah, abu bakar telah bawa semua yg ada di rumah. Ayah abu bakar seorang yg buta. Ayah dia tanya anaknya, abu bakar tak tinggal apa2 di rumah. Anak abu bakar jawab utk tenangkan datuknya, banyak lagi yg tinggal. Walaupun sebenarnya tak ada apa2 pun yg tinggal. Jawapan ni adalah kerana ada fikir risau agama dlm rumah. Batu2 telah diletakkan di tempat simpanan. Seorang anak perempuan yg telah terbentuk zihinnya. Kita kena bentuk zihin dan fikir wanita dlm rumah kita. Bila zihin dibentuk, maka insyaAllah fikir agama akan wujud dlm rumah.

Kita kena libatkan isteri/wanita dlm usaha yg kita sedang buat. Kita kena jadikan rumah kita contoh kpd rumah2 yg lain. diaturkan juga tertib bagaimana wanita2 kita dpt keluar di jln Allah. 2 syarat penting utk keluar di jln Allah ialah 1. bersama mahram  2. purdah yg sempurna
Tanpa mahram, wanita tak boleh keluar di jln Allah. tidak ada amir dikalangan wanita.

Hidupkan taklim di rumah setiap hari. Lelaki pun mesti ada bersama dlm taklim. Ini t/jawab lelaki. 5 amal:
  1. taklim kitabi
  2. halaqah quran
  3. muzakarah 6 sifat
  4. tashkil
  5. mesyuarat
2 bulan (2X) keluar dgn jemaah lelaki dan bulan ketiga keluar 3 hari dgn jemaah masturat. Salah satu umoor dlm mesyuarat harian di masjid, ialah bagaimana nak tingkatkan usaha masturat, bentuk jemaah masturat dan keluar di jln Allah. aturkan tertib di tempat kita bagaimana setiap org pd bulan ketiga keluar jemaah masturat. Dgn cara ini zihin dan fikir wanita terbentuk dan akan majukan lagi usaha ini.

Semasa baginda dpt wahyu yg pertama, dlm keadaan ketakutan, isterinya khatijah yg mententeramkan baginda. Sahabat2 sibuk dgn takazah2 agama diluar, maka wanita2lah yg ambil t/jawab agama dlm rumah. Mereka yakin dgn janji2 Allah. bila suami keluar di jln Allah, wanita pun akan dpt saham yg sama. Wanita telah tanya soalan pd nabi s.a.w, kaum lelaki keluar di jln Allah, mereka korban utk agama, sedangkan kami di rumah jaga anak2, macam mana keadaan kami? Nabi gembira dgn pertanyaan mereka. Nabi telah panggil para sahabat dan dengar soalan yg ditanya oleh wanita. Nabi kata, kamu dpt semua apa yg mereka buat di jln Allah. bahkan kamu dpt lebih drp itu kerana kamu jaga anak2 mereka, jaga harta mereka. Allah akan bagi ganjaran atas kesabaran kamu dan kesusahan kamu semasa ditinggalkan oleh suami.

Kita kena libatkan wanita dlm kaum keluarga kita dlm usaha ini. Setiap amal dibuat dgn sungguh2. semasa kita buat 2½, jumpa org ramai, selain drp kita tashkil mereka utk keluar di jln Allah, kita juga sediakan mereka utk hidupkan taklim di rumah. Kita nak setiap rumah hidup taklim dgn bacaan muntakhab hadith dan fadilat amal.

Setiap tahun keluar 10 hari. Setiap 3 tahun keluar 40 hari. Bila wanita dilibatkan dlm kerja ini maka mudah/menggalakkan utk lelaki buat pengorbanan utk agama. Sahabiah telah buat banyak pengorbanan utk agama. Kalau zihin wanita tak terbentuk, lelaki/fikirman yg josh pun lama2 akan sejuk/tak aktif. Dlm karguzari kita dapati ramai lelaki yg tak iktikaf mlm markaz. Sebab isteri tak sedia.

Kabilah2 yg dtg utk belajar agama di madinah, lelaki di letakkan di masjid dan wanita di letakkan di rumah sahabiah. Sahabiah juga ambil t/jawab utk ajar agama dan khidmat. Allah letakkan jazbah yg tinggi dlm diri wanita utk buat pengorbanan dlm agama. Hari ni juga kita ada dengar karguzari bagaimana wanita jadi asbab lelaki mereka dpt hidayat dan bertukar kehidupan dari tidak amal agama kpd org yg beragama.  

Tuan2 adalah pengerak kerja masturat di tempat tuan2 bermula dari rumah tuan2. Jgn ada diantara kita anggap remeh tentang kerja masturat. Jaga taklim di rumah dan kita bersama dlm taklim di rumah. Bersama dgn takazah2 yg lain, kita juga ambil tahu tentang kerja2 masturat.

Bila cukup syarat, buat taklim mingguan masturat. Org2 baru yg dtg taklim mingguan masturat, zihin mereka akan terbentuk. Buat taklim kitabi dan muzakarah 6 sifat. Lepas tu tashkil. Tulis dlm perca bila mahram mereka nak keluar jln Allah dan diri mereka sendiri utk keluar jln Allah. Setiap thn buat 2X jor masturat. Utk masturat yg dah keluar 10H dan 40H. Sekadar cukup penuh satu rumah. Bukan buat besar-besaran. Mahram juga perlu hadir jor tersebut. Bayan dibuat oleh org lelaki yg berpengalaman dlm masturat. Tashkil utk bentuk jemaah 10H, 40H dan 2B. tetapkan tarikh utk keluar dan diakhiri dgn doa. insyaAllah dgn cara begini, pengeluaran jemaah akan bertambah. Bila keluar jln Allah, fikir wanita akan bertambah. Mereka akan jadi org yg menjaga amal.

Semua tuan2 bertanggungjawab. Bermula dari rumah, balik dan gerakkan kerja masturat ke seluruh negara. Ini adalah amanah. Tempat yg belum ada taklim mingguan, perlu diusahakan dgn menyempurnakan syarat2. hantar jemaah masturat ke tempat2 yg lemah dlm usaha masturat. Banyakkan muzakarah semasa keluar.

Kita niat utk buat usaha ni sampai mati dan bawa masturat kita juga bersama dlm usaha ini. Atur dan tertibkan kerja masturat. Ganjaran sebenarnya adalah di akhirat. Semoga Allah bangkitkan kita bersama sahabat dan sahabiah di akhirat nanti. Semoga Allah majukan kerja masturat di negara tuan2. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir