mesyuarat m'sia 2019 - bayan maghrib

maulana saad
nizamuddin - 02/12/2019

Peningkatan dlm usaha agama berlaku ialah dgn bantu-membantu (ta’awun) antara satu sama lain. Peningkatan dlm kerja dunia ialah dgn menjatuhkan antara satu sama lain. Kemajuan dlm kerja agama ialah bila kita mundur ke belakang sehingga kita hampir kpd kehidupan sahabat r.hum. Kemajuan dunia ke arah kebinasaan. Mizaj kedua-dua kerja ini berbeza. Bila umat ini bawa sifat salah-menyalahkan dlm kerja agama, maka umat akan menolak kebenaran. Kemajuan kerja agama dlm ijtimaiyat.

Asal jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain berlaku dgn sebab hasad. Menjatuhkan org lain utk maju ke depan. Apa maksud hasad? iaitu kita inginkan nikmat tersebut di tambah oleh Allah yg diberi kpd seseorang. Tapi sebaliknya, dia mahu nikmat yg telah diberikan pd seseorang itu hilang. Sifat hasad spt ini tidak meredhoi pembahagian Allah s.w.t, mengapa Allah bagi harta pd sifulan, mengapa Allah bagi ilmu pd sifulan, mengapa Allah bagi kemuliaan pd sifulan.

Kerja ini adalah kerja Allah. Allah pilih sesiapa yg Allah mahu. Hak Allah utk ambil khidmat agama drp siapa yg dikehendakiNya. Allah memilih drp para malaikat, para rasul dan manusia utk jadi pembantu2 agama Allah. Kadang2 Allah ambil khidmat dari makhluk yg lemah sebab makhluk yg lebih hebat tidak dpt sempurnakan t/jawab kerja. Dlm usaha agama, Allah boleh ambil kerja drp org baru sebab org lama tak dpt sempurnakannya. Allah ambil khidmat drp burung ababil, burung yg kecil tapi dpt menghancurkan tentera abrahah seluruhnya. Ini adalah satu pembahagian (taksim) drp Allah. Terpulang kpd Allah drp siapa Allah sudi ambil khidmat agama. Perkara asas ialah kita bantu-membantu utk majukan seseoarng dlm kerja agama. 

2 perkara pd diri sahabat:
  1. dlm diri sahabat tiada sifat hasad antara satu sama lain
  2. sahabat ada sifat utk mengambil faedah drp setiap org di kalangan mereka
dgn 2 sifat ini sahabat dpt bersatu. Sifat hasad terhapus dgn org2 yg ikhlas (mukhlisin). Hati sahabat suci/bersih drp sifat hasad. Satu ketika, nabi s.a.w keluarkan pedang yamani, tanya siapa dpt sempurnakan  hak pedang ini. Umar r.hu bangun. Zubair r.hu bangun. Nabi tak bagi. Abu Dujanah, satu org baru telah bangun, nabi serahkan pd dia. Sahabat tiada sifat hasad. Abu dujanah bukan sahabat yg mahsyur, tetapi sahabat ada sifat nak ambil kebaikan walaupun dari org yg baru/muda. Satu org sahabat telah ikut dan tengok dia dlm medan perang. Dia benar2 telah tunaikan hak pedang tersebut.

Satu ketika, abu bakar dan umar selesai tunaikan tawaf. Mereka nampak org muda mengendong ibunya utk tunaikan tawaf. Rahmat Allah akan tertumpu kpdnya. Mari kita jumpa dia dan minta dia berdoa utk kita. Abu bakar ialah umat yg terbaik dlm umat ini. Umar pula ialah org yg mulham di kalangan umat, banyak wahyu diturunkan sebab keinginan umar. Pun begitu, mereka pergi jumpa dan minta doa pd org baru. Kalau dlm umat ada sifat buruk, maka tak dpt ambil menafaat drp satu sama lain.

Sahabat ada sifat ijtimaiyat. Mereka benci pd maksiat tapi mereka tak benci pd pemaksiat. Bila benci pd pemaksiat, maknanya kita telah benci pd satu org islam dan Allah akan benci kita. Bagaimana Allah nak ambil khidmat agama dari org yg dia benci. Manusia selalu buat kesilapan. Manusia selalu lupa. Kita lihat kebaikan saudara2 kita. Jgn lihat keburukan.

Nabi s.a.w mencari kebaikan. Satu jenazah telah dibawa ke depan nabi s.a.w. Dia terkenal dgn satu org yg buruk. Umar kata, jgn solatkan jenazah dia. Hari ni, kita mencari keburukan org2 islam, mencari keburukan di kalangan org2 yg baik. Sedangkan, nabi cari kebaikan pd org yg buruk. Nabi tanya, ada sesiapa nampak dia buat amal baik? Satu org sahabat telah bangun dan kata, pd satu malam, saya nampak dia jadi security di jln Allah. Nabi s.a.w bersabda, mata yg berjaga satu malam di jln Allah, Allah haramkan mata tersebut dari api neraka.

Kawan2 kita yg ada sifat buruk, alihkan pandangan kita, lihat kebaikan. Maulana ilyas rah. kata, berlatihlah lihat org yg lakukan dosa/maksiat dgn pandangan yg mulia. Kedudukan org islam lebih berharga/mulia drp baitullah. Dgn ini, kita dpt ambil kerja/faedah drp mereka. Menjatuhkan maruah seseorang dgn menzahirkan keaiban dia lebih buruk drp 36X zina.

Satu ketika, semasa di arafah, nabi nak bergerak, tapi tunggu lama, nabi sedang menanti seseorang. Setelah lama menuggu, dtglah usamah r.hu, berkulit hitam, tak handsome, bekas hamba sahaya. Selepas usamah dtg, baru gerak. Org2 yaman kata, kerana dia kita lewat. Oleh sebab kata2 tersebut, ramai org yaman murtad pd zaman abu bakar.

Kerja agama berjalan dgn bantuan Allah. 2 syarat utk dpt bantuan Allah:
1. ijtimaiyat/kesatuan 
2. mesyuarat

Bantuan Allah bersama jemaah. Apa maksud jemaah? Jemaah ialah satu fikir, satu cara. Dgn jemaah kita akan bersatu. Serigala kpd manusia ialah syaitan.

3 perkara kita perlu lazimkan utk selamat drp fitnah:
1. ummumiyat. jgn ada yg khusus.
2. sentiasa bersama dgn jemaah. Satu fikir
3. sentiasa berada dlm masjid

Letak diri di tempat umum. Org2 yg ikhlas, sentiasa elakkan diri dari tempat2 yg jadi mahsyur. Org yg ada niat utk mahsyur, dia tidak maqbul di sisi Allah. tiada penerimaan dari Allah.

Allah sebut mesyuarat bersama dgn solat. Sifat2 yg ada dlm mesyuarat sama dgn sifat2 solat. Seseorang kena tinggalkan rumah utk pergi ke masjid utk solat. Begitu juga dgn mesyuarat, di masjid. Solat ada imam, mesyuarat ada faisala. Makmum boleh tegur imam dlm solat. Dlm mesyuarat, boleh bagi pandangan dgn adab. Tidak tekan syor. Org yg tekan syor akan pecahkan ijtimaiyat.

Semasa perang uhud, nabi minta pandangan samada nak pertahankan madinah di dalam atau di luar. Ubay bin salon syor pertahankan di dalam. Nabi putuskan bertahan di luar madinah. Ubay bin salon berkeras dgn pandangannya, dia bersama dgn 300 org telah patah balik ke madinah. hanya 700 org pergi uhud berperang dgn 3000 org musyrikin. Tapi Allah bagi kemenangan pd islam. 300 org yg balik tidak memberi kesan.

Nabi s.a.w pesan kpd 50 pemanah di atas bukit uhud, apa jadi pun, jgn turun. Tapi bila lihat org dibawah sedang kumpul harta ghanimah, 40 org atas bukit minta izin nak turun. Amir jemaah, Abdullah bin zubair tak izinkan sebab nabi kata jgn tinggalkan tempat ini. Org kafir dtg serang semula. Hanya kerana 40 org islam yg tidak taat pd amir mereka, maka Allah telah serahkan balik medan tempur kpd org musyirikin. Mereka berpecah, tiada ijtimaiyat, maka bantuan Allah terangkat.

Jgn israr dlm memberi pandangan. Bagi pandangan semasa mesyuarat. lepas mesyuarat, kita bersatu atas satu keputusan. Kita gunakan kemampuan dan kebolehan kita utk menyempurnakan keputusan tersebut. Maksud drp mesyuarat ialah utk satukan pendapat dan akan dtg kesatuan hati dan bantuan Allah. Pandangan seseorang berdasarkan takluk dia dgn Allah. Oleh itu, jgn pandang hina pandangan sesiapa. Utk maju dlm usaha, jgn bawa masalah infradi dlm mesyuarat. bawa ehwal ijtimai sahaja dlm mesyuarat. supaya fikir kita tertumpu pd kerja agama.

Semoga Allah terima kedatangan tuan2. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir